Thursday, June 27, 2013

sekilas sebelum ramadhan

Bismilillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak pernah putus-putus kepada hamba-hambaNya.. 

1. insya Allah tahun ini pertama kalinya akan merasa menyambut ramadhan di negara jiran, indonesia. khabar angin mengatakan sambutan ramadhan kat sini sangat meriah, so, insya Allah, sangat-sangat menanti kehadiran ramadhan tahun ini. 

2. Alhamdulillah hari ini hujan kat jakarta, walaupun sekejap, tapi sejuk la sikit bumi jakarta lepas kes jerebu kemarin. Alhamdulillah, rasanya jakarta ni tak lah seteruk jerebu di malaysia, tapi jerebu kat sini sebab pencemaran-pencemaran lain. huu.. sedih bila tengok.. Alhamdulillah, kat area kluang tu, tak lah seteruk tempat lain, macam muar contohnya, Alhamdulillah, rasanya johor pun dah turun hujan, so, insya Allah efek jerebu tu semoga cepat la hilang.. semoga family, ahli keluarga den dan warga malaysia semuanya sihat-sihat belaka hendaknya.. 

3. insya Allah minggu ini minggu yang agak hebat, 5 hari berjuang dengan exam, dari isnin lepas sampai jumaat nanti. Alhamdulillah di blok 8 sekarang, semoga lulus dengan jayanya untuk blok respirasi ni dengan semua malaysian ukrida 2012 lainnya. Last blok, blok 9, adalah blok yang di nanti-nanti, haha, sebab tiket balik malaysia pun dah dibeli, so, insya Allah, boleh countdown balik start sekarang.. hee.. smeoga jadual tak berubah-berubah la ye.. insya Allah..

4. sedar tak sedar, dah hampir setahun den dan kawan-kawan berada di sini. Alhamdulillah, pastinya setiap daripada kami ada hikmah sendiri yang dapat ditafsir oleh hati. 

5. Bagi den, sesiapa yang dah tengok video pasal BBC yang den post kat fb minggu lepas tu, yes, itulah memang kenyataan kehidupan warga indonesia. Menangisnya lelaki dari london tu, bukan sebab tak tahan hidup kat indonesia, tapi sedih tak terkata, melihat adanya orang yang sangat-sangat kuat, membuat kerja yang sangat-sangat berat, mengutip sampah setiap hari, lebih 100 buah rumah sehari, dengan upah tak sampai 100 ringgit malaysia sebulan, plus, menanggung family, anak seorang dan isteri. Seorang islam, yang menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim yang beriman pada Allah, hebat.. 

6. so, sangat-sangat rugi, bila kita dah berada di sesuatu tempat lain, tapi tak mengambil pengajaran dan hikmah bila kita berada di tempat tu. Allah tempatkan kita di indonesia misalnya, bukannya nak menunjukkan kita ni tak pandai sebab gagal exam a-level yang lepas, tapi untuk mengubah persepsi bahawa kejayaan yang Allah bagi pada seseorang sangat-sangat subjektif, bukannya sekadar melihat gred daripada sehelai kertas result. sesungguhnya perancangan Allah itu pastinya yang Terbaik. 

7. contohnya, seseorang yang dahulunya mungkin cepat terasa down, stress, lemah, monyok muka, cepat putus asa, tapi bila berada di tempat orang susah seperti indonesia, melihat mereka yang hari-hari bergelumang dengan sampah contohnya, mengutip tanpa selipar, sarung tangan lagi la.. tapi still dapt bergurau senda, sentiasa senyum, sihat walafiat dapat menjaga keluarga mereka dengan rezeki yang mencukupi. hu, takkan tidak terdetik rasa bersyukur pada hati bahwa kita masih diberikan nikmat yang sangat-sangat banyak dan lebih oleh Allah.

8. Kalau kita selalu mempersoalkan tentang kehidupan kita, rasanya kita seharusnya tanya la balik, siapa kita untuk mempersoalkan ke mana arah tuju kita kalau bukan semuanya di bawah kekuasaan Allah. tersenyum bila teringat satu pepatah ni, "manusia ni selalu berangan-angan, imaginasi, nak itu, nak ini, tapi hakikatnya, sesaat ke hadapannya pun, manusia itu tak tahu apa yang akan jadi kepadanya." 

9. insya Allah, bukan den nak kata salah untuk berangan-angan, silakan, cuma, den sedih bila melihat orang yang selalu melihat dirinya teruk dengan sebab yang sangat-sangat kecil. Bahkan rezeki dan nikmat yang Allah bagi, tak terkira banyaknya.. 

10. so, bebel dah panjang, secara ringkasnya, manusia ni, seteruk mana pun dia, segagal mana pun dia, Allah pasti dah tetapkan rezeki untuk dia. so, manusia pastinya mempunyai rezeki sebab Allah tak pernah kejam terhadap hamba-hambanya. ujian, cabaran, musibah, nikmat harus dilihat daripada sudut yang positif, insya Allah, bila jatuh, kita sedar kita lemah, bila naik, kita sedar Allah nak uji apa kita buat bila kita dapat nikmat yang berbagai-bagai ni.. syukur.. or not..?

11. so, den dah start dah dengar lagu-lagu raya. haha, begins with the end of mind. Bulan ramadhan akan tiba. lagu raya tu just sebagai simbolik den berjaya ditarbiyah di bulan ramadhan tahun ini, insya Allah.. mahukan sedikit tambahan dan istiqamah seperti ramadhan-ramadhan yang lalu. 

12. sama-sama kita mendoakan mujahidin-mujahidin di negara Islam yang masih ditimpa nikmat jihad fisabilillah oleh Allah, semoga tentera mujahidin berjaya memperoleh kemenangan. insya Allah bertubi-tubi doa akan menjadi senjata yang hebat bagi umat Islam. semoga kita sampai kepada ramadhan dan menyambutnya dengan mendekatkan diri kepada Allah, and lepas tu, keep on sampai next ramadhan.. k. insya Allah. 

salam mujadahah.. 26.6.2013. 11.39pm. indonesia.. :)



Tuesday, June 11, 2013

sweet 21

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada semua..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih memberi kesempatan untuk hidup di dunia yang penuh barakah ini. Tajuk khutbah jumaat lepas mengenai menghargai umur yang diberi Allah. so, sempena sweet 21 tajuk kat atas tu, den cerita sikit kronologi prank yang den kena tahun ni.

malam 5 jun tu, den dan wan memang dah plan untuk makan berdua jek. macam biasa, wan bawa den ke tempat makan yang den belum pernah try lagi which is kali ni di Kemang, Restoran Payon. so, kami bertolak lepas asar ke Kemang. dalam perjalanan tu, aman mesej den and katanya dia tacing la dengan den sebab tak ajak dia makan sekali malam birthday den. sebab biasanya kami memang akan makan malam ramai-ramai. but malam tu, den makan dengan wan je. so, aman terasa.

sepanjang malam aman terasa sampaikan dia mesej den yang dia nak keluar rumah. but waktu tu den just  ignore la dulu sebab den nak setelkan kat rumah la. so,den dan wan pun jalan-jalan lepas makan di Payon, jalan di Kemang village, Lippo Mall kat jakarta selatan kalau tak silap den.

then, bila balik-balik, den tengok barang-barang atas meja study aman dah tiada. and pintu gerobok (almari) aman dah berkunci. so, agak menguji emosi and mental la time tu. haha, sepanjang den keluar dengan wan, memang den pujuk and rayu aman supaya tak keluar rumah, and bila balik-balik tengok barang semua dah takde, agak down la jugak. haha.

tiba-tiba, poe (azhan) datang and katanya nak ambil barang lebihan kat bilik aman. so, den just diam jelah. aman ada kat luar rumah time tu and dia kata dia nak bincang dengan den kat loteng tingkat 3 rumah ktrg. so, den pun naiklah atas tingkat tiga and agak speachless la bila tengok aman dengan muka sedih dia. hu, so den pun try la pujuk and pujuk aman.. and suddenly..

bergemalah "Allah selamatkan kamu.." haha, ramai-ramai kawan den dengan bawak kek coklat campur, keluar kat loteng tu. and den pun tengok aman dah gelak-gelak dah. cisdale, terkena lagi tahun ni. haha..

so, lepas tu ktrg pun ramai-ramai makan kek, wan and aman bagi hadiah special. tq so much korg. and hadiah kek dan prank pun sangat-sangat den hargai. tq korg semua, budak2 kopro siap datang walaupun jauh rumah dorg. huu, tq jugak kat kak mis dan abg Adib sebab bagi hadiah jugak kat den. dah besar pun dapat hadiah. haha., Alhamdulillah.. :)

Special hadiah berupa doa daripada family di rumah, alhamdulillah, terima kasih mak abah, mak tok, adik-beradik dan ahli keluarga den yang buat kenduri kat rumah, Amin atas doa, insya Allah.

