Jom Follow...

Monday, October 29, 2012

be desperate.. :)

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Walillahilhamdu.. Alhamdulillah hari ni udah hari ke 4 hari raya Aidil Adha, sekejap je rasanya dah hampir selesai saudara2 kita di mekah sana membuat ibadah haji. insya Allah moga mereka semua mendapat haji yang mabrur. Amin..

sorri kepada ummi yasirah sekali lagi, sebab lambat sangat post blog pasal be desperate ni.. haha, jangan marah ummi.. hee..

orait, ni ada satu kisah, sharing2 untuk semua. Ada seorang mamat ni pergilah ke hotel 5 star kat Kl. so, bila kat hotel kan, makanan dia mak ai, semua jadi sedap, and semua high class. so, apa lagi, mamat ni pun tanpa membuang masa, terus makan semua makanan yang mahal2 ni tanpa menghiraukan orang lain. sotong besar, ketam, ABC, nasi yang macam2 jenis, lauk2 yang dia tak pernah jumpa pun ada. and so, bila time bayar, disebabkan si mamat ni sekali - sekala jek dapat makan kat hotel mewah ni, dia memang dah menabung banyak dah duit untuk makan kat hotel ni. so, bayaran dia ialah RM 400.00. so, mamat ni pun bayar la harga makanan dia tu.

so, on the way nak keluar dari hotel tu, tiba2 perut mamat tu sakit gler2 punya sakit. so dia dengan secepat kilat masuk ke toilet dan melepaskan hajat yang tak seberapa besarnya itu. Alhamdulillah, selesai daripada kes memerut di toilet, mamat tadi pun keluar la dari hotel tu.

so, what is moral of the story ..?? apa kaitan dengan be desperate pulak ni.. haha, ok gini. daripada kisah mamat tadi, dia makan makanan yang mahal2 kat hotel kan, and dia dah menabung punya banyak duit untuk makan kat hotel tu, so, bila dia dah habes makan, ttbe dia saket perut pulak. soalan.. time dia sakit perut tu, ada tak dia pikir, eh, aku dah spend banyak untuk makan makanan tadi tu, tak kan aku nak buang kot, aish, esok lusa jelah buang, mahal tuu.. erm, agak2 dia ada pikir tak benda tu..

Jawapannya, semestinya tidak, sebab apa, dalam pikiran dia, dia sakit perut, dia memang dah desperate untuk buang hajat, and so, dia terus pergi toilet and terus buang segala-galanya, tanpa berfikir pasal benda2 lain.

so, kaitannya dengan seorang yang bergelar manusia hari ini ialah adakah kita desperate pada tuhan kita iaitu Allah..? adakah bila kita nak lakukan sesuatu yang berkaitan dengan hal2 agama terutamanya, kita selalu pikir pasal benda2 lain..? kalau ada, maksudnya kita tak desperate pada Allah, kalau kita betol2 desperate pada Allah, kita akan buang jauh2 pemikiran kita terhadap benda2 lain, and kita buat somethin just for one reason which is for Allah.

be desperate ni sebenarnya kesimpulan daripada kuliah yang pernah den and sabahat2 dapat daripada murabbi kami iaitu ustaz Redha dulu. Amat terkesan di hati sebab kadang2 untuk dapat ikhlas dalam ibadah tu amat2 la payah. sebab hati masih lagi kotor, selalu pikir pasal hal2 lain, and tak rasa desperate pun kan kat Allah. so, last2 tak mau la buat benda2 ni.. Alhamdulillah, memang payah untuk ikhlaskan hati, but hati itu Allah punya kan, so, selagi ktia tak try untuk lawan segala nafsu tu, so, selagi tulah nafsu tu akan menang kat kita..

insya Allah, semoga kita sama2 bermujahadah kerana Allah. walaupun terasa pahit sekarang, insya Allah, manis tu di akhirat kelak. bukan mudah untuk berubah, yes, memang betul, tapi tak mustahil untuk seseorang itu mendapat hidayah Allah dan berubah. buktinya, saidina omar yang merupakan orang kuat untuk bunuh nabi, dapat hidayah dari Allah and last2, jadi orang kuat yang membela nabi, SubhanAllah..

insya Allah, sempena raya korban ini, sama2 kita berkorban jiwa dan raga semata-mata kerana Allah. Allah tidak melihat pada berapa banyak daging korban yang kita buat, tapi Allah melihat pada keikhlasan kita melakukan ibadah korban tersebut..

Lastly, sama2 kita menjadi orang yang bertaqwa. surah Al-Imran : 133, 134 dan 135.

selamat hari raya sume.. Assalamualaikum.. :)

No comments:

Post a Comment