Jom Follow...

Monday, October 29, 2012

be desperate.. :)

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Walillahilhamdu.. Alhamdulillah hari ni udah hari ke 4 hari raya Aidil Adha, sekejap je rasanya dah hampir selesai saudara2 kita di mekah sana membuat ibadah haji. insya Allah moga mereka semua mendapat haji yang mabrur. Amin..

sorri kepada ummi yasirah sekali lagi, sebab lambat sangat post blog pasal be desperate ni.. haha, jangan marah ummi.. hee..

orait, ni ada satu kisah, sharing2 untuk semua. Ada seorang mamat ni pergilah ke hotel 5 star kat Kl. so, bila kat hotel kan, makanan dia mak ai, semua jadi sedap, and semua high class. so, apa lagi, mamat ni pun tanpa membuang masa, terus makan semua makanan yang mahal2 ni tanpa menghiraukan orang lain. sotong besar, ketam, ABC, nasi yang macam2 jenis, lauk2 yang dia tak pernah jumpa pun ada. and so, bila time bayar, disebabkan si mamat ni sekali - sekala jek dapat makan kat hotel mewah ni, dia memang dah menabung banyak dah duit untuk makan kat hotel ni. so, bayaran dia ialah RM 400.00. so, mamat ni pun bayar la harga makanan dia tu.

so, on the way nak keluar dari hotel tu, tiba2 perut mamat tu sakit gler2 punya sakit. so dia dengan secepat kilat masuk ke toilet dan melepaskan hajat yang tak seberapa besarnya itu. Alhamdulillah, selesai daripada kes memerut di toilet, mamat tadi pun keluar la dari hotel tu.

so, what is moral of the story ..?? apa kaitan dengan be desperate pulak ni.. haha, ok gini. daripada kisah mamat tadi, dia makan makanan yang mahal2 kat hotel kan, and dia dah menabung punya banyak duit untuk makan kat hotel tu, so, bila dia dah habes makan, ttbe dia saket perut pulak. soalan.. time dia sakit perut tu, ada tak dia pikir, eh, aku dah spend banyak untuk makan makanan tadi tu, tak kan aku nak buang kot, aish, esok lusa jelah buang, mahal tuu.. erm, agak2 dia ada pikir tak benda tu..

Jawapannya, semestinya tidak, sebab apa, dalam pikiran dia, dia sakit perut, dia memang dah desperate untuk buang hajat, and so, dia terus pergi toilet and terus buang segala-galanya, tanpa berfikir pasal benda2 lain.

so, kaitannya dengan seorang yang bergelar manusia hari ini ialah adakah kita desperate pada tuhan kita iaitu Allah..? adakah bila kita nak lakukan sesuatu yang berkaitan dengan hal2 agama terutamanya, kita selalu pikir pasal benda2 lain..? kalau ada, maksudnya kita tak desperate pada Allah, kalau kita betol2 desperate pada Allah, kita akan buang jauh2 pemikiran kita terhadap benda2 lain, and kita buat somethin just for one reason which is for Allah.

be desperate ni sebenarnya kesimpulan daripada kuliah yang pernah den and sabahat2 dapat daripada murabbi kami iaitu ustaz Redha dulu. Amat terkesan di hati sebab kadang2 untuk dapat ikhlas dalam ibadah tu amat2 la payah. sebab hati masih lagi kotor, selalu pikir pasal hal2 lain, and tak rasa desperate pun kan kat Allah. so, last2 tak mau la buat benda2 ni.. Alhamdulillah, memang payah untuk ikhlaskan hati, but hati itu Allah punya kan, so, selagi ktia tak try untuk lawan segala nafsu tu, so, selagi tulah nafsu tu akan menang kat kita..

insya Allah, semoga kita sama2 bermujahadah kerana Allah. walaupun terasa pahit sekarang, insya Allah, manis tu di akhirat kelak. bukan mudah untuk berubah, yes, memang betul, tapi tak mustahil untuk seseorang itu mendapat hidayah Allah dan berubah. buktinya, saidina omar yang merupakan orang kuat untuk bunuh nabi, dapat hidayah dari Allah and last2, jadi orang kuat yang membela nabi, SubhanAllah..

insya Allah, sempena raya korban ini, sama2 kita berkorban jiwa dan raga semata-mata kerana Allah. Allah tidak melihat pada berapa banyak daging korban yang kita buat, tapi Allah melihat pada keikhlasan kita melakukan ibadah korban tersebut..

Lastly, sama2 kita menjadi orang yang bertaqwa. surah Al-Imran : 133, 134 dan 135.

selamat hari raya sume.. Assalamualaikum.. :)

Thursday, October 18, 2012

Lucky

Bismillah..

