Jom Follow...

Thursday, April 11, 2013

Politik2..

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. masih dapat bernapas lagi kita hari ini, tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk ramadan kan.. hee, rasa sekejap jek dah nak smpai balik dah bulan barakah ni.. insya Allah.

so, insya Allah, semoga kita sentiasa menjadi seorang yang lagi baik dari semalam, berusaha istiqamah kepada Nya..

ok, so, menjelang musim2 politik yang sangat hangat kita dengar kat Malaysia ni kan, saat pemilihan kerajaan baru setiap 5 tahun, so, pilihan raya negara akan dilangsung insya Allah akhir bulan 4 atau 5 ni.. so, berkaitan dengan politik, sesiapa yang pernah baca pasal komen dr Muhaya pasal politik ni, walaupun ramai juga yang berpendapat malas nak ambil tau pasal politik, sebab politik ni kotorlah, tak faham la, and sebagainya, but sebagai rakyat Malaysia, seharusnya setiap warganegara mengambil tau serba sdikit pasal politik. lagi2 bab memilih pemimipin negara, sebab setelah kita pilih and undi dia, kita bertanggungjawab dengan pilihan kita tu, bukan main2 untuk pilih pemimpin.

so, den nak kongsi sikit pasal cerita abu Dzar, kisah ke 3 daripada buku secara ringkas la ea..

Abu Dzar berasal dari suku Ghifari, bila dengar pasal Ghifari ni jek, semua kabilah2 arab mesti cuak perut la, sebab puak ni taiko besar la dengan geng2 perampok dan gengster yang dorang ada. but, Abu Dzar dapat hidayah Allah dan bertemu nabi, and akhirnya masuk Islam dan merupakan antara orang terawal masuk Islam.

Semangat gangster kat Abu Dzar ni hebat, dia lepas masuk Islam, terus jerit kuat2 yang dia masuk Islam kat tgh2 penduduk mekah tu, and last2 kena belasah dengan orang2 arab jahiliah, so, nabi kate, balik la dulu and bila sampai masa, kau boleh sebar Islam secara terang-terangan. so, Abu Dzar balik la ke suku Ghifari.

Abu Dzar sangat hebat sebab bila dia balik, die terus sebar kat  penduduk Ghifari pasal Islam dan semakin ramailah penganut Islam daripada puak Ghifari.

nak di jadikan cerita, banyak nasihat2 nabi yang nabi dah bagi kat Abu Dzar sebelum nabi wafat, antaranya..

7 Pesan nabi kepada Abu Dzar.. kata abu dzar..

1. Aku disuruh mencintai org2 miskin dan dekat dengan mereka. 
2. Aku disuruh melihat orang yg lebih rendah dariku dan tidak melihat org yang di atasku.
3. Aku disuruh untuk tidak meminta sesuatu kepada orang lain. 
4. Aku disuruh menyambung silaturrahim. 
5. Aku disuruh mengatakan yang benar meskipun pahit. 
6. Aku disuruh untuk tidak takut pd cercaan sesiapa pun ketika menegakkan agama Allah. 
7. Aku disuruh bnyk mengucapkan laa haula walaa quwwata illa billa ( tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah )


and nabi pernah berpesan, akan sampai satu zaman nanti, apabila kuasa jabatan dikuasai oleh pemimpin yang suka pada harta dan pangkat semata2. 

maka, janganlah engkau mengangkat pedang tetapi berilah nasihat dengan berhikmah. 

so, nabi dah tau dah, nanti politik selepas nabi wafat jadi macam mana, so, its happen tak lama pun setelah nabi wafat, bermulanya zaman yang nabi cerita tu ketika zaman saidina Uthman al-Affan. 

and Abu Dzar pun memainkan lah peranannya untuk membawa kembali pemimpin2 Islam yang taksub dengan harta dan pangkat supaya kembali ke pangkal jalan, dan memikirkan amanah jabatan yang mereka pegang itu. 

selaku pemimpin, "dia akan berasa kenyang setelah rakyatnya kenyang dan dia dahulu perlu merasa sakit sebelum rakyatnya berasa sakit." Itulah pemimpin yang amanah.

so, itu sahaja entry kali ini, politik sememangnya sebahagian daripada Islam. Kotor bersihnya politik kerana kita yang membuatnya sama ada mengikut landasan Islam atau pun sebaliknya. 

ok, selamat mengundi untuk warga Malaysia yang dan cukup umur, jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, semoga Malaysia semakin hebat di mata dunia kerana Islamic Value yang akan dibawa, insya Allah.. :)

wassalam.. :)


No comments:

Post a Comment