Wednesday, April 25, 2012

kisah 20 april

Bismillah.. Asssalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, den masih lagi bernafas pada saat ini walaupun hampir2 sahaja jadi tak bernafas pada tanggal malam 20 april ini, haha.. apa yang terjadi pada den xdelah teruk sangat, insya Allah, segala yang terjadi pada hamba2 Allah itu pasti ada sebab musabab nya, ini cerita detailnya k. hehe, bukan apa, sebagai kenangan and pengajaran buat den next time, hee

Alhamdulillah, pada hari jummat 20 april yang lalu, den pun menjalani kehidupan seperti biasa, bangun pagi, solat jumaat macam biasa, solat jumaat cakap pasal mcm mana nk tingkatkan iman time tu, ok, and then, ptg tu, plannya den nak main bowling, tp xde rezeki sebab hujan, ok lah, and then, wan, mun and aman, mmg dah plan awal nak swimming kat pusat akuatik, tanpa rasa apa2, den pun join lah lepas asar, den n aman naik motor farid, LC merah, sebab kereta wan dah penuh, ada syams, apai, mun, fitri yusof, sol and wan lah sekali, hee..

ALhamdulillah, ktrg pun sampai dengan jayanya dipusat akuatik, and mandi2 dengan sakannya, and bila habis solat magrib, ktrg pun plan nk makan kat seksyen 2, kereta wan pun gerak la dulu, den dgn aman lambat sikit, and Allahu Akbar, den bawak agak laju lah juga time tu, 80 ke 100 la juga,Aman tengah baca Quran kat belakang den, dia baca Quran kat henset lah, he.. and bila sampai akt jalan stret PKNS, tepat jam 8 ke 8.15 macam tu, den akhirnya ditakdirkan Allah bertempung dengan motor modenas Kriss colour biru gelap, seorg pakcik tua, rasanya ex polis trafik... hehe. nk kata salah siapa, Waallahualam, rasanya salah den lah kan, bawa laju la kot time tu, huu. and pakcik tu pun memang nk belok, den n sempat nk brek, terus terlanggar tayar depan pakcik tu, nasib baik pakcik tu xde pape,aman pun minor je kecederaan dia,

Alhamdulillah, den yg kena agak teruk la gak, satu badan kena kecuali part2 sulit, sempat den selamatkan, haha.. SubhanAllah, Maha Suci Allah, dah mmg rezeki den agaknya nak kena kan, nak buat macam mana, he. den luka besar kat tangan kanan, kaki kiri, kaempat jari kaki kanan, badan sebelah kanan, bahu kanan, lutut kanan, ada sikit2 tangan kiri.. nampak macam banyak ea, hee..

ALhamdulillah, xde pe sangat pun since ni dah hari ke 5, luka2 pun dah kering and insya ALlah lagi 2 minggu ni, den pulihlah sepenuhnya,

yeah, sepanjang den eksiden ni, Allah je yang tahu sakit dia macam mana, macam2 den fikir, ya Allah, ni baru sikit ujian Allah bagi, macam mana rasanya kalau azab Allah kat alam akhirat sana, ya Allah, sakit luka kena air pun dah meraung kot, lagi lah kalau api neraka tu, nauzubillah, tapi insya Allah, den x trauma pun, still boleh naek n bawak motor lagi, hee

so, kali ini, den just nk buat ucapan penghargaan je sikit terutama sekali buat sahabat2 den, geng2 ALM and budak2 intec semuanya sekali, special thanks to Wan, masuk hari ini, dah kali ke 9 dia mandikan den, ambilkan wuduk sekali, cuci luka, pakaikan baju, bagi den makan ubat. haha, ape macam?? sweet x sweet member terbaik aku sorg nie, hee.. buat acai, apai, antara org yg mandikan den juga, he, aisar, sekali jek ambilkan wuduk, and dah promote den kat interview IMU dia bila dia cerita pasal den, hehe, buat fizi, yang asyik mara2 pasal motor, xpe g, nak buat macam mana, benda dah jadi, nnti aku bayar jelah ea,thanks g.. hehe.. sol, aman, syams, yang selalu ada kat bilik tengok2 kn den, hee. yang datang2 melawat, tok wi, aufa, bapak, yang bagi hadiah kat den, cik pah, baihaqi, radhi,affan, hehe.. seriusly korg memang sahabat yang terbaik, buat yg lain2 juga, yang mesej2 den tu, syukran jiddan buat antum semua.. and sori, sebab henset den hancur dah, lepas ni boleh lah den beli hanset yang mahal2 sikit, haha. bolah lah main istagram and snap2 picture, hehe.. insya ALlah kalau ada rezeki lebih, hee.. so, topup akan tergendala sekejap yek.. and yang buat den paling sedih, kopiah kesayangan den pun dah koyak rabak juga, huhu, den dah buang dah, serius sedih, hilang identiti. cewah.. haha.. sori xdpt join daurah last hari tu, seriusly den sedih, sebab xdapat nk mandi gunung tu, xdpt nk dengar perkongisan2 baru, huhu, rasa rugi sangat2 tp xpe, insya Allah lain kali ada.. :)

