Sunday, October 14, 2012

muhasabah diri sejenak..

Bismillah..

Assalamulaikum. Alhamdulillah kerana kita masih sihat dan dapat bernafas pada hari ini, sori wan, curik ayat hang dalam fb sat.. jom lihat ayat daripada Hassan al-Banna kat bawah ni sejenak..

Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..

Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

-Imam Hassan Al Banna -


sangat cantik kata-kata hassan al-Banna ni, so, kalau enggak mengerti lagi, ni ada satu contoh lagi supaya lebih jelas..insya Allah.. 

satu petang, ada perbualan 2 orang lelaki..

laki A : eh, aku nak main bola la, tapi aku tak reti la der..
laki b : la, kalau nak main bola, turun la padang..
laki A : tapi aku takut la der, nanti org gelakkan aku, takpe la, aku study dulu macam mana nak main bola, then aku turun la.. hee
laki b : erm, kalau gitu, sampai bila2 la ko tak pndai main bola der.. huu

dapat..?? hee, kalau kita dah ada niat nak buat keje dakwah, but, kita tak turun padang, macam mana kita nak tau skill apa yang kita ada.. right.? walaupun kita selalu cakap, well, aku rasa ilmu agama aku tak cukup lagi la bro. macam mana aku nak ajak orang lain..?, and yes, jawapannya, belum try dah mengalah, adakah itu sifat seorang pendakwah, insya Allah, bila kita ajak orang buat baik, secara tidak langsung, kita dapat skill baru, kita akan dakwah pada diri kita sekali, 

insya Allah kita akan terkesan dengan apa yang kita cakap. walaupun kita takut, agak2 orang akan cakap apa nanti kalau aku tiba2 cakap benda2 baik ni. pernah bermain difikiran sebelum ni.? yes, den pernah dulu, sampailah akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya ditemui dalam surah Al-Imran ayat 103-104.


Surah Ali’ Imran, Ayat 103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.

Surah Ali’ Imran, Ayat 104
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ok, daripada kata-kata hassan Al-Banna tadi, and for sure daripada kalam Allah sendiri menerusi Al-Quran, kita hamba Allah disuruh untuk mengikat tali persaudaraan (ukhuwah), maksudnya saling mengingati, saling memaafkan, buang dengki, jaga batas pergaulan, and Allah tegaskan kalau nak berjaya kita disuruh berbuat amar makruf dan menolak kemungkaran. 
Common, walaupun usaha yang kita rasa kecil and result pun macam kecil, tapi ingatlah yang Allah sekali-kali tidak melihat pada hasil, tetapi pada usaha kebaikan yang kita lakukan, so, teruskan dakwah yang kita lakukan even terhadap hati dan diri sendiri, istiqamah pada ibadah, niatkan hanya semata-mata kerana Allah, insya Allah, jannah menantimu..
Persoalan pada diri den terutamanya.. hang nak masuk syurga tak bro..?? for sure den and semua akan kata nak.. and then, adakah hang sudah mempunyai akhlak seperti ahli-shli syurga.. ?? and apa yang ahli-ahli syurga seperti nabi-nabi dan para sahabat lakukan untuk dapat syurga Allah..?? sama-sama bermuhasabah dan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan jannah Allah k mad.. 
insya Allah Amin.. :)

Friday, October 5, 2012

Ayat Pilihan

Bismillah.. 

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi untuk hidup di alam dunia Alllah ini. semalam baru balik dari Bogor, jalan-jalan keluar jakarta jap, tup2 dah sebulan tinggal kat jakarta ni, so ambil angin luar la kejap.. hehe..

so, antara ayat best yang den dapat kat Bogor tu, daripada abg Hamdi kalau tak silap, 

" jangan mengejar dunia kerana akhirat akan lari dari kita, tapi, kejarlah akhirat, nescaya dunia pun akan ikut kita" 

lepas dengar ayat ini, tiba-tiba rasa macam, WOW.. hee.. Stylo gler ayat mamat ni.. hee.. 

so, Alhamdulillah, sangat best melihat dan menikmati kehijauan alam di Bogor, sejuk yang amat Bogor tu, for the first time mandi air terjun sampai keluar asap kat mulut, bayangkan sejuknya air kat situ. haha, tapi tak puas sangat sebab kejap jek mandi kat situ, insya Allah lepas ini, next trip, mungkin Pulau Tidung, jakarta. hehe, 

Alhamdulillah, kehidupan di sini semakin baik, pengisian rohani pun Alhamdulillah, boleh kata nampak peningkatan, insya Allah semoga istiqamah, a litltle efford but keep going doing it. Amin.. 

so, ayat pilihan pada minggu ini, untuk hafalan den :

Al-Maidah : 35
Al-nisa : 159
Al-imran : 133,134,135,139

insya Allah, semoga segala urusan dipermudahkan Allah, Amin.. next program in mind :

1. Stylo Quran 
2. Fiqh Solat
3. AJTH Indonesia
4. Al-Fatihah Indonesia
5. Friendly Comperative Religion Indonesia ( FCR )

itu aja dong buat masa ini, semoga terus dalam rahmat dah keberkatan Allah.. :)

Saturday, September 29, 2012

Benih

Bismillah.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana masih diberi nikmat Islam, Iman, dan kesihatan yang baik daripada allah...

Post kali ini, lebih menceritakan pasal hikmah2 yang tersirat, yang Allah bagi kat den, personally, and kalau ada kat korang2 jugak, Alhamdulillah.. sama2 lah mencari hikmah Allah, insya Allah mudah mendapat ketenangan.. 

