Tuesday, November 10, 2015

Mujahadah Diri

Assalamualaikum.. sangat terkesan dengan sharing ni.. semoga sama2 mendapat mafaat.. :)

.... ambil berat tentang diri sendiri ..


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ خَبُثَتْ نَفْسِي وَلَكِنْ لِيَقُلْ لَقِسَتْ نَفْسِي

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah radliallahu 'anha dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: 

" Janganlah salah seorang dari kalian mengatakan; Khabutsat nafsi (diriku sangat buruk), akan tetapi hendaknya ia mengatakan laqisat nafsi (diriku ada kekurangan)."


HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad


قال ابن عطاء الله في الحكم : 

الناس يمدحونك لما يظنونه فيك فكن أنت ذامّا لنفسك لما تعلمه منها  
Berkata Ibnu 'Athoillah dalm Al Hikam :

Manusia memujimu, kerana apa yang mereka sangka ada pada dirimu. Maka, celalah dirimu karena apa yang kau tahu ( aib dan kekurangan ) ada pada dirimu" 

Justeru ... rawatilah nafsu sendiri, ... ambil beratlah tentang dirimu sendiri.

Saturday, November 7, 2015

Aib manusia

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah atas nikmat Allah, nikmat Islam dan iman, nikmat sihat dan hidup lagi pada waktu ini..

Allahu, cuma nak mengatakan hebatnya Allah dan sayangnya Allah pada hambaNya. Setiap kali dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh hambaNya, Allah pasti simpan dan tidak akan buka pada orang lain melainkan kita sendiri yang ceritakan kepada orang lain. 

Allah sentiasa bagi ruang kepada hambaNya untuk bertaubat, untuk muhasabah diri, untuk berfikir kembali dosa dan kesalahan, dan akhirnya kembali kepada Nya. Sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah meliputi langit dan bumi.. 

Ada satu cerita yang boleh dikongsikan bersama.. secara ringkas nya begini..

Pada zaman Nabi Musa a.s, terjadi satu musim kemarau yang panjang..

Nabi Musa dan kaumnya ke kawasan lapang untuk bermohon doa daripada Allah.. 

lalu nabi Musa bermohon doa kepada Allah supaya hujan diturunkan.. 

Allah mengatakan, dalam kalangan kamu ada Seorang yang melakukan maksiat selama 40 tahun, suruhlah dia bertaubat dengan sebenar2 taubat.. 

Maka nabi Musa berkata dan menyuruh seorang yang melakukan maksiat 40 tahun itu bangun dan bertaubat, tetapi tiada siapa yang bangun.. 

Akan tetapi, memang terdapat seorang yang demikian. dia berasa bersalah kerana dialah punca doa nabi Musa dan kaumnya masih belum ditunaikan Allah. maka dia bertaubat dengan sebenar2 taubat dan kembali taat kepada Allah.. 

Akhirnya hujan pun turun dengan rahmat Allah.. 

Nabi Musa bertanya kepada Allah, bukankah tiada siapa yang bangun setelah aku bertanya..

Allah menjawab, sesungguhnya orang itu telah bertaubat..

nabi Musa, bertanya, siapakah orang itu.. ?

Allah menjawab, selama 40 tahun orang itu membuat kesalahan dan aku menutup kesalahannya daripada pandangan orang lain.. sekarang dia sudah bertaubat, adakah aku perlu membuka nya kepada orang lain..?

Allahu.. sangat2 terkesan dengan cerita ini.. semoga kita sama2 muhasabah diri dan berusaha sebaik mungkin kembali bertaubat kepada Allah.. tiada manusia yang tidak melakukan dosa, tetapi manusia yang berjaya ialah manusia yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah.. 

insya Allah.. salam mujahadah.. Wassalam.. :)


Monday, November 2, 2015

Indonesia seasons berapa dah ni..? haha

Bismillah..
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah.. syukur atas nikmat Allah, nikmat sihat, nikmat Islam dan nikmat Iman, masih lagi diberikan Allah peluang hidup atas muka bumi Allah yang indah ini..

Selawat dan salam ke atas nabi.. Allahumma Solli ala Muhammad..

Allahu rasa sekejap sangat masa berlalu, dah hampir setahun blog tidak diupdate..
Alhamdulillah kami di Ukrida batch 2012 dah sampai semester ke 7, semester akhir untuk teori, dan secara specifik nya kami baru masuk blok ke 29 hari sabtu yang lalu.. insya Allah tinggal 1 blok lagi sebelum kami melangkah ke dunia yang baru..

Antara keunikan study ni Ukrida ni, kami sentiasa di ajar untuk "be prepared".. "expect the worst".. "dont give too much or high expectation"..  sebab apa, sebab jadual dan waktu kelas yang selalu sahaja berubah2, selalu sahaja ada perubahan yang membuatkan kami sendiri kadang2 sukar untuk membuat jadual untuk planning masa depan..

kadang2 mungkin ada sikit cemburu dengan kawan2 di tempat lain, dorg dah ada takwim sendiri, dah ada masa dan kelas yang tetap, maka mereka boleh set up banyak benda dengan mudah.. tapi bukan untuk kami di sini..

mereka ada je takwim, ada jadual kelas seperti yang lain, tapi amatlah mudah untuk perubahan itu terjadi di sini..

mari berfikir secara berhikmah..

Alhamdulillah,
mungkin kerana sistem ini kami belajar untuk lebih berdikari..
dengan sistem sebegini kami lebih menghargai masa..
mungkin kerana sistem begini membuatkan kita rasa bersyukur sgt2 dengan negara sendiri yang lebih teratur dan sistematik..
kita berada di negeri orang, kalau tidak mengikut sistem di sini dan fikir untuk buat sistem sendiri, maka kita sendiri pun akan terkandas..
dengan sistem ini, kita dapat membantu mereka dengan memberikan cadangan kepada pihak unversiti, supaya penambahbaikan sentiasa dilakukan..
seronok sangat2 sebab sejak kebelakangan ini, pihak universiti makin kerap bertanya student apa masalah, apa yang mereka harapkan dari universiti, apa lagi student2 malaysia terus buat karangan ber pages2..