insya Allah, buat, family, sahabat, lecturer2, uztaz Affuan yang dah banyak bantu den, buat Farid terutama sekali ( tuan punya motor ) yang den pnjam. hehe.. den minta maaf sangat2 sebab den, korg dah banyak susah, seriusly, den xtau nk ckap terima kasih macam mana lagi, den sangat2 bersyukur duduk dalam kalangan org2 yang sangat2 mulia hatinya macam antum2 semua, seriusly den ucap syukran jiddan banyak2, den x mampu nk balas budi kalian, semoga ALlah merahmati segala pengorbanan antum kat den selama den sakit ni,

so, harapnya x panjang sgt, sebab den x suka tulis panjang2, hehe.. semoga den cepat sembuh, and jangan bawak motor tu laju2 sangat k, jangan langgar POLIS, hehe.. semoga segala yang berlaku tu mendapat kerahmatan Allah, and perkongsian kali ini:

surah As-Syura ayat 30 :

dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)

Alhamdulillah, ada masa lagi, teruskan study2 sehabis baik, teruskan berjuang hingga keakhirnya, jangan sekali - kali menyerah selagi belum berjuang, ingatlah ALlah sentiasa bersama2 orang2 yang berjihad menuntut ilmu kerana Nya, Hasbunallahu waniqmalwakil..

sekian, wassalam..

Friday, April 20, 2012

Exam2

Bismillah..

Assalamualaikum, ALhamdulillah, tamatlah sudah sesi pembelajaran den di Intec buat rasminya, walaupun hari jumaat sepatutnya ada kelas, tapi miss Farah buat pengumuman td kat kelas, Rachel lah yang paling jerit, den jerit dalam hati jelah kan.. haha..
SubhanaAllah, rasa macam baru jek menjejakkan kaki kat intec ni, tp tulah ayat biasa, kejapnya masa jalan, pejam celik pejam celik, dah 2 tahun, haha.. mmg ayat skema.. hehe..

apa yang best nya sem 4 ni, ahaa.. ni nak story sikit2 ni, hehe.. sem 4 ni, awal2 January dulu, kelas den, 11m10, ktrg start kelas dengan CTIS, ustazah Kurshiah yang ajar ktrg sem ni, hee.. and yang power nya, den baru perasan bila Has,selaku pembantu den, assistant class rep, hehe.. dia cakap, "perasan x yang kita start kelas sem ni dengan kelas agama, and kelas last kita hari ini pun dengan kelas agama".. yeah, untuk pengetahuan semuanya ye, kelas den hari ini mmg kelas CTIS, huhu.. SubhanAllah, tak tahu nak cakap apa relationnya, tapi hati den rasa macam tenang and rasa something yang speachless la gitu, ceh.. haha, but really, ketentuan Allah tu sangat2 lah hebat, sememangnya segala ketentuan Allah tu sangat lah terbaik n Stylo... semoga ada lah petunjuk yang baik daripada Allah tu insya Allah..

so, rabu hari tu, kelas den dengan kelas2 yang lain seperti biasa lah, akhir2 sem plus akhir2 di intec ni, semua nk buat jamuan, Alhamdulillah, terima kasih banyak2 buat lecturer yang datang tengahari tu:

1. Sir Manoharan
2. Miss Farah
3. Madam Sharina
4. Miss Nadia

lecturer2 yang lain yang x sempat datang, mungkin dorg ada hal lain kot, but seriously, sperti biasa, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, sama ada selamanya ataupun sementara, yes, but still, den control macho jelah time tu kan, tp hati den sedih, sebab kehidupan kat intec sangat2 lah Bermakna, so, sedikit kata2 aluan buat mereka ini:

1. buat family den, mak abah terutamanya, den nk minta maaf sebab result den sangat lah x bagus untuk 2 tahun ini, haha, xpenah cecah 10 pun, but insya Allah A-Level terus 15, Amin.. but still, my parents always smile bila den gtau result den mcm tu, haha,, tp den tahu dorg risau kat den, hehe. so now, wake up call, study2..