Hari ini dah 2 minggu 2 hari ktrg kat indonesia. and Alhamdulillah, semalam dah selesai ujian block 1 modul 1, macam mana ujian tu, erm, insya Allah result isnin ni, moga2 dapat skor mantap.. Amin.. hee. so, dari segi kesihatan, buang2 air tu memang biasa, diarre tu Alhamdulillah, tak kena lagi, tapi kawan2 sini, ramai yang dah kena, harap2nya tak kenalah. haha

So, minggu lepas, den agak diam jek, sorang-sorang, jalan-jalan pun agak suram, tiba-tiba blur and lost macam tu lah, and minggu lepas jugak la ktrg ada fiqh solat, the first ceramah den kat indonesia. and WOW, very awesome kot abg tu, lupa la name brader tu, dah habis study dokter la, and boleh bagi talk pasal fiqh solat, beserta nas2 Quran, hadith, isu2 semasa. perh. superb, dapat ilmu doktor and ilmu agama serentak. Alhamdulillah.. and saat itu, subhanaAllah, rasa lain bila dapat membetolkan salah2 den dalam solat, takbir, angkat tangan, and semuanya lengkap, kalau nak modul, hard copy jek ada skrg ni.. sori sgt2.. insya Allah akan diusahakan.. huu.. sangat2 best bila dapat solat dengan lebih sempurna..

Alhamdulillah, mood jadi baik semula, and di situlah mulanya satu - persatu hikmah Allah tunjuk kat den. :

1. Money... Bila den pikir2 balik, benda utama yang den takutkan ialah, den takut kalau duit den habis. macam mana nak makan.. macam mana nak jalan2.. macam mana nak savings.. macam mana and macam mana, kalau tiada duit, susah la nanti hidup.. aish. huu.. and yeah, sangatlah rugi mereka2 yang menghambakan diri dengan wang, apabila diberi, dia senang hati, apabila tiada, dia gelisah. Alhamdulillah, duit bukan segala-galanya bro.. memang menjadi keperluan duit tu, kalau tiada duit, macam mana nak makan..?? nak buat semua benda dengan duit.. but, jangan menghambakan diri dengan harta sebab Allah yang bagi harta tu, bukan kita, so, pandai-pandai menguruskan wang, tak boros, and berpada-pada dalam berbelanja.. 

2. Second, our life.. bila kita kat negara orang, kita akan lebih appreciate negara kita. kita akan lebih bersyukur kalau kita ada kat Malaysia sekarang ni. and bestnya kalau dapat tidur and tinggal dengan family.. huu, persoalan.. time kita ada kat rumah dulu, agak-agak berapa kali kita bersyukur hidup kat Malaysia, berapa banyak kita kondem negara kita..?? sana sini tak kena, jem la, kereta banyak la, makan mahal la, nyamuk banyak, penyakit banyak la, orang Malaysia tak maju la, and berapa banyak kita hargai parent kita kat rumah tu.. erm.. soalan muhasabah la buat den.. huu...

3. The main point.. ISLAM.. Bila kita di universiti yang Islam ialah minoriti, itulah tujuan utama Allah hantar kita kat sini.. bagi den, senang je, Allah hantar den kat sini, Allah nak suruh den praktikkan Islam sebaik yang mungkin lagi2 dengan pelajar2 kristen yang mereka juga telah mengenal Allah.. and agak down jugalah awal2 tu, haha, ada yang den dah tersentuh2 awek2 kat sini, skill lab lagi, tak sempat nak tarik, terus kena sambar tangan.. haha. tapi dah minggu ketiga, Alhamdulillah, dorang dah semakin faham dengan budak2 Malaysia punya style salam, angkat tangan rapatkan, and cakap, sori, "saya enggak bisa salam, bukan muhrim".. hehe.. kalau den punye style.. "sori ya, "enggak bisa salam, tanganku ni bisa disentuh isteriku aja.. haha.. terus budak2 pompoan tu gelak sekuat-kuat hati dorang.. and memang itulah perangai dorang kat sini.. haha.. bukan salam je, insya Allah kesemua hidup pasal Islam wajib kita tahankan and mision den, pastikan lambang salib sebesar2 alam kat dewan ukrida tu, bertukar jadi lambang bulan sabit and bintang.. moga2 menjadi kenyataan.. besar cita2 tu.. Amin.. 

4. Ukhuwah.. yes, itu paling best kat sini, den and the geng hari2 mendoakan sahabat ktrg sorang ni, Adibah, semoga sembuh dari sakit. Adibah dah hampir 2 minggu masuk hospital, keluar and masuk balik, sampaikan terpaksa tersidai tepi jalan, tunggu taxi punya pasal, subhanAllah, hebat ujian buat sahabat sorang ni, pastu satu hari ini, ktrg ramai2 pergi tgok dia kat Siloam Hospital kat jakarta. Alhamdulillah, malam tadi baru selesai majlis perpisahan dengan Adibah, kat Malaysia Hall, suprise untuk Dibah, planner, wan, carik makanan, aman, den and kak Miza. haha, thanks a lot to all Malaysian student batch 2012, ukhuwah sangat2 mantap kat sini, sebab ukhuwah inilah den terus kuat hidup kat sini.. insya Allah, Adibah balik Malaysia hari ini, untuk terus berubat di Malaysia, semoga Adibah terus kuat, cepat sembuh and doakan ktrg juga terus sukses kat sini.. Amin..

5. Solat jumaat. haa., solat jumaat kat sini, seriusly mantap kot, kalau kat Malaysia, khatib baca text, tapi khatib kat sini, spontan, tapi isi tersusun, ringkas, padat, and up to date.. Alhamdulillah, memang den kalau dengar khutbah kat sini, eager la nak dengar, and khatib pula yang muda2, semangat and lantang je bg khutbah. kat area ktrg ni, Alhamdulillah banyak masjid and semua masjid penuh, sangat2 best, walaupun kecil, tapi kemudahan mic sume lengkap.. stylo2.. hee..

6. den lupa sikit2 tapi last ni, lebih kepada kata-kata ustaz redha kepada ktrg dulu, 

"kalau kita membawa benih , jangan biarkan benih itu layu di hanyut ombak.. pastikan benih itu membesar sehingga akhirnya menjadi sebuah pulau untuk diduduki semua orang.." 

Yes, kalau kat sini, pengisian rohani sangat diperlukan, sebab sangat mudah untuk jauh daripada Allah, and insya Allah, den juga akan memulakan satu misi baru untuk kebaikan ktrg bersama. insya Allah. semoga dipermudahkan Allah, 

sori for ummi yasirah, kalau dah baca sampai sini, agak panjang ummi.. sori.. haha.. 

