Assalamualaikum kepada semua, Alhamdulillah, syukur kepada Allah, hari ini hari ke 29 ramadhan 1433H, so, maknanya, esok raya.. yeah.!!!.. so, selamat hari raya..
Tapi sebelum raya esok, jom kita sama-sama semak, macam mana puasa kita tahun ini, erm, ada perubahan ke dengan yang tahun lepas, ataupun, lupa dah tahun lepas puasa kita macam mana ek..?? haha, so, post kali ini, mungkin agak berbeda sikti dengan yang lain2, sedikit perkongsian daripada den, sepatutnya esok den baca khutbah raya kat surau An-Najah kat padang tembak kluang johor ini, tapi, apakan daya, den sekeluarga pulang ke kampung hari ini, so, semalam dah call imam, terpaksa batalkan hajat itu, so, ini serba sikit isi2 khutbah yang den tulis sendiri, insya Allah, moga2 kita sama2 mendapat keberkatan Allah, kalau ada salah silap, harap di maaffin..
Khutbah raya 2012:
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil hamdu.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan limpah kurnianya, dapat lagi kita mendengar khutbah raya di pagi 1 syawal ini, insya Allah, buat jemaah sekalian, khutbah raya kali ini, membawa 3 isi utama yang saling berkait, terus kepada isi yang pertama iaitu, Bulan Ramadhan ialah bulan tarbiah,
Jemaah yang dirahmati Allah,
Khutbah mengajak jemaah sekalian untuk merenung kembali, ramadhan yang telah berlalu pergi beberapa jam yang lalu, kenapa agaknya Allah menurunkan perintah berpuasa di bulan ramadhan ini? kenapa ianya selama sebulan? SubhanaAllah, terlalu banyak hikmah yang tersurat dan tersirat daripada penurunan perintah berpuasa ini, bulan ramadhan ialah bulan pentarbiahan untuk ummat2 nabi Muhammad s.a.w, bulan dimana kita mendekatkan diri kepada Allah, bulan kita semua melawan hawa nafsu kerana Allah, bulan dimana syaitan dibelenggu, hanya iman dan nafsu pada hati, bulan untuk kita bertaqwa dan bermuhasah diri kepada Allah, firman Allah taala dalam surah Al-Baqarah ayat 183, yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Maka, jadinya, bulan ramadhan atau bulan puasa ialah bulan untuk mereka2 yang bertaqwa kepada Allah. kenapa khutbah mengatakan sedemikian, kerana amalan puasa, secara umumnya, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu bagaimana puasa kita, jemaah sekalian boleh memilih puasa yang bagaimana yang jemaah sekian mahukan, boleh sahaja jemaah sekalian minum di dalam bilik, makan di tempat2 sembunyi, mengaku berpuasa padahal melakukan perkara2 maksiat, tapi jemaah tidak sekali-kali berbuat demikian kerana apa, kerana taqwa kepada Allah, kita tahu Allah nampak apa yang kita lakukan, kita yakin dan pastinya, Allah pasti akan membalas setiap apa yang kita lakukan..
Jemaah sekalian,
Pada bulan ramadhan juga, sudah pastinya ummat Islam akan meng'upgrade'kan diri mereka mendekatkan diri kepada Allah, para jemaah pastinya lebih kerap solat berjamaah di surau2, bertadarus Al-Quran, bersedekah sudah pasti, berzakat, memberi makanan berbuka kepada jiran tetangga, semua itu tidak lain dan tidak bukan dengan niat ikhlas kepada Allah, amalan utama yang pasti akan dilaksanakan dalam bulan ramadhan seperti solat tarawih, pasti jemaah sekalian akan laksanakan walaupun hanya 8 rakaat, jemaah tetap tunaikan walaupun hukumnya hanyalah sunat, kenapa.? kerana hati kita sudah gembira dengan kedatangan ramadhan, hati kita best untuk menyambut ramadhan, hati kita syok untuk beribadah kepada Allah, ataupun orang lain buat, kita pun buat.? kalau itu tuan2, cek balik hati kita kepada Allah..