2. buat lecturer2 yang dah ajar den n rakan2 selama 2 tahun ini, terima kasih byk2 and maaf juga kat lecturers2 kalau dah hampakan lecturers selama 2 tahun ini, but still, bila miss nadia ckap yang den akan dpt A chem A-level nanti, terus semangat naik, tq miss, sir mano pulak peluk den masa amek gambar, mmg terbaik la kan, den seriously terharu kat lectures2, huhu.. tq so much..

math : miss farah
bio : sir mano
chem : miss umi kalsum, miss fiza, miss nadia, Dr Yamin
stats : madam noreha
Ctis : uztaz Redha, uztaz Wan, uztazah Wan norliza, Uztazah Kurshiah

3. buat rakan2 lah of course, tanpa dorg semua, habislah den terkapai2 sorg2, thanks alot to all of you, umumnya semua2 lah kan, lagi2 yang selalu beli topup den, haha.. tu sampingan jek,sori kalau ada tergurau lebih yek, n sori juga kalau xjadi sahabat yang baik buat korg semua, den try untuk berubah ke arah yang lagi baik insya Allah..

haha, apa macam? terharu x? haha, Alhamdulillah, tinggal 19 hari lagi, so, jom study geng, selingan sikit, hehe,ntah kenapa sejak akhir2 ni banyak la juga talk pasal kahwin2 ni, nikah khitbah, kahwin campur, haha, tp baguslah, persediaan juga buat den n rakan2 kan, hehe. ok, fokus study dulu k, insya Allah, ada jodoh, x kemana pun mad, yang penting, bak kata cikgu hassan, matching2.. hehe..

quran hari ini:

Al-Baqarah 214:

Adakah kamu mengira kamu akan masuk ke Syurga tanpa diuji oleh Allah, padahal org2 dahulu ditimpa penderitaan dengan pelbagai cubaan sampaikan mereka berkata, bilakah datangnya pertolongan Allah?, Ingatlah pertolongan Allah itu dekat.

sangat lah cantik ayat ini, pasal ujian kan, so, preparation for the test is the main point for this ayat, kalau ujian yang kita dah tahu tarikh, sangat lah rugi kalau kita x success, contohnya macam a-level ni lah, dah tahu dah nk test 9 mei ni, kalau x prepare n berjaya, sangat lah rugi,

so, macam mana dengan ujian yang pasti akan datang, tp xde tarikh yg ditetapkan lagi, adakah kita dah buat preparation and akan buat preparation?? hurm, ingatlah mati itu benar, alam kubur itu benar, akhirat itu benar, mahsyar itu benar, syurga dan neraka itu benar,

insya Allah, untuk share2, sori sebab agak panjang, teruskan mujahadah kerana Allah, Assalamualaikum..

Wednesday, April 18, 2012

Kelas Bahasa Arab

Assalamualaikum, yeah, semalam sempat den pergi kelas bahasa Arab uztaz Affuan, walaupun x bawak buku nota, tp Alhamdulillah, ni lah serba sedikit yg sempat den recall dalam kelas uztaz tu, sayang betol terlupa bawa buku.. huu..

1. barakah = kolam,

kalau air kolam diceduk, tidak nampak pun kurangnya air tu, and bila kita tambah air kat kolam tu, pun kita tak sedar yg air tu dah bertambah, so, contohnya, bila kita keluarkan zakat or sedekah, walaupun kita sedar yang kita keluarkan duit kita tu, tp sebenarnya kita xsedar yang kita diberi barakah oleh Allah sebab kita tidak nampak pertambahan rezeki itu, tp sebenarnya keberkatan Allah tu pasti ada and itulah yang menyebabkan hidup kita sentiasa hepy..