Akhir kalam, semoga kita semua, umat Islam, sentiasa kuat pada landasan Islam, praktikkan Islam di mana sahaja kita berada, secara keseluruhan, perbetolkan diri dari masa ke masa, muhasabah diri, betolkan niat kerana Allah, mujahadah melawan nafsu, ikut panduan utama iaitu Al-Quran dan hadith, sama-sama membantu membina ukhuwah Islamiah, yakin pada Allah, pastinya ada hikmah yang Allah bagi pada kita, berdoa selalu pada Nya, selalu bersikap positif, senyum selalu, maafkanlah orang lain kerana mereka dan kita juga manusia yang tidak sempurna, istiqamah dalam ibadah kepada Allah, ikhlaskan hati, bersihkan hati, 
and jika mahu menjadi ahli syurga Allah, bersifatlah dengan sifat ahli syuga di dunia ini.. insya Allah, syuga menanti kita.. 

semua pesanan ini terutamanya untuk diri den ini, dah lama tak bermuhasabah diri, ya Allah, semoga hati terus kuat pada jalan Allah, semoga ummat Muhammad sentiasa dalam barakah Allah.. 

sekian, salam ukhuwah.. bittaufiq wannajah.. Assalamualaikum.. :)

Monday, September 17, 2012

Welcome to Jakarta

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana memberi satu lagi chance untuk kita hidup pada hari ini. ok, post kali ini simple jek, pasal kehidupan baru kami, 37 orang yang baru seminggu 5 hari berada di tempat baru, F.K UKRIDA, jakarta barat Indonesia.

sori, F.K tu fakultas kedokteran k.. kat indonesia semua nak pendek2, handphone panggil hp jek, monumen nasional panggil Monas, Malaysian Hall panggil MH, kereta api panggil KA. dunia fantasi panggil DUFAN, dan banyak lagi akronim2 yang ktrg kena balajar kat sini..

so far erm, masih dalam penyesuaian diri, biasalah, keadaan kat sini ok sebab ramai Malaysian jugak, kat Ukrida jek dari batch 2007 ada, rumah yang ktrg duduk pun sekitar ukrida jek, cume ktrg budak2 laki terpaksa asing2 rumah, ada yang jauh, rumah den panggil dekat dengan U and paling murah sewa setakat ni.

so Alhamdulillah, belajar kat sini totally in bahasa indonesia, style belajar dia, masuk kuliah, ada discussion group dalam 10 orang dengan satu lecturer, buat makalah ( folio ), masuk skill lab and ujian. macam tu lah serba sedikit. ktrg belajar dalam sistem block, total ada 30 block, ktrg sekarang baru block 1, and habis 30 block tu 3 tahun setengah insya Allah, kemudian baru ktrg buat praktikal kat hospital. Ada senior yang dapat hospital kat bandung, jawa, bogor, jogja, tergantung pada rezeki masing2..  insya Allah.

ok and yang penyejuk hati nya kat sini, Alhamdulillah semua mall besar2 dekat dengan tempat tinggal ktrg, so, kalau nk shopping tu memang boleh la kan, tapi kne tunggu duit stabil la dulu, awal2 ini, sangat banyak gune duit.. huu.. so, bila dah stabil nanti baru la boleh pikir nak belanja2 sakan..

so, serba sedikit rumusan daripada hari ktrg fly haritu..

khamis ktrg sampai, terus disambut senior, terus gerak ke ukrida. sampai2 terus dapat breafing dari cimb niaga and ukrida. then, ktrg terus di bawa ke rumah masing2. esoknya ktrg terpaksa masuk Gamaliel atau pun kat malaysia namanya orentasi. hehe, and seriusly gamaliel ini sangat2 penat and sangat2 boring. haha, tak caya tanya budak2 lain. habis gamaliel sampai ahad, senin sampai jumaat ktrg start kelas, belum masuk medical subjek lagi, block 1 ni pasal etika menjadi seorang dokter dulu, so, kelas agak lapang2 la block 2 ni. hee,

so, dalam masa yang sama, seminggu ni lah ktrg kena setelkan semua, beli baju putih, ktrg kena pakai baju putih satu sem, macam budak sekolah da.. haha, kena set up barang kat rumah, tukar travellers cek kat bandar pusat, setelkan cimb bank, kittas, bank Ina, and macam2 lagi, so, kalau ktrg diam jek tu, yeah, awal2 ini memang sangat2 busy and capek banget dong.. haha, tapi Alhamdulillah, ktrg ok jek, semalam baru balik dari Malaysia Hall, orentasi juga dengan student2 senior Malaysia, sangat2 fun, ada bbq lagi, so, thanks a lot to seniors, and pastinya ktrg akan menanti untuk pergi ke Malaysia Hall lagi.. hehe

Itula serba sedikit minggu ni, and satu lagi, mohon doa daripada kalian2 semua, seorang sahabat kita kat sini, saudari Adibah. Adibah mendapat musibah sikit minggu lepas, dia demam panas sampai 40 degree and terus
dimasukkan ke hospital Siloam Jakarta, muka dia pucat sangat2, and masih dalam keadaan yang tak stabil sangat lagi sampai sekarang, so, semoga Adibah terus kuat, kembali sihat dan boleh study lagi sama2 dengan ktrg sampai semua sekali sukses sama-sama 5 tahun lagi insya Allah..

so, sampai sini dulu dari jakarta Indonesia, semoga orang2 Malaysia terus mendoakan kami di sini terus kuat and akhirnya berjaya menjadi seorang dokter... Amin..

sekian.. Wassalam. :)

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya + A Level

Bismillah, Assalamualaikum kepada sahabat2..

