Friday, July 27, 2012

Ramadhan 1

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah..

ok, firstly, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana kita semua masih lagi bernyawa, masih lagi berupaya berpuasa masuk hari yang ke 7, tup2 dah seminggu dah kita puasa, masih dikurniakan rezeki Islam dan Iman, kesihatan yang baik dari Allah, buat saudaraku Aman, semoga cepat sembuh dari demam, sangat cantik perkongsian Aman kat blog dia, http://amanembok.blogspot.com pasal sakit, sihat, semuanya datang daripada Allah..

ok, cantiknya ramadhan kali ini, jom cerita sikit, pada awalnya, entah kenapa, hati den rasa takut sikit2 bila ramadhan kali ini datang, rasanya sangat2 cepat masa berlalu, tup2 dah sampai bulan yang penuh barakah ni, Ramadhan, yeah, mungkin sebab den terbayang- bayang yang den mungkin tak dapat upgrade amalan den pada ramadhan kali ini, but, itulah perkara utama yang den perlu lawan, time tu mungkin syaitan ada lagi, tu yang die try goda hati den tu, but Alhamdulillah, kembali to be positive, insya Allah, ramadhan kali ini, pasti akan mendekatkan diri den kepada Ilahi, tersenyum den time tu, ya Allah, ramadhan kali ini, walaupun baru nak masuk hari ke 7 ni, SubhanaAllah, sangat2 best and terasa berakahnya daripada Allah..

sangat2 lain daripada yang lain ramadhan kali ini, sebab, setelah hampir mungkin anggaran den la kot, 10 tahun, den tak puasa penuh kat rumah, but kali ini, insya Allah, walaupun den tak sepenuh masa puasa kat rumah tahun ni  jugak, but tahun ni lah tahun den dapat berpuasa bersama2 family sepuas2 hatinya, sebab time ni, den and budak2 intec yang baru habis a-level, tengah cuti, and keputusan pun keluar hari ke 27 ramadhan.. Alhamdulillah, jimat duit tak payah beli sahur and buka.. hehe

so, dikesempatan inilah masanya den nak bersama-sama family tersayang dan berbakti semaksima mungkin buat mereka semua, insya Allah.. so, sangat cantik percaturan Allah, walaupun den tak dapat berbakti bersama-sama sahabat2 den yang lain, berkongsi ilmu ke sekolah2 macam sahabat2 den yang lain, wan, aiman, apek and fizi, mabruk korang, stylo kot, kalau ada masa, aku turun join.. hehe.., but, salah sorang sahabat den, Athirah, dia kata kat den, its also a noble job to serve our parents.. kan? tq Athirah..

dan memang betol pun, plus, kat rumah pun, Alhamdulillah, sangat2 banyak ilmu yang den dapat belajar, salah satunya daripada blog2 baru yang dah meletup2 sekarang ni, blog Aman and Sol, tq atas perkongsian ilmu dr korang, and tak lupa juga daripada blog2 yang lain.. syukran jiddan, so, asyik korang jek berkongsi, nah, sedikit sahaja perkongsian ilmu  kali ini dari blog kopiah kunen ni, insya Allah..

ok, siapa2 yang duduk kat rumah tu, boleh try buka tv 9, sejak dari awal pagi, dah banyak program2 ilmu, tanyalah ustaz, tanyalah ustazah, pesan atok dari ustaz Hassan Din, Al-Quran menjawab, sirah nabawiah, usrah tv9, and banyak lagi, so, kali ini, perkongsian den dari rancangan Pesan Atok, ustaz Hassan Din :

Mulanya pasal hadith, budak kecil umur 11 tahun, hafal hadith nabi, and boleh huraikan hadith lagi, Masya Allah, malu den kat budak ni, huhu, hadith mengenai wuduk, huraian hadith, wuduk akan menyerikan anggota badan umat nabi Muhammad di padang Mahsyar nanti, so, senang Nabi nak recognise mana satu ummat dia yang selalu berwuduk dan beriman, moral of the story, banyakkan berwuduk dengan wuduk yang sempurna,

second hadith, makan and minum jangan dalam keadaan berdiri, huraian hadith, nabi larang umat dia makan or minum dalam keadaan berdiri, time minum, jangan sambil bernafas, means, slow2 time kita minum air k, time makan dalam majlis, dahulukan orang sebelah kanan, biar orang kanan kita dulu ambil makanan, barulah kita makan pula, and, kalau kita tak sengaja makan or minum sambil berdiri, sunat untuk kita muntahkan balik..

