Sunday, July 8, 2012

kenangan episod 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat pembaca2 blog.. Alhamdulillah, ada kesempatan den update time ni, selepas mamat Aisar tu bebel, cakap bila den nak update, ni sekarang jugak ni den update.. hehe.. Alhamdulillah.. sekarang den ada di Lucky Hotel, hotel biasa2 jek, 2 bintang agknya kot, betol2 belakang pwtc, sebab apa, sebab sekarang ni tengah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran kali ke 55 peringkat Antarabangsa dekat PWTC ni, so, den, mak tok dengan adik den sorang ni pun stay la hotel buat seketika untuk tengok, agak sedih sebenarnya sebab ramai jek rakyat malaysia ni yang tak tau pun ada tilawah sekarang ni, den pun tak tau sampailah nenek den yang bagitau.. hu.. and kat dalam dewan semalam tu pun, memang sangat tak ramai orang.. huu,, yang ramainya budak2 sekolah jemputan la kot agaknya, ada yang pakai baju batik, muslimah2  baju pink, group budak2 tahfiz pun ada jugak rasenye, doranglah yang meramaikan majlis tu.. huu.. and tahniah juga buat mereka2 yang sama2 hadir memeriahkan majlis ini..

so, tutup cerita tilawah, insya Allah.. moga2 Qari dan Qariah Malaysia johan tahun ini.. Amin.. so, cerita sikit pasal 2 3 minggu ni, summary jelah, sebab den tak reti nak tulis panjang2 sangat, he. lepas jek habis exam A-Level, den dgn budak2 ni just lepak2 seminggu sementara menunggu btn minggu depannya, tapi lepas exam, budak2 mmc ada interview, so, den pun balik lah rumah sekejap untuk ambil sijil2 original, katanya interviewer tu nak tengok.. so, bila den nak balik shah alam balik dari rumah, SubhanaAllah, malam tu, bas pulak buat hal, sampai seremban, gear rosak, agak kebetulan den memang tak bawak balik sweater time tu, sangat2 mengigil la kat dalam bas tu, rosak sampai sejam lebih, tunggu bas ganti, baru lah jalan balik, and pulak tu, bukan ke shah alam, tapi ke puduraya la pulak arah tujuan bas ganti tu.. huu.. agak2 dalam pukul 10 malam la jugak sampai puduraya tu..

Alhamdulillah, time tu, aiman ada kereta, so, ramai2 lah budak2 tu naik kereta aiman, ambil den dekat puduraya, terus lepak2 kat kl. makan2 kat kampung baru, ambil gambar kat klcc and twin tower, beramah mesra dengan anjing2 kat kl tower tu, and pastu baru la balik, hee.. and sampailah kepada hari interview, Alhamdulillah, interview ok jek, sangat best.. hee.. den group terakhir yang di interview, satu group dengan kimi, scoot, fitri, dan azri, ni group last 5 orang dalam satu bilik, haha.. Alhamdulillah, dia tak tengok pun sijil2 den, haha.. and keteorg berlima pun cakap ok, insya Allah, semua lepas and semua fly, AMIN..

tak lupa, selepas interview, den singgah kejap rumah sir izwan, walaupun kejap jek, tapi banyak ilmu den dpt dari sir, hee.. sangat cantik rumah sir, simple, very2 sweet and nice.. hee.. lepas dari rumah sir, keteorg sempat lagi badminton last round kat intec. haha, sampailah magrib, lepas magrib tu, keteorg plan nak pergi subway, nak beli subway sorg satu, sebab beli satu percuma satu, haa,, time promo tu, hehe.. and lepas tu, plannya ktrg ramai2 lah makan kat rumah puan J and puan Syams, tapi bila sampai kat subway, apakan daya, keteorg ada miscommunication sikit, plus org sangat lah ramai beratur, so, ktrg sempat beli 2 jek, huhu.. and fizi and aiman beli la pulak kfc and ramai2 melantak habis habisan kat rumah puan syams, sangt hepy time tu, coach, puan J, puan Syams dan kucing-kucingnya, first time tengok aiman tak takut dengan kucik, siap angkat lagi tu.. haha.. terima kasih puan J, puan syams and coach..

ada lagi, lepas rumah puan syams, keteorg stret ke uptown shah alam, first time den pergi uptown shah alam ni lepas dua tahun, haha.. syams nak cari baju spain time tu, aizul nak cari baju jerman, last2 spain juga yang menang, syams la yang bersorak.. hehe.. round2 kat uptown tu, dapat lah baju syams and aizul, and keterg dengan kepenatannya pun balik la ke cemara semula pada jam dalam 12 pagi macam tu.. hee

esoknya, lepas interview, sir izz, badminton, puan J and uptown, ktrg pun tiga kereta menghantar shazwan sazali ke china, maksudnya ktrg hantar dia sampai klia jelah.. hehe.. awal2 pagi, pukul 5 pagi, dah ready, lepas subuh, terus gerak ke klia, kereta aiman, kereta azzam and kereta madi, tiga kereta sampai klia dalam pukul 8 pagi, so, time tu lah ktrg bg suprise kat wan, gambar2 hasil usaha abg nash, and the group, and video khas untuk mamat tu, haha.. so, pukul 9 macam tu, wan pun fly la ke china, insya Allah.. skrg wan dah masuk top 30 kat sana, insya Allah ke final and terus johan dunia pertandingan bahasa cina tu.. Amin.. :)

lepas tu, ktrg dari klia, terus ramai2 ke pkns shah alam, sarapan kat sana, boleh pulak den tidur kat kedai makan tu, agak lama la jugak, bangun2, tengok2 dorang semua tengah gelak2, rupa2nya dah banyak gambar dorg ambil time den tidur.. haha.. so, lepas makan2, keteorg pun menuju ke wet world seksyen 2, walaupun mahal, sorg 20 ringgit, dengan keadaan dalam tu yang bg den kurang memuaskan, tapi xpelah, kenangan dengan korang semua tu yang penting, sangat best and sangat lama mandi, dari tengah hari, sampai asar, ktrg solat zohor basah2, stylo la time tu, orang lalu lalang.. hee.. sangat2 best.. aisar dengan wan time ni dah xde dah, i mean, aisar dah balik kelantan dah time tu, and wan pun dah selamat fly.. aish.. jangan pikir lain pulak.. haha..

haha. ini baru episod satu ni,, insya Allah.. nanti den sambung lagi k, nak setelkan urusan ke jakarta dulu ni.. hee.. nanti insya Allah, ada sambungannya.. Assalamualaikum.. :)

No comments:

Post a Comment