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Alhamdulillah, masuk dah hari raya ke 3 hari selasa ni, kejap betol dah syawal ke 3, Alhamdulillah, first raya seperti biasa di rumah tok mon di kampung den, simpang renggam, kluang, johor, then johor bahru, raya kedua, biasanya den ke parit jawa muar johor, tapi kali ini, jemputan ke istana pasir pelangi, Johor Bahru johor, haha, open house Sultan johor sebenarnya, so, raya ke 2, ke Istana Johor. mantap, dapat salam Sultan lagi, hehe..

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana tahun ini, sekali lagi Allah bagi chance, kita umat Islam sama2 meraikan hari kemenangan selepas sebulan bertarung dengan nafsu, AND jangan sekali2 kita lupakan sahabat2, saudara2 kita kat luar sana, Rohingya, Palestin, Syria, dan negara2 Islam lain yang bergolak, di saat kita banyak membazir ketupat, rendang, lemang, nasi himpit, kuih raya kat sini, mereka2 kat sana, hanya mengalas perut menyambut syawal, demi mempertahankan Islam, sama2 doakan mereka supaya sentiasa mendapat perlindungan dan keselamatan daripada Allah. Amin..

ok, so, post pasal khutbah, dah setel Alhamdulillah, kali ini, den ulas sikit pasal result a-level den yang lepas, so, jeng2, inilah dia result den : 

so, secara officially, den tak lepas cut of point, 10 points jek, ( A,C,D ) nak pergi india, kena 12.. huu
haha, bila den dapat jek slip result daripada madam Rita, perasaan den ea, hurm, sukar digambarkan, sedih ada sikit, syukur ada sikit, cuak still ada lagi, pening2 sikit, tak de perasaan tu tipu, haha, and lebihnya pada syukur la, Alhamdulillah..

so, kalau nak kata den tak sedih dengan result ni, memang tipu la kan, sampai hari ini masih terfikir lagi, kenapalah aku banyak main2 sangat sampai dapat result teruk macam ini, huu, but bila comes positifnya, Alhamdulillah, mesti Allah ada plan yang lagi cantek untuk den and rakan2 yang tak lepas tu, confirm punya, yakin jelah dengan Dia..

so, bila baca post sol, (pos sol) pasal La Tahzan, terharu sangat2 baca post tu, and semangat untuk berjuang tu semakin tinggi, insya Allah, so, untuk mempositifkan diri den balik, den selalu terfikir macam2 benda, huu. ni contohnya..

1. ceramah ustaz Kazim, kita ni siapa nak tentukan hak diri kita, lahir pun ada yang bagi nyawa, anggota badan pun ada yang bagi, oksigen pun ada yang bagi, so, kita nak tentukan hak pada diri kita sendiri, eh, kita ni siapa..? ingat, kita ni hanyalah HAMBA, HAMBA hanya ikut perintah, kita Tiada Hak pada diri kita, diri kita Hak Allah, kalau betol kita ada hak pada diri kita, CUBA HALANG KUKU KITA SUPAYA DIA TAK TUMBUH PANJANG, CUBA HALANG...

fuh, ayat last tu yang bagi den, makan dalam habes.. huu.. sampai sekarang den ingat cakap dia tu, rasanya talk dia tu tahun lepas kot, haha, so, kita tiada hak pada diri kita pun, semuanya ketentuan Allah, Allah yang berhak tentukan result kita, kalau kita dah usaha, doa and tawakal, so, the rest serah bulat2 pada Allah, Allah the only one yang tahu apa yang kita patut dapat and apa yang kita tak patut dapat, so, Alhamdulillah, mind set terus berubah, pastinya Allah ada plan yang lagi baik untuk aku..insya Allah..

2. Alhamdulillah, den tengah baca buku sirah nabawiyah sekarang, mungkin ada kaitan la pasal kegagalan den ni, huuu, den baru sampai kisah Nabi Ibrahim a.s, and so, kita ni patutnya sangat2 patut bersyukur pada Allah sebab ujian yang Allah bagi tu, ringan sangat2 kat kita, siapa kita kalau nak dibandingkan dengan Nabi Adam, kesalahan kecil jek and satu jek kesalahan dia, makan buah jek, hukuman terus stret Allah bagi, keluar syurga, turun ke bumi, and bukan sekejap tinggal kat bumi tu, punya la lama, and Allah tetap terima doa dan ampunkan Adam,

so, kita dah berapa lama tinggal di bumi, and berapa banyak salah kita kat Allah, kalau den la, innalillah, tak terhingga banyak nya salah den kat Allah sahaja, belum dengan makhluk2 lain, huu, so, kalau Allah bagi musibah, so, tak kan kita still nak salahkan Dia, dah banyak buat salah, dah lah Allah tak hukum stret, merungut pulak lagi, amboi, mana tahu, result fail ini, Allah nak kurangkan dosa2 kita, kalau kita terus sabar dan serah diri padaNya, so, yakinlah pada Allah, Allah Maha Penyayang dan tak akan menyusahkan hamba-hambaNya..

3. siapa kita kalau nak dibandingkan dengan ujian Nabi Nuh a.s salah seorang nabi ululAzmi, ujian nabi Nuh, SubhanaAllah, sangat2 hebat, dakwah sampai 900 tahun, tapi ummat yang ikut tak sampai 100 pun, huu, agak2 tak tension ke Nabi Nuh sepanjang dia berdakwah tu, kalau sekejap tak pe be, ni 900 tahun kot, and lagi satu, waris dia pun, Kan'aan, anak dia sendiri pun menolak dakwah dia, kalau kita la ada anak, and anak kita sendiri tak ikut kita, and kita nampak sendiri anak kita mati, diseksa, masuk neraka, agak2 nabi Nuh tak sedih ke tengok anak dia macam tu, SubhanAllah, sabar nya Nabi Nuh sampai 900 tahun berdakwah,

Masya Allah, kalau nak dibandingkan dengan nabi Nuh, ujian Allah kat den ni, kecil sangat2, Allah just nak tengok jek, kita ni sabar, redha, salahkan Allah ke kalau fail, kalau salahkan diri pun, insya Allah, boleh diperbaiki, manusia mane yang akan sentiasa berjaya, even Rasulullah pun fail masa first time berdakwah di mekah, but Nabi tak pernah give up pun, nabi tetap teruskan, sampailah Islam pada kita hari ini, Alhamdulillah..