2. maraah=perempuan
miraah=cermin

apa kaitan perempuan dengan cermin??

haha, so bila uztaz Affuan tanya jek, terus budak laki2 bising lah kan, perempuan suka bersolak la itu ini, bla2.. haha
ttbe uztaz ckap:
perempuan itu cermin kepada lelaki

kalau nak tgok macam mana perangai isteri itu, tengok perangai suami dia n kalau nak tengok perangai suami itu, tengok lah perangai isteri dia.. so, laki2 yg bising tadi tu pun just senyum jek.. hehe

3. asr = jus,

so, kalau surah Al-Asr, demi masa, apa kaitan jus buah dengan masa?? hurm.. hee

jus buah kalau diperah, mesti keluar air buah dia kan, lagi kuat perah, lagi banyak air buah yang keluar so, sama lah dengan masa, masa perlu diperah sepenuhnya, masa perlu diuruskan, digunakan sepenuhnya dengan benda2 yang berfaedah, barulah manusia ini hidup tidak dalam kerugian, sangat cantik ayat Quran, SubhanAllah..

4. ayat syria = pasal air

barakna haulahu- ada satu jek dalam Quran ( surah Al-Isra' ayat 1 )
barakna fiha-ada 4 kali dlm Quran
semua merujuk kepada Syams ( Syria )
air kalau kat syria boleh terus minum, buka2 pili air jek, terus boleh togak puas2, hee. menunjukkan Allah sangat merahmati bumi syria, MasyaAllah.. :)

5. aset vs liabiliti,

kalau lelaki lepas baligh, dosa ditanggung oleh diri sndiri, kalau perempuan buat dosa, dosa ditanggung sendiri, n ayah pun kena tanggung juga, kalau dah kahwin, kalau suami x tgur isteri, isteri buat dosa, suami tanggung dosa isteri, isteri jd liabiliti buat suami bukannya aset untuk ke syurga.. so, perempuan kena pastikan yang mereka menjadi aset buat ayah n suami. plus, ayah n suami juga perlu didik anak2 n isteri kejalan syurga Allah..

Dalam Quran, kalau Allah sebut pasal lelaki, maksudnya Allah sebut pasal perempuan sekali, but kalau Allah sebut pasal perempuan, maksudnya Allah spesific untuk perempuan sahaja, so, tidak boleh kata yang Allah xadil lah, asyik lebihkan laki daripada perempuan, sebab Allah tetap beri keutamaan juga pada hambanya yang bernama Hawa..


6. tulang sulbi- coccxs

satu2 nya cell tulang yang x akan hapus ( decompose ), dalam hadith nabi, kita akan lahir semula lepas alam kubur, mcm seed germination, benih yg baru tumbuh, so, kita lahir semula dari tulang sulbi ini, :)

yeah, bila belajar2 sikit2 pasal bahasa Arab ni, SubhanAllah, sangat lah cantik segala susunan kata2 dalam Quran, cuma den ni jek yg xnk blajar. huhu, so, pasni kalau ada kelas2 bahasa Arab lagi, sahabat2 boleh lah join sekali, sebab ilmu2 macam ni kita tidak boleh nk dapat sendiri, mesti ada cikgu yang ajar punya..

insya Allah, just sharing2, mana2 yang tersilap, asif sgt2, sebab den ni pun, buta bahasa Arab lagi. haha.. insya Allah, semoga mendapat barakah Allah sentiasa,
sekian, oyasuminasai, Assalamualaikum..

Friday, April 13, 2012

Hasbunallah u waniqmal wakil..

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

ALhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan kudrat oleh Allah untuk den untuk terus berjuang memperbaiki diri menjadi hambanya yang bertaqwa,
sedikit sahaja untuk kali ini, pasal tajuk kat atas, Hasbunallahu waniqmal wakil, dalam Quran, ALlah sebutkan 2 kali jek ayat ini secara tepat, ayat yang sangat special untuk hamba2 nya yang berserah diri bulat2 secara total kepada Allah, satunya ketika perang Badar, Subhanallah, tentera Islam sangat la sedikit time tu, nak lawan dengan tentera mushrikin yang ramai, kelengkapan yang lengkap untuk perang, but still, umat Islam yang mempunyai semangat jihad yang tinggi terus menuju medan perang..

