Thursday, October 18, 2012

Lucky

Bismillah..

Assalamualaikum.. aha.. hari ini mau cerita pasal my lucky day.. haha. padahal dah agak lama benda lucky ni. event ini berlaku di jakarta iaitu Kecoh Raye yang diadakan di Malaysia Hall, Jakarta, Indonesia. time ni ktrg baru seminggu sampai kat jakarta, tapi sekarang baru nak post.. :)

so, pada malam tu, ktrg ramai2 pun datanglah ke Malaysia Hall dengan baju raya masing2, walaupun time tu, raya dah pun habes, haha, tapi ok la, sambutan raya kat sini, mantapp.. ada sate, lodeh, nasi himpit, ketupat xsure la, rasenya xde kot. huu..

so, ada banyak game malam tu, teka lagu raye rosak, makan telur, teka kuih raya, but, ada satu game malam tu, nama dia Lucky draw, so, guess what, for the first time in my life.. den yang dapat lucky draw tu.. perh. rasa macam hari tu memang indah sangat2, haha, dapat duit ooo.., 50 ribu ok, jangan main2 dengan lucky draw kat sini, hadiah bukan calang2, so, Alhamdulillah, dapat la den sampul duit yang bernilai 50 ribu tu malam tu jugak.. Alhamdulillah.. ramai yang cakap, "untungla mad, dapat 50ribu.." huhu.. haha.

game dia lebih kurang macam ni la, semua yang datang ke berdiri, and pengacara akan cakap somthing2, siapa yang bertahan paling lama berdiri, dia yang menang.. so, kalau xsilap, ni la ayat diorg.. hee..

1. siapa yang pakai baju raye lengkap, ... berdiri
2. siapa yang pakai jam tangan kat tangan kanan, ...berdiri
3. siapa yang tak de benda2 hitam kat dia, ...berdiri
4. siapa yang pakai blackberry, ...duduk.
5. siapa yang pakai cermin mata, ...duduk

and last man standing.. tak disangka2 ialah den. haha.. Alhamdulillah.. dapat lah hadiah wang bernilai 50 ribu tu.. hee.. and duit tu dah habes dah pun.. hee..

-lastly, sori, den dapat 50 ribu rupiah ok, bukan 50 ringgit, kalau 50 ribu ringgit. dah pengsan kot.. haha.
but still, Alhamdulillah.. tq Allah.. ni sampul duit raya tu.. hee..  ok. Assalamualaikum..



Monday, October 15, 2012

Nawaitu

Assalamualaikum, insya Allah, sedikit perkongsian daripada ustaz Adiya hari jumaat kemarin. Asif (sori) kalau terdapat fakta2 yang agak kurang. semua kekurangan itu adalah daripada den sendiri, insya Allah, semoga mendapat manfaat bersama.. :)

Masjid nurul hikmah, jakarta barat 12.10.2012

Taklim riyaddus solihin daripada ustaz Adiya :

Bab 1, imam nawawi

keihkhlasan dan menghadirkan niat yang lahir secara boleh dilihat dan tidak boleh dilihat

pa makna ikhlas..?? ikhlas ialah engkau engkau meniatkan segala amalan untuk Allah sahaja

kalau kerana dunia, harapkan pujian, takut kerana celaan dunia = bukan ikhlas

dalam hadith Qudsi yang bermaksud : siapa yang melakukan amalan dalam keadaan yang mempersekutukanKu, akan Aku tinggalkan dia bersama sekutunya. Allah tuhan yang tidak perlukan sekutu.

kalau syirik, lenyaplah segala amalan di dunia, sia2 belaka

sesiapa yang inginkan kehidupan dunia dan hiasannya, akan Kami laksanakannya dan mereka tidak dapat apa2 di akhirat kecuali neraka dan segala amalannya hilang lenyap

dr imam Bukhari, 3 orang yang diseret masuk neraka dulu :

1. org yang rajin baca al-Quran tapi inginkan pujian atas bacaannnya.
2. org yang suka bersedekah tetapi ingin disebut2 sebagai seorang dermawan
3. org yang berjihad di medan perang tetapi ingin namanya disebut2 sebagai orang yang berani

ingat, kalau ikhlas, all and everything kerana Allah

Allah berfirman : tidaklah diperintahkan agar beribadah hanya kepada Allah, mereka menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, dan hanya Islam merupakan agama yang lurus.

