Jom Follow...

Wednesday, December 18, 2013

Badminton Championship 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sama merafaqkan syukur pada Allah kerana nikmat Islam, Iman, dan nikmat hidup di atas muka bumi Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam barakah Allah, insya Allah Amin..

ok, imbas balik bulan lepas, merupakan bulan yang sangat memorable bg den, sebabnya bermacam pengalaman dan pengajaran yang Allah bagi kat den. Alhamdulillah. bermula dengan blok 12 yang memang dikatakan killer blok oleh dosen (lecturer) dan senior2, sekejap sahaja berlalu blok 12 selama 6 minggu. yup, memang susah dan hebat pelajaran di blok 12, sebab first time belajar pasal penyakit, parasit, pbl pun dah start banyak termasuk obat2 yang kena bagi, farmakologi, ilmu anak, mikrobe dan sebagainya, dengan bahan yang banyak dan tugasan, itu yang buatkan blok 12 ni sangat mantap. hee. Alhamdulillah, selesai blok 12, skrg kami di blok 13, mengenai tumbuh kembang (growth). den mohon doa moga2 kami semuanya lulus semua blok di sem 3 ni, bersih blok dan move on untuk next sem insya Allah amin.

ok, di tengah2 blok 11 tu, den dapat info dari kawan den yang ada pertandingan badminton open kat Universitas Indonesia, UI Depok, Jawa Barat. so, den decide la untuk join badminton ni, tapi den nk tunggu jadual blok 12 keluar dulu, takot2 nanti bentrok (serentak) dengan kelas, or praktikum, or exam. so, bila dah tengah2 bulan 11, dan dah masuk second week untuk blok 12, den baru teringat pasal badminton championship tu balik.

time tu 4 haribulan 11, den teringat kat pertandingan tu, den cek jadual blok 12 and tengok2, memang boleh untuk join dan tercetus dalam hati time tu, kalau ada rezeki, ada lah nk join, kalau takde rezeki, lain kali la kot. so, selepas solat magrib, den mesej la manager utk badminton championship tu untuk tanya boleh tak masuk lagi pertandingan ni. time tengah2 makan nasgor (nasi goreng) tu, manager tu reply mesej and kata, ye, pendaftaran masih dibuka. fuh, time tengah makan tu, Alhamdulillah, syukur sangat2 kat Allah, sebab Allah gerakkan hati den untuk try mesej manager tu.

then, den tanya lagi, bila tarikh last untuk daftar, since time tu dah maghrib kan, and manager tu reply, harini last day untuk daftar. fuuhhh, Alhamdulillah sangat2 den rasa, Allah gerakkan hati den untuk mesej dan tup2 haritu hari last untuk daftar, syukur2 sangat2 dipermudahkan Allah.

den balik rumah, and lepas Isyak, terus daftar on9, bookin untuk main single mahasiswa, guna nama ukrida tu. haha. Alhamdulillah setel daftar. esoknya 5.11 den bayar dan ready untuk pg Depok 17.11 untuk briefing. so, 17.11 tu den pg briefing kat depok and dapat jadual perlawanan. ada 68 orang pemain time tu and den sorang jek Malaysian. hee. semuanya kebanyakan dari kelab2 badminton dan wakil2 universiti masing2.

and bila den buka2 buku jadual, first match den ialah lawan dengan top 8 yang menang pertandingan badminton ni tahun lepas. haha, time tu berdebar rasa, first match kot, lawan top 8 dah. haha, time rasa, aish, takkan nak kalah awal kot. haha, so, memang berdebar, tapi nak buat macam mana, undi dah kena nama den. so, den sahut cabaran ni.. ceeeiii

so, hari den lawan, 24.11 hari khamis tu, den lawan petang. den datang lebih kurang sejam awal. so, den masuk dalam dewan nak tengok la macam court international ni. SubhanaAllah, perh, mantap kot, memang court international, lampu tak silau, memang macam kita tgok kat tv la court dia, dalam dewan tu ada 6 court. so, bila sampai giliran den, den pun masuk tempat lawan, tingkat bawah, den pun pijak la nak try2 court international. haha, memang lain la kalau main biasa2 kat intec or main kat ukrida ni. he.

den, bila tunggu2 punya tunggu, rupanya lawan den yang top 8 tu tak datang2 lagi, lepas panggil 3x oleh pengadil, last2 den diumumkan menang. yeahhh.. Alhamdulillah sangat2, pergi next round free.. haha, rezeki time tu, menang dengan top 8 tu, haha,

lepas tu, den lawan lagi untuk round 3, esoknya. sama jugak, den jumpa dengan pemain dari kelab badminton. so, mind set nya, kalau budak2 yang training kat kelab badminton ni, memang power la kan, plus, ayah dia pulak salah sorg jurulatih kat kelab tu. den dapat info ni dari seorang mak cik ni, dia pun bawak anak dia masuk pertandingan tu, mak cik ni antara orang yang minat badminton jugak la, and dia sangat baik and selalu bagi sokongan kat den.

