Jom Follow...

Saturday, February 23, 2013

Cuti2 Malaysia 2


Bismillah..

Assalamualaikum and salam sejahtera.. Alhamdulillah, masih bernafas lagi hari ini, sangat2 cepat masa berlalu, harini genap 2 minggu den dalam mood bercuti sakan di Malaysia. Alhamdulillah.. 

oraite, so, den list down sikit2 sepanjang 2 minggu den cuti kali ni, sori, gambar2 insya Allah akan di upload berasingan sebab internet tak cukup laju la nak upload photo.. hee


1. Den dan kawan2 indo, Wan, Aman, Apai, Radhi, Sayuti, Aiman Afiq, dan abg Fikri Sahak sama2 balik ke malaysia.. dan tq so much kat Aiman, Abg Nash dan Syams sebab sanggup pick up ktrg kat KLIA.. ktrg naek Lion Air haritu, Alhamdulillah tak de pape delay dan selamat sampai dalam masa sejam 45 minit je..

2. Lepas sampai terus layan mamak kat restoran Ali Maju, Wangsa Maju, time tu dah pukul 1 pagi dah, haha,  den layan roti telor, mee goreng mamak, teh tarik, neslo ais, perh, rm10.30 terus melahap, Alhamdulillah, tapi memang kat Lion Air takde makanan, so, ktrg memang lapar sangat time tu. Hee

3. So, esoknya den terus balik kluang dengan pak cik den, direct ke Kluang, tanah tumpah darahku. Hee, Alhamdulillah, abah den pick up den dan pak cik kat stesen bas Kluang dan selamat tiba kat rumah jam 12.30 tgah hari.. hee, bersalam, berpelukan dengan mak, adik beradik dan mak tok den.

4. Tanggal (10.2.2012), den balik kampung den kat simpang renggam. So, Alhamdulillah, time cuti raya cina ni, semua family member belah mak den, semua ada, apa lagi, pak cik den, big bosh pak ngah belanja makan tomyam satu family kat luar, Alhamdulillah, walaupun hujan, layan terus.. hee

5. Keesokannya pulak, mak cik den, Mak Ida, belanja makan jugak, belanja makan lagi, kali ini ktrg masak kat rumah atok, makan kat rumah baru mak cik den, dekat jek dengan rumah atok.. hee,

6. 12 februari, yang ni best, den dan family belah abah pulak, mandi-manda kat gunung belumut. Yang ada time tu, family den, mak dik, pak busu, mak ude dan mak tok. Malam tu pulak, makan2 besar, pak cik den dari Doha balik Malaysia and belanja makan murtabak and layan satu lagi lauk yang ada kat kluang jek, lauk ujang.. fuh, Alhamdulillah mantoop.. hee

7. 13 februari, den, mak den dengan mak cik den, shopping kat pasar rabu Ayer Hitam. Cari jersey indo, team nasional indo, kat Malaysia murah sikit.. hee

8. Den hantar member Saser den, Anas, fly ke Aussey, walaupun bangun lambat time tu, tq kepada Wan sebab menjadi driver yang mantap pagi tu, and Alhamdulillah den sempat lagi jumpa dengan Anas and hantar die masuk check in.

9. Next, den dengan aman round2 Kuala Lumpur seminggu lepas ktrg balik. Tujuannya den nak bershopping baju dan seluar sikit sebab den memang dah lama tak shopping pakaian. Tu yang kalau amek gambar, asyik pakai baju sama jek, kantoi.. hee.. Alhamdulillah, habes 240 ringgit jugak time tu.. hee..

9. 17.2 den lepas shopping, malam tu den tido kat cemara shah alam, perh, dah lain la sikit2 kat cemara tu, tq Baharom sebab bagi tumpang bilik tidur. Hee

10. Esoknya den memang nak jumpa ustaz Affuan, and Alhamdulillah, ustaz Ridhauddin nak datang cemara nak jumpa dengan ustaz Affuan, apa lagi, terus jumpa2 dua-dua murabbi stret. Perh, rasa best betol bila dapat jumpa and borak2 dengan ustaz2.. hee.

11. And then, lepas tu den balik semula ke Kluang, bersama mak cik den daripada seremban, den ganti mak cik den drive kejap ke Kluang. Esoknya dah sekolah and den jadilah driver sementara ni. Hee

12. 20 februari, Wan, abg Nash dengan Syams,direct dari Kl, ke Kluang untuk amek den dan Aman untuk sama2 ke singapore esoknya, ktrg tidur kat jb, rumah mak cik Aman..

13. 21 Februari, Pangalaman kami berlima, den, wan, aman, syams dan abg nash ke Singapore. Den, Wan dan Syams dah menawan roller coaster tertinggi di dunia.. hee. Alhamdulillah, and Subhanallah, sangat2 cantek dan best.. J

14. harini, kami dari jb, terus ke pontian, Tanjung Piai, lokasi paling hujung di Asia. Snap2 gambar, and terus balik ke Kluang semula.

So, itu jelah serba sedikit mengenai trip den sepanjang 2 minggu ni, insya Allah, semoga kita sama2 mengambil ibrah ( pengajaran ) daripada trip penjalanan hidup ni.. 

Alhamdulillah, so, pengisian untuk kali ini, insya Allah untuk sama mentarbiah diri dan teman2.. :

Indahnya dunia milik Allah, kita kadang2 melihat ciptaan Allah di tempat2 lain, yang tiada di tempat asal kita, kita dah sebut2 : wow, cantek gler tempat ni, nature giler, mantap beb pemandangan dia, untung aku ada rezeki pergi tempat ni, and so on, 

but still, kalau nak dibandingkan dunia dengan akhirat, ibarat ambil air kat laut, and air yang jatuh kat hujung jari telunjuk tu ibarat dunia and laut yang kat bawah luas itu ibarat akhirat, 

so, lagi hebatnya akhirat sana, tapi dunia sering kali menipu dan menutup mata manusia.. semoga kita dijauhkan daripada penyakit Wahan, ( cintakan dunia dan takut mati ), tetapi kita memupuk hati dan jiwa semoga sentiasa rindu dan target kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.. insya Allah, 

sedangkan ciptaan manusia pun kita dah kagum, inikan pula ciptaan tuhan yang menjadikan manusia.. Masha Allah, Sesungguhnya Allah Maha Hebat.. :)

oraite, mood kali ini, masih teruskan bercuti, lagi 2 minggu insya Allah sebelum kembali ke bumi pak Sokaerno, yang baru nk bercuti, selamat bercuti.. hee, semoga kita sentiasa dalam barakah Ilahi.. Amin, 

Assalamualaikum.. :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T :)

    Kronologi yang sangat menarik Mad. Hanya tinggal dua minggu lagi.. Sayonara lepas ni. :(

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...seronok dapat tour d malaysia ngan member.....

    ReplyDelete