Sunday, November 18, 2012

Hai Sayang..


Bismillah..

Assalamualaikum. Alhamdulillah kerna masih diberikan Allah nikmat nafas dan nyawa pada hari ini. Orait, lepas dah dengar pasal cinta kat video bicara cintaku yang lepas tu kan, time ni den mau story lagi sikit pasal cinta.. hee. Malu la pulak tibe2.. hehe..

Ok, cinta kali ini berkaitan dengan diri kita sebagai hamba tuhan yang satu, Allah. Sebenarnya lebih kepada refleksi diri den la kan. Bila ada member den tanya kat den macam ni, eh, mad, ape perasaan ko ek bila awek ko, dia dah lama giler tak tegur ko, and tiba2 kan, dia tegur ko, dia panggil ko, hai abang mad sayang... perh, gua dengar pun geli geliman bro, haha.. contohnya gitu, apa kata den, perh bro, gugur jantung bro, tipu ah kalau jantung gua tak dup dap, dup dap kencang kan.. haha.. mesti gua macam cair punyelah, and lagi la pulak mesti gua akan excited punya untuk borak dengan dia, dah lama tak tegur kan. Haha..

Orait, kesah di atas hanyalah rekaan semata-mata. Sebenarnya gini lorh, gue mau bilang ini aja sih, kalau orang yang kita sayang,and then dia pulak panggil kita “abang sayang..” mesti feeling kita macam kat dalam syurga gitu kan. Semua orang kita dah tak peduli dah, asalkan dia dah panggil mcam tu jek, kira sempurna la dunia kita time tu.. orait..

Persoalan.. ??

Time azan, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. ada tak feeling macam orang panggil kita “abg sayang..”  tadi tu ek..?? erm.. rasa macam biasa jek kalau tak silap. Eh, yang panggil kita time azan tu siapa ek..?? Tuhan ke manusia sebenarnya..?

Orait.. kalau manusia panggil kita sayang, perh, darah naik sampai telinga sebab nervous punya pasal. But, Allah yang memberikan kasih dan sayang pada sang manusia, panggil kita time azan untuk jumpa Dia, sebab apa, sebab Dia la yang Maha Penyayang panggil kita untuk solat ( which means untuk dating dengan Dia ). apa kita rasa..? ada rasa best or excited untuk dating dengan Tuhan..?? padahal sebenarnya panggilan azan tu sama la macam ”sayang” tu jugak. Cuma dalam bentuk azan.

Allah panggil kita sebagai hamba Dia untuk jumpa Dia dalam solat, panggilan itu dalam bentuk azan. So, kalau contoh awek, awek kita nak dating dengan kita, dia ajak kita through phone. Macam tulah lebih kurang. And Allah yang jemput kita untuk jumpa Dia, which means, Dia sayang kat kita. Kalau contoh awek tadi, awek kita nak jumpa kita, sah2 la kan yang awek kita tu sayang kat kita. Kalau tak dia tak ajaknya kita jumpa dating dengan dia.

Jadinya, kalau azan, ada tak rasa excited nak jumpa tuhan..? ada tak feeling macam dah sempurna dah hari aku ni, sebab Allah dah panggil aku dating jumpa Dia hari ini..?? kalau ada, Alhamdulillah and teruskan mendapat hati yang sakinah kepada Allah.. kalau tak de, in shaa Allah, luruskan hati pada Allah.. orait.. time dating pulak.. hee..

Kalau nak dating dengan awek, perh, bau tak payah cakap, satu kampung boleh bau kalau dia lalu. Tapi bila dating dengan tuhan..?? bau peluh pun takpe, asalkan jumpa.. iya dok..

Kalau dating dengan awek, perh, baju yang paling mahal and paling cantik la yang aku pakai time tu. Tapi bila dating dengan tuhan..?? baju pagoda, kain pelikat koyak kat bawah pun orait gak, tutup aurat what.. erm..

Kalau dating dengan awek, muka paling berseri-seri, semangat dia lain macam sikit.. Tapi bila dating dengan tuhan..?? erm, muka selamba, loya, lesu, baru bangun tidur pun ok la,

Yup.. sangat tajam dan menusuk kalbu bila den pikir hal macam ni. Bila berbicara soal hati, mungkin pada manusia kita baik, hati sentiasa terbuka, but kadang-kadang kita lupa siapa yang bagi nikmat hati, perasaan, sayang, mata, telinga, anggota and semua sekali kat kita. Adakah sudah cukup, kita balas kasih sayang yang Dia bagi kat kita..??