so, den pun lawan dengan dia untuk harini, SubhanaAllah, main kat international untuk first time, best giler rasanya. haha, peluh lambat betul nk keluar. haha, so, den lawan dengan budak ni, 3 set ktrg main. first set dia menang mudah, second set den pulak menang mudah. last set tu, perh, dah jadi tumpuan dah ktrg time tu, sebab main lama sangat. haha, padahal takde lah mantap sangat pun. haha. lastnya Alhamdulillah, rezeki den jugak kali ini, den menang tipis, 25-23. Alhamdulillah sangat2, den masuk next round, round 4.

esoknya, masuk round 4, tinggal 16 orang jek daripada 68 orang yang akan bertanding. kalau lepas, akan masuk top 8, next top 4 and juara. so, time ni pun sama, den datang awal jugak untuk ready2 and panaskan badan. den pun masuk bila nama dah dipanggil. mulanya lawan den ni, rahmat nama dia, takde dalam court, so ingatkan boleh menang free lagi ni. haha, tapi last2 rahmat ni datang jugak. rahmat ni daripada Universitas Negeri Jakarta, (UNJ). so, bila lawan punya lawan, akhirnya den kalah mudah dengan rahmat ni. sangat mantap cara permainan dia, dan den pun sedar yang den masih belum sampai tahap macam tu lagi. akhirnya tamat la perjalanan den untuk badminton championship ni, sebab sistem dia kalah mati, so, den kalah di round 4, so, sampai situ jelah akhirnya.

Alhamdulillah, sangat2 best pengalaman main international game ni, banyak kisah2 yang terselit yang menjadi kenangan den, antaranya :

1. Perjalanan dari rumah nak pg depok ni tak de la jauh sangat, tapi memenatkan la jugak. den start naik bus Kopaja dari depan rumah sampai ke Citraland. lepas tu turun untuk naik bus way pulak pergi ke stesen Cawang. dari Cawang, amek tren untuk pergi ke Ui. so, route tu den ulang alik setiap hari sepanjang den bertanding. kurang lebih jalan dari rumah nak pergi sana jek dah amek masa 2 jam. so, sangat best pengalaman ni. hee

2. den masuk dengan tiket ukrida, tapi nama den kan Muhammad. so, wasit (refree)2 and player2 termasuklah makcik yang den jumpa tadi tu, dorg curioslah and lastly dorg tanya den, "kamu ini namanya Muhammad, kok universitasnya kristen.?", haha, so, time ni den explain la den dari malaysia, mahasiswa jek di ukrida, bukan masuk agama kristen pun, so, just amek tiket ukrida jek untuk join. he, den dapat lah jugak kenal dengan orang2 local kat pertandingan tu. sangat best time tu.

3. den first time masuk pertandingan ni, so, bila tengok player2 lain, semua set lengkap, baju memang ada nama kat belakng, tulis Indonesia lagi, memang nampak macam player negara masing2 la kan. tapi den pakai baju futsal time tu, haha, peraturan dia kena pakai baju sukan ada nama kat blkg, so den pakai la baju futsal. tup2, bila masuk round 3, tu, den kena panggil dengan ketua refree, kena tukar baju sebab tak sesuai, "kamu mau main badminton, bukannya futsal" haha, terus kena tukar baju lain, nasib baik ada baju lain time tu. and kne conteng nama den Muhammad, kat belakang baju tu, guna marker pen. haha

4. lagi satu, kalau kita tgok international game, dorang kan akan bawak beg besar2 dengan reket 2 3, pastu letak kat kotak tepi court tu, haha, den bawak satu reket jek, air and tuala kecik satu. haha, time tu rasa kecik and kelakar sangat la. haha, sangat2 tak proper kot, den tergelak jek sorang2 bila masuk court tu bawak barang2 tu, hehe.

5. den, bila masuk round 4, sebab dah kne tgur kan tak boleh pakai baju futsal, den pun pikir la, nak buat macam mana ni, baju memang dah takde, haha, last2, den amek baju hitam, den tampal jek nama den kat baju tu guna kertas. haha, kesian yang amat and malu jugak la. haha, tapi nak buat macam mana, itu jek cara yang tinggal, so terpaksa la, haha. den tersipu2 malu masuk court time lawan last tu. haha.

6. he, Alhamdulillah, selesai pertandingan tu, den pun fokus balik untuk blok 12, sebab habis jek minggu tu, terus exam. haha, so, semoga nilai akhir nanti, den and kawan2 batch 2012 semuanya lulus semua blok and masuk next sem. Amin..

den sangat2 berterima kasih pada mak abah, family, abg majdi dan kawan2, termasuklah kawan den ukrida, senior den yang tolong jadi coach untuk den, free2 jek, haha, tq sgt2, sebab sentiasa support den and akhirnya den dapat rasa pengalaman masuk pertandingan international macam ni. Alhamdulillah.

so, harini cuti, insya Allah lepas ni akan cuti 2 minggu, masih plan lagi nak pergi jalan2 mana, since kawan2 ramai yang akan balik Malaysia, kirim salam rindu pada Malaysia. haha. insya Allah akhir bulan 1 nanti kita jumpa ea Malaysia.

sebelum tu, ayat untuk kali ini, surah Al - Araf, 179. sama2 kita tadabbur.. :)

Dan sesungguhnya Kami. jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 

sekian dulu untuk kali ni, jazakallahu khaira khathira.. salam mujahadah, Assalamualaikum. :)