Saturday, June 23, 2012

22 JUN 2012

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selesai sudah exam A-Level den dan juga rakan2 Intec pada tarikh kat atas tu, 22 jun 2012, yup, setelah 48 hari kiteorg menghadapi exam, bukan den yang kira ok, menurut pembantu den, Hastanti, dia yang kira ktrg exam 48 hari.. hehe.. maka dengan rasminya, selesai lah perjuangan di Intec untuk sekian 2 tahunnya.. sebelum lupa, tarikh ini juga ialah tarikh hari jadi Syamsul Amri, so, sanah helwah Syams,, hepy birthday to you.. prank ko aku dah buat time birthday Aiman hari tu.. jangan mara ha.. hehe

so, basically, kata2 pujangga, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, secara lumrahnya, mesti saat ini, confirm sedih punyalah, yelah, satu lepas ini, den pasti berpisah punya dengan kawan2 seperjuangan den ini, tu yg paling sedih la, yang kurang sedihnya, insya Allah, lepas ini, semua rakan2 termasuk den sekali akan teruskan perjuangan medik insya Allah ke luar negara.. AMIN..

Alhamdulillah, sedikit kata2 penghargaan daripada pihak den.. hehe.. thanks a lot to mak abah and all my family members, sebab doa dorg sentiasa mengiringi den dan juga rakan untuk terus berjuang.. insya Allah, den dan rakan2 dah buat sehabis baik, so, pasni, doa plus tawakal sahaja kepada Allah..

kepada sahabat2 sejati den..

-Shazwan
-Aisar
-Aiman
-Aman
-Apai
-Hafizi
-Solihin
-Syamsul
-Aizul
-Munzir
-Hakim bapak

den sangat2 bersyukur dipertemukan dengan sahabat2 sejati den ini, semuanya hebat2 sangat, kalau ikut rangking, den confirm la tercorot sekali kalau nak dibandingkan dengan budak2 ini.. so, buat sahabat2 den 11 org ini, insya Allah, den doa sangat2 yang ukhuwah kita bukan sampai sini jek, tapi sampai ke jannatul firdaus insya Allah.. pasni kita main skype2 jelah ea.. kalau pasni ada rezeki den pakai henset canggih sikit, kita whats apps. jelah.. hehe..

sebelum habis.. dedication card untuk budak bilik 8/412 cemara :

so, terima kasih byk2 kat wan, sebab antara orang yang paling banyak menyumbang kat den, dr segi semua benda, sampai family dia pun dah kenal den, kereta, duit, masa, tenaga, nasihat.. thanks alot wan, den x mampu nak balas balik.. huu.. semoga Allah berikan balasan yang lagi baik untuk kau yek.. Amin.. hidup manipal.. !!! plus, den pun nak minta maaf sangat2 kat wan sebab selalu menjadi penyebab mamat ni selalu sedih2, down.. hehe.. gara2 budak yang bernama mattop ini la, haha.. sori wan kalau den buat kau tersinggung hati, makan dalam, kalau aku diam jek.. huu.. harapnya kau tak makan hati la ea.. huu

Aisar.. haha.. aku dah baca post ko kat blog, kalau blog ko tu merujuk kepada aku, firstly aku yang patut minta maaf kat ko sar, sebab telah melanggar hak asasi kau.. hehe.. aku ok jek, kau antara orang yang paling lama aku kenal kat intec ni, dari sem satu aku dah rapat giler dengan ko, so, kalau lah senyuman atau ketawa aku kadang2 buat ko annoying, x sengaja bro, sori kalau ada buat ko tersensitif, tersentuh hati, hu.. 0-0 ea bro..thanks to you too my bro atas semua benda sar, motor kau tu, jangan lupa ambil bawak balik, nanti betol2 kena lelong, menyesal karang.. then, teruskan senyuman ko sar, sebab walaupun geli nak cakap, tapi, ko agak sweet la gak bila senyum.. haha.. lagi2 bila ko letak tangan bawah dagu tu kan.. haha.. insya Allah.. aku doakan yang terbaik untuk ko sar, kalau ada rezeki, insya Allah.. fly2.. hee.. nanti kat jepun aku nak survenior.. hehe..

cik Aiman.. haha.. tabligh ini, sebok nak kacau budak sahabat aku ini, haha.. Aiman, sori man kalau aku gurau lebih2, buat ko marah ke, suka sakat ko dengan kucing or dengan lipas ke.. hehe.. saje jek tu nak main2, tapi kalau terlebih, sori la yek.. huu.. thanks man sebab selalu mengajar aku chem, lu memang genius la man.. hehe.. serius. so, kalau ada yang terkurang sepanjang aku kat bilik ini, banyak sangat guna henset ko ke, sori bosh. hehe. gunakan baju2 free yang aku bagi tu sampai Ireland bro.. haha.. aku berterima kasih la kat ko sebab ko sangat2 menghargai apa yang aku bagi kat ko.. hee.. semoga ko fly ucd nnti, budak sahabat tu tak ikut ko.. haha..

