Friday, July 27, 2012

Ramadhan 1

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah..

ok, firstly, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana kita semua masih lagi bernyawa, masih lagi berupaya berpuasa masuk hari yang ke 7, tup2 dah seminggu dah kita puasa, masih dikurniakan rezeki Islam dan Iman, kesihatan yang baik dari Allah, buat saudaraku Aman, semoga cepat sembuh dari demam, sangat cantik perkongsian Aman kat blog dia, http://amanembok.blogspot.com pasal sakit, sihat, semuanya datang daripada Allah..

ok, cantiknya ramadhan kali ini, jom cerita sikit, pada awalnya, entah kenapa, hati den rasa takut sikit2 bila ramadhan kali ini datang, rasanya sangat2 cepat masa berlalu, tup2 dah sampai bulan yang penuh barakah ni, Ramadhan, yeah, mungkin sebab den terbayang- bayang yang den mungkin tak dapat upgrade amalan den pada ramadhan kali ini, but, itulah perkara utama yang den perlu lawan, time tu mungkin syaitan ada lagi, tu yang die try goda hati den tu, but Alhamdulillah, kembali to be positive, insya Allah, ramadhan kali ini, pasti akan mendekatkan diri den kepada Ilahi, tersenyum den time tu, ya Allah, ramadhan kali ini, walaupun baru nak masuk hari ke 7 ni, SubhanaAllah, sangat2 best and terasa berakahnya daripada Allah..

sangat2 lain daripada yang lain ramadhan kali ini, sebab, setelah hampir mungkin anggaran den la kot, 10 tahun, den tak puasa penuh kat rumah, but kali ini, insya Allah, walaupun den tak sepenuh masa puasa kat rumah tahun ni  jugak, but tahun ni lah tahun den dapat berpuasa bersama2 family sepuas2 hatinya, sebab time ni, den and budak2 intec yang baru habis a-level, tengah cuti, and keputusan pun keluar hari ke 27 ramadhan.. Alhamdulillah, jimat duit tak payah beli sahur and buka.. hehe

so, dikesempatan inilah masanya den nak bersama-sama family tersayang dan berbakti semaksima mungkin buat mereka semua, insya Allah.. so, sangat cantik percaturan Allah, walaupun den tak dapat berbakti bersama-sama sahabat2 den yang lain, berkongsi ilmu ke sekolah2 macam sahabat2 den yang lain, wan, aiman, apek and fizi, mabruk korang, stylo kot, kalau ada masa, aku turun join.. hehe.., but, salah sorang sahabat den, Athirah, dia kata kat den, its also a noble job to serve our parents.. kan? tq Athirah..

dan memang betol pun, plus, kat rumah pun, Alhamdulillah, sangat2 banyak ilmu yang den dapat belajar, salah satunya daripada blog2 baru yang dah meletup2 sekarang ni, blog Aman and Sol, tq atas perkongsian ilmu dr korang, and tak lupa juga daripada blog2 yang lain.. syukran jiddan, so, asyik korang jek berkongsi, nah, sedikit sahaja perkongsian ilmu  kali ini dari blog kopiah kunen ni, insya Allah..

ok, siapa2 yang duduk kat rumah tu, boleh try buka tv 9, sejak dari awal pagi, dah banyak program2 ilmu, tanyalah ustaz, tanyalah ustazah, pesan atok dari ustaz Hassan Din, Al-Quran menjawab, sirah nabawiah, usrah tv9, and banyak lagi, so, kali ini, perkongsian den dari rancangan Pesan Atok, ustaz Hassan Din :

Mulanya pasal hadith, budak kecil umur 11 tahun, hafal hadith nabi, and boleh huraikan hadith lagi, Masya Allah, malu den kat budak ni, huhu, hadith mengenai wuduk, huraian hadith, wuduk akan menyerikan anggota badan umat nabi Muhammad di padang Mahsyar nanti, so, senang Nabi nak recognise mana satu ummat dia yang selalu berwuduk dan beriman, moral of the story, banyakkan berwuduk dengan wuduk yang sempurna,

second hadith, makan and minum jangan dalam keadaan berdiri, huraian hadith, nabi larang umat dia makan or minum dalam keadaan berdiri, time minum, jangan sambil bernafas, means, slow2 time kita minum air k, time makan dalam majlis, dahulukan orang sebelah kanan, biar orang kanan kita dulu ambil makanan, barulah kita makan pula, and, kalau kita tak sengaja makan or minum sambil berdiri, sunat untuk kita muntahkan balik..

ok.. Alhamdulillah, lepas selesai hadith, ustaz Hassan Din teruskan dengan tanda2 kiamat, kiamat ada 2, kiamat kecil and kiamat besar, kiamat kecil ialah mati, kiamat besar ialah kemusnahan dunia. hadith nabi ada menyebut, aku dengan kiamat, nabi tunjuk jari telunjuk dan jari tengah, maksudnya sangat2 hampir dunia ini nak kiamat,

tanda-tanda kiamat pula ada 2, tanda-tanda kecil and tanda-tanda besar, ada 16 tanda-tanda kecil dan 10 tanda-tanda besar kiamat, semua 16 tanda-tanda kecil kiamat ini sudah pun berlaku..

