Friday, March 22, 2013

awek baru

Assalamualaikum and salam jumaat buat semua.. Alhamdulillah masih diberi Allah nikmatt Islam dan Iman pada Nya..

Oraite. . Memandangkan semua mesti tertanya2 siapa awek baru den ni kan.. haha.. so. Bukan nak berbangga dapat awek baru. Tapi dapat sepupu perempuan baru lagi.. hee. Alhamdulillah. . Bukan 1 tapi 2 orang sekali gus dalam bulan 3 ni.. tahniah kat mak ita and mak idah den yang dah selamat melahirkan 2 orang lagi muslimah muslih insya Allah.. So kalau ikutkan. Den buat sikit kira2 td rasenya dah dekat 50 lebih dah sepupu den total belah mak and abah. And den yang paling tua sekali pulak tu.. haha. Kalau raye ni. Dah keje nanti. Habes nak bagi duit raye ni.. hehe. insya Allah.. :)

So. Insya Allah sikit pngisian pasal khutbah minggu ni. Pun pasal hati. Hebat cara penyampaian pak Jailani. Sempoi habes.. he. Hati tempat untuk zikir pada Allah. Kalau hati tak berfungsi macam tu, maknenya ade problem la hati tu. So. Tempat jatuh taqwa juga pada hati. So. Same2 la menjaga hati semoga mencapai sakinah Allah..

Oraite. Pasal post den yg lepas. Tulah. Den memang agak nakal dulu. So. Kalau siapa yang sempat jumpe den zaman otai2 dulu tu. Haa. Beruntung la.. hehe.. so. Insya Allah doakan den terus istiqamah pada jalan Allah. bila kenang zaman2 lama. Den gelak habes2 dengan member2 kat indon ni bila baca balik post2 den.. budak nakal kan.. huhu. Insya Allah. Semoga same2 berubah ke jalan Allah.. jom.

Ok. Sampai sini dulu.. Assalamualaikum. .;)

Monday, March 18, 2013

reunion Omegatron... ( draft post zaman budak2.. haha.. )

"wei...

mkan ah lg ayam 2..

aku bkar byak nie.."

hahahah

2 ah ayat afar mase kat mah die..

mmg masyok ah siut..

ayam bkar..

udang, sotong, kambing, mee goreng, kek, roti jala, kentang putar,

air coke, mirinda..

aduai..

kncing manis aku ni..

haahah


pas 2,,,

4 kete konvoi g kl..

fish. hamzah, zarip, kecik.as the pilot..

huu

yg laen.. follow..

kcuali satu mamat (anaz) nieee.

tido plak dlm kete..

diam2 dah sampai..

hahaha

sesat plak 2

aduai

hahahaha


dari putrajya..

pg wangsa maju..

jauh bai..

ade ah dalm 2 jam dak..

sesat2 agie

huhuuu


pas 2

dah sampai..

lepak mamak plak..

kena shisha ag,..

perisa grape mint ngan oren plak 2...

tgok ong bak 2 plak 2

perg..

kene horlick ais ag

haahha

stylo...


yg ni paling best...

pukul 4 bai..

pegi cc..( t bun)

kat ngan mah nabil gak ah..

tempat faqeh maen dota ak...

haha

sume masuk..

lawan CS..huuu

cun bai..

5 vs 5

huhuuuu

sampai subuh baru grak mah nabil..


tido..

bgun2 dah pkul 11...

aish..

bese ah 2//

hahaha

mkn nasi lmak plak..

baek punye..


huhu

pas 2..

kter tingglkn nabil ngan adl kat c 2..

yg laen g Wangsa Walk...

tgok iron man 2..

BOLEHLA>>

awek die yang BOLEHLA

hahaha


pas 2..

blek mah anaz..

sambung wat blog ..

anaz yg ajar..

huhuuu


pglaman baek punyer ah beb...

Wednesday, March 6, 2013

Pulang ke Tg Duren

Bismillah..

Assalamualaikum and salam sejahtera pada semua, Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat dan keberkatan kepada kita semua.. oraite.. 

Alhamdulillah, insya Allah hari ini ialah hari last sebelum den berlepas pulang ke negara jiran untuk menyambung perjuangan dalam berjihad menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah..

so, sekitar 2 minggu yg terakhir ni, lepas den balik singapore, dah tak banyak jalan sebab kena simpan duit sikit, untuk cover bulan 3 sampai bulan 4 akan datang ni, Alhamdulillah, sedikit jualan2 kecik den agak laku, tq so much kepada biro promosi den, hee, boleh la tangung2 sikit untuk sampai bulan 4 nanti insya Allah..

Lepas den balik singapore tu, Alhamdulillah kat kluang tu, banyak sangat maulid nabi, yang para2 ustaz yang bg ceramah tu memang bukan calang2 orang, contohnya, ustaz Badlishah, ustaz Syamsul Firdaus, and semua pengisian mengenai kekasih Allah yang sangat2 mantap.. 

insya Allah den akan berlepas ke indo pada pkul 750 pagi, khamis di KLIA, semoga perjalanan den diberkati Allah, Alhamdulillah, hampir sebulan den kat rumah, macam2 story keluar. haha, biasalah dalam hidup kat dunia, ada naik ada turun, tapi den paling best mendengat talk yang sekejap daripada Prof Muhaya kat tv9 yang den post sebelum ni, semoga sama2 kita mendapat jiwa yang tenang. Amin..