Yes, dalam perang ni, Umat Islam menemui kemenangan, apa yang menjadi senjata terulung umat Islam time tu, yeah.. sahabat2 pun tahu, DOA kepada Allah, semua tentera melafazkan HASBUNALLAHU WANIQMAL WAKIL, dan menyerahkan sepenuhnya nasib mereka kepada Allah, sehinggakan tentera mushrikin tidak menyangka2 yang mereka secara tiba2 melawan tentera yang berwarna putih yang merupakan malaikat utusan Allah, SubhanAllah, sangat POWWER senjata bernama doa..

yang kedua semasa nabi Ibrahim berdakwah dengan hanya menggunakan hujjah kepada kaum2 nya yang sembah berhala dan ikut nenek moyang mereka, yes, kata2 yang boleh dipakai untuk masa kini, apabila hujjah dilawan dengan hujjah, akhirnya hujah yang tidak boleh dilawan lagi akan dibalas dengan kekerasan, contohnya seperti kisah Nabi Ibrahim ni, bila nabi Ibrahim memberi hujah yang hanya menggunakan logik akal, walaupun dalam riwayat ketika itu mengatakan Nabi Ibrahim hanya berusia 16 ke 18 tahun, sehingga Raja pun kena ambil perhatian hanya dengan hujah2 yang diberikan oleh Ibrahim..

and then, bila hujjah nabi Ibrahim yang sememangnya benar itu tidak dpt disangkal lagi oleh kaumnya, akhirnya nabi Ibrahim dikepung oleh penduduk dan hendak dibakar, yup, bila hujah tidak dpt dibalas dengan hujah, kekerasan ialah jalan terakhir, apa yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim ketika itu, hanya ungkapan2 kata2 hikmat daripada Allah, HASBUNALLAHU WANIQMALWAKIl, Nabi berserah bulat2 kepada Allah n kemudiannya api pun mendapat perintah Allah dan jadilah ia sejuk ketika nabi Ibrahim dicampak kedalamnya..

SubhanAllah, sangat cantik mereka2 yang hebat, iman yang sangat teguh, ilmu sebagai dinding pemisah antara yang hak dan yang batil, kekuatan doa dan zikir yang tidak putus2 kepada Allah, menjadikan mereka hebat dan sesuailah JANNATUL FIRDAUS menjadi destinasi rehat mereka, ingatlah, syurga hanya tempat untuk org2 yang HEBAT, syurga hanya tempat untuk mereka yang mempunyai akhlak seperti ahli2 syurga..

so now, muhasah diri, den pun terkena sekali, bak kata ustazah Kurshiah, kalau satu hari kita buat satu dosa, dah berapa hari kita hidup atas dunia ini n cuba kira berapa banyak dosa dah kita buat smpai usia kita hari ini,, hurm.. ya ALlah, tp igtlah, Allah tidak jemu mengampunkan dosa hamba2 nya..

insya Allah, unit 6 lagi 10% lagi, still in progress, haha, jadual exam dah dpt, lagi 25 hari lagi lebih kurang, teruskan berjuang, orang yang berjaya ialah mereka yang berdepan dengan masalah dan ujian Allah, dan orang yang gagal ialah mereka yang hanya berlepas tangan dan lari dari masalah, insya ALlah, teruskan istiqamah, mujadahah hati dan seluruhnya kerana ALlah..

semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah tak kira yang dekat mahupun yang jauh, kerana bak kata seseorang, love is not about distance, but love is when you always remember HIM whereever you are.. ok, insya ALlah, nk buat balik unit 6, doakan den n rakan2 yang lain, gambatte.. yosh.. Assalamualaikum..

p/s:

surah Al-Anbia:69-79
surah Al-Imran:173

Friday, April 6, 2012

Pentingkan diri

Bismillah, Assalamualaikum kepada rakan2, Alhamdulillah, hari ini hari jumaat, penghulu segala hari, insya ALlah, berdoalah banyak2 sebab sepanjang hari jumaat merupakan antara waktu yang paling makbul untuk doa diterima...

yeah, sebagai permulaannya, den mau story2 pasal minggu ini punya cerita, selepas sahaja menghantar rakan2 KTJ pada hari ahad lalu, start dari hari isnin sampai hari rabu, den feeling lain macam sikit, haha, Wallahualam xdapat nak digambarkan perasaan itu macam mana, kadang2 sedih, kadang2 hepy, kadang konfius, down, bercampur baur, sampailah tiba2 den mendapat satu mesej dari Sulaiman akhlaken, haha, dia bagi den surah al-ankabut:69, and ucapan dia, selamat berjuang untuk habis-habisan untuk a-level last ini..yeah, den semangat balik time tu.. thanks Man..

