Jom Follow...

Saturday, November 7, 2015

Aib manusia

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah atas nikmat Allah, nikmat Islam dan iman, nikmat sihat dan hidup lagi pada waktu ini..

Allahu, cuma nak mengatakan hebatnya Allah dan sayangnya Allah pada hambaNya. Setiap kali dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh hambaNya, Allah pasti simpan dan tidak akan buka pada orang lain melainkan kita sendiri yang ceritakan kepada orang lain. 

Allah sentiasa bagi ruang kepada hambaNya untuk bertaubat, untuk muhasabah diri, untuk berfikir kembali dosa dan kesalahan, dan akhirnya kembali kepada Nya. Sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah meliputi langit dan bumi.. 

Ada satu cerita yang boleh dikongsikan bersama.. secara ringkas nya begini..

Pada zaman Nabi Musa a.s, terjadi satu musim kemarau yang panjang..

Nabi Musa dan kaumnya ke kawasan lapang untuk bermohon doa daripada Allah.. 

lalu nabi Musa bermohon doa kepada Allah supaya hujan diturunkan.. 

Allah mengatakan, dalam kalangan kamu ada Seorang yang melakukan maksiat selama 40 tahun, suruhlah dia bertaubat dengan sebenar2 taubat.. 

Maka nabi Musa berkata dan menyuruh seorang yang melakukan maksiat 40 tahun itu bangun dan bertaubat, tetapi tiada siapa yang bangun.. 

Akan tetapi, memang terdapat seorang yang demikian. dia berasa bersalah kerana dialah punca doa nabi Musa dan kaumnya masih belum ditunaikan Allah. maka dia bertaubat dengan sebenar2 taubat dan kembali taat kepada Allah.. 

Akhirnya hujan pun turun dengan rahmat Allah.. 

Nabi Musa bertanya kepada Allah, bukankah tiada siapa yang bangun setelah aku bertanya..

Allah menjawab, sesungguhnya orang itu telah bertaubat..

nabi Musa, bertanya, siapakah orang itu.. ?

Allah menjawab, selama 40 tahun orang itu membuat kesalahan dan aku menutup kesalahannya daripada pandangan orang lain.. sekarang dia sudah bertaubat, adakah aku perlu membuka nya kepada orang lain..?

Allahu.. sangat2 terkesan dengan cerita ini.. semoga kita sama2 muhasabah diri dan berusaha sebaik mungkin kembali bertaubat kepada Allah.. tiada manusia yang tidak melakukan dosa, tetapi manusia yang berjaya ialah manusia yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah.. 

insya Allah.. salam mujahadah.. Wassalam.. :)


No comments:

Post a Comment