time korban, daging korban tidak sampai kepada Allah tapi taqwa yang sampai kepada Allah.

kenapa daging tu tak sampai kepada Allah..?? sebab Allah tak perlukan daging pun.. :)

yang sampai kepada Allah hanya taqwa, keikhlasan kita dalam ibadah korban.

katakanlah wahai rasul, kalau kalian sembunyikan sesuatu apapun dalam hati kalian dan kalau kalian keluarkan sekalipun, pastinya Kami Maha Mengetahui.

kalau ada riak di dalam hati, pastinya Allah tahu..

imam Nawawi sebutkan hadith no 1 dalam riyaddus solihin, sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada niat. riwayat imam muslim, ( hadith soheh )

kata imam syafie, hadith no 1 ini masuk dalam lebih 70 bab feqah.

sampaikan ada ulamak kata, kalau nak menulis buku, mulakan dengan hadith ini.

salah satu yang ikut ialah Imam Bukhari dalam Soheh Bukhari, Imam Shayuti dan imam Nawawi sendiri.

rosak dan baik sesuatu amalan bergantung pada niat, kecuali pada 3 org :

org gila, orang yang tak sedar dan orang yang terpaksa.

seseorang akan mendapat ganjarannya sesuai dengan apa yang dia niatkan

niat membezakan satu ibadah dengan ibadah yang lain.

kalau niat ibadah, dapat pahala

kalau niat adat, tak dapat pahala.

jika engkau niat sesuatu kerana Allah dan akhirat, pastinya engkau dapat akhirat dan Allah.

kalau engkau niat kerana dunia, boleh jadi engkau dapat atau tak dapat.

kata Allah: sesiapa yang inginkan kehidupan dunia, akan Kami bagi dunia ini pada sesiapa yang Kami KEHENDAKI.

kalau nak akhirat dan sunguh2 nakkannya, nescaya Allah usaha itu akan Allah balas

ada orang buat baik sebab dunia, ada yang Allah bagi. and

ada orang yang buat baik kat dunia, tapi Allah xdapat apa2, sia2 and penat sahaja.

niat sangat mempengaruhi amalan

contoh ada pada nabi :

sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, dia akan mendapat Allah dan rasulnya, siapa yang berhijrah kerana wanita dia akan dapat sesuai dengan apa yang dia niatkan.

hijrah ada 3 bentuk :

1. tinggalkan amalan buruk kepada baik
2. tinggalkan pelaku perkara buruk
3. meninggalkan tempat ke tempat yang lain

orang berhijrah kerana 3 sebab :

kerana Allah
kerana dunia
kerana wanita yang ingin dikahwininya

syarat sesuatu amalan diterima Allah ada 2 :

1. ikhlas semata2 kerana Allah
2. ikut cara dan panduan yang nabi lakukan

kalau niat nak buat bersedekah, tapi dengan cara mencuri rumah orang kaya, so, amalan tak diterima

soalan:

kalau puasa, wajib ke lafaz niat..??

xwajib pun lafaz niat, tapi wajib niat..

contoh: kalau ada tetamu datang rumah, kita mesti nak layan dia dengan baik kan..
so, kita cakap ke kat tetamu kita tu, eh, saya kena buat baik dengan awak ni, sebab awak tetamu saya, saya berniat nak buat baik kat awak kerana Allah, saya akan buat air, layan awak sebaik yang mungkin kerana Allah. pastinya tidak kan..

so, segala yang kita lakukan, pastinya kita sudah berniat untuk lakukan perkara tu. so, xpayah lafaz pun.. :)

Alhamdulillah.. itulah serba sedikit ilmu yang den dapat kongsikan daripada taklim jumaat haritu, insya Allah, segala apa yang kita lakukan, sebaiknya kita sama2 berniat semata-mata kerana Allah, even kita tulis blog ni pun, lillahi taala. insya Allah semoga mendapat barakah Allah..

ok, semoga sama2 bermujahadah kerana Allah, kerana nak kata afe ( affan aufa bin zainudin ), he, sesungguhnya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.. sweet la afe.. hee..

sampai sini dahulu, Maas salamah.. Assalamualaikum teman2.. :)




Sunday, October 14, 2012

muhasabah diri sejenak..

Bismillah..

Assalamulaikum. Alhamdulillah kerana kita masih sihat dan dapat bernafas pada hari ini, sori wan, curik ayat hang dalam fb sat.. jom lihat ayat daripada Hassan al-Banna kat bawah ni sejenak..

Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..

Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

-Imam Hassan Al Banna -


sangat cantik kata-kata hassan al-Banna ni, so, kalau enggak mengerti lagi, ni ada satu contoh lagi supaya lebih jelas..insya Allah.. 

satu petang, ada perbualan 2 orang lelaki..

laki A : eh, aku nak main bola la, tapi aku tak reti la der..
laki b : la, kalau nak main bola, turun la padang..
laki A : tapi aku takut la der, nanti org gelakkan aku, takpe la, aku study dulu macam mana nak main bola, then aku turun la.. hee
laki b : erm, kalau gitu, sampai bila2 la ko tak pndai main bola der.. huu

dapat..?? hee, kalau kita dah ada niat nak buat keje dakwah, but, kita tak turun padang, macam mana kita nak tau skill apa yang kita ada.. right.? walaupun kita selalu cakap, well, aku rasa ilmu agama aku tak cukup lagi la bro. macam mana aku nak ajak orang lain..?, and yes, jawapannya, belum try dah mengalah, adakah itu sifat seorang pendakwah, insya Allah, bila kita ajak orang buat baik, secara tidak langsung, kita dapat skill baru, kita akan dakwah pada diri kita sekali, 

insya Allah kita akan terkesan dengan apa yang kita cakap. walaupun kita takut, agak2 orang akan cakap apa nanti kalau aku tiba2 cakap benda2 baik ni. pernah bermain difikiran sebelum ni.? yes, den pernah dulu, sampailah akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya ditemui dalam surah Al-Imran ayat 103-104.


Surah Ali’ Imran, Ayat 103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.

Surah Ali’ Imran, Ayat 104
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ok, daripada kata-kata hassan Al-Banna tadi, and for sure daripada kalam Allah sendiri menerusi Al-Quran, kita hamba Allah disuruh untuk mengikat tali persaudaraan (ukhuwah), maksudnya saling mengingati, saling memaafkan, buang dengki, jaga batas pergaulan, and Allah tegaskan kalau nak berjaya kita disuruh berbuat amar makruf dan menolak kemungkaran. 
Common, walaupun usaha yang kita rasa kecil and result pun macam kecil, tapi ingatlah yang Allah sekali-kali tidak melihat pada hasil, tetapi pada usaha kebaikan yang kita lakukan, so, teruskan dakwah yang kita lakukan even terhadap hati dan diri sendiri, istiqamah pada ibadah, niatkan hanya semata-mata kerana Allah, insya Allah, jannah menantimu..
Persoalan pada diri den terutamanya.. hang nak masuk syurga tak bro..?? for sure den and semua akan kata nak.. and then, adakah hang sudah mempunyai akhlak seperti ahli-shli syurga.. ?? and apa yang ahli-ahli syurga seperti nabi-nabi dan para sahabat lakukan untuk dapat syurga Allah..?? sama-sama bermuhasabah dan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan jannah Allah k mad.. 
insya Allah Amin.. :)

Friday, October 5, 2012

Ayat Pilihan

Bismillah.. 

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi untuk hidup di alam dunia Alllah ini. semalam baru balik dari Bogor, jalan-jalan keluar jakarta jap, tup2 dah sebulan tinggal kat jakarta ni, so ambil angin luar la kejap.. hehe..

so, antara ayat best yang den dapat kat Bogor tu, daripada abg Hamdi kalau tak silap, 

" jangan mengejar dunia kerana akhirat akan lari dari kita, tapi, kejarlah akhirat, nescaya dunia pun akan ikut kita" 

lepas dengar ayat ini, tiba-tiba rasa macam, WOW.. hee.. Stylo gler ayat mamat ni.. hee.. 

so, Alhamdulillah, sangat best melihat dan menikmati kehijauan alam di Bogor, sejuk yang amat Bogor tu, for the first time mandi air terjun sampai keluar asap kat mulut, bayangkan sejuknya air kat situ. haha, tapi tak puas sangat sebab kejap jek mandi kat situ, insya Allah lepas ini, next trip, mungkin Pulau Tidung, jakarta. hehe, 

Alhamdulillah, kehidupan di sini semakin baik, pengisian rohani pun Alhamdulillah, boleh kata nampak peningkatan, insya Allah semoga istiqamah, a litltle efford but keep going doing it. Amin.. 

so, ayat pilihan pada minggu ini, untuk hafalan den :

Al-Maidah : 35
Al-nisa : 159
Al-imran : 133,134,135,139

insya Allah, semoga segala urusan dipermudahkan Allah, Amin.. next program in mind :

1. Stylo Quran 
2. Fiqh Solat
3. AJTH Indonesia
4. Al-Fatihah Indonesia
5. Friendly Comperative Religion Indonesia ( FCR )

itu aja dong buat masa ini, semoga terus dalam rahmat dah keberkatan Allah.. :)

Saturday, September 29, 2012

Benih

Bismillah.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana masih diberi nikmat Islam, Iman, dan kesihatan yang baik daripada allah...