so, sekian sahaja untuk intec.. lepas ini, dinner.. interview.. btn.. wow.. ada rezeki.. jakarta.. insya Allah.. semoga segala kenangan, ilmu, ukhuwah, manis, masam, pahit kat intec ini mendapat keredhaan Allah.. semoga 16 ogos nanti, result keluar, insya Allah semoga semua sekali student manipal 116 org semua dapat fly, plus student2 pmc, imu, alg and aluk.. AMIN..

Akhir kata, berbuat baiklah dengan Allah, pasti Allah akan berbuat baik dengan kita, berbuat baiklah dengan manusia walaupun manusia itu tidak berbuat baik dengan kita kerana tidak ada manusia yang benar2 sempurna..














Thursday, June 21, 2012

Kisah sahabat 7 : Abdul Rahman Bin Auf : Jutawan yang menangisi kemewahan


Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. 

Namun demikian Abdul Rahman   terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. 


Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.


Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.


Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.


Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.


Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah)  dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.


Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.


Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.


Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.


Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.


Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.


Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. 


Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.


Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.


Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. 


Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.


Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup di dunia yang fana ini selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul.


Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

Sunday, June 10, 2012

Jangan Berlebihan

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, malam ini den dapat pengajaran daripada Allah.. SubhanaAllah, sangatlah cantik ukhuwah itu, lagi2 bila kita dah tau saat yang kita akan berpisah, yup, malam ini, den berterima kasih sangat2 kepada rakan2 serta krew2 yang telah memprank den minggu lepas, malam ini den dan Aiman telah dibelanja besar oleh dorang semua, terima kasih banyak2, and malam ini jugak lah den bersama rakan2 telah pun memprank Aiman, walaupun birthday dia lagi 2 hari, and..

yup, akhirnya den telah pun tersalah langkah malam ini, den telah menambah prank, prank kepada shazwan dan syamsul.. huhu..

pertamanya, syams.. seriusly den minta maaf kat syams, sangat2 terlebih, sampaikan henset dia masuk air, padahal birthday dia lagi 12 hari lagi, tapi den dah prank awal la pula.. huhu.. den tau, mesti dia marah and, kecik hati punya lah, den tak tau kenapa, mungkin niat asalnya just nak gurau2, tapi yes,, berlebihan itulah menyebabkan semuanya menjadi sesuatu yang di luar jangkaan.. so, Alhamdulillah nasib baik henset dia dah pulih seperti sedia kala.. and deep from my heart Syams.. I am really2 sorry.. huu.

keduanya, buat sahabat terbaik den ini.. huhu.. den dah plan baik dah nak prank dia bila dia siap mandi, so, bila mamat tu dah siap mandi, den terus simbah dengan air kicap.. haha.. tanpa disedari, wan time tu tengah pegang kamus yang baru jek dia beli kat kinokuniya.. den memang ingat time tu dia pegang baju dia jek, so, lagi sekali, berlaku gurauan yang berlebihan daripada den, Alhamdulillah again, nasib baik kamus cina wan tu, kena sipi2 jek kat tepi and dah pun kering.. huu.. and again, for my beloved friend, I am truly sorry..

Yes, Alhamdulillah, pengajaran yang sangat cantik Allah nak tegur den, lain kali, pikir dulu kalau nak buat something, and jgn ikutkan hati sangat, then, jangan nak happy2 sangat, sebab happy2 sangat, nanti boleh jadi sedih pula lepas tu.. huu.. so, itu secara positifnya, den akan rasa bersalah kat dua2 orang sahabat den ni sampai bila2 punya, for sure den ingat sampai akhir hayat punya la.. huu.. moga doa orang sahabat ini memaafkan den.. huu..

Akhir kata, Hablumminallah wa hablumminannas... jagalah hubungan baik dengan Allah dan jangan lupa, jagalah hubungan baik sesama manusia, semoga Allah merahmati kita, mengampunkan segala dosa2 kita, dan semoga kesalahan2 kita juga dimaafkan oleh orang lain.. plus.. kita pun mesti memaafkan kesalahan orang lain.. insya Allah.. semoga sama2 mendapat jannatul firdaus Allah.. Amin.. !!

Sorry for again for my mistakes... Wassalam..

Thursday, June 7, 2012

Sanah Helwah

Assalamualaikum, Alhamdulillah dah masuk sehari dah selepas tarikh lahir den.. 7 jun 2012 dah pagi ini.. so, cerita sebelum, semasa and sehingga sekarang..