macam tulah cerita nya serba sedikit untuk birthday den tahun ni. tq semua.

ok.. erm, den just nak kata, minta maaf sebanyak-banyaknya kepada family, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat semuanya, sebab den tau diri ini telah terlalu banyak membuat salah kepada anda-anda semua. maaf sangat-sangat sebab den kadang-kadang lupa, lalai, sampaikan mengabaikan mereka-mereka yang sentiasa menyayangi dan menyokong den sampai kini.

insya Allah, syukur pada Allah atas nikmat umur ini, kata seorang ulama apabila ditanya, kenapa kita masih diberi hidup hari ini, jawapannya, aku harini masih mempunyai banyak dosa dan Allah masih memberikan aku kesempatan untuk bertaubat. 

itulah serba sedikit mengenai sweet 21 ni, insya Allah den cuma mengharapkan hadiah doa daripada semua, semoga diri ini sentiasa dalam barakah Allah, dan supaya kita semuanya dapat bertemu di jannah firdaus Allah.. insya Allah amin.. :)

Friday, May 24, 2013

sahabat.kawan.teman.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. harini saja nk update.. sebab terasa manisnya ukhuwah sgt2.. Allahu Akbar.. :)

Insya Allah pagi lepas subuh nanti kami bersepuluh akan keluar ramai2 buat first timenya ke satu Pulau di Indonesia ni, Pulau Tidung.. insya Allah semoga dipermudahkan segalanya.. Allah,  dah lama and tak sabar gler2 nak rasa air laut.. yeahh.. hahah

Malam ni pula den selalu pasang lagu sahabat sejati, brothers, wan pula masak nasi lemak untuk ktrg ramai2. Aman, den dgn aiman cari bahan kat pasar. Radhi and shayuti beli barang dapur kat mall. Kongsi2 kisah hidup kat tepi jalan. Whatsapps Ushrah sampai syurga sentiasa membuat den senyum. Membuatkan den lebih positif, menaikkan semangat, ayat quran for today, annisa.104 and azzukhruf 67.

Maafkan den sebab selalu tidak menjadi sahabat yang baik, ada tersalah bicara, tersilap perbuatan, sesungguhnya pemberian Allah sahabat2 yang hebat ni memang satu nikmat yang sangat2 den hargai.. semoga ukhuwah kita sentiasa berkekalan hingga jannatul firdaus.. uhibbuka fillah.. wassalam.. :)

Wan.aman.apai.aiman.sulaiman.radhi.shayuti.marzuki.ashraf.

syams.fizi.aizul.aiman.aisar.sol.skem.apek.abg nash.

with love.. :)

Saturday, May 18, 2013

indonesia season 3

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Masih diberi hidup hari ini. Masih dapat menikmati pelbagai nikmat di dunia ini. Nikmat Islam dan Iman terutamanya. Nikmat sihat, rezeki ilmu dan berbagai lagi.. tq Allah.. :)

So. Agak lama menyepi. So. Nk isi balik diari den sejak cuti kat malaysia haritu. Sedar tak sedar dah 2 bulan dah lepas balik cuti haritu. Bnyak sgt perkara jadi kat den and mcm biasa, den listkan dalam bntuk point form jek. Supaya mudah den nk recall and senuym sorg2 bila baca balik nnti.. hee.

1. Balik awal ke indonesia..
2. Mulanya sem 2. Sem baru. Blok 5. Mulanya anatomi and subjek medik.
3. Pergi hospital husada. Praktikal anatomi. Berhadapan mayat. Muskuloskeletal
4. Birthday kak mis. Aman. Wan. Apai
5. Anniversary mak abah.
6. Den dpat 2 org awek baru. Qistina and aisyah humairah
7. Ukrida medical league. No 3 badminton single.
8. Ukrida medical art. Wan no 2. Solo. Butiran debu
9. Bowling piala datuk duta. Team no 1. Aman best player.
10. Soeul garden. Birthday wan.
11. central park. Birthday aman and kak mis
12. Hanamasa. Birthday azhan (poe)
13. Strudle. Birthday apai.
14. Futsal piala education malaysia. No 5.
15. Abg nash datang indonesia.
16. Jalan2 bandung.
17. blok 6 fail, kantoi. Tapi dah re test. Insya Allah past.. positive. :)
18. Pru. Alhamdulillah semua dah selesai. Insya Allah next time.. positive..
19. Malaysia festival. Kedutaan besar malaysia.
20. Smbutan birthday batch 2013. Rumah jalan menteng.