Selain itu, jemaah sekalian, Allah menurunkan ramadhan, khas untuk ummat nabi Muhammad kerana untuk melipatgandakan pahala ummat nabi akhir zaman ini, Allah memang sudah tahu, umur ummat akhir ini tidak panjang dan sudah pastinya kita sangat2 dekat dengan kematian, maka, bulan ramadhan Allah datangkan kepada kita, supaya kita mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah, menjadi bekalan untuk ke syurga Allah, dalam bulan ramadhan, seperti mana yang jemaah sekalian maklum, amalan fardu, dilipatgandakan sebanyak 70 kali ganda dan amalan sunat diberi pahala sebanyak amalan fardu, tambahan pula, terdapat pula satu malam dalam bulan ramadhan yang malam itu lebih baik daripada 1000 bulan, lebih baik daripada 83 tahun anggaran jikalau kita hidup lagi sampai ke waktu itu, iaitu malam lailatulQadr, SubhanAllah, tuan2, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah kepada hamba2 nya..
Hadirin yang dirahmati Allah,
bulan ramadhan juga Allah datangkan kepada ummat Muhammad supaya kita sama2 bermuhasabah diri terhadap amalan2 kita sepanjang 11 bulan yang lalu, apakah kesalahan2 kita kepada Allah,? apakah dosa2 dan maksiat yang kita telah lakukan,? apakah dosa kita kepada manusia2 yang lain,? adakah kita ada masalah hati.? adakah dibulan ramadhan kali ini juga kita tidak merasakan perubahan yang lagi baik.? insya Allah, dalam bulan ramadhan itu sendiri, Allah membuka pintu rahmat seluas luasnya untuk kita, Allah mengampuni dosa2 kita yang lalu, dan Allah jauhkan pintu neraka untuk kita, kalau kita sedar dan insaf akan perbuatan kita dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan semata2 kerana Allah,
bulan ramadhan juga, kita akan berhadapan dengan musuh utama kita iaitu nafsu kita sendiri, yang kadang2 mennyuruh kita kepada kebaikan dan kadang2 melawan iman kita, nafsu makan, nafsu tidur, nafsu bermain, nafsu syahwat, semua itu insya Allah dapat kita kawal pada bulan yang penuh barakah ini,
Jemaah yang dirahmati Allah, masuk kita kepada isi khutbah yang kedua iaitu, bulan syawal ialah bulan istiqamah kepada Allah,
Hadirin sekalian, apabila masuknya kita di bulan syawal, apabila tidak lagi berpuasa, tidak lagi bertarawih, tidak lagi terdapat bazar2 ramadhan, syawal ialah bulan kemenangan kita, tidak bermaksud kita sudah boleh meninggalkan amalan2 kita yang banyak kita lakukan pada ramadhan yang lalu, solat jemaah di surau, tadarus Al-Quran, sedekah jariah, buang segala maksiat, semua itu kebanyakannya akan ditinggalkan oleh kita umat Islam apabila tibanya hari raya Aldilfitri, kenapa masalah ini berlaku tuan2, kerana kurangnya penghayatan semasa kita di dalam ramadhan yang lalu, kebanyakan kita hanya beranggapan, ramadhan hanya bulan untuk berpuasa tanpa mengambil ibrah, mengapa Allah menurunkan perintah puasa itu, tambahan lagi, kebanyakan kita apabila masuk sahaja di bulan ramadhan, persiapan untuk syawal yang diutamakan, lagu raya sudah berkumandang, kuih raya yang didahulukan, baju2 raya sudah siap dibeli awal2, bukannya penghayatan dalam ramadhan yang dijadikan isu utama.