Pada 5 jun tu, den sehari dengan wan uruskan hal2 untuk dia ke China.. thanks a lot to my bestest friend yang telah pun belanja den makan, Alhamdulillah.. sangat la kenyang.. so, bila dah sampai cemara tepat pukul 11 tu, wan cakap nak call mak dia, cekap yang dia dah selamat sampai cemara.. padahal dia call Aman suruh ready sebab den dan dia dah sampai cemara, den dengan mamai2 nya pun, keluar kereta dengan henset yang dah habis bateri, and wan nak tengok henset den, sebab dia cakap henset tu boleh on lagi..

so, den pun bagilah dia henset den, so, ktrg pun teruslah berjalan masuk cemara dgn selambanya.. bila dah sampai tepat kat taman cemara tu, den toleh belakang jek and terus sebaldi air sampai ke muka, haha.. seriusly Aizul punya muka macam monster habis.. haha.. den memang dah x larat nak lawan, terus ramai2 serbu, apai, aman, sol, syamsul, terus bertubi2 jugak la telur and tepung yang datang.. haha.. mun dengan wan dah lari jauh dah.. haha..memang terbaik la bau dia sampai hari ini lepas den basuh pun still ada lagi bau petai tu.. haha

haha.. so, den pun xlarat nak lawan,. terus naik and sempat lah menyimbah orang2 kat bawah tu, fizi dengan aisar terus hilang.. dah clear baru naik atas.. haha.. so, umur den yang ke 20 ni, inilah first time den kena prank, yela, dah puas dah prank orang lain, kali ini, memang dah x boleh lari la kan.. haha.. so, terima kasih banyak2 kepada krew2 yang telah merancang semua ini sepanjang seminggu den tiada kat cemara balik kampung..

so, bahan2 dalam baldi yang Aizul simbah tu..:

petai 3 papan
telur yang diperam
tepung
belacan
sos
minyak
dan bahan2 yang tidak membahayakan nyawa seperti budu..

Alhamdulillah semuanya selamat.. den pun terus mandi dan terus mendapat wish bertubi2 daripada krew2 tadi.. thanks a lot to hadiah, kad and ucapan2 daripada bonda, ayahanda, adik2 den, pak cik mak cik, rakan2 yang dekat mau pun kat luar negara.. sangat2 terharu dengan semuanya..

so, skrg pun masih ada lagi yang wish.. tq so much.. so, dah masuk 20, kalau ikut post yang lepas, Azam dah kena buat. insya Allah.. must be istiqamah and ikhlas Lillahi taala.. gambatte!!

Alhamdulillah, semoga semua nya mendapat rahmat Ilahi, den masih lagi diberi nyawa sehingga umur sekarang, semoga umur yang Allah bagi ini, meningkatkan lagi keimanan, ketaqwaan kepada Nya.. insya Allah..

ingatlah, birthday bukan sekadar umur bertambah tetapi mendekatkan juga masa kepada kematian, so, kalau uztaz Redha dulu, dia wish, selamat hampir kepada kematian.. huhu,, memang betul pun,

semakin tua, semakin berusia, semakin berumur, semakin matang, semakin membesar, semakin berakal, semakin dekat lah kita untuk bertemu dengan Ilahi, so, be prepared.. hee..

so, insya Allah.. tq again for everyone that wish for my birthday.. hadiah hujan subuh tadi sangat2 best.. hee..
so, den akhiri sanah helwah ini dengan sedikit doa.. :

Ya Allah.. aku bersyukur dengan kurniaan umur ini ya Allah, sesungguhnya aku bermohon agar menjadi seorang hambamu yang sentiasa bersyukur, sentiasa sabar dan menunaikan solat, sentiasa berusaha menjadi hambamu yang terbaik, ampunkan segala dosa2 hambamu ini sepanjang 20 tahun yang lepas dan semoga aku terus diberikan hidayah olehmu ya Allah.. semoga nikmat umur ini dapat aku gunakan sepenuhnya pada jalanmu dan tidak sekali2 aku menyalahgunakannya ya Allah.. semoga Engkau redha dengan hambamu ini apabila Engkau menjemput aku bertemu dengan mu nanti.. semoga semua ummat Nabi mendapat keberkatan daripadaMu Ya Ilahi.. Amin.. !!