So. Itulah serba sikit mengenai diari den sepanjang 2 bulan ni. Banyak sangat2 hikmah yang Allah tunjuk kat den. Friendship. Ujian. Adab. Masalah hati. Istiqamah.semangat hidup. Again. Tq Allah.

Buat cikgu2 den. Tadika pasti al ukhuwah, Taman matahari. Sekolah kebangsaan kluang barat. Sekolah tinggi kluang. Sekolah menengah sains seremban. International education centre (intec). Ukrida indonesia. Syukran jiddan. Terima kasih bnyak2 kat cikgu2. Sebab kerana ilmu2 yang cikgu2 curahkan kepada den. Minta maaf banyak2 kat cikgu sebab kenakalan den selama di sekolah and pusat belajar dulu. Mohon dihalalkan segalanya dan mohon doa agar ilmu2 diberkati Allah.

Kepada sahabat den, saudari adibah. Semoga terus kuat menghadapi ujian Allah. Ujian Allah yang hebat hanya untuk hambanya yang hebat. Kami semua mendoakan adibah terus kuat, cepat sembuh and dapat sambung perjuangan dalam medik. insya Allah. Amin

Sedikit mengimbau kisah nabi ayub. Selalu sangat bila datang ujian kat kita, kadang2 kita cepat untuk down, stres, and sedih. Tapi yang boleh up kan kita balik bila tengok nabi ayub. Time dia sakit, isterinya tanya kat nabi ayub. Wahai suamiku. Engkaukan seorang nabi. Jadi, mintalah kepada Allah supaya sakitmu disembuhkan. Apa jawapan nabi Ayub.

Wahai isteriku, kita mendapat kemewahan hidup selama 50 tahun. Sakitku ini baru 18 tahun, jadi aku malu untuk minta kesembuhan daripada Allah. Perh. Hebat tak hebat nabi ayub boleh bagi jawapan macam tu. Kalau den la. Sakit perut sikit dah tak boleh jalan dah, inikan 18 tahun. Allah. Hebatnya nabi ayub.

So.itu je buat masa ni.insya Allah, semoga semuanya dipermudahkan Allah. Semoga mak ababah and family semuanya sehat2 belaka dalam barakah Allah. Amin.. doakan kami. Skrg blok7. Semoga terus sukses.. yosh.. Bittaufiq wannajah geng2 semua..

Sekian. Sampai sini dulu. Assalamualaikum..










Friday, April 19, 2013

anniversary ke 22

Assalamualaikum. . Alhamdulillah.  Syukur kepada Allah kerana masih lagi hidup dalam keadaan sihat walafiat pada hari jumaat ni.. semoga iman dan taqwa kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa insya Allah. . :)

Ok. Pasal anniversary ni. Bukan den punya anniversary sebab den masih single lgi.. ha. Tapi anniversary yang den nk kongsi ialah anniversary mak dan abah den yang ke 22 tahun semalam, 18.4.2013. Alhamdulillah.  Den pun akan sampai umur 21 tahun ini., so dah 22 tahun mak dan abah bersama sejak dorg ditakdirkan Allah menikah pada tanggal 18.4.1991.

So. Den sebagai anak yang sulong bersama2 adik2 yang lain :

Sentiasa mendoakan agar ayahanda dan bonda sentiasa dalam keadaan beriman dan taqwa pada Allah.
Sentiasa mendoakan agar ayahanda dan bonda sentiasa dalam keadaan sihat  walafiat.
Sentiasa mendoakan agar ayahanda dan bonda sentiasa dimurah rezeki oleh Allah.
Sentiasa berharap agar ayahanda dan bonda sentiasa tabah dan cekal hadapi segala cabaran hidup.
Sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh untuk ayahanda dan bonda.
Sentiasa berusaha memberikan kebahagiaan kepada ayahanda dan bonda.
Sentiasa berdoa agar ayahanda dan bonda selamat di akhirat dan di dunia.
Sentiasa berdoa agar ayanhanda dan bonda sentiasa happy
Sentiasa berdoa agar ayahanda dan bonda selamat dari segala azab, hisab dan stret ke jannatul firdaus Allah..

Macam 2 benda dah terjadi selama 22 tahun ni kan, so. Semua itu pastinya telah ditetapkan cantik oleh Allah dan pastinya ada pelbagai hikmah yang kita masih tak tahu..

So. Happy anniversary drpd anakmu.. takdelah jauh sgt pun kat indonesia ni.. hehe. Doakan anakanda berjaya menjadi seorang doktor muslih yang dapat berbakti kepada ummah.