Assalamualaikum.. aha.. hari ini mau cerita pasal my lucky day.. haha. padahal dah agak lama benda lucky ni. event ini berlaku di jakarta iaitu Kecoh Raye yang diadakan di Malaysia Hall, Jakarta, Indonesia. time ni ktrg baru seminggu sampai kat jakarta, tapi sekarang baru nak post.. :)

so, pada malam tu, ktrg ramai2 pun datanglah ke Malaysia Hall dengan baju raya masing2, walaupun time tu, raya dah pun habes, haha, tapi ok la, sambutan raya kat sini, mantapp.. ada sate, lodeh, nasi himpit, ketupat xsure la, rasenya xde kot. huu..

so, ada banyak game malam tu, teka lagu raye rosak, makan telur, teka kuih raya, but, ada satu game malam tu, nama dia Lucky draw, so, guess what, for the first time in my life.. den yang dapat lucky draw tu.. perh. rasa macam hari tu memang indah sangat2, haha, dapat duit ooo.., 50 ribu ok, jangan main2 dengan lucky draw kat sini, hadiah bukan calang2, so, Alhamdulillah, dapat la den sampul duit yang bernilai 50 ribu tu malam tu jugak.. Alhamdulillah.. ramai yang cakap, "untungla mad, dapat 50ribu.." huhu.. haha.

game dia lebih kurang macam ni la, semua yang datang ke berdiri, and pengacara akan cakap somthing2, siapa yang bertahan paling lama berdiri, dia yang menang.. so, kalau xsilap, ni la ayat diorg.. hee..

1. siapa yang pakai baju raye lengkap, ... berdiri
2. siapa yang pakai jam tangan kat tangan kanan, ...berdiri
3. siapa yang tak de benda2 hitam kat dia, ...berdiri
4. siapa yang pakai blackberry, ...duduk.
5. siapa yang pakai cermin mata, ...duduk

and last man standing.. tak disangka2 ialah den. haha.. Alhamdulillah.. dapat lah hadiah wang bernilai 50 ribu tu.. hee.. and duit tu dah habes dah pun.. hee..

-lastly, sori, den dapat 50 ribu rupiah ok, bukan 50 ringgit, kalau 50 ribu ringgit. dah pengsan kot.. haha.
but still, Alhamdulillah.. tq Allah.. ni sampul duit raya tu.. hee..  ok. Assalamualaikum..



Monday, October 15, 2012

Nawaitu

Assalamualaikum, insya Allah, sedikit perkongsian daripada ustaz Adiya hari jumaat kemarin. Asif (sori) kalau terdapat fakta2 yang agak kurang. semua kekurangan itu adalah daripada den sendiri, insya Allah, semoga mendapat manfaat bersama.. :)

Masjid nurul hikmah, jakarta barat 12.10.2012

Taklim riyaddus solihin daripada ustaz Adiya :

Bab 1, imam nawawi

keihkhlasan dan menghadirkan niat yang lahir secara boleh dilihat dan tidak boleh dilihat

pa makna ikhlas..?? ikhlas ialah engkau engkau meniatkan segala amalan untuk Allah sahaja

kalau kerana dunia, harapkan pujian, takut kerana celaan dunia = bukan ikhlas

dalam hadith Qudsi yang bermaksud : siapa yang melakukan amalan dalam keadaan yang mempersekutukanKu, akan Aku tinggalkan dia bersama sekutunya. Allah tuhan yang tidak perlukan sekutu.

kalau syirik, lenyaplah segala amalan di dunia, sia2 belaka

sesiapa yang inginkan kehidupan dunia dan hiasannya, akan Kami laksanakannya dan mereka tidak dapat apa2 di akhirat kecuali neraka dan segala amalannya hilang lenyap

dr imam Bukhari, 3 orang yang diseret masuk neraka dulu :

1. org yang rajin baca al-Quran tapi inginkan pujian atas bacaannnya.
2. org yang suka bersedekah tetapi ingin disebut2 sebagai seorang dermawan
3. org yang berjihad di medan perang tetapi ingin namanya disebut2 sebagai orang yang berani

ingat, kalau ikhlas, all and everything kerana Allah

Allah berfirman : tidaklah diperintahkan agar beribadah hanya kepada Allah, mereka menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, dan hanya Islam merupakan agama yang lurus.

time korban, daging korban tidak sampai kepada Allah tapi taqwa yang sampai kepada Allah.