 Doakan kami semuanya masuk dunia baru insya Allah tahun depan.. moga semuanya dipermudahkan Allah..

*bila nk bukak blog tadi, siap kena verify kat handphone, punyalah lama tak bukak sampai salah2 password.. hee maaf sebab selalu tidak update blog..
*dunia baru = praktikal

sekian dulu untuk kali ni, salam mujahadah..
Assalamualaikum.. :)

Thursday, December 4, 2014

Indonesia season 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah, dah lama tidak berblogging.. kali ini bila baca post2 lepas, baru rajin nak menaip untuk update lagi buku cerita den..

Sekarang kalau dalam study, den dah sampai di blok 21, metabolik endokrin. Rasa cepat betol masa berlalu, kalau baca entry lepas, rasa baru update pasal blok 12, sem 3, skrg dah pertengahan semester 5 dah. Allahu.. masa.. masa..

Ok, baiklah, kita recall sikit2 lagi kisah2 menarik sepanjang tahun ini dan sejak dr blok 12 kemarin. Mana2 yang den ingat, moga2 menjadi kisah yang menjadi pengalaman, iktibar dan kenangan manis dalam hidup den.

  •       Masa blok 12 kemarin, time tu first time bertemu PM sebab PM turun jakarta dan nk jumpa student. Den kne baca doa time tu, tapi den gerak utk ke kedubest agak lambat, den pecut naik taxi, dan tiba2 road block sebab hari ahad banyak jalan tutup, terus den kluar taxi, naik ojek (motor) stret sampai kedubest. Alhamdulillah, nasib baiklah tak start lagi even tu dan den sempat jugak jadi pembaca doa. Moral of story, jangan gerak lambat.. hee

  •       Bulan 12 tahun lepas, den sempat melancong ke banyak tempat lain selain indonesia. Den pergi bogor, main water theme park The Jungle, main boling. Niat asal nak main paragliding, tapi, apakah daya, sampai2 bogor, hujan lebat. Hu. Then, pergi jalan2 di Jogjakarta. Banyak tempat menarik di jogja dan makanan pun sedap dan murah, antara yang best, pantai grogol, giwangan, malioboro street, pantai parangtritis, pantai depok, rumah batik, rumah besi, candi borubudur, gunung merapi, candi prambanan, kilang emas, kedai roti cane aceh, goa pindul, bukit kitol, laut indrayanti dan baron. Next den pergi sukabumi, main air terjun yang macam ais suhu dia. Sangat2 sejuk. Situ gunung, curug sawer nama dia.

  •        Bulan 1 tahun 2014, kami balik malaysia, cuti semester 3

  •              Cuti sebulan time bulan 2 pun amat2 menarik. Alhamdulillah, dapat luangkan banyak masa dengan family waktu ni. Syukur sangat2. Kami sekeluarga jalan2 dan mandi manda di pantai Lanun, mersing. Time ni selipar hilang sebab letak bersepah. Haha. Then, aman bertunang pada 8.2.2014. dan malam tu jugak den pergi ke kedah dengan kakak utk pergi tgok tok mon dan tok jai kat sana. Kat kedah, pengalaman yang sangat best, sambut besday tok jai, pergi penang drive sendiri, masuk USM, pergi langkawi, gunung mat cincang, dataran Lang, jumpa ustaz Ridha kat KUIN, jalan2 dengan marzuk yang macam tak duduk penang, haha, sbelum tu main ping pong dulu kat rumah dia. Dia menang sebab faktor main kat rumah dia. Hee. Jalan street art penang, nasi kandaq line clear, cendol, penang hill, Alhamdulillah, selesai di kedah, den pulang ke kluang semula.

  •       Time tu musim maulid nabi di Kluang, semua tempat best2 penceramah dia. Ustaz Haryanto kat masjid kampung tengah, best and mantap giler. Lepas tu, den pergi seremban kejap, lepak rumah adl, pergi saser lawat sekolah dengan cikgu2, then pergi rumah wan and malam tu nk pergi rumah sayuti di Ganu kito.. sampai di ganu pagi buta tu, sayuti amek ktrg kat tepi jalan, dan terus lepak tidur kat rumah sayuti. Esoknya pergi jalan2 dungun and sempat singgah rumah adibah dengan athirah. Hari ke 2 di ganu, kami jalan2 di pantai batu burok, taman tamadun islam yang ada masjid kristal, river cruise, pasar payang carik kain batik, dan nk tgok batik mahal kat butik batik arfa. Tak lupa beli keropok lekor, mandi laut kat belakang rumah sayuti, layan unggun api malam2, lepak2 pantai dan den pun kembali semula ke kluang

  •       Sebelum pulang ke jakarta untuk semester 4, arwah mak tok den sempat buat kenduri doa selamat untuk cucu2 dia yang nk exam tahun ini.

Oraite.. kisah ini akan bersambung dalam entry selanjutnya.. syukran jiddan kerana sudi membaca.. wallahualam.. Assalamualaikum.. J  

Friday, September 12, 2014

Third year

Bismillah.. alang2 tengah terbukak blog ni.. update la sikit.. insya Allah akan masuk third year medical di ukrida isnin 15.9.2014 ini.. mohon doakan.. moga2 dipermudahkan segalanya.. dan sama2 kita berjaya dunia akhirat.. insya Allah amin..

wallahualam.. :)