16 tanda-tanda kecil kiamat :

1. kemelesetan ekonomi
2. orang zalim dilantik menjadi pemimpin
3. ramai orang-orang kaya berhutang
4. negara melantik perempuan menjadi ketua negara
5. Orang Islam saling kutuk - mengutuk
6. Orang Islam bagi salam kepada orang yang dia kenal sahaja
7. Orang Agama lari masuk hutan dan bukit
8. lahirnya persatuan-persatuan buruh
9. banyaknya bangunan pencakar langit
10. semakin ramai anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa
11. ramai yang berkahwin tetapi tak nak anak, plus ramai isteri2 yang memandulkan diri
12. ramai wanita yang suka mendedahkan aurat
13. banyak berlaku homoseks
14. ibu bapa lebih hormat kepada anak2 daripada anak2 hormat kepada ibu bapa
15. berlakunya kes ayah merogol anak sendiri
16. banyaknya berlaku gempa bumi dan tsunami.

yes, semua 16 tanda-tanda ini sudah pun berlaku..

10 tanda-tanda besar hari kiamat :

1. lahirnya Imam Mahdi
2. keluarnya Dajjal menyesatkan manusia
3. turunnya Nabi Isa melawan Dajjal
4. keluarnya yakjuj dan makjuj
5. runtuhnya Kaabah
6. matahari terbit dari barat dan tengelam di timur
7. tiupan sangkakala yang pertama, semua musnah termasuk malaikat Israfil
8. Allah jadikan semua malaikat Israfil dan sangkakalanya
9. tiupan sangkakala yang kedua
10. manusia dibangunkan dan berarak ke mahsyar

Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari den, insya Allah, sama2 kita iktibar dan muhasabah diri, mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita, so, sama2 lah kita jadikan amalan ramadhan kali ini, lebih baik and paling baik yang pernah kita buat, semoga ramadhan kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada Ilahi.. insya Allah Amin.. asif kalau ada salah dan silap dalam perkongsian, kalau ada salah, tegur direct jek, sebab, lagi lambat kita tegur seseorang, lagi lama seseorang itu akan bergelumang dengan dosa dan salah.. sekian, semoga kita sama2 istiqamah dalam beribadah..

Salam mujahadah.. Assalamualaikum.. :)






Monday, July 23, 2012

kenangan episod 7 : musibah family

Bismillah..

Assalamualaikum, terus rasa nak post pasal ini, tak mau simpan lama2. hu. so, jumaat malam sabtu, bertarikh 20.7.2012, den makan2 dengan mak cik den kat kedai tomyam, Alhamdulillah, sodap oo.. banyak betol lauk dia den makan, haha, since esok sabtu nya ada kenduri kat rumah den, so mak cik den dari kl pun balik la kluang, and time makan2 tu, tiba2 mak andak den buka cerita la yang sekarang ini musim perompak masuk rumah, ada satu taman kat kluang ini, sampai 10 buah rumah kena pecah masuk, and one of the house tu ialah rumah kawan mak cik den, so, den pun dengar2 gitu jelah, sambil makan2 ni, manelah den khusyuk sangat dengar kan.. haha

Alhamdulillah, selesai makan semua, den and adik2 pun baliklah rumah, so, time tu, mak tengah siap2 lagi masak, sebab nak prepare awal untuk esok, kenduri kan, hee, and den, abah and mak pun lepas siap2, dalam pukul 1 gitu, barulah ktrg semua tidur,

and suddenly, bangun2, adik den yang no-3 tu kejut den, "rumah kita kena masuk perompak", ya Allah, den yang tengah agak mamai2 tu terus turun bawah, tengok mak and abah, Innalillah, memang betol rumah den kena rompak malam tadi.. huu.. den tengok pintu belakang, dah kena pecah, selak and tombol pun dah tanggal and rosak, and den tengok bilik mak den, habis semua terkembur, atau berserak la maksudnya. huhu..

