Bismillah..
Asssalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah, den masih lagi bernafas pada saat ini walaupun hampir2 sahaja jadi tak bernafas pada tanggal malam 20 april ini, haha.. apa yang terjadi pada den xdelah teruk sangat, insya Allah, segala yang terjadi pada hamba2 Allah itu pasti ada sebab musabab nya, ini cerita detailnya k. hehe, bukan apa, sebagai kenangan and pengajaran buat den next time, hee
Alhamdulillah, pada hari jummat 20 april yang lalu, den pun menjalani kehidupan seperti biasa, bangun pagi, solat jumaat macam biasa, solat jumaat cakap pasal mcm mana nk tingkatkan iman time tu, ok, and then, ptg tu, plannya den nak main bowling, tp xde rezeki sebab hujan, ok lah, and then, wan, mun and aman, mmg dah plan awal nak swimming kat pusat akuatik, tanpa rasa apa2, den pun join lah lepas asar, den n aman naik motor farid, LC merah, sebab kereta wan dah penuh, ada syams, apai, mun, fitri yusof, sol and wan lah sekali, hee..
ALhamdulillah, ktrg pun sampai dengan jayanya dipusat akuatik, and mandi2 dengan sakannya, and bila habis solat magrib, ktrg pun plan nk makan kat seksyen 2, kereta wan pun gerak la dulu, den dgn aman lambat sikit, and Allahu Akbar, den bawak agak laju lah juga time tu, 80 ke 100 la juga,Aman tengah baca Quran kat belakang den, dia baca Quran kat henset lah, he.. and bila sampai akt jalan stret PKNS, tepat jam 8 ke 8.15 macam tu, den akhirnya ditakdirkan Allah bertempung dengan motor modenas Kriss colour biru gelap, seorg pakcik tua, rasanya ex polis trafik...
hehe. nk kata salah siapa, Waallahualam, rasanya salah den lah kan, bawa laju la kot time tu, huu. and pakcik tu pun memang nk belok, den n sempat nk brek, terus terlanggar tayar depan pakcik tu, nasib baik pakcik tu xde pape,aman pun minor je kecederaan dia,
Alhamdulillah, den yg kena agak teruk la gak, satu badan kena kecuali part2 sulit, sempat den selamatkan, haha.. SubhanAllah, Maha Suci Allah, dah mmg rezeki den agaknya nak kena kan, nak buat macam mana, he. den luka besar kat tangan kanan, kaki kiri, kaempat jari kaki kanan, badan sebelah kanan, bahu kanan, lutut kanan, ada sikit2 tangan kiri..
nampak macam banyak ea, hee..
ALhamdulillah, xde pe sangat pun since ni dah hari ke 5, luka2 pun dah kering and insya ALlah lagi 2 minggu ni, den pulihlah sepenuhnya,
yeah, sepanjang den eksiden ni, Allah je yang tahu sakit dia macam mana, macam2 den fikir, ya Allah, ni baru sikit ujian Allah bagi, macam mana rasanya kalau azab Allah kat alam akhirat sana, ya Allah, sakit luka kena air pun dah meraung kot, lagi lah kalau api neraka tu, nauzubillah, tapi insya Allah, den x trauma pun, still boleh naek n bawak motor lagi, hee
so, kali ini, den just nk buat ucapan penghargaan je sikit terutama sekali buat sahabat2 den, geng2 ALM and budak2 intec semuanya sekali, special thanks to Wan, masuk hari ini, dah kali ke 9 dia mandikan den, ambilkan wuduk sekali, cuci luka, pakaikan baju, bagi den makan ubat. haha, ape macam?? sweet x sweet member terbaik aku sorg nie, hee.. buat acai, apai, antara org yg mandikan den juga, he, aisar, sekali jek ambilkan wuduk, and dah promote den kat interview IMU dia bila dia cerita pasal den, hehe, buat fizi, yang asyik mara2 pasal motor, xpe g, nak buat macam mana, benda dah jadi, nnti aku bayar jelah ea,thanks g.. hehe.. sol, aman, syams, yang selalu ada kat bilik tengok2 kn den, hee. yang datang2 melawat, tok wi, aufa, bapak, yang bagi hadiah kat den, cik pah, baihaqi, radhi,affan, hehe.. seriusly korg memang sahabat yang terbaik, buat yg lain2 juga, yang mesej2 den tu, syukran jiddan buat antum semua..
and sori, sebab henset den hancur dah, lepas ni boleh lah den beli hanset yang mahal2 sikit, haha. bolah lah main istagram and snap2 picture, hehe.. insya ALlah kalau ada rezeki lebih, hee.. so, topup akan tergendala sekejap yek.. and yang buat den paling sedih, kopiah kesayangan den pun dah koyak rabak juga, huhu, den dah buang dah, serius sedih, hilang identiti. cewah.. haha..
sori xdpt join daurah last hari tu, seriusly den sedih, sebab xdapat nk mandi gunung tu, xdpt nk dengar perkongisan2 baru, huhu, rasa rugi sangat2 tp xpe, insya Allah lain kali ada.. :)
insya Allah, buat, family, sahabat, lecturer2, uztaz Affuan yang dah banyak bantu den, buat Farid terutama sekali ( tuan punya motor ) yang den pnjam. hehe.. den minta maaf sangat2 sebab den, korg dah banyak susah, seriusly, den xtau nk ckap terima kasih macam mana lagi, den sangat2 bersyukur duduk dalam kalangan org2 yang sangat2 mulia hatinya macam antum2 semua, seriusly den ucap syukran jiddan banyak2, den x mampu nk balas budi kalian, semoga ALlah merahmati segala pengorbanan antum kat den selama den sakit ni,
so, harapnya x panjang sgt, sebab den x suka tulis panjang2, hehe.. semoga den cepat sembuh, and jangan bawak motor tu laju2 sangat k, jangan langgar POLIS, hehe.. semoga segala yang berlaku tu mendapat kerahmatan Allah, and perkongsian kali ini:
surah As-Syura ayat 30 :
dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)
Alhamdulillah, ada masa lagi, teruskan study2 sehabis baik, teruskan berjuang hingga keakhirnya, jangan sekali - kali menyerah selagi belum berjuang, ingatlah ALlah sentiasa bersama2 orang2 yang berjihad menuntut ilmu kerana Nya, Hasbunallahu waniqmalwakil..
sekian, wassalam..
syafakallah mad,,moga terus kuat.ujian yg berat untk org yg hebat,,Allahu Akbar
ReplyDeletemad, syafakallah :) psal yg mandi air terjun tu, ktorg ad creat video. boleh2 usha2 mgkin ...
ReplyDeleteMoga lebih berhti-hati slps ni. :)
ReplyDelete