Thursday, June 7, 2012

Sanah Helwah

Assalamualaikum, Alhamdulillah dah masuk sehari dah selepas tarikh lahir den.. 7 jun 2012 dah pagi ini.. so, cerita sebelum, semasa and sehingga sekarang..

Pada 5 jun tu, den sehari dengan wan uruskan hal2 untuk dia ke China.. thanks a lot to my bestest friend yang telah pun belanja den makan, Alhamdulillah.. sangat la kenyang.. so, bila dah sampai cemara tepat pukul 11 tu, wan cakap nak call mak dia, cekap yang dia dah selamat sampai cemara.. padahal dia call Aman suruh ready sebab den dan dia dah sampai cemara, den dengan mamai2 nya pun, keluar kereta dengan henset yang dah habis bateri, and wan nak tengok henset den, sebab dia cakap henset tu boleh on lagi..

so, den pun bagilah dia henset den, so, ktrg pun teruslah berjalan masuk cemara dgn selambanya.. bila dah sampai tepat kat taman cemara tu, den toleh belakang jek and terus sebaldi air sampai ke muka, haha.. seriusly Aizul punya muka macam monster habis.. haha.. den memang dah x larat nak lawan, terus ramai2 serbu, apai, aman, sol, syamsul, terus bertubi2 jugak la telur and tepung yang datang.. haha.. mun dengan wan dah lari jauh dah.. haha..memang terbaik la bau dia sampai hari ini lepas den basuh pun still ada lagi bau petai tu.. haha

haha.. so, den pun xlarat nak lawan,. terus naik and sempat lah menyimbah orang2 kat bawah tu, fizi dengan aisar terus hilang.. dah clear baru naik atas.. haha.. so, umur den yang ke 20 ni, inilah first time den kena prank, yela, dah puas dah prank orang lain, kali ini, memang dah x boleh lari la kan.. haha.. so, terima kasih banyak2 kepada krew2 yang telah merancang semua ini sepanjang seminggu den tiada kat cemara balik kampung..

so, bahan2 dalam baldi yang Aizul simbah tu..:

petai 3 papan
telur yang diperam
tepung
belacan
sos
minyak
dan bahan2 yang tidak membahayakan nyawa seperti budu..

Alhamdulillah semuanya selamat.. den pun terus mandi dan terus mendapat wish bertubi2 daripada krew2 tadi.. thanks a lot to hadiah, kad and ucapan2 daripada bonda, ayahanda, adik2 den, pak cik mak cik, rakan2 yang dekat mau pun kat luar negara.. sangat2 terharu dengan semuanya..

so, skrg pun masih ada lagi yang wish.. tq so much.. so, dah masuk 20, kalau ikut post yang lepas, Azam dah kena buat. insya Allah.. must be istiqamah and ikhlas Lillahi taala.. gambatte!!

Alhamdulillah, semoga semua nya mendapat rahmat Ilahi, den masih lagi diberi nyawa sehingga umur sekarang, semoga umur yang Allah bagi ini, meningkatkan lagi keimanan, ketaqwaan kepada Nya.. insya Allah..

ingatlah, birthday bukan sekadar umur bertambah tetapi mendekatkan juga masa kepada kematian, so, kalau uztaz Redha dulu, dia wish, selamat hampir kepada kematian.. huhu,, memang betul pun,

semakin tua, semakin berusia, semakin berumur, semakin matang, semakin membesar, semakin berakal, semakin dekat lah kita untuk bertemu dengan Ilahi, so, be prepared.. hee..

so, insya Allah.. tq again for everyone that wish for my birthday.. hadiah hujan subuh tadi sangat2 best.. hee..
so, den akhiri sanah helwah ini dengan sedikit doa.. :

Ya Allah.. aku bersyukur dengan kurniaan umur ini ya Allah, sesungguhnya aku bermohon agar menjadi seorang hambamu yang sentiasa bersyukur, sentiasa sabar dan menunaikan solat, sentiasa berusaha menjadi hambamu yang terbaik, ampunkan segala dosa2 hambamu ini sepanjang 20 tahun yang lepas dan semoga aku terus diberikan hidayah olehmu ya Allah.. semoga nikmat umur ini dapat aku gunakan sepenuhnya pada jalanmu dan tidak sekali2 aku menyalahgunakannya ya Allah.. semoga Engkau redha dengan hambamu ini apabila Engkau menjemput aku bertemu dengan mu nanti.. semoga semua ummat Nabi mendapat keberkatan daripadaMu Ya Ilahi.. Amin.. !!

Bittaufiq wannajah.. Wallahualam.. Assalamualaikum.. :)



2 comments:

  1. haha. Smga trcapai ape yg dihajati, insyaALLAH dipnjgkn umur, dikurniakn rezeki. Again, hb bro..

    ReplyDelete