Innalillah, baru jek mak cik den cerita sekejap tadi and dah takdir Allah, malam tu rumah den yang kena rompak, antara kronologi rompakan tu, perompak tu round2 rumah den dalam pukul 3 pagi macam tu, and 3 orang perompak indon tu, confidence yang dorang boleh masuk, so, dorang pecahkan selak kat pintu belakang, and masuk rumah dalam pukul 3.30 pagi.

duit ayah den memang terang2 kat atas dapur time tu, terus dorang kebas, 5 ribu dalam tu, huhu. and dorang kejutkan adik den yang no 3 tadi tu, ikat guna besi, and tanya mana bilik mak ayah den, and then, terus 3 mamat tu masuk bilik mak ayah den, bukak lampu, and terus ikat ayah den, pun guna besi, 3 orang adik den yang tidur sekali dalam bilik mak ayah den tu, nyenyak tidur, tak sedar langsung.

so, dorang tanya semua mana duit and barang kemas. so, dorang terus selongkar and ambil la semua barang kemas mak den, huu.. and sebelum balik, dorang ikat mak den guna tali beg mak den, huhu, dorang sempat juga makan2 kat dapur, ambil kopi 3 dalam 1 tu, and terus bla.. tiga2 perompak ialah warga indonesia, 2 rendah and sorang tinggi, semua bersarung muka, sorang lengkap peralatan keliling pinggang and tiga2 ada parang pemotong daging yang sangat2 tajam.. huhu..

and den time tu sangat2 lena kat atas, sebab perompak tu tak naik tingkat atas pun, just tanya jek kat mak den siapa yang ada kat atas, so, bila dorang dah keluar, barulah adik den dpt lepas dari besi tu and cepat2 kejut den, so, kiranya den tak sempat la bersemuka dengan perompak tu.. huu

Alhamdulillah, semua family den selamat, so, total lost ada lah dalam 20k. dalam hati den, xpela, rezeki tu bukan ditangan kita, kalau Allah memang nak ambil, tak de masalah pun, just redha and tawakal la pada Dia, insya Allah, kalau Dia ambil, maknanya mungkin Dia nak bagi rezeki yang lagi besar la tu. hee yang penting, be positive, so, itulah sedikit musibah keluarga den, menurut mak tok, kejadian sama macam ni dah berlaku pada tahun 1999, masa tu den darjah 1, huhu, so, rompakan ni berlaku lagi sekali pada 21.7.2012,

insya Allah segala yang Allah tentukan itu pastinya ada hikmah, yang penting kita yakin. and yup, bila semua ahli keluarga yang sampai rumah untuk kenduri kan, sabtu tu, semua terkejut la, mak tok and adik den yang baru sampai sabtu tu pun terkejut, huu.. so, kenduri tetap juga berlaku dengan jayanya malam tu, Alhamdulillah, kenduri tu sempena mak tok den nak pergi umrah sempena ramadhan ini, doa untuk semoga fly India, adik den selamat belajar kat UPSI and adik adn sepupu yang ambil exam besar tahun ini..

Alhamdulillah, beriani ayam and kambing malam tu, den tolong pak ngah den jek masak, haha, nak masak sendiri, hurm.. tak sempat belajar lagi.. haha.. Alhamdulillah,selesai semua majlis malam tu, esoknya den ke UPM, ada program WOW, he, kalau nak tau serba sikit pasal WOW, jemputlah ke blog Solihin, http://solihinmahadi.blogspot.com..dia baru update pasal WOW ini.. superb sol.. hee..

so, moral of the story, bersyukur lah dengan apa yang kita ada, dalam sekelip mata sahaja, kalau Allah nak ambil nikmat yang Dia bagi, bila-bila Dia boleh ambil balik, so, sama2 lah kita gunakan segala nikmat yang Dia bagi tu pada jalan Allah, gunakan untuk tujuan ibadah pada Allah..

last word, Azzariat : 56. Aku tidak menjadikan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku..

sekian, Wassalam..

kenangan episod 6

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, sambil2 dengar lagu hambamu dari blog solihin, tiba2 rasa nak update sikit,  haha. so, sampai kepada episod 6 kan, so, lepas tu. kitrg pun bergerak ke btn, Alhamdulillah, sangat best kat btn, yang paling stylo kat btn tu, ustaz norhafisham, minta maaf kalau salah eja nama.. haha, dalam banyak2 slot, yang paling den tertunggu2 nak dengar, mesti ustaz punya slot, maghrib and subuh..

ustaz banyak cerita macam mana nak jadi seorang muslim and mukmin yang cemerlang, so, sama2 kita boleh rujuk surah Taubah ayat 112, summary nya, ustaz baru cakap pasal 2 perkara jek daripada ciri2 yang lain, itu pun dah mantap dah huraian ustaz.. so, antara ciri2 muslim yang cemerlang ialah mereka yang :

bertaubat
beribadah
memuji Allah
mengembara demi mencari ilmu dan agama
rukuk
sujud
menyuruh kepada maaruf
mencegah dari munkar
memelihara hukum2 Allah

so, ustaz baru cakap pasal taubat and ibadah, and ustaz ada hal, akhirnya ustaz diganti dengan ustaz Rusdi,
ustaz Rusdi, Masha Allah, sangat2 mantap, semua soalan yang ditanya, mesti dapat ustaz jawab direct, dengan dalil2 sekali, antara yang den ingat, sebab den yang tanya, "ada ke and kalau ada, berapa kadar nafkah yang patut diberikan suami kepada seorang isteri..??