pada hari isnin tu, aha, pada petang tu, macam biasalah kan, ktrg budak2 badminton ni pun turun court hari itu, awalnya, wan dah cakap, kalau boleh kita balik awal hari ini, den memang tumpang wan pun macam biasalah, tapi nak dijadikan cerita dan pengajaran buat den supaya tak ulang kesalahan ini, aha, kesalahan apa?? haha, berteka-teki la pula kan...

haha, so, time pukul 7 tu, tiba2 ada bro EDU ini ajak lawan badminton, den dah rasa lain la, dengan perasaan yang bercampur baur tadi kan, nak balik ke, nak sparing dulu dengan bro ini, so den pun telah pilih untuk main dengan Bro tu, so wan pun balik lah cemara, tup2 bila den dah habis main jek, den pikir, macam mana aku nak balik cemara ni.. haha.. time tulah den dah rasa sangat2 menyesal sebab yeah, den dah buat satu keputusan yang agak kurang tepat kot,so, akhirnya, saudara Hafizi yang ambil den kat court intec, dia hantar Aisar dulu, and then dia patah balik semata2 untuk ambil den yang pentingkan diri sendiri ini.. huhu..

sangatlah terasa sangat2 bersalah time tu kat semua sekali, and of course la kat fizi, sebab dah buat kerja 2 kali sebab den kan.. huhu.. tapi yeah, pengajaran buat den, pastikan kita membuat pilihan yang tepat, sometimes kita perlu cakap 'NO' juga kat seseorang, sebab kita juga ada hak untuk diri kita sendiri..

sampailah hari rabu, tengahari, bila dah habis kelas, pun sama juga, budak2 kelas den ajak makan kat padang jawa belakang intec tu, so, den pun dhuha jap, lepasa tu fizi mesej den, nanti pukul satu distribute baju kat ALM square, bila dah sampai ALM square, budak2 yang nak ambil baju pun xsampai2 lagi, so agak down kat situ sebab dorang lambat, yang lagi down nya, budak2 kelas den dah menyirap habis tunggu den punya pasal sebab nak makan kat belakang td, last2 cancel and yess, lagi sekali sebab den.. huhu.. den xtau nak feeling macam mana time tu, seriusly hampa dengan sikap den yang sangat2 ego, sombong and sangat pentingkan diri sendiri.. hu..

asif, sori, gomenasai buat sahabat2 den, Wan, Hafizi, budak2 kelas, Apai, Mun, Bapak,Zarir sebab den paling bersalah kat budak2 ini lah.. hu.. insya Allah, lepas ini kalau den buat lagi, sepak2 jek den ni.. huhu.. insya Allah x buat lagi dah.. huu..

ok fine, tu kisah sedih, ada lagi sedih sikit lagi, haha.. den dapat total 8 point je untuk trial ini, C,C,D, Allahu Akbar, den xtau nak cakap macam mana, but yes, den xkan putus asa, insya Allah, den n rakan2 yang lain masih lagi dalam perjuangan and ktrg akan habiskan dengan sebaik mungkin, insya Allah, still ada masa lagi untuk study, so, xkan nak menyerah sebelum berjihad, yeah.insya Allah, ALlah itu sebaik2 perancang kan.. 15 points insya Allah..

ok semalam merupakan hari BEST buat den n sahabat2 yang lin juga rasanya.. hehe.. lepas dah habis sedih2, kterang makan2 besaq dekat Flamming Steamboat, den, wan, aisar, aiman, fizi, apai, aman, sol and syamsul, SubhanaAllah, sangat2 lah kenyang sampai nak meletop perut ktrg, haha.. insya Allah ada masa and duit lagi, kita makan2 besaq lagi, and lupa nk cerita pasal prank fizi masa birthday dia hari itu, yes, sangat manjadi, haha.. sampai den pun kena lah tepung2 tu sekali, haha

insya Allah, seperti biasa, muhasabah diri:
1. Alhamdulillah, subuh semakin elok and teruskan istiqamah mad..
2. siapkan unit 6..
3. insya ALlah minggu ni lawan i-skep, harapnya team block 8 johan semua sekali..
4. buat latihan, jangan sekali2 menyerah sebelum kau usaha..

insya Allah, semoga den ambil pengaran pasal apa yang Allah dah tetapkan buat den minggu ini, positfnya, Allah masih lagi sayangkan den sebab Dia masih lagi berikan nyawa buat den untuk minta maaf kat sahabat2 den tadi, and sangat2 bersyukur dikurniakan sahabat2 yang sangat baik seperti kalian.. den minta maaf sekali lagi and buat sahabat2 KTJ, jeles tengok gambar korang, sangat cantik ada salji, haha.. insya Allah semoga korang terus study leklok kat sana, gambatte kuddasai..