Post kali ini, lebih menceritakan pasal hikmah2 yang tersirat, yang Allah bagi kat den, personally, and kalau ada kat korang2 jugak, Alhamdulillah.. sama2 lah mencari hikmah Allah, insya Allah mudah mendapat ketenangan.. 

Hari ini dah 2 minggu 2 hari ktrg kat indonesia. and Alhamdulillah, semalam dah selesai ujian block 1 modul 1, macam mana ujian tu, erm, insya Allah result isnin ni, moga2 dapat skor mantap.. Amin.. hee. so, dari segi kesihatan, buang2 air tu memang biasa, diarre tu Alhamdulillah, tak kena lagi, tapi kawan2 sini, ramai yang dah kena, harap2nya tak kenalah. haha

So, minggu lepas, den agak diam jek, sorang-sorang, jalan-jalan pun agak suram, tiba-tiba blur and lost macam tu lah, and minggu lepas jugak la ktrg ada fiqh solat, the first ceramah den kat indonesia. and WOW, very awesome kot abg tu, lupa la name brader tu, dah habis study dokter la, and boleh bagi talk pasal fiqh solat, beserta nas2 Quran, hadith, isu2 semasa. perh. superb, dapat ilmu doktor and ilmu agama serentak. Alhamdulillah.. and saat itu, subhanaAllah, rasa lain bila dapat membetolkan salah2 den dalam solat, takbir, angkat tangan, and semuanya lengkap, kalau nak modul, hard copy jek ada skrg ni.. sori sgt2.. insya Allah akan diusahakan.. huu.. sangat2 best bila dapat solat dengan lebih sempurna..

Alhamdulillah, mood jadi baik semula, and di situlah mulanya satu - persatu hikmah Allah tunjuk kat den. :

1. Money... Bila den pikir2 balik, benda utama yang den takutkan ialah, den takut kalau duit den habis. macam mana nak makan.. macam mana nak jalan2.. macam mana nak savings.. macam mana and macam mana, kalau tiada duit, susah la nanti hidup.. aish. huu.. and yeah, sangatlah rugi mereka2 yang menghambakan diri dengan wang, apabila diberi, dia senang hati, apabila tiada, dia gelisah. Alhamdulillah, duit bukan segala-galanya bro.. memang menjadi keperluan duit tu, kalau tiada duit, macam mana nak makan..?? nak buat semua benda dengan duit.. but, jangan menghambakan diri dengan harta sebab Allah yang bagi harta tu, bukan kita, so, pandai-pandai menguruskan wang, tak boros, and berpada-pada dalam berbelanja.. 

2. Second, our life.. bila kita kat negara orang, kita akan lebih appreciate negara kita. kita akan lebih bersyukur kalau kita ada kat Malaysia sekarang ni. and bestnya kalau dapat tidur and tinggal dengan family.. huu, persoalan.. time kita ada kat rumah dulu, agak-agak berapa kali kita bersyukur hidup kat Malaysia, berapa banyak kita kondem negara kita..?? sana sini tak kena, jem la, kereta banyak la, makan mahal la, nyamuk banyak, penyakit banyak la, orang Malaysia tak maju la, and berapa banyak kita hargai parent kita kat rumah tu.. erm.. soalan muhasabah la buat den.. huu...