so, Islam memang syumul, pastinya ada kadar nafkah bagi suami kepada isteri, iaitu, kalau pakaian, suami kenalah bagi sepersalinan pakaian lengkap kepada isteri 2 kali setahun, kalau makanan and tempat tinggal, yang tu memang kena la kan..

ok, itu serba sikit pasal btn, secara keseluruhannya, Alhamdulillah, best, ada bbq, senam robik pun ok la, silat cekak btn, haha, tapi hambar sikit sebab tak de aktiviti luar, persembahan kumpulan, serius, semua persembahan mantap2, huhu, sempat berkenalan dgn rakan2 baru, dari ktj and taylors, tok G selaku faci ktrg, sangat mantap, and dari program btn ini, semua bagi respons yang sama, time btn ni lah barulah budak2 mmc ni unite and kenal satu sama lain, haha, baru lah den perasan, muslim yang ke India ini insya Allah, ada 26 orang je laki2, insya Allah, akan menjadi duta kecil kat India tu.. Amin..

so, seminggu btn sangat best, hari jumaat ktrg jumpa balikkat cemara, layan badminton terus petang jumaat tu, haha, and then, sorang demi sorg balik, sol, aiman, kimi, shahzan, apai, shahrin, fizi, azri, and tinggallah den and aman jek sampailah sabtu..

Alhamdulillah, sabtu malam, den hantar aman balik kluang, means, hantar sampai stesen bas shah alam jek.. haha, and pak cik den ambil den kat cemara jugak malam sabtu tu, stret ke PWTC, tengok live, musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 54. mantap oo semua peserta. tapi agak down sebab dewan dah besar, tapi tak penuh pun dewan tu, huhu..

so, Alhamdulillah, den satu malam jek kat pwtc, esoknya ahad, den ajar nenek and adik den naik lrt ke TBS, and den pun balik lah ke kluang, so, nenek and kakak stay kat pwtc sampailah sabtu depannya, Musabaqah berlangsung selama seminggu, and Alhamdulillah, johan Qari is from Malaysia, Qariah Malaysia, tempat ke-3

so, seminggu kat rumah, lepas rindu habis, masih dengan job yang sama, driver tetap mak den, haha, ambil budak2 sekolah.. hehe.. so, sampailah kita kepada sabtu, dimana plannya, mak tok den balik dr pwtc, and malamnya ada kenduri kat rumah den, but musibah berlaku pada den and family..

insya Allah, next episod.. Assalamualaikum..


Friday, July 13, 2012

kenangan episod 5

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah den hidup pada hari jumaat ini, penghulu segala hari, SubhanaAllah, hari yang sangat2 diberkati Allah hari jumaat ni, kluang ni dah lama tak hujan lebat, tapi Alhamdulillah, tup2 time bersihkan kubur abah tok pagi2 tadi, terus hujan lebat selebatnya..haha.. SubhanaAllah.. hebatnya Allah tu.. hee

so yeah, kita masuk ke skrip bagi episod ke 5 ni, so sampailah malam ahad, malam terakhir bagi kawan den yang bernama Syamsul, hehe.. syams, jangan nangis baca post aku kali ini, hehe..so malam tu, abg nash pun datang jumpa ktrg kat cemara, abg nash nak belanja ktrg makan la time tu, sebab apa, sebab malam tu pun malam last ktrg lepak2 dgn abg nash.. oh lupa nak kenalkan abg nash.. hehe. abg nash ni senior wan. satu sekolah menengah wan dulu, masa wan form 1, abg nash ni form 5, SubhanaAllah, inilah namanya ukhuwah kan, walaupun agak jauh jarak umur dorg ni, tapi friendship wan and abg nash ini sangat2 la erat, even abg nash kata, "tak taulah nanti hidup abg nash macam mana tanpa wan bila dia dah fly" huhu,, kalau den tengok dorg tu, den senyum jek, haha,..

so abg nash masak spageti untuk ktrg malam tu, jangan jeles.. haha.. lepas isyak, sambil2 menunggu aiman, sol and fizi balik ke cemara, nasib baik spageti tu tak sejuk sangat la.. haha. last2 lepas isyak, aiman jek yang sampai, apa lagi, tanpa berlengah, den, apai, aman, syams, aiman ngan abg nash, yang masing2 macam monster makan, haha.. makanlah sampai licin, kononnya nak hapuskan bukti, biar sol tak taulah yang ktrg makan spageti malam tu, terus, tiba2.. Assalamualaikum.. hahaha.. sol balik ngam2 ktrg tenga cedok last round spageti tu.. haha.. kantoi sekantoi-kantoinya.. hahaha.. tapi tak pe, sol cool jek, ktrg pun habiskanlah spageti and makanan2 lain tu,.. Alhamdulillah,, syukran jiddan buat abg nash,, sangat2 mantap spageti tu..