Salam jumaat. Wassalam. . :)

Thursday, April 11, 2013

Politik2..

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. masih dapat bernapas lagi kita hari ini, tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk ramadan kan.. hee, rasa sekejap jek dah nak smpai balik dah bulan barakah ni.. insya Allah.

so, insya Allah, semoga kita sentiasa menjadi seorang yang lagi baik dari semalam, berusaha istiqamah kepada Nya..

ok, so, menjelang musim2 politik yang sangat hangat kita dengar kat Malaysia ni kan, saat pemilihan kerajaan baru setiap 5 tahun, so, pilihan raya negara akan dilangsung insya Allah akhir bulan 4 atau 5 ni.. so, berkaitan dengan politik, sesiapa yang pernah baca pasal komen dr Muhaya pasal politik ni, walaupun ramai juga yang berpendapat malas nak ambil tau pasal politik, sebab politik ni kotorlah, tak faham la, and sebagainya, but sebagai rakyat Malaysia, seharusnya setiap warganegara mengambil tau serba sdikit pasal politik. lagi2 bab memilih pemimipin negara, sebab setelah kita pilih and undi dia, kita bertanggungjawab dengan pilihan kita tu, bukan main2 untuk pilih pemimpin.

so, den nak kongsi sikit pasal cerita abu Dzar, kisah ke 3 daripada buku secara ringkas la ea..

Abu Dzar berasal dari suku Ghifari, bila dengar pasal Ghifari ni jek, semua kabilah2 arab mesti cuak perut la, sebab puak ni taiko besar la dengan geng2 perampok dan gengster yang dorang ada. but, Abu Dzar dapat hidayah Allah dan bertemu nabi, and akhirnya masuk Islam dan merupakan antara orang terawal masuk Islam.

Semangat gangster kat Abu Dzar ni hebat, dia lepas masuk Islam, terus jerit kuat2 yang dia masuk Islam kat tgh2 penduduk mekah tu, and last2 kena belasah dengan orang2 arab jahiliah, so, nabi kate, balik la dulu and bila sampai masa, kau boleh sebar Islam secara terang-terangan. so, Abu Dzar balik la ke suku Ghifari.

Abu Dzar sangat hebat sebab bila dia balik, die terus sebar kat  penduduk Ghifari pasal Islam dan semakin ramailah penganut Islam daripada puak Ghifari.

nak di jadikan cerita, banyak nasihat2 nabi yang nabi dah bagi kat Abu Dzar sebelum nabi wafat, antaranya..

7 Pesan nabi kepada Abu Dzar.. kata abu dzar..

1. Aku disuruh mencintai org2 miskin dan dekat dengan mereka. 
2. Aku disuruh melihat orang yg lebih rendah dariku dan tidak melihat org yang di atasku.
3. Aku disuruh untuk tidak meminta sesuatu kepada orang lain. 
4. Aku disuruh menyambung silaturrahim. 
5. Aku disuruh mengatakan yang benar meskipun pahit. 
6. Aku disuruh untuk tidak takut pd cercaan sesiapa pun ketika menegakkan agama Allah. 
7. Aku disuruh bnyk mengucapkan laa haula walaa quwwata illa billa ( tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah )


and nabi pernah berpesan, akan sampai satu zaman nanti, apabila kuasa jabatan dikuasai oleh pemimpin yang suka pada harta dan pangkat semata2. 

maka, janganlah engkau mengangkat pedang tetapi berilah nasihat dengan berhikmah. 

so, nabi dah tau dah, nanti politik selepas nabi wafat jadi macam mana, so, its happen tak lama pun setelah nabi wafat, bermulanya zaman yang nabi cerita tu ketika zaman saidina Uthman al-Affan. 

and Abu Dzar pun memainkan lah peranannya untuk membawa kembali pemimpin2 Islam yang taksub dengan harta dan pangkat supaya kembali ke pangkal jalan, dan memikirkan amanah jabatan yang mereka pegang itu. 

selaku pemimpin, "dia akan berasa kenyang setelah rakyatnya kenyang dan dia dahulu perlu merasa sakit sebelum rakyatnya berasa sakit." Itulah pemimpin yang amanah.

so, itu sahaja entry kali ini, politik sememangnya sebahagian daripada Islam. Kotor bersihnya politik kerana kita yang membuatnya sama ada mengikut landasan Islam atau pun sebaliknya. 

ok, selamat mengundi untuk warga Malaysia yang dan cukup umur, jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, semoga Malaysia semakin hebat di mata dunia kerana Islamic Value yang akan dibawa, insya Allah.. :)

wassalam.. :)


Wednesday, April 3, 2013

exam2.

