Jom Follow...

Saturday, March 2, 2013

Wahai Jiwa Yang Tenang.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, skrg tepat 3.39 pagi waktu malaysia, so, kira lagi 7 hari den akan berangkat balik ke indonesia.. Allah, sekejap betol masa berlalu, entah kenapa tiba2 malam ni rasa sedih sebab dah nak balik ke sana dah.. haha, tapi, tulah, bila sedih, Alhamdulillah, hidayah Allah tu luas, and malam ni, walaupun penat baru habis bersilat main futsal yang dah berkarat ni, sebelum futsal tadi, sempat mendengar sikit perkongsian ilmu dalam Halaqah, tv 9, ustaz Badlishah dan Prof Muhaya..

sebelum tu, den amat kagum dengan Prof Muhaya, walaupun dia seorang doktor pakar mata, tetapi Perh, dokter mata, pakar psikologi, and specialties for her which is pendakwah bebas, subhanaAllah, sangat2 hebat, kalau kita tengok ustaz2 atau ulama2 yang memberikan ceramah, kita mesti pandang biasa, sebab memang profession dia dalam bidang agama, tetapi seorang dokter mata, berusia 54 tahun, boleh berdakwah menggunakan ilmu kedoktoran. subhanAllah, teringat kata ustaz Affuan, bila jadi dokter, lagi senang nak berdakwah dan share2 ilmu agama, sebab patient datang kat kita, kita just tunggu jek nak share kat depa.. hee..

oraite, serba sedikit sharing tadi, kata Prof Muhaya. :

1. 75 % orang sakit jumpa dokter sebab di asyik pikir yang dia sakit.

2. orang yang melakukan perkara mungkar, pastinya hatinya tidak akan tenang.

3. cermin lah diri, adakah kita selalu muhasabah mengenai diri sendiri atau melihat peribadi orang lain.

4. orang yang hatinya tidak tenang, pastinya jauh daripada Allah..

5. hati orang yang tidak tenang ada 2, menyesal perkara yang lalu, dan takut akan masa hadapan sehingga gelisah pada waktu skrg.

6. tenangkan hati dengan 2 t, Taqwa dan Taubat.

7. kenapa bila zaman kanak2, and kat dalam perut ibu, semuanya elok, manja, tak buat nakal, tapi bila dan dewasa, semuanya bertukar.?

8. jernihkan hati yang telah berkeladak

9. imaginasi manusia sangat2 kuat, tetapi sayang, manusia selalu mempunyai imaginasi yang negatif.

10. Hati akan mengefect tindakan fizikal manusia.

11. orang tidak akan tenang selagi tidak melakukan kebaikan.

12. orang yang suka melihat diri sendiri tidak akan melihat orang lain, dan orang yang suka melihat orang lain tidak akan dapat melihat diri sendiri.

13. berzikir bukan sekadar di lidah, tetapi berzikir menggunakan hati, barulah akan terasa dijiwa

14. orang yang suka memberi akan sentiasa tenang.

15. adakah kita melihat pandangan orang atau melihat pandangan Allah..?

16. Selalu berfikir akan kekuasaan Allah, barulah hati akan terbuka dan tenang.

17. walaupun kita mempunyai harta yang banyak, tetapi harta itu tidak mampu membeli ketenangan pada hati

18. dalam solat kita menyebut Allahu Akbar, tetapi kenapa di luar kita menjadi manusia Akbar.?

19. yang perlu diubati ialah ruhi, bukan hanya jasmani.

20. orang yang ada syurga di hatinya, akan sentiasa melihat syurga di dunia.

21. kedudukan kita dengan masjid haram, masjid nabawi, universiti arab, tidak menjamin kita mendapat ketenangan hati

22. ingatlah tujuan hidup manusia, ada 3, ibadah pada Allah, khalifah di bumi dan berbuat sesuatu mengikut hukum Allah.

Alhamdulillah, ini hanya spontan daripada fikiran den, semoga kita sama bermuhasabah dan berusaha mendapat sakinah ( ketenangan ) pada hati..

insya Allah, segala ketentuan Allah itu pastinya ada hikmah yang kita belum ketahui lagi,

yeah, a new mission begin.. salam mujahadah.. Assalamualaikum.. :)

2 comments:

  1. Slm.. sorry komen sebagai anonymous.. saya cikgu Noraini Saleh.. cikgu BM SASER.. dpt tahu pasal kupasan awak ttg tajuk ni daripada Solihin Mahadi. Mohon untuk saya copy paste dan share kupasan ini ke dalam facebook saya ye..

    ReplyDelete
  2. salam.. cikgu.. hee. silakan cikgu.. sama2 sharing2.. insya Allah semoga sama2 mendapat manfaat bersama.. tq cikgu sebab sudi jengah2 blog saya.. :)

    ReplyDelete