so, ktrg yang ada malam tu pun, lepak2 la kat bilik, kimi and shahzan pun dah balik malam tu.. memang berhimpit2 la dalam bilik tu,. haha. nak buat macam mana, bilik transit, so esoknya, yeah, saat sedih datang, saat perpisahan dengan dua orang sahabat den, abg nash and syamsul.. huu.

isnin tu, ktrg akan ke btn, manipal btn kat meru klang, pmc btn kat sungai pelek, sepang, so, pagi tu, ktrg pun bersalam-salaman dengan abg nash, and abg nash pun balik la ke kl, insya Allah, ada rezeki kita jumpa lagi k abg nash,, lupa lagi nak cakap, semua gambar2 shazwan nak ke china, wet world, gambar ktrg kat tasek, semua tu hasil plan and kamera abg nash ni, so, thanks a lot abg nash..

tengah hari tu, fizi pun balik, and tengah hari tu, ktrg pun bersalam-salaman dengan syamsul buat kali terakhir buat masa ni la.. insya Allah jumpa lagi mamat tu kat IMU nanti,,, hehe.. agak sedih time tu, syams akhirnya mengalirkan air mata nya, jatuh ke bumi cemara tu.. huu.. insya Allah, ada jugak sahabat den kat sarawak tu, insya Allah, ada kesempatan, den pergi sarawak ea syams.. doa kan.. mana lah tau, 5 tahun lagi ke, tunggu ada duit sendiri la dulu ea.. hehe.. insya Allah, semoga persahabatan kita semua direstui Allah dan berkekalan sampai ke jannatul firdaus.. Amin..

ok, next episod.. nantikan.. perkongsian daripada sahabat den, Aman,, surah As-saf, 10-11.. sekian.. Wassalam..

Thursday, July 12, 2012

kenangan episod 4

Bismillah..

Assalamualaikum.. haha.. terus sambung next episod on kenangan den.. haha.. so, bila dah sampai cemara balik pagi ahad tu, terus tiba2 den dapat mesej, ada talk kat luar lepas zohor, apa lagi, terus den pergi la talk tu, SubhanaAllah, sangat la cantik perkongsian brader tu, memang tak rugi den pergi walaupun den datang lambat.. huu..

tajuk dia pasal membina daulah islamiah, barulah den tau serba sedikit pasal sirah2 nabi, khulafak Ar-rasyidin, bani ummaiyah, turki uthmaniah, zaman kejatuhan negara islam, hassan al-banna, and sekarang zaman kebangkitan, cerita sikit, pada tahun melaka jatuh ke tangan portugis tu, kejadian itu sangat memberi effect kepada kerajaan turki uthmaniah, yup, walaupun melaka sebuah kerajaan yang sangat2 kecil, tapi perkembangan ekonomi nya sangat2 mantap, even sampai sekarang, selat tersebok di dunia ialah selat melaka, tempat laluan pedagang dari timur ke barat and vice versa.. so, bile portugis dapat melaka, so ekonomi umat islam time tu jatuh, sebab rempah2 and ekonomi dikawal oleh portugis, and then,

yang cantiknya pasal daulah islamiah, adanya perlindungan kepada negara2 Islam yang lain, kerajaan turki uthmaniah hantar pasukan untuk dapatkan balik melaka, since melaka ialah negara Islam time tu, plus, pasukan perang tu juga mendapat bantuan daripada negara acheh, kuasa Islam yang kuat time tu, so, akhirnya, melaka kembali kepada umat Islam, but, zaman hutang dan kelalaian, and memang ketentuan Allah mengenai kegemilangan dan merosotnya zaman ke satu zaman, akhirnya zaman uthmaniah tumbang tepat 3.3.1946.. huu.. lahirlah Hassan al-Banna, and sekarang ialah zaman kebangkitan ummat Islam..

Alhamdulillah, serba sedikit pasal daulah, yup, our mission, melahirkan daulah Islamiah, sebab apa, sebab dengan daulah sahajalah, semua sistem Islam boleh dipraktikkan.. and dengan daulah Islamiah juga, adanya perlindungan untuk negara2 Islam yang lain, contohnya seperti Palestin sekarang, kalaiu adanya daulah Islamiah, pastinya negara Palestin akan dilindungi and dijaga daripada zionis, kita wajib menolong saudara2 se Islam kita walupun berbeza negara, contoh negara Indon minta tolong malaysia pasal Islam, so, wajib Malaysia tolong, bukankah Islam itu merapatkan ukhuwah dan tidak resist.. but, yeah, kita ke arah itu, insya Allah.. wow, episod 4 ni agak berunsur ilmiah sikit, Alhamdulillah.. hee..

so, petang tu, abang nash datang cemara.. so, kenapa agaknya abg nash datang ek..?? haha.. macam cerita indon dah den tengok.. haha.. ok, insya Allah nanti den sambung lagi.. sebelum tu, perkongsian.. hee..
Al-Ahzab, ayat 3.. selamat mencari. wassalam.. :)


kenangan episod 3

Bismillah..

