Wednesday, March 6, 2013

Pulang ke Tg Duren

Bismillah..

Assalamualaikum and salam sejahtera pada semua, Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat dan keberkatan kepada kita semua.. oraite.. 

Alhamdulillah, insya Allah hari ini ialah hari last sebelum den berlepas pulang ke negara jiran untuk menyambung perjuangan dalam berjihad menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah..

so, sekitar 2 minggu yg terakhir ni, lepas den balik singapore, dah tak banyak jalan sebab kena simpan duit sikit, untuk cover bulan 3 sampai bulan 4 akan datang ni, Alhamdulillah, sedikit jualan2 kecik den agak laku, tq so much kepada biro promosi den, hee, boleh la tangung2 sikit untuk sampai bulan 4 nanti insya Allah..

Lepas den balik singapore tu, Alhamdulillah kat kluang tu, banyak sangat maulid nabi, yang para2 ustaz yang bg ceramah tu memang bukan calang2 orang, contohnya, ustaz Badlishah, ustaz Syamsul Firdaus, and semua pengisian mengenai kekasih Allah yang sangat2 mantap.. 

insya Allah den akan berlepas ke indo pada pkul 750 pagi, khamis di KLIA, semoga perjalanan den diberkati Allah, Alhamdulillah, hampir sebulan den kat rumah, macam2 story keluar. haha, biasalah dalam hidup kat dunia, ada naik ada turun, tapi den paling best mendengat talk yang sekejap daripada Prof Muhaya kat tv9 yang den post sebelum ni, semoga sama2 kita mendapat jiwa yang tenang. Amin..

Den ingat salah satu pesan mak den, kadang2 kita terlalu pandang jauh untuk memberi kebaikan, padahal kat depan mata kita, kita senang jek nak bg something which is kita nampak macam kecik, tapi nilainya besar disisi Allah. so, jangan memilih2 dalam memberi sesuatu kebaikan, selagi boleh bagi, bagi jek kat siapa2 yang ada.. yang penting, semoga hati kita sama2 ikhlas keranaNya.

and, pasal ukhuwah fillah kami bersepuluh ++, sangat2 terharu baca post wan, fizi, aisar, Allah, sangat2 nikmat dan rezeki dapat berkenalan dan berukhuwah dengan antum2 (korg) semua. 

walaupun kita jauh, wahai sahabat-sahabatku, ingatlah, kerana jauhlah kita saling mengingati, kerana jauhlah kita akan mengenang indahnya bersahabat, kerana jauhlah kita akan tersenyum mengimbau kenangan bersama, kerana jauhlah kita saling mendoakan, kerana jauhlah persahabatan itu makin padu, kerana jauhlah ukhuwah semakin terasa, kerana perjalanan kita sememangnya jauh, dan semoga ukhuwah ini sentiasa dalam barakah Allah hingga ke jannatul firdaus.. Amin,, 

Alhamdulillah, banyak perkara dah terjadi dalam hidup den selama sebulan ni, sangat manis bagi den, tiada yang pahit, semuanya indah dan damai disamping mak abah, family tersayang, sahabat2, insya Allah kita akan bersua lagi raya nanti, jikalau ada rezeki, jodoh, umur yang masih diberikan Allah..

malas lagi nak packing ni.. haha, oraite, sampai sini dulu, Assalamualaikum warahmatullah.. :)

3 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T :)

    Mad,
    Selamat pulang ke Jakarta semula, kali ni xda hug2 teddy bear dkt KLIA. Take care and Insya Allah klu ada rezeki kita jumpa di sana.. :)

    ReplyDelete