Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih bernafas lagi den pada hari ini, so, kira2 lagi 2 hari lagi sampailah den ke usia yang ke 20 tahun, approximately den dah hidup sejak den lahir selama 7300 hari, WOW, dah lama dah rupanya den hidup di atas muka bumi ni, tapi erm.. jom kita fikir sejenak..
bak kata Abu Darda, diam berfikir sebentar lagi baik daripada beribadah sepanjang malam.. :)
ok, just tadi, den baru je habis rewang kat kampung, majlis kahwin pakcik den, so, memang badan agak penat2, tapi tulah kepuasannya bila kita dapat hasil yang baik, penat tu insya Allah akan hilang. ok, bila on the way balik tadi, simple jek moral of the story kali ini, iaitu cara kita mamandang sesuatu perkara..
mesti tak sama cara kita pandang sesuatu benda, contoh, kita tengok satu awek lalu depan kita, kita kata kat kawan kita, "fulaamak.. hot seyh awek yg baru lalu tu.. " member kita pula balas " macam tu jek taste ko., eh aku tak layan lah awek melayu.." haha.. tapi yes, kali ini bukan cerita pasal awek ini, pasal benda lain.. hehe.. awek kita cerita next post.. hehe.. so, apa yang den dapat simpulkan daripada majlis kahwin hari ini, semua orang nak kan perfection, tapi susah nak terima walau sikit pun kekurangan, yup, tapi diri sendiri tak pernah nak bagi perfection kat orang lain, terutama kat si DIA..
so, kalau kita selalu pandang enteng kat semua benda, insya Allah, semua perkara akan jadi enteng kat kita, but, if kita pandang semua perkara dengan bersungguh-sungguh, insya Allah, hasilnya akan lain daripada yang lain, memang senang nak tulis, tapi nak praktikkan memang payah, tiada kebaikan yang senang dilakukan kerana adanya kejahatan yang selalu menggoda, sebab apa, nafsu dan syaitan yang selalu disalahkan, padahal, iman dalam hati yang kurang, sebab tu selalu kalah dengan nafsu.. Allahu Akbar, itulah den, selalu sangat kalah dengan nafsu sendiri, sebab apa, iman yang masih lagi xcukup kuat, insya Allah, semua orang dalam proses untuk mentarbiah diri kearah yang lebih baik,
cuma post kali ini, mungkin penat agaknya, banyaklah terfikir2 sana sini, kadang2 kita lupa, orang2 yang selalu kita tak pandang, padahal dorang lah sesuatu perkara yang kecil tapi kita selalu x pandang dorang dengan pandangan mata yang besar, contohnya mak ayah kita, kadang2 kita tengok dorang, simple jek, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, letak baju kat rak baju.. hehe.. nampak simple, tapi back to the top, daripada 7300 hari yang den hidup ini, agaknya2 dah berapa hari yang den basuh, sidai, angkat, lipat, letak kat rak, bukan baju kita, tapi baju mak ayah kita, hurm, rasanya kurang 100 hari ada kot, entah2 kurang 50 hari.. hehe.. tu baru pasal baju.. belum benda2 yang kita anggap enteng lain.. masak, ilmu, pakai, duit, dan lain2.. hee
so, memang banyak sangat lah kurniaan Ilahi pada kita, cuma kita jek yang selalu cakap semua benda tak cukup, hu.. insya Allah, selalulah berdoa pada Ilahi:
Ya Allah ya tuhan kami, kami bermohon dan berdoa agar Kau halalkanlah segala rezeki, nikmat, kurniaan, pemberian, ilmu, pinjaman, segala apa yang telah Engkau berikan kepada kami ya Allah, kerana sesungguhnya kami ini hanya seorang hambamu yang sangat2 fakir, kami tak punyai apa2 melainkan apa yang telah Engkau berikan kepada kami, kami mohon ampun, sekiranya nikmat2 yang Kau berikan itu, kami gunakan pada jalan yang salah, kami mohon maaf sekiranya kami keterlaluan dalam menggunakan nikmat2 kurniaanmu, sehingga kami lupa dan lalai terhadap tugas kami terhadap mu, semoga Engkau mengampuni kami.. Amin..!!
insya Allah, post2 den ini untuk muhasabah diri jek, tiada apa2 pun, insya Allah, semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah, insya Allah, hari ini, dah hari isnin dah, petang nanti, den kembali berangkat ke Shah Alam, kembali untuk berjuang, habiskan baki 6 paper A2, exam A-Level, dah nak habis cuti dah. kejap jek rasa dah seminggu kat rumah.. insya Allah, minta doa rakan2 agar dipermudahkan paper, semoga semua sekali student A-Level berjaya skor 3A*, 15 points and semua dapat fly.. insya Allah..
Alhamdulillah.. semoga semua dirahmati Ilahi.. Assalamualaikum.. :)
Bersedialah dengan segala yang akan berlaku.. HAHAHA!
ReplyDelete