Assalamualaikum kepada semua.. Alhamdulillah, dengan tidak semena2, boleh meng-update tengah2 pagi ni.. hehe.. sori lah syams yang dah bebel suruh den update cepat2.. haha.. sori, laptop den selalu hang la, mungkin dah banyak sangat benda2 dalam laptop ni.. huu.. ok, pendekkan pendahuluan, maka, masuklah kita ke episod 3, yup, lepas jek Aisar naik eskelator tu, depart la kan, so, sempat ambil gambar, tapi sori be, x jelas sangat gambo mu tu, sori sangat2..  gambar henset tak terang sangat, plus.. aku pinjam henset orang.. hehe.. jgn mara wan.. 

ok lepas tu, den, aman, aiman and syams, meneruskan langkah ke parking, untuk naik kereta.. haha.. tibe2.. jeng2.. dengan tidak disangka2, kami diserbu oleh... Arip shy.. hehe.. tetibe muncul dari belakang ktrg.. haha.. ko buat pe kat sini..?? itulah soalan kami berempat kepada arip, rupanya dia jemput akak dia balik dr Australia.. so habis cerita kat lcct, 

lepas tu, plan awalnya, den nak ke saser lepas hantar Aisar, sebab ada majlis perpisahan dengan ustaz den kat saser malam sabtu tu, so, den pun ajak lah aman and syams ikut sekali, and aiman lah tukang driver nya, and then, Alhamdulillah. sampailah ktrg kat seremban 2, bukan kat saser ea.. hahah.. berjimba2 kat seremban 2, makan big apple, sempat tengok movie yang x boleh tahan tu, madagascar, keluar2 terus cepat2 solat magrib and gelabah terus ke saser, sampai la saser..

Alhamdulillah, majlis baru jek mula, den, aman, aiman dengan syams agak terpinga2 sebab semua orang pakai jubah, baju melayu, ktrg pakai agak stylo la, pakai nak pergi jalan2 la kan.. huu,, so memang x plan.. haha.. tapi xpe, serbu punya pasal, masuk jek dewan tu, memang famous gak la time tu. Alhamdulillah, sempat lah jumpa Zaid and Naif Helmi kat majlis tu, tu jek 2 orang badge den yg datang.. huu.. so, majlis berjalan dengan lancar, ktrg berempat agak kelaparan time tu, kesian den tengok aman, syams and aiman, tak pasal2 tak makan, sebab tunggu majlis tu. huu

so, habis jek majlis, ktrg terus ke kedai tomyam, kedai baru la, den, aiman, aman, syams and naif, layan tomyam, budak2 lain asing2.. haha.. last2 Alhamdulillah, ustaz belanja semua, he.. so, plan awalnya, aiman hantar ktrg bertiga and die berangkat la balik, tapi memandangkan hari pun dah malam, and dia pun tak reti sangat cilok2 kat seremban ni, last2 stay juga ngan ktrg kat saser ni, haha. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit kesukaran untuk dapat tempat tidur, tepat jam 3 pagi, ktrg pun lelap la semuanya dalam bilik warden saser tu.. hee

esoknya, subuh beramai2 kat surau baru saser tu, sangat cantik, plus Al-mathurat ramai2, hafal yaasin ramai2. hee.. best tengok.. rindu pula time zaman sekolah.. huu.. then, sempat lagi aiman menunjuk skill main basket kat junior2 tu.. haha.. den apa lagi, layan badminton terus.. haha.. lagi dua orang, selamat jalan, tidur.. haha.. so, dalam pukul 1030, Alhamdulillah, ktrg berempat pun berangkat balik ke shah alam.. so, aiman hantar ktrg and dia pun balikla ke rumah dia

so, urutan cerita, lcct, seremban 2, big apple, madagascar, saser, kedai tomyam, sarapan dgn cikgu shahrul, balik ke shah alam, so, insya Allah.. sampai sini dulu yek.. tunggu episod 4.. hee



Monday, July 9, 2012

kenangan episod 2

Assalamualaikum.. aha.. sambungan kepada episod yang lepas..

yup, ok, tapi sebelum tu, nak bagi cantik sikit, den susun balik hari2 yang dah jadi kenangan ni.. hehe..