4. Kisah Nabi Ayyub, siapa lah kita kalau nak melawan Nabi Ayyub, SubhanaAllah, hebatnya nabi Ayyub, bila Allah bagi kesakitan selama 18 tahun, sakit yang pelik Allah bagi kat nabi Ayyub, sampikan isteri nabi Ayyub suruh minta kat Allah, "abg kan nabi, mintalah kat Allah supaya Allah sembuhkan Abg", apa jawapan nabi Ayyub, "aku malu dengan Allah, Allah bagi kesenangan kat kita, sihat, lapang, selama 50 tahun, tapi Allah baru bagi ujian sakit kat aku 18 tahun, tak kan aku nak minta dengan Allah, aku malu.." huu,

huhu, hebat jawapan seorang nabi, so, bila den kenang kisah nabi Ayyub tu, terfikir la den, selama 20 tahun Allah bagi aku nyawa, setiap exam2 besar, Alhamdulillah, Allah bagi kejayaan, semua ok, semua pencapaian yang dibanggakan, semua pass dengan semua A, tapi kali ini, Allah kurang kan sikit A tu, so, tak kan den tak malu kat Allah, tak kan nak mintak kat Allah, tambahkanlah A tu ya Allah, nabi Ayyub pun malu dengan Allah, den ni hamba Allah yang banyak buat salah, bukan nabi pun, tak kan tak malu dengan Allah, hu.

so, Alhamdulillah, mungkin positif tu kot, yang buatkan orang kadang2 pelik tengok den, "kau ini tak sedih ke, bukan kau fail ke.." huu,. yeah, sedih memang sedih, and, so, bila dah sedih, nak buat apa..?? haha, mesti tak de jawapan.. tak kan nak bunuh diri, Nauzubillah, insya Allah, senang, sedih, semuanya datang daripada Allah, and sudah pastinya Allah tahu apa yang the Best untuk hambanya..

so, kata2 hikmah buatan sendiri:

kenapa kita menangis hari ini, sedangkan kita tak tahu pun masa depan kita macam mana.. 
berdoalah, sudah pasti esok dan kemudiannya hanya urusan Allah.. 

yes, orang selalu cakap, "kau boleh la mad, hati ko memang macam tu, aku ni lain sikit mad, emotional sikit"
and yes, itulah cantiknya ciptaan Allah, Dia jadikan kita ini, manusia, semua berbeda2 pak, mana ada manusia yang sama perangai dia, kembar pun tak kan sama punya la, sebab apa, sebab Allah nak kita ni saling tolong-menolong, bina ukhuwah kerana Allah, and kalau kita senang kita kongsi sama2, and kalau kita susah, positif pada Allah, usaha lagi, and sama2 bangunkan kawan2 yang susah tu, sebab itulah, den and kita semua, patut syukur sangat2 sebab, kita masih dikurniakan mereka2 yang ada bond ukhuwah yang sangat kuat dengan kita,

famili, cikgu2, lecturers, sahabat2, semuanya support kita, Alhamdulillah, even kalau kita sorang2 pun, ingat, pastinya ada Allah untuk kita mengadu, mengadulah pada Allah, so, kalau den down, pasti ramai sahabat2 akan naikkan kita, kalau kawan kita down, pastinya ada dorg yang akan support kita, so, sama2 la bangkit kawan2, walaupun kita fail pada kertas result, tapi pada Allah, mungkin kita yang berjaya ujian Allah, mana kita tau kan..

so, lets sama2 positif, lagi2 pada hari raya ini, kalau terfikir lagi, ingat, masih banyak lagi ruang Allah bagi kat kita, Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu harungi nya.. insya Allah, sama2 lah bermujahadah kerana Allah, den pun bukannya perfect, selalu sangat2 buat salah pada Allah, pada orang2 lain lagi la kan.. huu..

akhir kalam, Alhamdulillah atas kehadiran syawal lagi tahun ini, ya Allah, aku mohon ampun atas segala dosa2 aku selama ini ya Allah, dan semoga Kau ampunkan lah dosa semua umat nabi Muhammad ini juga ya Allah..

sempena bulan baik, hari baik ini, den minta maaf sangat2 pada famili, cikgu2, kawan2 den yang selalu sangat2 den buat salah, selalu den gurau2 sakan, selalu sangat2 tak serius, selalu sangat2 den main2, selalu sangat2 miss buat kerja, selalu sangat2 buat janji tapi tak tepati, selalu sangat2 termakan terminum, selalu sangat2 buat masalah, selalu sangat2 tak pikir perasaan orang lain, so, den minta maaf sangat2 yek,

insya Allah, ada kesempatan den post lagi, ayat biasa, yang baik daripada Allah, yang buruk itu juga dari Allah, tapi di sandarkan atas kelemahan diri den ini, sekian... Wassalam..

Saturday, August 18, 2012

Khutbah raya 2012

Bismillah...

Assalamualaikum kepada semua, Alhamdulillah, syukur kepada Allah, hari ini hari ke 29 ramadhan 1433H, so, maknanya, esok raya.. yeah.!!!.. so, selamat hari raya..

Tapi sebelum raya esok, jom kita sama-sama semak, macam mana puasa kita tahun ini, erm, ada perubahan ke dengan yang tahun lepas, ataupun, lupa dah tahun lepas puasa kita macam mana ek..?? haha, so, post kali ini, mungkin agak berbeda sikti dengan yang lain2, sedikit perkongsian daripada den, sepatutnya esok den baca khutbah raya kat surau An-Najah kat padang tembak kluang johor ini, tapi, apakan daya, den sekeluarga pulang ke kampung hari ini, so, semalam dah call imam, terpaksa batalkan hajat itu, so, ini serba sikit isi2 khutbah yang den tulis sendiri, insya Allah, moga2 kita sama2 mendapat keberkatan Allah, kalau ada salah silap, harap di maaffin..