Banyak pula soalan entri kali ini yek.. in shaa Allah.. dalam tarbiyyah ruhiyyah, ilmu tasawwuf, hadith Nabi sendiri, semua yang berbicara soal hati, merupakan perkara paling susah untuk dibentuk, sebab apa, sebab kita and Allah jek yang tahu..

In shaa Allah akan disambung lagi pasal tarbiyyah ruhiyyah ni, semoga mendapat manfaat bersama..

Berbuat baik di dunia untuk bekalan akhirat.. 

Berjihad di dunia untuk mendapat Jannah di akhirat.. 

Sama2 mendoakan kesejahteraan saudara2 kita di Palestin, walaupun kita berada jauh dengan mereka, yakinlah, doa dan pertolongan Allah itu pastinya dekat dengan mereka. Untungnya mereka kerana dekatnya dengan syahid fi sabilillah.. J

Sekian untuk kali ini.. Maas salamah.. Assalamualaikum.. J


Bicara Cintaku.. :)

Tuesday, November 13, 2012

Marah ni..

Bismillah..

Assalamualaikum, tiru ayat aman jap.. hee, apa khabar iman pada hari ini..?/ soalan yang harus ditanya pada diri setiap hari dan setiap masa, agak2 nya macam mana pandangan Allah pada aku hari ni.?? erm..

so, Alhamdulillah, kerna masih lagi diberi oksigen untuk kita semua hidup menumpang kat dunia Allah ni. so, kesempatan kali ini, den mau story mory sikit pasal satu buku yang den baca baru sampai 3 suku.. hehe.. walaupun tak habis lagi baca, tapi seriusly buku tu memang best, tajuk buku tu, MEMBACA RAHASIA HATI by Ustadz Ashaari Muhammad.

Alhamdulillah, thanks a lot to sulaiman, sebab dia yang bagi pinjam buku ni kat den, so, stret to the point, ada satu kesah pasal sifat PEMARAH..

Ada satu mukmin sejati bernama Ahnaf bin Qais. Ahnaf ni memang dikenali sebagai orang yang paling lemah lembut dalam kalangan masyarakat kat situ. and then, one day, orang ramai tanya lah dia, macam mana hang boleh jadi lemah lembut kat semua orang.? sapa yang ajar hang.? so, Ahnaf pun cerita lah yang dia belajar untuk menjadi seorang yang lemah lembut, sentiasa redha dan yakin atas ketentuan Allah daripada seorang lelaki bernama Qais bin Asim.

Qais bin Asim ni merupakan seorang yang tidak penah lekang dari senyuman. setiap benda yang terjadi dalam hidup dia, mesti dia akan senyum dan yakin segalanya pastinya adalah ketentuan Allah. so, pada suatu hari, time Qais sedang rehat2, datang hambanya ( seorang budak ) bawakkan makanan, daging panggang yang masih panas untuk dia, bila dan nak sampai dekat Qais, budak ni tersadong dan daging tu pun terjatuh. daging panas tu terjatuh kat anak Qais yang ada kat tepi dia time tu. anak Qais yang terkejut pun nangis la sekuat hati and lastly, anak dia meninggal dunia.

apa lagi, pucat la muka budak hamba Qais tadi sebab dah menyebabkan anak tuan dia mati.
so, apa agaknya yang Qais ni buat..?

Qais hanya tersenyum dan akhirnya berkata. " aku tidak sekali-kali akan memarahi kamu bahkan aku akan memerdekakan kamu kerana kamu kelihatan sedih dan takut."

subhanAllah, hebat giler Qais ni, bukannya dia tak sayangkan anak dia, but hati dia penuh yakin dan redha dengan segala ketentuan Allah. Qais xpenah lepas bergantung harap pada Allah and lastly, dia mendapat salah satu nikmat Allah yang tak semua orang akan dapat iaitu, ketenangan hati ( sakinah ).

so, macam tu lah Ahnaf belajar untuk menjadi seorang yang sentiasa berlemah lembut kepada semua orang.

moral of the story, kalau kita seorang yang suka marah2, ingatlah yang kita tak de hak pun nak marah2, siapa kita nak marah2 kat orang ni.? kuat sangat ke kita nak marah2 kat orang. ? sedangkan Allah pun Maha Pengampun, inikan pula kita sesuka hati nak marah2 orang and tak nak maafkan orang lain..

so, tajuk kat atas bukannya bermaksud den tengah marah, tapi saja jek, nak buat lain dari yang lain sikit. insya Allah, sama2 mentadbir hati dengan cahaya Ilahi, semoga sama2 kita mendapat sakinah daripada Allah.

sekian, salam mujahadah.. Assalamualaikum teman2.. :)