Assalamualaikum..

Monday, April 2, 2012

Gambatte Kuddasai

Assalamualaikum, Alhamdulillah, den n rakan2 intec baru sahaja balik daripada hantar sahabat2 ktrg FLY ke JEPUN dekat KLIA tadi, syukur and best sangat2 dapat tengok dorg budak2 KTJ dapat FLY, ALhamdulillah, semua student2 KTJ dpt fly, tiada satu pun yang terlepas, insya Allah selepas ini, ktrg pula, student2 ALM akan menghadapi exam A-Level, and ktrg pula yang akan FLY, bulan 9 nanti, insya Allah.. amin..

Doa dan harapan buat Buat sahabat KTJ..:

Bismillah, ALhamdulillah, Allah itu sangat2 Pemurah dan Maha Mengetahui, Sesungguhnya aku berasa sangat2 bersyukur dapat bersahabat dengan korg, walaupun sedikit sahaja bilangan korg yang aku dapat kenal, tapi perkenalan aku dengan korg insya ALlah, memang ada hikmahnya disisi Allah, buat sahabat2 KTJ, fisrtly, aku ucapkan tahniah buat antum2 semua sebab berjaya membawa nama Islam ke merata dunia, insya Allah, korg akan menjadi duta Islam di Jepun, semoga korg terus kuat and terus mencungkil segala ilmu yang ada di luar sana.. ingatlah pesan nabi:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
( Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi )

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)

aku mohon ampun n maaf juga kat korg semua sebab kadang2 aku terkasar bahasa, tergurau lebih2, termakan terminum harapnya korg ok and sudi untuk maafkan aku k, 0-0 balik la yek, minta halal dunia akhirat,hee..

insya Allah, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, cuma lambat atau cepat sahaja kan, and insya Allah, nnti aku rasa kalau kita semua dipanjangkan umur oleh Allah, kita buatlah reunion dekat mana2 and sure punya lah, semua mesti dah berubah bentuk, haha.. i mean, physically la sebab aku pun dah start mcm gemuk dah ni skrg.. haha

buat sahabat2 KTJ :

Ikmal
bosh
Zul
Ayu
Jue
Pujah
Mazni
Fiqah

arigatou buat segalanya, korg memang sahabat aku yang sangat lain daripada yang lain, semoga ikatan ukhuwah yang diberikan Allah ini berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, amin.. semoga kita berjumpa lagi selepas korg balik Malaysia balik k.. insya ALlah..

p/s: buat sahabati, Alhamdulillah kerana den diperkenalkan Allah dengan hang, insya Allah semoga dipertemukan lagi selepas 5 tahun, sama2 teruskan bermujahadah kerana Allah, Sesungguhnya Allah memandang pada usaha dan tawakkal, biarlah Dia yang menentukan hasil yang terbaik buat kita, sama2 lah berusaha menjadi insan yang lebih baik disisi Allah, asif atas segala kekurangan dan gurauan2 yang terlebih, syukran jiddan sgt2 atas segala ilmu, perkongsian, teguran buat diri den, syukran juga pasal segala post2 hang kat page tu, semoga mendapat menfaat dari Allah, akhir kalam, semoga hang dan family sentiasa dalam rahmat Allah, selamat menuntut ilmu, bittaufiq wannajah, gambatte kuddasai, gunakan "bunga" elok2, haha..

Semoga sahabat2 KTJ semuanya sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALlah.. AMIN..
sekian sahaja untuk post kali ini.. mood sedih n tacing2 pula malam2 ni, selamat datang bulan April, lagi 39 hari lagi nak exam, jom study budak ALM sekalian.. he..ok, oyasuminasai. Wassalamualaikum warahmatullah..