Khutbah raya 2012:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil hamdu.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan limpah kurnianya, dapat lagi kita mendengar khutbah raya di pagi 1 syawal ini, insya Allah, buat jemaah sekalian, khutbah raya kali ini, membawa 3 isi utama yang saling berkait, terus kepada isi yang pertama iaitu, Bulan Ramadhan ialah bulan tarbiah,

Jemaah yang dirahmati Allah,

Khutbah mengajak jemaah sekalian untuk merenung kembali, ramadhan yang telah berlalu pergi beberapa jam yang lalu, kenapa agaknya Allah menurunkan perintah berpuasa di bulan ramadhan ini? kenapa ianya selama sebulan? SubhanaAllah, terlalu banyak hikmah yang tersurat dan tersirat daripada penurunan perintah berpuasa ini, bulan ramadhan ialah bulan pentarbiahan untuk ummat2 nabi Muhammad s.a.w, bulan dimana kita mendekatkan diri kepada Allah, bulan kita semua melawan hawa nafsu kerana Allah, bulan dimana syaitan dibelenggu, hanya iman dan nafsu pada hati, bulan untuk kita bertaqwa dan bermuhasah diri kepada Allah, firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah ayat 183, yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Maka, jadinya, bulan ramadhan atau bulan puasa ialah bulan untuk mereka2 yang bertaqwa kepada Allah. kenapa khutbah mengatakan sedemikian, kerana amalan puasa, secara umumnya, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu bagaimana puasa kita, jemaah sekalian boleh memilih puasa yang bagaimana yang jemaah sekian mahukan, boleh sahaja jemaah sekalian minum di dalam bilik, makan di tempat2 sembunyi, mengaku berpuasa padahal melakukan perkara2 maksiat, tapi jemaah tidak sekali-kali berbuat demikian kerana apa, kerana taqwa kepada Allah, kita tahu Allah nampak apa yang kita lakukan, kita yakin dan pastinya, Allah pasti akan membalas setiap apa yang kita lakukan..

Jemaah sekalian, 

Pada bulan ramadhan juga, sudah pastinya ummat Islam akan meng'upgrade'kan diri mereka mendekatkan diri kepada Allah, para jemaah pastinya lebih kerap solat berjamaah di surau2, bertadarus Al-Quran, bersedekah sudah pasti, berzakat, memberi makanan berbuka kepada jiran tetangga, semua itu tidak lain dan tidak bukan dengan niat ikhlas kepada Allah, amalan utama yang pasti akan dilaksanakan dalam bulan ramadhan seperti solat tarawih, pasti jemaah sekalian akan laksanakan walaupun hanya 8 rakaat, jemaah tetap tunaikan walaupun hukumnya hanyalah sunat, kenapa.? kerana hati kita sudah gembira dengan kedatangan ramadhan, hati kita best untuk menyambut ramadhan, hati kita syok untuk beribadah kepada Allah, ataupun orang lain buat, kita pun buat.? kalau itu tuan2, cek balik hati kita kepada Allah..

Selain itu, jemaah sekalian, Allah menurunkan ramadhan, khas untuk ummat nabi Muhammad kerana untuk melipatgandakan pahala ummat nabi akhir zaman ini, Allah memang sudah tahu, umur ummat akhir ini tidak panjang dan sudah pastinya kita sangat2 dekat dengan kematian, maka, bulan ramadhan Allah datangkan kepada kita, supaya kita mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah, menjadi bekalan untuk ke syurga Allah, dalam bulan ramadhan, seperti mana yang jemaah sekalian maklum, amalan fardu, dilipatgandakan sebanyak 70 kali ganda dan amalan sunat diberi pahala sebanyak amalan fardu, tambahan pula, terdapat pula satu malam dalam bulan ramadhan yang malam itu lebih baik daripada 1000 bulan, lebih baik daripada 83 tahun anggaran jikalau kita hidup lagi sampai ke waktu itu, iaitu malam lailatulQadr, SubhanAllah, tuan2, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah kepada hamba2 nya..

Hadirin yang dirahmati Allah,

bulan ramadhan juga Allah datangkan kepada ummat Muhammad supaya kita sama2 bermuhasabah diri terhadap amalan2 kita sepanjang 11 bulan yang lalu, apakah kesalahan2 kita kepada Allah,? apakah dosa2 dan maksiat yang kita telah lakukan,? apakah dosa kita kepada manusia2 yang lain,? adakah kita ada masalah hati.? adakah dibulan ramadhan kali ini juga kita tidak merasakan perubahan yang lagi baik.? insya Allah, dalam bulan ramadhan itu sendiri, Allah membuka pintu rahmat seluas luasnya untuk kita, Allah mengampuni dosa2 kita yang lalu, dan Allah jauhkan pintu neraka untuk kita, kalau kita sedar dan insaf akan perbuatan kita dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan semata2 kerana Allah,

bulan ramadhan juga, kita akan berhadapan dengan musuh utama kita iaitu nafsu kita sendiri, yang kadang2 mennyuruh kita kepada kebaikan dan kadang2 melawan iman kita, nafsu makan, nafsu tidur, nafsu bermain, nafsu syahwat, semua itu insya Allah dapat kita kawal pada bulan yang penuh barakah ini,

Jemaah yang dirahmati Allah, masuk kita kepada isi khutbah yang kedua iaitu, bulan syawal ialah bulan istiqamah kepada Allah,

Hadirin sekalian, apabila masuknya kita di bulan syawal, apabila tidak lagi berpuasa, tidak lagi bertarawih, tidak lagi terdapat bazar2 ramadhan, syawal ialah bulan kemenangan kita, tidak bermaksud kita sudah boleh meninggalkan amalan2 kita yang banyak kita lakukan pada ramadhan yang lalu, solat jemaah di surau, tadarus Al-Quran, sedekah jariah, buang segala maksiat, semua itu kebanyakannya akan ditinggalkan oleh kita umat Islam apabila tibanya hari raya Aldilfitri, kenapa masalah ini berlaku tuan2, kerana kurangnya penghayatan semasa kita di dalam ramadhan yang lalu, kebanyakan kita hanya beranggapan, ramadhan hanya bulan untuk berpuasa tanpa mengambil ibrah, mengapa Allah menurunkan perintah puasa itu, tambahan lagi, kebanyakan kita apabila masuk sahaja di bulan ramadhan, persiapan untuk syawal yang diutamakan, lagu raya sudah berkumandang, kuih raya yang didahulukan, baju2 raya sudah siap dibeli awal2, bukannya penghayatan dalam ramadhan yang dijadikan isu utama.