Sepatutnya tuan2 yang dirahmati Allah, bulan syawal ialah bulan kita bersyukur kepada Allah, bulan kemenangan kita terhadap nafsu kita dan bersedia untuk menghadapi musuh utama kita yang kedua iaitu syaitan yang direjam Allah, syawal ialah permulaan istiqamah, segala amalan kebaikan yang kita lakukan dalam bulan ramadhan yang lalu, bukan ditinggalkan apabila masuknya syawal, tetapi terus diamalkan bermula syawal hingga tibanya ramadhan tahun hadapan,
Segala ilmu yang kita peroleh, segala amal kebaikan yang kita lakukan, segala keburukan yang kita tinggalkan, usahakan untuk istiqamah, walaupun perubahan itu kecil, tapi berterusan, perbuatan itu lagi disukai Allah, daripada perubahan yang besar, tetapi tidak istiqamah kepada Allah, syawal ialah bulan kita teruskan amalan ziarah menziarahi saudara2 kita yang terdekat, teruskan sedekah jariah kepada faqir miskin, berdoa kepada Allah agar saudara2 kita yang ditindas di luar sana juga, mendapat keselamatan dan perlindungan Allah, dapat bersama2 merasai kenikmatan berhari raya, ingatlah jemaah sekalian, syawal bukannya kita sudah terlepas daripada beribadah kepada Allah, melakukan pembaziran, kembali mengikut nafsu, masih ditakuk lama, tidak ada perubahan kepada Allah, sangat2 la rugi apabila kita diberi hidayah oleh Allah selama sebulan untuk berubah, tetapi kita tidak kita gunakan pada jalan yang betol.
Hadirin sekalian, isi khutbah yang ketiga pada hari raya ini ialah, peranan jemaah terhadap ilmu yang berguna.
tuan2 puan2 yang dirahmati Allah, khutbah hari ini mengajak jemaah sekalian untuk sama2 melihat fenomena yang berlaku hari ini, kalau kita lihat pada hari ini, mereka yang berilmu, banyak membaca, banyak mengkaji, pastinya akan ke hadapan daripada mereka yang tidak mahu mencari ilmu, ummat Islam terutama pada bulan ramadhan, pastinya berusaha meningkatkan ilmu2 agama mereka. Pada hari ini, pelbagai sumber teknologi yang terdapat di sekeliling kita untuk mendapatkan ilmu2 agama, contohnya, televisyen, radio, internet, buku2 agama, majlis2 ilmu, dan tidak ketinggalan khutbah pada hari jumaat.
khutbah raya kali ini menekankan perihal peranan khutbah itu sendiri sebagai salah satu cara untuk ummat Islam mendapatkan ilmu secara percuma pada tiap2 minggu iaitu menerusi khutbah jumaat,
Hadirin sekalian, khutbah jumaat diwajibkan kepada kaum Adam pada tiap2 hari jumaat, sudah pastinya ada hikmah disebalik khutbah ini, kenapa kaum Adam?, kenapa hari jumaat? dan kenapa ada khutbah?
Jemaah yang dirahmati Allah, khutbah jumaat merupakan amalan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w dan diteruskan kepada zaman sahabat dan tibala pada kita hari ini, khutbah jumaat merupakan salah satu bentuk majlis ilmu, dan peringatan kepada umat Islam pada setiap minggu, nabi kita sedia maklum, ummat akhir zaman nanti, imannya lagi senang turun daripada meningkat kepada Allah, justeru, khutbah jumaat, merupakan salah satu medium untuk ummat sama2 meningkatkan ilmu dan iman kepada Allah, setiap jumaat pastinya kaum Adam akan mendapat ilmu yang berguna sekiranya mereka mendengar khutbah.
khutbah jumaat diwajibkan kepada kaum Adam kerana mereka ialah pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada diri, isteri dan anak2, bersesuaianlah dengan firman Allah yang berbunyi:
"Ar-rijalu qowwamuna 'ala nissa'.. "
mafhumnya:
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri)..