Den ingat salah satu pesan mak den, kadang2 kita terlalu pandang jauh untuk memberi kebaikan, padahal kat depan mata kita, kita senang jek nak bg something which is kita nampak macam kecik, tapi nilainya besar disisi Allah. so, jangan memilih2 dalam memberi sesuatu kebaikan, selagi boleh bagi, bagi jek kat siapa2 yang ada.. yang penting, semoga hati kita sama2 ikhlas keranaNya.

and, pasal ukhuwah fillah kami bersepuluh ++, sangat2 terharu baca post wan, fizi, aisar, Allah, sangat2 nikmat dan rezeki dapat berkenalan dan berukhuwah dengan antum2 (korg) semua. 

walaupun kita jauh, wahai sahabat-sahabatku, ingatlah, kerana jauhlah kita saling mengingati, kerana jauhlah kita akan mengenang indahnya bersahabat, kerana jauhlah kita akan tersenyum mengimbau kenangan bersama, kerana jauhlah kita saling mendoakan, kerana jauhlah persahabatan itu makin padu, kerana jauhlah ukhuwah semakin terasa, kerana perjalanan kita sememangnya jauh, dan semoga ukhuwah ini sentiasa dalam barakah Allah hingga ke jannatul firdaus.. Amin,, 

Alhamdulillah, banyak perkara dah terjadi dalam hidup den selama sebulan ni, sangat manis bagi den, tiada yang pahit, semuanya indah dan damai disamping mak abah, family tersayang, sahabat2, insya Allah kita akan bersua lagi raya nanti, jikalau ada rezeki, jodoh, umur yang masih diberikan Allah..

malas lagi nak packing ni.. haha, oraite, sampai sini dulu, Assalamualaikum warahmatullah.. :)

Saturday, March 2, 2013

Wahai Jiwa Yang Tenang.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, skrg tepat 3.39 pagi waktu malaysia, so, kira lagi 7 hari den akan berangkat balik ke indonesia.. Allah, sekejap betol masa berlalu, entah kenapa tiba2 malam ni rasa sedih sebab dah nak balik ke sana dah.. haha, tapi, tulah, bila sedih, Alhamdulillah, hidayah Allah tu luas, and malam ni, walaupun penat baru habis bersilat main futsal yang dah berkarat ni, sebelum futsal tadi, sempat mendengar sikit perkongsian ilmu dalam Halaqah, tv 9, ustaz Badlishah dan Prof Muhaya..

sebelum tu, den amat kagum dengan Prof Muhaya, walaupun dia seorang doktor pakar mata, tetapi Perh, dokter mata, pakar psikologi, and specialties for her which is pendakwah bebas, subhanaAllah, sangat2 hebat, kalau kita tengok ustaz2 atau ulama2 yang memberikan ceramah, kita mesti pandang biasa, sebab memang profession dia dalam bidang agama, tetapi seorang dokter mata, berusia 54 tahun, boleh berdakwah menggunakan ilmu kedoktoran. subhanAllah, teringat kata ustaz Affuan, bila jadi dokter, lagi senang nak berdakwah dan share2 ilmu agama, sebab patient datang kat kita, kita just tunggu jek nak share kat depa.. hee..

oraite, serba sedikit sharing tadi, kata Prof Muhaya. :

1. 75 % orang sakit jumpa dokter sebab di asyik pikir yang dia sakit.

2. orang yang melakukan perkara mungkar, pastinya hatinya tidak akan tenang.

3. cermin lah diri, adakah kita selalu muhasabah mengenai diri sendiri atau melihat peribadi orang lain.

4. orang yang hatinya tidak tenang, pastinya jauh daripada Allah..

5. hati orang yang tidak tenang ada 2, menyesal perkara yang lalu, dan takut akan masa hadapan sehingga gelisah pada waktu skrg.

6. tenangkan hati dengan 2 t, Taqwa dan Taubat.

7. kenapa bila zaman kanak2, and kat dalam perut ibu, semuanya elok, manja, tak buat nakal, tapi bila dan dewasa, semuanya bertukar.?

8. jernihkan hati yang telah berkeladak

9. imaginasi manusia sangat2 kuat, tetapi sayang, manusia selalu mempunyai imaginasi yang negatif.

10. Hati akan mengefect tindakan fizikal manusia.

11. orang tidak akan tenang selagi tidak melakukan kebaikan.

12. orang yang suka melihat diri sendiri tidak akan melihat orang lain, dan orang yang suka melihat orang lain tidak akan dapat melihat diri sendiri.

13. berzikir bukan sekadar di lidah, tetapi berzikir menggunakan hati, barulah akan terasa dijiwa

14. orang yang suka memberi akan sentiasa tenang.

15. adakah kita melihat pandangan orang atau melihat pandangan Allah..?

16. Selalu berfikir akan kekuasaan Allah, barulah hati akan terbuka dan tenang.

17. walaupun kita mempunyai harta yang banyak, tetapi harta itu tidak mampu membeli ketenangan pada hati

18. dalam solat kita menyebut Allahu Akbar, tetapi kenapa di luar kita menjadi manusia Akbar.?

19. yang perlu diubati ialah ruhi, bukan hanya jasmani.

20. orang yang ada syurga di hatinya, akan sentiasa melihat syurga di dunia.

21. kedudukan kita dengan masjid haram, masjid nabawi, universiti arab, tidak menjamin kita mendapat ketenangan hati

22. ingatlah tujuan hidup manusia, ada 3, ibadah pada Allah, khalifah di bumi dan berbuat sesuatu mengikut hukum Allah.

Alhamdulillah, ini hanya spontan daripada fikiran den, semoga kita sama bermuhasabah dan berusaha mendapat sakinah ( ketenangan ) pada hati..

insya Allah, segala ketentuan Allah itu pastinya ada hikmah yang kita belum ketahui lagi,

yeah, a new mission begin.. salam mujahadah.. Assalamualaikum.. :)