kenapa daging tu tak sampai kepada Allah..?? sebab Allah tak perlukan daging pun.. :)

yang sampai kepada Allah hanya taqwa, keikhlasan kita dalam ibadah korban.

katakanlah wahai rasul, kalau kalian sembunyikan sesuatu apapun dalam hati kalian dan kalau kalian keluarkan sekalipun, pastinya Kami Maha Mengetahui.

kalau ada riak di dalam hati, pastinya Allah tahu..

imam Nawawi sebutkan hadith no 1 dalam riyaddus solihin, sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada niat. riwayat imam muslim, ( hadith soheh )

kata imam syafie, hadith no 1 ini masuk dalam lebih 70 bab feqah.

sampaikan ada ulamak kata, kalau nak menulis buku, mulakan dengan hadith ini.

salah satu yang ikut ialah Imam Bukhari dalam Soheh Bukhari, Imam Shayuti dan imam Nawawi sendiri.

rosak dan baik sesuatu amalan bergantung pada niat, kecuali pada 3 org :

org gila, orang yang tak sedar dan orang yang terpaksa.

seseorang akan mendapat ganjarannya sesuai dengan apa yang dia niatkan

niat membezakan satu ibadah dengan ibadah yang lain.

kalau niat ibadah, dapat pahala

kalau niat adat, tak dapat pahala.

jika engkau niat sesuatu kerana Allah dan akhirat, pastinya engkau dapat akhirat dan Allah.

kalau engkau niat kerana dunia, boleh jadi engkau dapat atau tak dapat.

kata Allah: sesiapa yang inginkan kehidupan dunia, akan Kami bagi dunia ini pada sesiapa yang Kami KEHENDAKI.

kalau nak akhirat dan sunguh2 nakkannya, nescaya Allah usaha itu akan Allah balas

ada orang buat baik sebab dunia, ada yang Allah bagi. and

ada orang yang buat baik kat dunia, tapi Allah xdapat apa2, sia2 and penat sahaja.

niat sangat mempengaruhi amalan

contoh ada pada nabi :

sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, dia akan mendapat Allah dan rasulnya, siapa yang berhijrah kerana wanita dia akan dapat sesuai dengan apa yang dia niatkan.

hijrah ada 3 bentuk :

1. tinggalkan amalan buruk kepada baik
2. tinggalkan pelaku perkara buruk
3. meninggalkan tempat ke tempat yang lain

orang berhijrah kerana 3 sebab :

kerana Allah
kerana dunia
kerana wanita yang ingin dikahwininya

syarat sesuatu amalan diterima Allah ada 2 :

1. ikhlas semata2 kerana Allah
2. ikut cara dan panduan yang nabi lakukan

kalau niat nak buat bersedekah, tapi dengan cara mencuri rumah orang kaya, so, amalan tak diterima

soalan:

kalau puasa, wajib ke lafaz niat..??

xwajib pun lafaz niat, tapi wajib niat..

contoh: kalau ada tetamu datang rumah, kita mesti nak layan dia dengan baik kan..
so, kita cakap ke kat tetamu kita tu, eh, saya kena buat baik dengan awak ni, sebab awak tetamu saya, saya berniat nak buat baik kat awak kerana Allah, saya akan buat air, layan awak sebaik yang mungkin kerana Allah. pastinya tidak kan..

so, segala yang kita lakukan, pastinya kita sudah berniat untuk lakukan perkara tu. so, xpayah lafaz pun.. :)

Alhamdulillah.. itulah serba sedikit ilmu yang den dapat kongsikan daripada taklim jumaat haritu, insya Allah, segala apa yang kita lakukan, sebaiknya kita sama2 berniat semata-mata kerana Allah, even kita tulis blog ni pun, lillahi taala. insya Allah semoga mendapat barakah Allah..

ok, semoga sama2 bermujahadah kerana Allah, kerana nak kata afe ( affan aufa bin zainudin ), he, sesungguhnya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.. sweet la afe.. hee..

sampai sini dahulu, Maas salamah.. Assalamualaikum teman2.. :)




Sunday, October 14, 2012

muhasabah diri sejenak..

Bismillah..

Assalamulaikum. Alhamdulillah kerana kita masih sihat dan dapat bernafas pada hari ini, sori wan, curik ayat hang dalam fb sat.. jom lihat ayat daripada Hassan al-Banna kat bawah ni sejenak..

Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..

Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

-Imam Hassan Al Banna -


sangat cantik kata-kata hassan al-Banna ni, so, kalau enggak mengerti lagi, ni ada satu contoh lagi supaya lebih jelas..insya Allah.. 

satu petang, ada perbualan 2 orang lelaki..

laki A : eh, aku nak main bola la, tapi aku tak reti la der..
laki b : la, kalau nak main bola, turun la padang..
laki A : tapi aku takut la der, nanti org gelakkan aku, takpe la, aku study dulu macam mana nak main bola, then aku turun la.. hee
laki b : erm, kalau gitu, sampai bila2 la ko tak pndai main bola der.. huu

dapat..?? hee, kalau kita dah ada niat nak buat keje dakwah, but, kita tak turun padang, macam mana kita nak tau skill apa yang kita ada.. right.? walaupun kita selalu cakap, well, aku rasa ilmu agama aku tak cukup lagi la bro. macam mana aku nak ajak orang lain..?, and yes, jawapannya, belum try dah mengalah, adakah itu sifat seorang pendakwah, insya Allah, bila kita ajak orang buat baik, secara tidak langsung, kita dapat skill baru, kita akan dakwah pada diri kita sekali, 

insya Allah kita akan terkesan dengan apa yang kita cakap. walaupun kita takut, agak2 orang akan cakap apa nanti kalau aku tiba2 cakap benda2 baik ni. pernah bermain difikiran sebelum ni.? yes, den pernah dulu, sampailah akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya ditemui dalam surah Al-Imran ayat 103-104.


Surah Ali’ Imran, Ayat 103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.

Surah Ali’ Imran, Ayat 104
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ok, daripada kata-kata hassan Al-Banna tadi, and for sure daripada kalam Allah sendiri menerusi Al-Quran, kita hamba Allah disuruh untuk mengikat tali persaudaraan (ukhuwah), maksudnya saling mengingati, saling memaafkan, buang dengki, jaga batas pergaulan, and Allah tegaskan kalau nak berjaya kita disuruh berbuat amar makruf dan menolak kemungkaran. 
Common, walaupun usaha yang kita rasa kecil and result pun macam kecil, tapi ingatlah yang Allah sekali-kali tidak melihat pada hasil, tetapi pada usaha kebaikan yang kita lakukan, so, teruskan dakwah yang kita lakukan even terhadap hati dan diri sendiri, istiqamah pada ibadah, niatkan hanya semata-mata kerana Allah, insya Allah, jannah menantimu..
Persoalan pada diri den terutamanya.. hang nak masuk syurga tak bro..?? for sure den and semua akan kata nak.. and then, adakah hang sudah mempunyai akhlak seperti ahli-shli syurga.. ?? and apa yang ahli-ahli syurga seperti nabi-nabi dan para sahabat lakukan untuk dapat syurga Allah..?? sama-sama bermuhasabah dan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan jannah Allah k mad.. 
insya Allah Amin.. :)

Friday, October 5, 2012

Ayat Pilihan

Bismillah.. 

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi untuk hidup di alam dunia Alllah ini. semalam baru balik dari Bogor, jalan-jalan keluar jakarta jap, tup2 dah sebulan tinggal kat jakarta ni, so ambil angin luar la kejap.. hehe..

so, antara ayat best yang den dapat kat Bogor tu, daripada abg Hamdi kalau tak silap, 

" jangan mengejar dunia kerana akhirat akan lari dari kita, tapi, kejarlah akhirat, nescaya dunia pun akan ikut kita" 

lepas dengar ayat ini, tiba-tiba rasa macam, WOW.. hee.. Stylo gler ayat mamat ni.. hee.. 

so, Alhamdulillah, sangat best melihat dan menikmati kehijauan alam di Bogor, sejuk yang amat Bogor tu, for the first time mandi air terjun sampai keluar asap kat mulut, bayangkan sejuknya air kat situ. haha, tapi tak puas sangat sebab kejap jek mandi kat situ, insya Allah lepas ini, next trip, mungkin Pulau Tidung, jakarta. hehe, 

Alhamdulillah, kehidupan di sini semakin baik, pengisian rohani pun Alhamdulillah, boleh kata nampak peningkatan, insya Allah semoga istiqamah, a litltle efford but keep going doing it. Amin.. 

so, ayat pilihan pada minggu ini, untuk hafalan den :

Al-Maidah : 35
Al-nisa : 159
Al-imran : 133,134,135,139

insya Allah, semoga segala urusan dipermudahkan Allah, Amin.. next program in mind :

1. Stylo Quran 
2. Fiqh Solat
3. AJTH Indonesia
4. Al-Fatihah Indonesia
5. Friendly Comperative Religion Indonesia ( FCR )

itu aja dong buat masa ini, semoga terus dalam rahmat dah keberkatan Allah.. :)