Bismillah..

Assalamualaikum and selamat pagi semua.. oraite, Alhamdulillah, masih bernapas lagi kita pagi ni yek, walaupun suara den agak serak2 basah skrg ni, haha, insya Allah semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat jasad dan iman.. Amin

oraite, simple post untuk kali ni, saja nak cerita2 pengalaman masuk  ke alam real untuk medical student, Alhamdulillah, dah masuk blok 5 ni, and this is the first blok yg real punya untuk medical topic, sebelum ni just etika, biologi and etc, but blok 5, anatomi, fisiologi, histologi, biochem, serentak terus sebulan jek.. haa, so, for the beginner macam den ni, memang agak terkejut tapi tak pe, insya Allah kami semua positif dan boleh.. hee

so, minggu ni dah masuk minggu exam, stret 5 hari exam, praktikum, skill lab, pleno, dan integrasi 2, so, petang ni last ujian praktikum untuk biochem, so, sempat la update pagi ni, hee, so, dalam minggu2 exam ni, sempat baca kisah2 sahabat nabi, and dapat semangat yang power bila baca kisah sahabat yang the first ni.

 insya Allah perkongsian pagi ni, pasal seorang hamba Allah yang sangat2 hebat dalam buku yang den mempunyai mission untuk habeskan buat masa ni, kisah 60 orang sahabat2 nabi, the first sahabat ialah Musy'ab bin Umair dengan gelaran, duta Islam yang pertama..

Hebatnya Musy'ab ni, sebab apa, dah lah kaya, handsome, pandai, menjadi pujaan orang ramai, and bila dia masuk Islam, dia sanggup tinggalkan ibu dan kekayaan dia demi Allah dan Rasulullah. Nabi memilih dia menjadi duta Islam pertama ke Madinah untuk ajar orang2 Madinah pasal Islam. and yes, pilihan nabi pastinya tak salah, masa datang madinah, ada 12 orang je orang Islam and the next year dah menjadi seramai 70 orang Islam atas dakwah Musy'ab ini.

Kerana Musy'ab lah, nabi dapat berhijrah ke Madinah dan berlaku peristiwa Hijrah tu, kalau bukan kerana Musy'ab yang menjadi duta time tu, agak2nya dapat ke Nabi berhijrah dan diterima Islam tu kalau nabi hijrah juga..?, so, jasa dan pengorbanan Musy'ab sangat2 besar kepada Islam sebab bila nabi hijrah, penduduk madinah dah sedia untuk terima nabi time tu.

Hebatnya musy'ab ni, lagi2 bila tiba kewafatan dia time perang Uhud, bila tentera panah muslim di serang musuh, keadaan tentere Islam genting dan musuh berpeluang  nak serang nabi time tu. time ni lah Musy'ab bangkit dan melaungkan Allahu Akbar dan terus halang daripada nabi diserang. sebelum tu, nabi tanya, siapa nak pegang bendera Islam time perang, and Musy'ab ke depan dan rela memegang panji Islam. and for sure, bila perang, musuh mesti target orang yang bawak panji sebab bila bendera atau panji jatuh je, so, pihak tu dikira kalah.

so, time perang, tangan kanan Musy'ab di potong musuh, and dia still pegang panji dengan tangan kiri dia. then, tangan kiri Musy'ab pulak dipotong musuh, and dia tetap pegang panji dengan bahu dan siku dia, and lastly, Musy'ab ditusuk tombak di dada dan syahidlah dia di medan perang Uhud. SubhanaAllah, hebatnya dia bermati-matian berjihad semata-mata untuk selamatkan nabi time tu.

so, nilah serba sikit pasal Musy'ab, moral of the story, kita pun ialah duta Islam pada hari ni,walaupun kita tak sehebat Musy'ab dan sahabat2 yang lain, tapi kita tetap ummat yang mengikut ajaran Nabi dan sahabat2nya, so, sama2lah kita pastikan kat mana pun kita ada,, apa yang kita buat, semua melambangkan akhlak dan peribadi Nabi kita s.a.w. sebab takde peribadi dan akhlak terunggul melainkan akhlak nabi.

insya Allah, itu sahaja untuk this time, doakan kami untuk next exam, salam Mujahadah untuk semua, Assalamualaikum.. :)