isnin   : den balik rumah, ambil sijil2 untuk interview..
selasa : den otw balik shah alam, bas rosak, aiman ambil kat pudu, makan2 kat kampung baru, jalan2 klcc,
            kl tower, terserempak dengan anjing, balik cemara
rabu   : interview, rumah sir izz, badminton, subway, rumah puan J, uptown, balik cemara
khamis : hantar wan kat klia, sarapan pkns, mandi2 wet world, rehat kat cemara.

ok.. sampailah kepada hari jumaat. so, hari jumaat ni just relax2 jek kat bilik tu, semua dah penat2 sangat dah time tu, haha.. aha. time pagi tu, uruskan motor mamat yang bebel yang den sebut awal2 tadi,.tu, PCJ. Allah, sedih beno den tengok motor mamat sorang ni, haha.. sampaikan tayar dah tak de rupa tayar la katakan, haha.. so, den dan syams pun menolak la motor itu ke kedai berhampiran, tolak guna tangan yek, sebab memang den tak larat nak tolak kaki dengan motor fizi, hehe.. so, sampailah ke kedai motor kat belakang keningau tu, and cek punya cek, ALhamdulillah, tak de apa sangat pun yang rosak..

solat la jumaat.. kat masjid unta, pasal akidah ahli sunnah wal jamaah, akidah rasmi di malaysia, berpegang kepada Sheikh Abu Hassan Al-Ashaari dan Sheikh Abu Mansur Al-Maturidi.. akidah lain semuanya tertolak dengan rasminya..

selesai solat jumaat, den dengan sikit jek budak2 yang tinggal, aman, apai, fizi, syams, sol, aizul, aiman dah balik dah time tu, so, ktrg pun dengan taha and pojat, main lah boling kat ole2.. so, dengan rasminya, den kalah besar hari tu, memang dah boleh bersara main boling sekarang.. haha.. tempat tercorot sekali.. haha.. tak nak cerita panjang pasal boling, kita teruskan lagi..

jumaat malam tu, cik deli satu family ambil den kat cemara and bawa den ke seksyen 7, makan2 besar kat Famous Thai.. haha..sangat2 lah kenyang, puas hati, Alhamdulilah.. hee.. dapat hadiah lagi tu, kot doktor, terima kasih banyak2 cik deli and the gang..

Alhamdulillah.. sampai kita ke hari sabtu, time ni, fizi sol, aizul, dah balik rumah, tinggallah den, aman, apai and syamsul, haha.. hari sabtu ni, flight Aisar ke jepun, pukul 3 petang, so, lepas zohor, den, aman, dan syams, dijemput oleh driver ktrg saudara Aiman, hehe.. bertolak ke lcct, dengan pantas kilatnya sampai tepat 2.30 ptg, hee.. apai ntah ke mana.. ehem2.. hehe..

haha. so, ALhamdulillah, sempat jumpa Aisar, bagi "hadiah" ikmal dari budak2 cemara... hehe.. so, selamat lah aisar fly ke jepun, and then, aha. peristiwa yang tidak diduga berlaku.. insya Allah.. next episod.. hee

solat dulu jom.. wassalam.. :)


Sunday, July 8, 2012

kenangan episod 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat pembaca2 blog.. Alhamdulillah, ada kesempatan den update time ni, selepas mamat Aisar tu bebel, cakap bila den nak update, ni sekarang jugak ni den update.. hehe.. Alhamdulillah.. sekarang den ada di Lucky Hotel, hotel biasa2 jek, 2 bintang agknya kot, betol2 belakang pwtc, sebab apa, sebab sekarang ni tengah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran kali ke 55 peringkat Antarabangsa dekat PWTC ni, so, den, mak tok dengan adik den sorang ni pun stay la hotel buat seketika untuk tengok, agak sedih sebenarnya sebab ramai jek rakyat malaysia ni yang tak tau pun ada tilawah sekarang ni, den pun tak tau sampailah nenek den yang bagitau.. hu.. and kat dalam dewan semalam tu pun, memang sangat tak ramai orang.. huu,, yang ramainya budak2 sekolah jemputan la kot agaknya, ada yang pakai baju batik, muslimah2  baju pink, group budak2 tahfiz pun ada jugak rasenye, doranglah yang meramaikan majlis tu.. huu.. and tahniah juga buat mereka2 yang sama2 hadir memeriahkan majlis ini..

so, tutup cerita tilawah, insya Allah.. moga2 Qari dan Qariah Malaysia johan tahun ini.. Amin.. so, cerita sikit pasal 2 3 minggu ni, summary jelah, sebab den tak reti nak tulis panjang2 sangat, he. lepas jek habis exam A-Level, den dgn budak2 ni just lepak2 seminggu sementara menunggu btn minggu depannya, tapi lepas exam, budak2 mmc ada interview, so, den pun balik lah rumah sekejap untuk ambil sijil2 original, katanya interviewer tu nak tengok.. so, bila den nak balik shah alam balik dari rumah, SubhanaAllah, malam tu, bas pulak buat hal, sampai seremban, gear rosak, agak kebetulan den memang tak bawak balik sweater time tu, sangat2 mengigil la kat dalam bas tu, rosak sampai sejam lebih, tunggu bas ganti, baru lah jalan balik, and pulak tu, bukan ke shah alam, tapi ke puduraya la pulak arah tujuan bas ganti tu.. huu.. agak2 dalam pukul 10 malam la jugak sampai puduraya tu..