(Surah An-Nisa': ayat 34)
maka, hikmah daripada khutbah jumaat ialah, apabila kaum Adam mendengar khutbah pada tiap2 jumaat, salin info sebanyak mungkin daripada isi2 khutbah, tidak tidur ketika khutbah dibacakan, dan amalkan untuk kebaikan diri, dan akhirnya sebarkan kepada isteri dan anak2 di rumah, sekiranya tuan2 lebih produktif, sebar2kan kepada rakan2 di tempat yang lain mengikut saluran2 yang tuan2 pilih secara berkesan, maka ilmu yang berguna itu akan berterusan, dan seluruh ummat Islam akan menigkat imannya apabila ilmu2 berkaitan agama diperoleh, tambahan lagi sesuai dengan hadith nabi, yang bermaksud,
sebarkan ilmu daripada aku, walaupun sepotong ayat,
jemaah sekalian, amatlah sedih jika kita lihat hari ini, fenomena kaum adam ketika khutbah jumaat, tidur ketika khutbah, makan, berborak, dan hanya menunggu untuk solat berjemaah, kalaupun mendengar, tapi tidak menghayati dan tidak lama ilmu itu berada di dalam hati,
insya Allah, jemaah sekalian, khutbah raya kali ini, memberi sedikti tips untuk kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik, sebagai contoh:
yang pertama, datanglah awal ke masjid pada hari jumaat untuk bersedia mendengar khutbah dan beriktikaf di dalam masjid, jangan tidur dan makan ketika khutbah dijalankan, jangan juga berborak2 di luar masjid semata mata menunggu untuk solat jumaat,
kedua, sediakan apa2 medium untuk mencatit segala ilmu daripada khutbah hari itu, isi2 utama khutbah, surah2 rujukan, hadith nabi, contoh2 yang diberikan, gunakan buku dan pen, telefon bimbit tuan2 yang canggih pun boleh digunakan untuk menyalin, adanya application notes pada telefon, ipad, dan semua jenis cara untuk kita mendapatkan ilmu tersebut, gunakan segala teknologi yang ada pada kita sekarang untuk tujuan kepada Allah, dan ilmu itu tidak hilang, janganlah hanya mendengar kerana manusia sememangnya akan mempunyai fitrah pelupa,
seterusnya, sampaikan dan sebar2kan ilmu tadi kepada isteri dan anak2 di rumah, kepada rakan2 yang lain, dan simpan ilmu tersebut sebagai rujukan akan datang, insya Allah, orang2 yang mulia ialah mereka yang memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, Nabi juga berpesan, jadilah orang yang selalu memberi bukan hanya tahu menerima.. sebar2kanlah ilmu yang bermanfaat kerana ia akan membantu kita di akhirta kelak, insya Allah,
Alhamdulillah, jemaah yang dirahmati Allah, sama2 kita mengimbas kembali isi2 khutbah pada hari raya ini, pertama, bulan ramadhan ialah bulan kita mendekatkan diri kepada Allah, yang kedua, bulan syawal ialah starting point untuk istiqamah kepada Allah, dan yang terakhir untuk khutbah hari ini, gunakan medium2 ilmu sebaik yang mungkin dan manfaatkan khutbah jumaat dalam kehidupan kita,
insya Allah jemaah sekalian, Assalamualaikum..
Alhamdulillah, itulah serba sikit teks khutbah raya yang den buat sendiri, gementar oo kalau jadi esok, haha, tapi tiada rezeki nak sampaikan kepada orang2 kampung esok, so, insya Allah, den panjang2 kan kat sini pun ok la kot, insya Allah ada manfaat lain..
insya Allah, semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, semoga amalan kita terus diredhai Allah sepanjang ramadhan ini dan seterusnya, semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah, yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu pun datangnya daripada Allah tetapi disandarkan atas kelemahan diri den ini, sekian, insya Allah, post lepas ini pasal a -level, hee. Assalamualaikum sahabat2.. :)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTerbaiikkk lah mad.. Thanks shared ilmu.. :)
Selamat Hari Raya. :)
alaaaa... tak dapat nak rakam kau bagi khutbah. hari tu dah suruh aman siap sedia rakam kau. haha.
ReplyDeletesalam.. haha.. tulah la pasal, tak pelah sol, insya Allah, lain kali kot.. hee.. selamat hari raya sol and abg nash. :)
ReplyDelete