Sepatutnya tuan2 yang dirahmati Allah, bulan syawal ialah bulan kita bersyukur kepada Allah, bulan kemenangan kita terhadap nafsu kita dan bersedia untuk menghadapi musuh utama kita yang kedua iaitu syaitan yang direjam Allah, syawal ialah permulaan istiqamah, segala amalan kebaikan yang kita lakukan dalam bulan ramadhan yang lalu, bukan ditinggalkan apabila masuknya syawal, tetapi terus diamalkan bermula syawal hingga tibanya ramadhan tahun hadapan,

Segala ilmu yang kita peroleh, segala amal kebaikan yang kita lakukan, segala keburukan yang kita tinggalkan, usahakan untuk istiqamah, walaupun perubahan itu kecil, tapi berterusan, perbuatan itu lagi disukai Allah, daripada perubahan yang besar, tetapi tidak istiqamah kepada Allah, syawal ialah bulan kita teruskan amalan ziarah menziarahi saudara2 kita yang terdekat, teruskan sedekah jariah kepada faqir miskin, berdoa kepada Allah agar saudara2 kita yang ditindas di luar sana juga, mendapat keselamatan dan perlindungan Allah, dapat bersama2 merasai kenikmatan berhari raya, ingatlah jemaah sekalian, syawal bukannya kita sudah terlepas daripada beribadah kepada Allah, melakukan pembaziran, kembali mengikut nafsu, masih ditakuk lama, tidak ada perubahan kepada Allah, sangat2 la rugi apabila kita diberi hidayah oleh Allah selama sebulan untuk berubah, tetapi kita tidak kita gunakan pada jalan yang betol.

Hadirin sekalian, isi khutbah yang ketiga pada hari raya ini ialah, peranan jemaah terhadap ilmu yang berguna.

tuan2 puan2 yang dirahmati Allah, khutbah hari ini mengajak jemaah sekalian untuk sama2 melihat fenomena yang berlaku hari ini, kalau kita lihat pada hari ini, mereka yang berilmu, banyak membaca, banyak mengkaji, pastinya akan ke hadapan daripada mereka yang tidak mahu mencari ilmu,  ummat Islam terutama pada bulan ramadhan, pastinya berusaha meningkatkan ilmu2 agama mereka. Pada hari ini, pelbagai sumber teknologi yang terdapat di sekeliling kita untuk mendapatkan ilmu2 agama, contohnya, televisyen, radio, internet, buku2 agama, majlis2 ilmu, dan tidak ketinggalan khutbah pada hari jumaat.

khutbah raya kali ini menekankan perihal peranan khutbah itu sendiri sebagai salah satu cara untuk ummat Islam mendapatkan ilmu secara percuma pada tiap2 minggu iaitu menerusi khutbah jumaat,

Hadirin sekalian, khutbah jumaat diwajibkan kepada kaum Adam pada tiap2 hari jumaat, sudah pastinya ada hikmah disebalik khutbah ini, kenapa kaum Adam?, kenapa hari jumaat? dan kenapa ada khutbah?

Jemaah yang dirahmati Allah, khutbah jumaat merupakan amalan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w dan diteruskan kepada zaman sahabat dan tibala pada kita hari ini, khutbah jumaat merupakan salah satu bentuk majlis ilmu, dan peringatan kepada umat Islam pada setiap minggu, nabi kita sedia maklum, ummat akhir zaman nanti, imannya lagi senang turun daripada meningkat kepada Allah, justeru, khutbah jumaat, merupakan salah satu medium untuk ummat sama2 meningkatkan ilmu dan iman kepada Allah, setiap jumaat pastinya kaum Adam akan mendapat ilmu yang berguna sekiranya mereka mendengar khutbah.

khutbah jumaat diwajibkan kepada kaum Adam kerana mereka ialah pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada diri, isteri dan anak2, bersesuaianlah dengan firman Allah yang berbunyi:


"Ar-rijalu qowwamuna 'ala nissa'.. " 

mafhumnya:
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri)..
(Surah An-Nisa': ayat 34)

maka, hikmah daripada khutbah jumaat ialah, apabila kaum Adam mendengar khutbah pada tiap2 jumaat, salin info sebanyak mungkin daripada isi2 khutbah, tidak tidur ketika khutbah dibacakan, dan amalkan untuk kebaikan diri, dan akhirnya sebarkan kepada isteri dan anak2 di rumah, sekiranya tuan2 lebih produktif, sebar2kan kepada rakan2 di tempat yang lain mengikut saluran2 yang tuan2 pilih secara berkesan, maka ilmu yang berguna itu akan berterusan, dan seluruh ummat Islam akan menigkat imannya apabila ilmu2 berkaitan agama diperoleh, tambahan lagi sesuai dengan hadith nabi, yang bermaksud, 

sebarkan ilmu daripada aku, walaupun sepotong ayat, 

jemaah sekalian, amatlah sedih jika kita lihat hari ini, fenomena kaum adam ketika khutbah jumaat, tidur ketika khutbah, makan, berborak, dan hanya menunggu untuk solat berjemaah, kalaupun mendengar, tapi tidak menghayati dan tidak lama ilmu itu berada di dalam hati, 

insya Allah, jemaah sekalian, khutbah raya kali ini, memberi sedikti tips untuk kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik, sebagai contoh:

yang pertama, datanglah awal ke masjid pada hari jumaat untuk bersedia mendengar khutbah dan beriktikaf di dalam masjid, jangan tidur dan makan ketika khutbah dijalankan, jangan juga berborak2 di luar masjid semata mata menunggu untuk solat jumaat, 

