Tuesday, November 13, 2012

Marah ni..

Bismillah..

Assalamualaikum, tiru ayat aman jap.. hee, apa khabar iman pada hari ini..?/ soalan yang harus ditanya pada diri setiap hari dan setiap masa, agak2 nya macam mana pandangan Allah pada aku hari ni.?? erm..

so, Alhamdulillah, kerna masih lagi diberi oksigen untuk kita semua hidup menumpang kat dunia Allah ni. so, kesempatan kali ini, den mau story mory sikit pasal satu buku yang den baca baru sampai 3 suku.. hehe.. walaupun tak habis lagi baca, tapi seriusly buku tu memang best, tajuk buku tu, MEMBACA RAHASIA HATI by Ustadz Ashaari Muhammad.

Alhamdulillah, thanks a lot to sulaiman, sebab dia yang bagi pinjam buku ni kat den, so, stret to the point, ada satu kesah pasal sifat PEMARAH..

Ada satu mukmin sejati bernama Ahnaf bin Qais. Ahnaf ni memang dikenali sebagai orang yang paling lemah lembut dalam kalangan masyarakat kat situ. and then, one day, orang ramai tanya lah dia, macam mana hang boleh jadi lemah lembut kat semua orang.? sapa yang ajar hang.? so, Ahnaf pun cerita lah yang dia belajar untuk menjadi seorang yang lemah lembut, sentiasa redha dan yakin atas ketentuan Allah daripada seorang lelaki bernama Qais bin Asim.

Qais bin Asim ni merupakan seorang yang tidak penah lekang dari senyuman. setiap benda yang terjadi dalam hidup dia, mesti dia akan senyum dan yakin segalanya pastinya adalah ketentuan Allah. so, pada suatu hari, time Qais sedang rehat2, datang hambanya ( seorang budak ) bawakkan makanan, daging panggang yang masih panas untuk dia, bila dan nak sampai dekat Qais, budak ni tersadong dan daging tu pun terjatuh. daging panas tu terjatuh kat anak Qais yang ada kat tepi dia time tu. anak Qais yang terkejut pun nangis la sekuat hati and lastly, anak dia meninggal dunia.

apa lagi, pucat la muka budak hamba Qais tadi sebab dah menyebabkan anak tuan dia mati.
so, apa agaknya yang Qais ni buat..?

Qais hanya tersenyum dan akhirnya berkata. " aku tidak sekali-kali akan memarahi kamu bahkan aku akan memerdekakan kamu kerana kamu kelihatan sedih dan takut."

subhanAllah, hebat giler Qais ni, bukannya dia tak sayangkan anak dia, but hati dia penuh yakin dan redha dengan segala ketentuan Allah. Qais xpenah lepas bergantung harap pada Allah and lastly, dia mendapat salah satu nikmat Allah yang tak semua orang akan dapat iaitu, ketenangan hati ( sakinah ).

so, macam tu lah Ahnaf belajar untuk menjadi seorang yang sentiasa berlemah lembut kepada semua orang.

moral of the story, kalau kita seorang yang suka marah2, ingatlah yang kita tak de hak pun nak marah2, siapa kita nak marah2 kat orang ni.? kuat sangat ke kita nak marah2 kat orang. ? sedangkan Allah pun Maha Pengampun, inikan pula kita sesuka hati nak marah2 orang and tak nak maafkan orang lain..

so, tajuk kat atas bukannya bermaksud den tengah marah, tapi saja jek, nak buat lain dari yang lain sikit. insya Allah, sama2 mentadbir hati dengan cahaya Ilahi, semoga sama2 kita mendapat sakinah daripada Allah.

sekian, salam mujahadah.. Assalamualaikum teman2.. :)

2 comments:

  1. Salam. Mad! Ingatkan tengah marah.
    Tq, perkongsian dan renungan untuk kita bersama. :)

    ReplyDelete
  2. salam. haha. tajuk nak bagi gempak sikit.. hehe.. same2 abg nash.. :) hee

    ReplyDelete