Jom Follow...

Sunday, June 10, 2012

Jangan Berlebihan

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, malam ini den dapat pengajaran daripada Allah.. SubhanaAllah, sangatlah cantik ukhuwah itu, lagi2 bila kita dah tau saat yang kita akan berpisah, yup, malam ini, den berterima kasih sangat2 kepada rakan2 serta krew2 yang telah memprank den minggu lepas, malam ini den dan Aiman telah dibelanja besar oleh dorang semua, terima kasih banyak2, and malam ini jugak lah den bersama rakan2 telah pun memprank Aiman, walaupun birthday dia lagi 2 hari, and..

yup, akhirnya den telah pun tersalah langkah malam ini, den telah menambah prank, prank kepada shazwan dan syamsul.. huhu..

pertamanya, syams.. seriusly den minta maaf kat syams, sangat2 terlebih, sampaikan henset dia masuk air, padahal birthday dia lagi 12 hari lagi, tapi den dah prank awal la pula.. huhu.. den tau, mesti dia marah and, kecik hati punya lah, den tak tau kenapa, mungkin niat asalnya just nak gurau2, tapi yes,, berlebihan itulah menyebabkan semuanya menjadi sesuatu yang di luar jangkaan.. so, Alhamdulillah nasib baik henset dia dah pulih seperti sedia kala.. and deep from my heart Syams.. I am really2 sorry.. huu.

keduanya, buat sahabat terbaik den ini.. huhu.. den dah plan baik dah nak prank dia bila dia siap mandi, so, bila mamat tu dah siap mandi, den terus simbah dengan air kicap.. haha.. tanpa disedari, wan time tu tengah pegang kamus yang baru jek dia beli kat kinokuniya.. den memang ingat time tu dia pegang baju dia jek, so, lagi sekali, berlaku gurauan yang berlebihan daripada den, Alhamdulillah again, nasib baik kamus cina wan tu, kena sipi2 jek kat tepi and dah pun kering.. huu.. and again, for my beloved friend, I am truly sorry..

Yes, Alhamdulillah, pengajaran yang sangat cantik Allah nak tegur den, lain kali, pikir dulu kalau nak buat something, and jgn ikutkan hati sangat, then, jangan nak happy2 sangat, sebab happy2 sangat, nanti boleh jadi sedih pula lepas tu.. huu.. so, itu secara positifnya, den akan rasa bersalah kat dua2 orang sahabat den ni sampai bila2 punya, for sure den ingat sampai akhir hayat punya la.. huu.. moga doa orang sahabat ini memaafkan den.. huu..

Akhir kata, Hablumminallah wa hablumminannas... jagalah hubungan baik dengan Allah dan jangan lupa, jagalah hubungan baik sesama manusia, semoga Allah merahmati kita, mengampunkan segala dosa2 kita, dan semoga kesalahan2 kita juga dimaafkan oleh orang lain.. plus.. kita pun mesti memaafkan kesalahan orang lain.. insya Allah.. semoga sama2 mendapat jannatul firdaus Allah.. Amin.. !!

Sorry for again for my mistakes... Wassalam..

1 comment:

  1. haha.. perkara kecil je mad.. xtersimpan dlm hati pun.. insyaAllah, pengajaran buat semua.. :-) postive side of it, kamus aku lain drpd yg lain.. hehe.. jgn rsau lh ek..

    ReplyDelete