kedua, sediakan apa2 medium untuk mencatit segala ilmu daripada khutbah hari itu, isi2 utama khutbah, surah2 rujukan, hadith nabi, contoh2 yang diberikan, gunakan buku dan pen, telefon bimbit tuan2 yang canggih pun boleh digunakan untuk menyalin, adanya application notes pada telefon, ipad, dan semua jenis cara untuk kita mendapatkan ilmu tersebut, gunakan segala teknologi yang ada pada kita sekarang untuk tujuan kepada Allah, dan ilmu itu tidak hilang, janganlah hanya mendengar kerana manusia sememangnya akan mempunyai fitrah pelupa, 

seterusnya, sampaikan dan sebar2kan ilmu tadi kepada isteri dan anak2 di rumah, kepada rakan2 yang lain, dan simpan ilmu tersebut sebagai rujukan akan datang, insya Allah, orang2 yang mulia ialah mereka yang memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, Nabi juga berpesan, jadilah orang yang selalu memberi bukan hanya tahu menerima.. sebar2kanlah ilmu yang bermanfaat kerana ia akan membantu kita di akhirta kelak, insya Allah, 

Alhamdulillah, jemaah yang dirahmati Allah, sama2 kita mengimbas kembali isi2 khutbah pada hari raya ini, pertama, bulan ramadhan ialah bulan kita mendekatkan diri kepada Allah, yang kedua, bulan syawal ialah starting point untuk istiqamah kepada Allah, dan yang terakhir untuk khutbah hari ini, gunakan medium2 ilmu sebaik yang mungkin dan manfaatkan khutbah jumaat dalam kehidupan kita, 

insya Allah jemaah sekalian, Assalamualaikum..

Alhamdulillah, itulah serba sikit teks khutbah raya yang den buat sendiri, gementar oo kalau jadi esok, haha, tapi tiada rezeki nak sampaikan kepada orang2 kampung esok, so, insya Allah, den panjang2 kan kat sini pun ok la kot, insya Allah ada manfaat lain..

insya Allah, semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, semoga amalan kita terus diredhai Allah sepanjang ramadhan ini dan seterusnya, semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah, yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu pun datangnya daripada Allah tetapi disandarkan atas kelemahan diri den ini, sekian, insya Allah, post lepas ini pasal a -level, hee. Assalamualaikum sahabat2.. :)








Saturday, August 11, 2012

Ramadhan 2 - Indonesia

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masuk hari ke 22 ramadhan hari ini. tinggal lebih kurang 8 hari lagi sebelum kita menyambut hari kemenangan Syawal, insya Allah, terasa sangat laju ramadhan kali ini, lebih2 lagi sebab den dan sahabat2 terbang ke negara jiran, dikala olimpik berlangsung di London, kami seramai 6 orang menjejakkan kami di satu lagi tempat di bumi Allah yang bernama Indonesia, tapi blog2 mereka2 yang lain, sure dan pastinya dorang akan update blog dorang pasal journey ini, aman, sol, abg nash dan wan, aizul punye blog masih lagi belum den ketemuin.. hehe.. so, den just bagi guideline jelah kat antum2 semua pasal rumusan journey kiteorang ni.. jom..

so, den just bg point2 jek pasal trip ni, kalau salah taip, salah nama, harap dimaafin.. hehe..

Indonesia

rabu :
Soekarno Hatta terminal 3 Airport
kedai makan Banjikrak
Hotel menteng 1
Nasi padang menteng


khamis :
Ancol
Dufan- Dunia Fantasi
supermall-rice bowl (buka puasa)
indonesia mall
kedai makan "rosmah"


jumaat :
taman mini indonesia indah
gandaria city ( baju raya semua sepesen )
tempat makan guna kad ( buka puasa )
shopping
stesen gambir
monas-menara nasional
hotel menteng 1

sabtu :
stesen keretapi gambir ke bandung
gest house jalan windu
kedai makan tepi jalan ( buka puasa )-keropok gratis
nasi goreng gado-gado
masjid dalam lorong
panti asuhan-75 orang kanak-kanak
cihampelas walk naik angkut
roppan-roti segi empat
sahur di guest house

ahad :
pasar baru bandung
shopping baju and survenior
dago- factory outlet dago
dago supermall
supermarket dago-beli barangan masak untuk sahur
angkut ke jalan tarikampetan
jalan kaki agak jauh ke jalan windu, 5 km ada kot, hehe
tarawih, masak dan sahur

isnin :
tangkuban perahu-gunung berapi-kawah ratu
kolam air panas
paris van java
stesen bandung pulang ke jakarta
rumah kawan pakcik shazwan, uncle din di ITC

selasa :
ITC mall
block M
sokaerno hatta airport terminal 3
tiba di Malaysia

yeah.. itu serba sedikit tempat2 menarik yang sempat kiteorang pergi di Indonesia, ktrg just sempat pergi dua tempat, jakarta dan bandung, SubhanAllah, sangat best kat bandung sebab udara kat bandung, dingin sekali, malam2 tak payah on air cond, memang udah sejuk gitu, hehe, so, kalau ada yang terkurang, nanti korang2 yang pergi tu, komen la yek, sori sebab tak cerita details sangat, insya Allah, next time, akhir kata, ucapan yang sama bila akhir2 ramadhan ini, semoga kita dapat sama2 mengejar malam yang terbaik dalam setahun ini, Malam Lailatul Qadr..

insya Allah result bakal keluar khamis depan, 27 ramadhan, doakan sahabat2 den dan juga den, semoga kami semuanya mendapat 15 points, 3 A star, semuanya pass cut off points, and insya Allah, semuanya fly menyambung pelajaran dalam medik dan bidang2 yang lain, plus, dapat beraya dengan happy nya, insya Allah.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang baik itu pun datangnya dari Allah, tetapi disandarkan atas kelemahan diri den ini.. sekian..

Wassalam..