ok.. Alhamdulillah, lepas selesai hadith, ustaz Hassan Din teruskan dengan tanda2 kiamat, kiamat ada 2, kiamat kecil and kiamat besar, kiamat kecil ialah mati, kiamat besar ialah kemusnahan dunia. hadith nabi ada menyebut, aku dengan kiamat, nabi tunjuk jari telunjuk dan jari tengah, maksudnya sangat2 hampir dunia ini nak kiamat,

tanda-tanda kiamat pula ada 2, tanda-tanda kecil and tanda-tanda besar, ada 16 tanda-tanda kecil dan 10 tanda-tanda besar kiamat, semua 16 tanda-tanda kecil kiamat ini sudah pun berlaku..

16 tanda-tanda kecil kiamat :

1. kemelesetan ekonomi
2. orang zalim dilantik menjadi pemimpin
3. ramai orang-orang kaya berhutang
4. negara melantik perempuan menjadi ketua negara
5. Orang Islam saling kutuk - mengutuk
6. Orang Islam bagi salam kepada orang yang dia kenal sahaja
7. Orang Agama lari masuk hutan dan bukit
8. lahirnya persatuan-persatuan buruh
9. banyaknya bangunan pencakar langit
10. semakin ramai anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa
11. ramai yang berkahwin tetapi tak nak anak, plus ramai isteri2 yang memandulkan diri
12. ramai wanita yang suka mendedahkan aurat
13. banyak berlaku homoseks
14. ibu bapa lebih hormat kepada anak2 daripada anak2 hormat kepada ibu bapa
15. berlakunya kes ayah merogol anak sendiri
16. banyaknya berlaku gempa bumi dan tsunami.

yes, semua 16 tanda-tanda ini sudah pun berlaku..

10 tanda-tanda besar hari kiamat :

1. lahirnya Imam Mahdi
2. keluarnya Dajjal menyesatkan manusia
3. turunnya Nabi Isa melawan Dajjal
4. keluarnya yakjuj dan makjuj
5. runtuhnya Kaabah
6. matahari terbit dari barat dan tengelam di timur
7. tiupan sangkakala yang pertama, semua musnah termasuk malaikat Israfil
8. Allah jadikan semua malaikat Israfil dan sangkakalanya
9. tiupan sangkakala yang kedua
10. manusia dibangunkan dan berarak ke mahsyar

Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari den, insya Allah, sama2 kita iktibar dan muhasabah diri, mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita, so, sama2 lah kita jadikan amalan ramadhan kali ini, lebih baik and paling baik yang pernah kita buat, semoga ramadhan kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada Ilahi.. insya Allah Amin.. asif kalau ada salah dan silap dalam perkongsian, kalau ada salah, tegur direct jek, sebab, lagi lambat kita tegur seseorang, lagi lama seseorang itu akan bergelumang dengan dosa dan salah.. sekian, semoga kita sama2 istiqamah dalam beribadah..

Salam mujahadah.. Assalamualaikum.. :)






10 comments:

  1. Seram sejuk bila baca part tanda-tanda kiamat ni. nak tanya sikit yang lahir persatuan buruh-buruh tu macam mana ea? freemason kah?

    ReplyDelete
  2. syukron for sharing,Mad. ^^,
    btw,sol,jz fyi,kat UK ad parti politik nme Parti Buruh.hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. kejap-kejap. parti buruh ni macam mana ea? bila google banyak juga negara yang ada parti buruh. malaysia dulu pun ada juga. tak paham pulak apa yang diperjuangkan oleh parti-parti macam ini.

      Delete
    3. haha :D sol,thirah pun takpaham gak ape parti buruh ni.penah dengar name je.haa..jom kte suh Mad buat research pstu share kat blog dia nih..:D

      Delete
  3. wallahualam sol and tira, but, contoh yang Dato Hassan Din bagi haritu, Quepacs, so, nanti kita google same2 la ea.. hee.. sori.. :)

    ReplyDelete
  4. hahaha.. nak berbakti la ni.. haha. man.. nanti keluar ajak.. haha..

    ReplyDelete
  5. ha aku da ajak kluar pegi indon lagi..haha..

    ReplyDelete