3. The main point.. ISLAM.. Bila kita di universiti yang Islam ialah minoriti, itulah tujuan utama Allah hantar kita kat sini.. bagi den, senang je, Allah hantar den kat sini, Allah nak suruh den praktikkan Islam sebaik yang mungkin lagi2 dengan pelajar2 kristen yang mereka juga telah mengenal Allah.. and agak down jugalah awal2 tu, haha, ada yang den dah tersentuh2 awek2 kat sini, skill lab lagi, tak sempat nak tarik, terus kena sambar tangan.. haha. tapi dah minggu ketiga, Alhamdulillah, dorang dah semakin faham dengan budak2 Malaysia punya style salam, angkat tangan rapatkan, and cakap, sori, "saya enggak bisa salam, bukan muhrim".. hehe.. kalau den punye style.. "sori ya, "enggak bisa salam, tanganku ni bisa disentuh isteriku aja.. haha.. terus budak2 pompoan tu gelak sekuat-kuat hati dorang.. and memang itulah perangai dorang kat sini.. haha.. bukan salam je, insya Allah kesemua hidup pasal Islam wajib kita tahankan and mision den, pastikan lambang salib sebesar2 alam kat dewan ukrida tu, bertukar jadi lambang bulan sabit and bintang.. moga2 menjadi kenyataan.. besar cita2 tu.. Amin.. 

4. Ukhuwah.. yes, itu paling best kat sini, den and the geng hari2 mendoakan sahabat ktrg sorang ni, Adibah, semoga sembuh dari sakit. Adibah dah hampir 2 minggu masuk hospital, keluar and masuk balik, sampaikan terpaksa tersidai tepi jalan, tunggu taxi punya pasal, subhanAllah, hebat ujian buat sahabat sorang ni, pastu satu hari ini, ktrg ramai2 pergi tgok dia kat Siloam Hospital kat jakarta. Alhamdulillah, malam tadi baru selesai majlis perpisahan dengan Adibah, kat Malaysia Hall, suprise untuk Dibah, planner, wan, carik makanan, aman, den and kak Miza. haha, thanks a lot to all Malaysian student batch 2012, ukhuwah sangat2 mantap kat sini, sebab ukhuwah inilah den terus kuat hidup kat sini.. insya Allah, Adibah balik Malaysia hari ini, untuk terus berubat di Malaysia, semoga Adibah terus kuat, cepat sembuh and doakan ktrg juga terus sukses kat sini.. Amin..

5. Solat jumaat. haa., solat jumaat kat sini, seriusly mantap kot, kalau kat Malaysia, khatib baca text, tapi khatib kat sini, spontan, tapi isi tersusun, ringkas, padat, and up to date.. Alhamdulillah, memang den kalau dengar khutbah kat sini, eager la nak dengar, and khatib pula yang muda2, semangat and lantang je bg khutbah. kat area ktrg ni, Alhamdulillah banyak masjid and semua masjid penuh, sangat2 best, walaupun kecil, tapi kemudahan mic sume lengkap.. stylo2.. hee..

6. den lupa sikit2 tapi last ni, lebih kepada kata-kata ustaz redha kepada ktrg dulu, 

"kalau kita membawa benih , jangan biarkan benih itu layu di hanyut ombak.. pastikan benih itu membesar sehingga akhirnya menjadi sebuah pulau untuk diduduki semua orang.." 

Yes, kalau kat sini, pengisian rohani sangat diperlukan, sebab sangat mudah untuk jauh daripada Allah, and insya Allah, den juga akan memulakan satu misi baru untuk kebaikan ktrg bersama. insya Allah. semoga dipermudahkan Allah, 

sori for ummi yasirah, kalau dah baca sampai sini, agak panjang ummi.. sori.. haha.. 

Akhir kalam, semoga kita semua, umat Islam, sentiasa kuat pada landasan Islam, praktikkan Islam di mana sahaja kita berada, secara keseluruhan, perbetolkan diri dari masa ke masa, muhasabah diri, betolkan niat kerana Allah, mujahadah melawan nafsu, ikut panduan utama iaitu Al-Quran dan hadith, sama-sama membantu membina ukhuwah Islamiah, yakin pada Allah, pastinya ada hikmah yang Allah bagi pada kita, berdoa selalu pada Nya, selalu bersikap positif, senyum selalu, maafkanlah orang lain kerana mereka dan kita juga manusia yang tidak sempurna, istiqamah dalam ibadah kepada Allah, ikhlaskan hati, bersihkan hati, 
and jika mahu menjadi ahli syurga Allah, bersifatlah dengan sifat ahli syuga di dunia ini.. insya Allah, syuga menanti kita.. 

semua pesanan ini terutamanya untuk diri den ini, dah lama tak bermuhasabah diri, ya Allah, semoga hati terus kuat pada jalan Allah, semoga ummat Muhammad sentiasa dalam barakah Allah.. 