Alhamdulillah, time tu, aiman ada kereta, so, ramai2 lah budak2 tu naik kereta aiman, ambil den dekat puduraya, terus lepak2 kat kl. makan2 kat kampung baru, ambil gambar kat klcc and twin tower, beramah mesra dengan anjing2 kat kl tower tu, and pastu baru la balik, hee.. and sampailah kepada hari interview, Alhamdulillah, interview ok jek, sangat best.. hee.. den group terakhir yang di interview, satu group dengan kimi, scoot, fitri, dan azri, ni group last 5 orang dalam satu bilik, haha.. Alhamdulillah, dia tak tengok pun sijil2 den, haha.. and keteorg berlima pun cakap ok, insya Allah, semua lepas and semua fly, AMIN..

tak lupa, selepas interview, den singgah kejap rumah sir izwan, walaupun kejap jek, tapi banyak ilmu den dpt dari sir, hee.. sangat cantik rumah sir, simple, very2 sweet and nice.. hee.. lepas dari rumah sir, keteorg sempat lagi badminton last round kat intec. haha, sampailah magrib, lepas magrib tu, keteorg plan nak pergi subway, nak beli subway sorg satu, sebab beli satu percuma satu, haa,, time promo tu, hehe.. and lepas tu, plannya ktrg ramai2 lah makan kat rumah puan J and puan Syams, tapi bila sampai kat subway, apakan daya, keteorg ada miscommunication sikit, plus org sangat lah ramai beratur, so, ktrg sempat beli 2 jek, huhu.. and fizi and aiman beli la pulak kfc and ramai2 melantak habis habisan kat rumah puan syams, sangt hepy time tu, coach, puan J, puan Syams dan kucing-kucingnya, first time tengok aiman tak takut dengan kucik, siap angkat lagi tu.. haha.. terima kasih puan J, puan syams and coach..

ada lagi, lepas rumah puan syams, keteorg stret ke uptown shah alam, first time den pergi uptown shah alam ni lepas dua tahun, haha.. syams nak cari baju spain time tu, aizul nak cari baju jerman, last2 spain juga yang menang, syams la yang bersorak.. hehe.. round2 kat uptown tu, dapat lah baju syams and aizul, and keterg dengan kepenatannya pun balik la ke cemara semula pada jam dalam 12 pagi macam tu.. hee

esoknya, lepas interview, sir izz, badminton, puan J and uptown, ktrg pun tiga kereta menghantar shazwan sazali ke china, maksudnya ktrg hantar dia sampai klia jelah.. hehe.. awal2 pagi, pukul 5 pagi, dah ready, lepas subuh, terus gerak ke klia, kereta aiman, kereta azzam and kereta madi, tiga kereta sampai klia dalam pukul 8 pagi, so, time tu lah ktrg bg suprise kat wan, gambar2 hasil usaha abg nash, and the group, and video khas untuk mamat tu, haha.. so, pukul 9 macam tu, wan pun fly la ke china, insya Allah.. skrg wan dah masuk top 30 kat sana, insya Allah ke final and terus johan dunia pertandingan bahasa cina tu.. Amin.. :)

lepas tu, ktrg dari klia, terus ramai2 ke pkns shah alam, sarapan kat sana, boleh pulak den tidur kat kedai makan tu, agak lama la jugak, bangun2, tengok2 dorang semua tengah gelak2, rupa2nya dah banyak gambar dorg ambil time den tidur.. haha.. so, lepas makan2, keteorg pun menuju ke wet world seksyen 2, walaupun mahal, sorg 20 ringgit, dengan keadaan dalam tu yang bg den kurang memuaskan, tapi xpelah, kenangan dengan korang semua tu yang penting, sangat best and sangat lama mandi, dari tengah hari, sampai asar, ktrg solat zohor basah2, stylo la time tu, orang lalu lalang.. hee.. sangat2 best.. aisar dengan wan time ni dah xde dah, i mean, aisar dah balik kelantan dah time tu, and wan pun dah selamat fly.. aish.. jangan pikir lain pulak.. haha..

haha. ini baru episod satu ni,, insya Allah.. nanti den sambung lagi k, nak setelkan urusan ke jakarta dulu ni.. hee.. nanti insya Allah, ada sambungannya.. Assalamualaikum.. :)