Bittaufiq wannajah.. Wallahualam.. Assalamualaikum.. :)



Monday, June 4, 2012

Berfikir sejenak

Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih bernafas lagi den pada hari ini, so, kira2 lagi 2 hari lagi sampailah den ke usia yang ke 20 tahun, approximately den dah hidup sejak den lahir selama 7300 hari, WOW, dah lama dah rupanya den hidup di atas muka bumi ni, tapi erm.. jom kita fikir sejenak..

bak kata Abu Darda, diam berfikir sebentar lagi baik daripada beribadah sepanjang malam.. :)

ok, just tadi, den baru je habis rewang kat kampung, majlis kahwin pakcik den, so, memang badan agak penat2, tapi tulah kepuasannya bila kita dapat hasil yang baik, penat tu insya Allah akan hilang. ok, bila on the way balik tadi, simple jek moral of the story kali ini, iaitu cara kita mamandang sesuatu perkara..

mesti tak sama cara kita pandang sesuatu benda, contoh, kita tengok satu awek lalu depan kita, kita kata kat kawan kita, "fulaamak.. hot seyh awek yg baru lalu tu.. " member kita pula balas " macam tu jek taste ko., eh aku tak layan lah awek melayu.." haha.. tapi yes, kali ini bukan cerita pasal awek ini, pasal benda lain.. hehe.. awek kita cerita next post.. hehe.. so, apa yang den dapat simpulkan daripada majlis kahwin hari ini, semua orang nak kan perfection, tapi susah nak terima walau sikit pun kekurangan, yup, tapi diri sendiri tak pernah nak bagi perfection kat orang lain, terutama kat si DIA..

so, kalau kita selalu pandang enteng kat semua benda, insya Allah, semua perkara akan jadi enteng kat kita, but, if kita pandang semua perkara dengan bersungguh-sungguh, insya Allah, hasilnya akan lain daripada yang lain, memang senang nak tulis, tapi nak praktikkan memang payah, tiada kebaikan yang senang dilakukan kerana adanya kejahatan yang selalu menggoda, sebab apa, nafsu dan syaitan yang selalu disalahkan, padahal, iman dalam hati yang kurang, sebab tu selalu kalah dengan nafsu.. Allahu Akbar, itulah den, selalu sangat kalah dengan nafsu sendiri, sebab apa, iman yang masih lagi xcukup kuat, insya Allah, semua orang dalam proses untuk mentarbiah diri kearah yang lebih baik,

cuma post kali ini, mungkin penat agaknya, banyaklah terfikir2 sana sini, kadang2 kita lupa, orang2 yang selalu kita tak pandang, padahal dorang lah sesuatu perkara yang kecil tapi kita selalu x pandang dorang dengan pandangan mata yang besar, contohnya mak ayah kita, kadang2 kita tengok dorang, simple jek, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, letak baju kat rak baju.. hehe.. nampak simple, tapi back to the top, daripada 7300 hari yang den hidup ini, agaknya2 dah berapa hari yang den basuh, sidai, angkat, lipat, letak kat rak, bukan baju kita, tapi baju mak ayah kita, hurm, rasanya kurang 100 hari ada kot, entah2 kurang 50 hari.. hehe.. tu baru pasal baju.. belum benda2 yang kita anggap enteng lain.. masak, ilmu, pakai, duit, dan lain2.. hee

so, memang banyak sangat lah kurniaan Ilahi pada kita, cuma kita jek yang selalu cakap semua benda tak cukup, hu.. insya Allah, selalulah berdoa pada Ilahi:

Ya Allah ya tuhan kami, kami bermohon dan berdoa agar Kau halalkanlah segala rezeki, nikmat, kurniaan, pemberian, ilmu, pinjaman, segala apa yang telah Engkau berikan kepada kami ya Allah, kerana sesungguhnya kami ini hanya seorang hambamu yang sangat2 fakir, kami tak punyai apa2 melainkan apa yang telah Engkau berikan kepada kami, kami mohon ampun, sekiranya nikmat2 yang Kau berikan itu, kami gunakan pada jalan yang salah, kami mohon maaf sekiranya kami keterlaluan dalam menggunakan nikmat2 kurniaanmu, sehingga kami lupa dan lalai terhadap tugas kami terhadap mu, semoga Engkau mengampuni kami.. Amin..!!

insya Allah, post2 den ini untuk muhasabah diri jek, tiada apa2 pun, insya Allah, semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah, insya Allah, hari ini, dah hari isnin dah, petang nanti, den kembali berangkat ke Shah Alam, kembali untuk berjuang, habiskan baki 6 paper A2, exam A-Level, dah nak habis cuti dah. kejap jek rasa dah seminggu kat rumah.. insya Allah, minta doa rakan2 agar dipermudahkan paper, semoga semua sekali student A-Level berjaya skor 3A*, 15 points and semua dapat fly.. insya Allah..

Alhamdulillah.. semoga semua dirahmati Ilahi.. Assalamualaikum.. :)