sekian, salam ukhuwah.. bittaufiq wannajah.. Assalamualaikum.. :)

Monday, September 17, 2012

Welcome to Jakarta

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana memberi satu lagi chance untuk kita hidup pada hari ini. ok, post kali ini simple jek, pasal kehidupan baru kami, 37 orang yang baru seminggu 5 hari berada di tempat baru, F.K UKRIDA, jakarta barat Indonesia.

sori, F.K tu fakultas kedokteran k.. kat indonesia semua nak pendek2, handphone panggil hp jek, monumen nasional panggil Monas, Malaysian Hall panggil MH, kereta api panggil KA. dunia fantasi panggil DUFAN, dan banyak lagi akronim2 yang ktrg kena balajar kat sini..

so far erm, masih dalam penyesuaian diri, biasalah, keadaan kat sini ok sebab ramai Malaysian jugak, kat Ukrida jek dari batch 2007 ada, rumah yang ktrg duduk pun sekitar ukrida jek, cume ktrg budak2 laki terpaksa asing2 rumah, ada yang jauh, rumah den panggil dekat dengan U and paling murah sewa setakat ni.

so Alhamdulillah, belajar kat sini totally in bahasa indonesia, style belajar dia, masuk kuliah, ada discussion group dalam 10 orang dengan satu lecturer, buat makalah ( folio ), masuk skill lab and ujian. macam tu lah serba sedikit. ktrg belajar dalam sistem block, total ada 30 block, ktrg sekarang baru block 1, and habis 30 block tu 3 tahun setengah insya Allah, kemudian baru ktrg buat praktikal kat hospital. Ada senior yang dapat hospital kat bandung, jawa, bogor, jogja, tergantung pada rezeki masing2..  insya Allah.

ok and yang penyejuk hati nya kat sini, Alhamdulillah semua mall besar2 dekat dengan tempat tinggal ktrg, so, kalau nk shopping tu memang boleh la kan, tapi kne tunggu duit stabil la dulu, awal2 ini, sangat banyak gune duit.. huu.. so, bila dah stabil nanti baru la boleh pikir nak belanja2 sakan..

so, serba sedikit rumusan daripada hari ktrg fly haritu..

khamis ktrg sampai, terus disambut senior, terus gerak ke ukrida. sampai2 terus dapat breafing dari cimb niaga and ukrida. then, ktrg terus di bawa ke rumah masing2. esoknya ktrg terpaksa masuk Gamaliel atau pun kat malaysia namanya orentasi. hehe, and seriusly gamaliel ini sangat2 penat and sangat2 boring. haha, tak caya tanya budak2 lain. habis gamaliel sampai ahad, senin sampai jumaat ktrg start kelas, belum masuk medical subjek lagi, block 1 ni pasal etika menjadi seorang dokter dulu, so, kelas agak lapang2 la block 2 ni. hee,

so, dalam masa yang sama, seminggu ni lah ktrg kena setelkan semua, beli baju putih, ktrg kena pakai baju putih satu sem, macam budak sekolah da.. haha, kena set up barang kat rumah, tukar travellers cek kat bandar pusat, setelkan cimb bank, kittas, bank Ina, and macam2 lagi, so, kalau ktrg diam jek tu, yeah, awal2 ini memang sangat2 busy and capek banget dong.. haha, tapi Alhamdulillah, ktrg ok jek, semalam baru balik dari Malaysia Hall, orentasi juga dengan student2 senior Malaysia, sangat2 fun, ada bbq lagi, so, thanks a lot to seniors, and pastinya ktrg akan menanti untuk pergi ke Malaysia Hall lagi.. hehe

Itula serba sedikit minggu ni, and satu lagi, mohon doa daripada kalian2 semua, seorang sahabat kita kat sini, saudari Adibah. Adibah mendapat musibah sikit minggu lepas, dia demam panas sampai 40 degree and terus
dimasukkan ke hospital Siloam Jakarta, muka dia pucat sangat2, and masih dalam keadaan yang tak stabil sangat lagi sampai sekarang, so, semoga Adibah terus kuat, kembali sihat dan boleh study lagi sama2 dengan ktrg sampai semua sekali sukses sama-sama 5 tahun lagi insya Allah..

so, sampai sini dulu dari jakarta Indonesia, semoga orang2 Malaysia terus mendoakan kami di sini terus kuat and akhirnya berjaya menjadi seorang dokter... Amin..

sekian.. Wassalam. :)