Bismillah..
Assalamualaikum, terus rasa nak post pasal ini, tak mau simpan lama2. hu. so, jumaat malam sabtu, bertarikh 20.7.2012, den makan2 dengan mak cik den kat kedai tomyam, Alhamdulillah, sodap oo.. banyak betol lauk dia den makan, haha, since esok sabtu nya ada kenduri kat rumah den, so mak cik den dari kl pun balik la kluang, and time makan2 tu, tiba2 mak andak den buka cerita la yang sekarang ini musim perompak masuk rumah, ada satu taman kat kluang ini, sampai 10 buah rumah kena pecah masuk, and one of the house tu ialah rumah kawan mak cik den, so, den pun dengar2 gitu jelah, sambil makan2 ni, manelah den khusyuk sangat dengar kan.. haha
Alhamdulillah, selesai makan semua, den and adik2 pun baliklah rumah, so, time tu, mak tengah siap2 lagi masak, sebab nak prepare awal untuk esok, kenduri kan, hee, and den, abah and mak pun lepas siap2, dalam pukul 1 gitu, barulah ktrg semua tidur,
and suddenly, bangun2, adik den yang no-3 tu kejut den, "rumah kita kena masuk perompak", ya Allah, den yang tengah agak mamai2 tu terus turun bawah, tengok mak and abah, Innalillah, memang betol rumah den kena rompak malam tadi.. huu.. den tengok pintu belakang, dah kena pecah, selak and tombol pun dah tanggal and rosak, and den tengok bilik mak den, habis semua terkembur, atau berserak la maksudnya. huhu..
Innalillah, baru jek mak cik den cerita sekejap tadi and dah takdir Allah, malam tu rumah den yang kena rompak, antara kronologi rompakan tu, perompak tu round2 rumah den dalam pukul 3 pagi macam tu, and 3 orang perompak indon tu, confidence yang dorang boleh masuk, so, dorang pecahkan selak kat pintu belakang, and masuk rumah dalam pukul 3.30 pagi.
duit ayah den memang terang2 kat atas dapur time tu, terus dorang kebas, 5 ribu dalam tu, huhu. and dorang kejutkan adik den yang no 3 tadi tu, ikat guna besi, and tanya mana bilik mak ayah den, and then, terus 3 mamat tu masuk bilik mak ayah den, bukak lampu, and terus ikat ayah den, pun guna besi, 3 orang adik den yang tidur sekali dalam bilik mak ayah den tu, nyenyak tidur, tak sedar langsung.
so, dorang tanya semua mana duit and barang kemas. so, dorang terus selongkar and ambil la semua barang kemas mak den, huu.. and sebelum balik, dorang ikat mak den guna tali beg mak den, huhu, dorang sempat juga makan2 kat dapur, ambil kopi 3 dalam 1 tu, and terus bla.. tiga2 perompak ialah warga indonesia, 2 rendah and sorang tinggi, semua bersarung muka, sorang lengkap peralatan keliling pinggang and tiga2 ada parang pemotong daging yang sangat2 tajam.. huhu..
and den time tu sangat2 lena kat atas, sebab perompak tu tak naik tingkat atas pun, just tanya jek kat mak den siapa yang ada kat atas, so, bila dorang dah keluar, barulah adik den dpt lepas dari besi tu and cepat2 kejut den, so, kiranya den tak sempat la bersemuka dengan perompak tu.. huu
Alhamdulillah, semua family den selamat, so, total lost ada lah dalam 20k. dalam hati den, xpela, rezeki tu bukan ditangan kita, kalau Allah memang nak ambil, tak de masalah pun, just redha and tawakal la pada Dia, insya Allah, kalau Dia ambil, maknanya mungkin Dia nak bagi rezeki yang lagi besar la tu. hee yang penting, be positive, so, itulah sedikit musibah keluarga den, menurut mak tok, kejadian sama macam ni dah berlaku pada tahun 1999, masa tu den darjah 1, huhu, so, rompakan ni berlaku lagi sekali pada 21.7.2012,
insya Allah segala yang Allah tentukan itu pastinya ada hikmah, yang penting kita yakin. and yup, bila semua ahli keluarga yang sampai rumah untuk kenduri kan, sabtu tu, semua terkejut la, mak tok and adik den yang baru sampai sabtu tu pun terkejut, huu.. so, kenduri tetap juga berlaku dengan jayanya malam tu, Alhamdulillah, kenduri tu sempena mak tok den nak pergi umrah sempena ramadhan ini, doa untuk semoga fly India, adik den selamat belajar kat UPSI and adik adn sepupu yang ambil exam besar tahun ini..
Alhamdulillah, beriani ayam and kambing malam tu, den tolong pak ngah den jek masak, haha, nak masak sendiri, hurm.. tak sempat belajar lagi.. haha.. Alhamdulillah,selesai semua majlis malam tu, esoknya den ke UPM, ada program WOW, he, kalau nak tau serba sikit pasal WOW, jemputlah ke blog Solihin, http://solihinmahadi.blogspot.com..dia baru update pasal WOW ini.. superb sol.. hee..
so, moral of the story, bersyukur lah dengan apa yang kita ada, dalam sekelip mata sahaja, kalau Allah nak ambil nikmat yang Dia bagi, bila-bila Dia boleh ambil balik, so, sama2 lah kita gunakan segala nikmat yang Dia bagi tu pada jalan Allah, gunakan untuk tujuan ibadah pada Allah..
last word, Azzariat : 56. Aku tidak menjadikan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku..
sekian, Wassalam..
Innalillahiwainnaillahirojiun... banyak bersabar ye mad. tapi aku tau ko memang sabar pun.. heeee... :)
ReplyDeleteInnalillahiwainnaillahirojiun..
ReplyDeleteHarap mad and family tabah dan sabar menghadapinya...
abg nash.. syams.. tq.. insya Allah.. xde pe sangat pun, yang penting, semua family selamat.. hee.. salam ramadhan buat abg nash ngan syams.. :)
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun.. banyakkan bersabar ye mad. ak tak tahu nak cakap ape lg dah. ak tiru je sikit2 ayat syam huhu
ReplyDeleteOh yeah banyakkan berdoa. Doa orang dizalimi kan ke takde hijab. InsyaAllah kan termakbul doa. Hwaiting!! <--- cakap korea la pulak hehe