Jom Follow...

Monday, November 2, 2015

Indonesia seasons berapa dah ni..? haha

Bismillah..
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah.. syukur atas nikmat Allah, nikmat sihat, nikmat Islam dan nikmat Iman, masih lagi diberikan Allah peluang hidup atas muka bumi Allah yang indah ini..

Selawat dan salam ke atas nabi.. Allahumma Solli ala Muhammad..

Allahu rasa sekejap sangat masa berlalu, dah hampir setahun blog tidak diupdate..
Alhamdulillah kami di Ukrida batch 2012 dah sampai semester ke 7, semester akhir untuk teori, dan secara specifik nya kami baru masuk blok ke 29 hari sabtu yang lalu.. insya Allah tinggal 1 blok lagi sebelum kami melangkah ke dunia yang baru..

Antara keunikan study ni Ukrida ni, kami sentiasa di ajar untuk "be prepared".. "expect the worst".. "dont give too much or high expectation"..  sebab apa, sebab jadual dan waktu kelas yang selalu sahaja berubah2, selalu sahaja ada perubahan yang membuatkan kami sendiri kadang2 sukar untuk membuat jadual untuk planning masa depan..

kadang2 mungkin ada sikit cemburu dengan kawan2 di tempat lain, dorg dah ada takwim sendiri, dah ada masa dan kelas yang tetap, maka mereka boleh set up banyak benda dengan mudah.. tapi bukan untuk kami di sini..

mereka ada je takwim, ada jadual kelas seperti yang lain, tapi amatlah mudah untuk perubahan itu terjadi di sini..

mari berfikir secara berhikmah..

Alhamdulillah,
mungkin kerana sistem ini kami belajar untuk lebih berdikari..
dengan sistem sebegini kami lebih menghargai masa..
mungkin kerana sistem begini membuatkan kita rasa bersyukur sgt2 dengan negara sendiri yang lebih teratur dan sistematik..
kita berada di negeri orang, kalau tidak mengikut sistem di sini dan fikir untuk buat sistem sendiri, maka kita sendiri pun akan terkandas..
dengan sistem ini, kita dapat membantu mereka dengan memberikan cadangan kepada pihak unversiti, supaya penambahbaikan sentiasa dilakukan..
seronok sangat2 sebab sejak kebelakangan ini, pihak universiti makin kerap bertanya student apa masalah, apa yang mereka harapkan dari universiti, apa lagi student2 malaysia terus buat karangan ber pages2..

 Doakan kami semuanya masuk dunia baru insya Allah tahun depan.. moga semuanya dipermudahkan Allah..

*bila nk bukak blog tadi, siap kena verify kat handphone, punyalah lama tak bukak sampai salah2 password.. hee maaf sebab selalu tidak update blog..
*dunia baru = praktikal

sekian dulu untuk kali ni, salam mujahadah..
Assalamualaikum.. :)

1 comment:

  1. Salam..
    Selepas setahun menunggu cerita..
    All the best untuk blog baru and selamat datang ke dunia baru tidak lama lagi.

    ReplyDelete