Jom Follow...

Monday, October 15, 2012

Nawaitu

Assalamualaikum, insya Allah, sedikit perkongsian daripada ustaz Adiya hari jumaat kemarin. Asif (sori) kalau terdapat fakta2 yang agak kurang. semua kekurangan itu adalah daripada den sendiri, insya Allah, semoga mendapat manfaat bersama.. :)

Masjid nurul hikmah, jakarta barat 12.10.2012

Taklim riyaddus solihin daripada ustaz Adiya :

Bab 1, imam nawawi

keihkhlasan dan menghadirkan niat yang lahir secara boleh dilihat dan tidak boleh dilihat

pa makna ikhlas..?? ikhlas ialah engkau engkau meniatkan segala amalan untuk Allah sahaja

kalau kerana dunia, harapkan pujian, takut kerana celaan dunia = bukan ikhlas

dalam hadith Qudsi yang bermaksud : siapa yang melakukan amalan dalam keadaan yang mempersekutukanKu, akan Aku tinggalkan dia bersama sekutunya. Allah tuhan yang tidak perlukan sekutu.

kalau syirik, lenyaplah segala amalan di dunia, sia2 belaka

sesiapa yang inginkan kehidupan dunia dan hiasannya, akan Kami laksanakannya dan mereka tidak dapat apa2 di akhirat kecuali neraka dan segala amalannya hilang lenyap

dr imam Bukhari, 3 orang yang diseret masuk neraka dulu :

1. org yang rajin baca al-Quran tapi inginkan pujian atas bacaannnya.
2. org yang suka bersedekah tetapi ingin disebut2 sebagai seorang dermawan
3. org yang berjihad di medan perang tetapi ingin namanya disebut2 sebagai orang yang berani

ingat, kalau ikhlas, all and everything kerana Allah

Allah berfirman : tidaklah diperintahkan agar beribadah hanya kepada Allah, mereka menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, dan hanya Islam merupakan agama yang lurus.

time korban, daging korban tidak sampai kepada Allah tapi taqwa yang sampai kepada Allah.

kenapa daging tu tak sampai kepada Allah..?? sebab Allah tak perlukan daging pun.. :)

yang sampai kepada Allah hanya taqwa, keikhlasan kita dalam ibadah korban.

katakanlah wahai rasul, kalau kalian sembunyikan sesuatu apapun dalam hati kalian dan kalau kalian keluarkan sekalipun, pastinya Kami Maha Mengetahui.

kalau ada riak di dalam hati, pastinya Allah tahu..

imam Nawawi sebutkan hadith no 1 dalam riyaddus solihin, sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada niat. riwayat imam muslim, ( hadith soheh )

kata imam syafie, hadith no 1 ini masuk dalam lebih 70 bab feqah.

sampaikan ada ulamak kata, kalau nak menulis buku, mulakan dengan hadith ini.

salah satu yang ikut ialah Imam Bukhari dalam Soheh Bukhari, Imam Shayuti dan imam Nawawi sendiri.

rosak dan baik sesuatu amalan bergantung pada niat, kecuali pada 3 org :

org gila, orang yang tak sedar dan orang yang terpaksa.

seseorang akan mendapat ganjarannya sesuai dengan apa yang dia niatkan

niat membezakan satu ibadah dengan ibadah yang lain.

kalau niat ibadah, dapat pahala

kalau niat adat, tak dapat pahala.

jika engkau niat sesuatu kerana Allah dan akhirat, pastinya engkau dapat akhirat dan Allah.

kalau engkau niat kerana dunia, boleh jadi engkau dapat atau tak dapat.

kata Allah: sesiapa yang inginkan kehidupan dunia, akan Kami bagi dunia ini pada sesiapa yang Kami KEHENDAKI.

kalau nak akhirat dan sunguh2 nakkannya, nescaya Allah usaha itu akan Allah balas

ada orang buat baik sebab dunia, ada yang Allah bagi. and

ada orang yang buat baik kat dunia, tapi Allah xdapat apa2, sia2 and penat sahaja.

niat sangat mempengaruhi amalan

contoh ada pada nabi :

sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, dia akan mendapat Allah dan rasulnya, siapa yang berhijrah kerana wanita dia akan dapat sesuai dengan apa yang dia niatkan.

hijrah ada 3 bentuk :

1. tinggalkan amalan buruk kepada baik
2. tinggalkan pelaku perkara buruk
3. meninggalkan tempat ke tempat yang lain

orang berhijrah kerana 3 sebab :

kerana Allah
kerana dunia
kerana wanita yang ingin dikahwininya

syarat sesuatu amalan diterima Allah ada 2 :

1. ikhlas semata2 kerana Allah
2. ikut cara dan panduan yang nabi lakukan

kalau niat nak buat bersedekah, tapi dengan cara mencuri rumah orang kaya, so, amalan tak diterima

soalan:

kalau puasa, wajib ke lafaz niat..??

xwajib pun lafaz niat, tapi wajib niat..

contoh: kalau ada tetamu datang rumah, kita mesti nak layan dia dengan baik kan..
so, kita cakap ke kat tetamu kita tu, eh, saya kena buat baik dengan awak ni, sebab awak tetamu saya, saya berniat nak buat baik kat awak kerana Allah, saya akan buat air, layan awak sebaik yang mungkin kerana Allah. pastinya tidak kan..

so, segala yang kita lakukan, pastinya kita sudah berniat untuk lakukan perkara tu. so, xpayah lafaz pun.. :)

Alhamdulillah.. itulah serba sedikit ilmu yang den dapat kongsikan daripada taklim jumaat haritu, insya Allah, segala apa yang kita lakukan, sebaiknya kita sama2 berniat semata-mata kerana Allah, even kita tulis blog ni pun, lillahi taala. insya Allah semoga mendapat barakah Allah..

ok, semoga sama2 bermujahadah kerana Allah, kerana nak kata afe ( affan aufa bin zainudin ), he, sesungguhnya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.. sweet la afe.. hee..

sampai sini dahulu, Maas salamah.. Assalamualaikum teman2.. :)




1 comment: