Wednesday, December 18, 2013

Badminton Championship 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sama merafaqkan syukur pada Allah kerana nikmat Islam, Iman, dan nikmat hidup di atas muka bumi Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam barakah Allah, insya Allah Amin..

ok, imbas balik bulan lepas, merupakan bulan yang sangat memorable bg den, sebabnya bermacam pengalaman dan pengajaran yang Allah bagi kat den. Alhamdulillah. bermula dengan blok 12 yang memang dikatakan killer blok oleh dosen (lecturer) dan senior2, sekejap sahaja berlalu blok 12 selama 6 minggu. yup, memang susah dan hebat pelajaran di blok 12, sebab first time belajar pasal penyakit, parasit, pbl pun dah start banyak termasuk obat2 yang kena bagi, farmakologi, ilmu anak, mikrobe dan sebagainya, dengan bahan yang banyak dan tugasan, itu yang buatkan blok 12 ni sangat mantap. hee. Alhamdulillah, selesai blok 12, skrg kami di blok 13, mengenai tumbuh kembang (growth). den mohon doa moga2 kami semuanya lulus semua blok di sem 3 ni, bersih blok dan move on untuk next sem insya Allah amin.

ok, di tengah2 blok 11 tu, den dapat info dari kawan den yang ada pertandingan badminton open kat Universitas Indonesia, UI Depok, Jawa Barat. so, den decide la untuk join badminton ni, tapi den nk tunggu jadual blok 12 keluar dulu, takot2 nanti bentrok (serentak) dengan kelas, or praktikum, or exam. so, bila dah tengah2 bulan 11, dan dah masuk second week untuk blok 12, den baru teringat pasal badminton championship tu balik.

time tu 4 haribulan 11, den teringat kat pertandingan tu, den cek jadual blok 12 and tengok2, memang boleh untuk join dan tercetus dalam hati time tu, kalau ada rezeki, ada lah nk join, kalau takde rezeki, lain kali la kot. so, selepas solat magrib, den mesej la manager utk badminton championship tu untuk tanya boleh tak masuk lagi pertandingan ni. time tengah2 makan nasgor (nasi goreng) tu, manager tu reply mesej and kata, ye, pendaftaran masih dibuka. fuh, time tengah makan tu, Alhamdulillah, syukur sangat2 kat Allah, sebab Allah gerakkan hati den untuk try mesej manager tu.

then, den tanya lagi, bila tarikh last untuk daftar, since time tu dah maghrib kan, and manager tu reply, harini last day untuk daftar. fuuhhh, Alhamdulillah sangat2 den rasa, Allah gerakkan hati den untuk mesej dan tup2 haritu hari last untuk daftar, syukur2 sangat2 dipermudahkan Allah.

den balik rumah, and lepas Isyak, terus daftar on9, bookin untuk main single mahasiswa, guna nama ukrida tu. haha. Alhamdulillah setel daftar. esoknya 5.11 den bayar dan ready untuk pg Depok 17.11 untuk briefing. so, 17.11 tu den pg briefing kat depok and dapat jadual perlawanan. ada 68 orang pemain time tu and den sorang jek Malaysian. hee. semuanya kebanyakan dari kelab2 badminton dan wakil2 universiti masing2.

and bila den buka2 buku jadual, first match den ialah lawan dengan top 8 yang menang pertandingan badminton ni tahun lepas. haha, time tu berdebar rasa, first match kot, lawan top 8 dah. haha, time rasa, aish, takkan nak kalah awal kot. haha, so, memang berdebar, tapi nak buat macam mana, undi dah kena nama den. so, den sahut cabaran ni.. ceeeiii

so, hari den lawan, 24.11 hari khamis tu, den lawan petang. den datang lebih kurang sejam awal. so, den masuk dalam dewan nak tengok la macam court international ni. SubhanaAllah, perh, mantap kot, memang court international, lampu tak silau, memang macam kita tgok kat tv la court dia, dalam dewan tu ada 6 court. so, bila sampai giliran den, den pun masuk tempat lawan, tingkat bawah, den pun pijak la nak try2 court international. haha, memang lain la kalau main biasa2 kat intec or main kat ukrida ni. he.

den, bila tunggu2 punya tunggu, rupanya lawan den yang top 8 tu tak datang2 lagi, lepas panggil 3x oleh pengadil, last2 den diumumkan menang. yeahhh.. Alhamdulillah sangat2, pergi next round free.. haha, rezeki time tu, menang dengan top 8 tu, haha,

lepas tu, den lawan lagi untuk round 3, esoknya. sama jugak, den jumpa dengan pemain dari kelab badminton. so, mind set nya, kalau budak2 yang training kat kelab badminton ni, memang power la kan, plus, ayah dia pulak salah sorg jurulatih kat kelab tu. den dapat info ni dari seorang mak cik ni, dia pun bawak anak dia masuk pertandingan tu, mak cik ni antara orang yang minat badminton jugak la, and dia sangat baik and selalu bagi sokongan kat den.

so, den pun lawan dengan dia untuk harini, SubhanaAllah, main kat international untuk first time, best giler rasanya. haha, peluh lambat betul nk keluar. haha, so, den lawan dengan budak ni, 3 set ktrg main. first set dia menang mudah, second set den pulak menang mudah. last set tu, perh, dah jadi tumpuan dah ktrg time tu, sebab main lama sangat. haha, padahal takde lah mantap sangat pun. haha. lastnya Alhamdulillah, rezeki den jugak kali ini, den menang tipis, 25-23. Alhamdulillah sangat2, den masuk next round, round 4.

esoknya, masuk round 4, tinggal 16 orang jek daripada 68 orang yang akan bertanding. kalau lepas, akan masuk top 8, next top 4 and juara. so, time ni pun sama, den datang awal jugak untuk ready2 and panaskan badan. den pun masuk bila nama dah dipanggil. mulanya lawan den ni, rahmat nama dia, takde dalam court, so ingatkan boleh menang free lagi ni. haha, tapi last2 rahmat ni datang jugak. rahmat ni daripada Universitas Negeri Jakarta, (UNJ). so, bila lawan punya lawan, akhirnya den kalah mudah dengan rahmat ni. sangat mantap cara permainan dia, dan den pun sedar yang den masih belum sampai tahap macam tu lagi. akhirnya tamat la perjalanan den untuk badminton championship ni, sebab sistem dia kalah mati, so, den kalah di round 4, so, sampai situ jelah akhirnya.

Alhamdulillah, sangat2 best pengalaman main international game ni, banyak kisah2 yang terselit yang menjadi kenangan den, antaranya :

1. Perjalanan dari rumah nak pg depok ni tak de la jauh sangat, tapi memenatkan la jugak. den start naik bus Kopaja dari depan rumah sampai ke Citraland. lepas tu turun untuk naik bus way pulak pergi ke stesen Cawang. dari Cawang, amek tren untuk pergi ke Ui. so, route tu den ulang alik setiap hari sepanjang den bertanding. kurang lebih jalan dari rumah nak pergi sana jek dah amek masa 2 jam. so, sangat best pengalaman ni. hee

2. den masuk dengan tiket ukrida, tapi nama den kan Muhammad. so, wasit (refree)2 and player2 termasuklah makcik yang den jumpa tadi tu, dorg curioslah and lastly dorg tanya den, "kamu ini namanya Muhammad, kok universitasnya kristen.?", haha, so, time ni den explain la den dari malaysia, mahasiswa jek di ukrida, bukan masuk agama kristen pun, so, just amek tiket ukrida jek untuk join. he, den dapat lah jugak kenal dengan orang2 local kat pertandingan tu. sangat best time tu.

3. den first time masuk pertandingan ni, so, bila tengok player2 lain, semua set lengkap, baju memang ada nama kat belakng, tulis Indonesia lagi, memang nampak macam player negara masing2 la kan. tapi den pakai baju futsal time tu, haha, peraturan dia kena pakai baju sukan ada nama kat blkg, so den pakai la baju futsal. tup2, bila masuk round 3, tu, den kena panggil dengan ketua refree, kena tukar baju sebab tak sesuai, "kamu mau main badminton, bukannya futsal" haha, terus kena tukar baju lain, nasib baik ada baju lain time tu. and kne conteng nama den Muhammad, kat belakang baju tu, guna marker pen. haha

4. lagi satu, kalau kita tgok international game, dorang kan akan bawak beg besar2 dengan reket 2 3, pastu letak kat kotak tepi court tu, haha, den bawak satu reket jek, air and tuala kecik satu. haha, time tu rasa kecik and kelakar sangat la. haha, sangat2 tak proper kot, den tergelak jek sorang2 bila masuk court tu bawak barang2 tu, hehe.

5. den, bila masuk round 4, sebab dah kne tgur kan tak boleh pakai baju futsal, den pun pikir la, nak buat macam mana ni, baju memang dah takde, haha, last2, den amek baju hitam, den tampal jek nama den kat baju tu guna kertas. haha, kesian yang amat and malu jugak la. haha, tapi nak buat macam mana, itu jek cara yang tinggal, so terpaksa la, haha. den tersipu2 malu masuk court time lawan last tu. haha.

6. he, Alhamdulillah, selesai pertandingan tu, den pun fokus balik untuk blok 12, sebab habis jek minggu tu, terus exam. haha, so, semoga nilai akhir nanti, den and kawan2 batch 2012 semuanya lulus semua blok and masuk next sem. Amin..

den sangat2 berterima kasih pada mak abah, family, abg majdi dan kawan2, termasuklah kawan den ukrida, senior den yang tolong jadi coach untuk den, free2 jek, haha, tq sgt2, sebab sentiasa support den and akhirnya den dapat rasa pengalaman masuk pertandingan international macam ni. Alhamdulillah.

so, harini cuti, insya Allah lepas ni akan cuti 2 minggu, masih plan lagi nak pergi jalan2 mana, since kawan2 ramai yang akan balik Malaysia, kirim salam rindu pada Malaysia. haha. insya Allah akhir bulan 1 nanti kita jumpa ea Malaysia.

sebelum tu, ayat untuk kali ini, surah Al - Araf, 179. sama2 kita tadabbur.. :)

Dan sesungguhnya Kami. jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 

sekian dulu untuk kali ni, jazakallahu khaira khathira.. salam mujahadah, Assalamualaikum. :)

Friday, November 1, 2013

indonesia season 5

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. masih bernyawa, dikurniakan nikmat hidup, Islam, Iman dan tak terhingga nikmat Allah itu.. Alhamdulillah syukur..

so, harini 1.11.2013, hari jumaat, cantik tarikh tu, ahaa, mungkin menjadi kenangan balik bila den baca post ni, sebab harini tiba2 pam air kat rumah buat hal. rosak and kami semua terpaksa mencari sumber air yang lain untuk mandi.. aha, contohnya ada yang mandi kat masjid.. dan ada juga yang mandi di rumah member jiran yang berdekatan.. haha, cabaran untuk hari ini..

ok, sedikit update.. Alhamdulillah, selesai kami semua di blok 10 dan 11 yang lalu. sekejap sahaja masa dah hampir 2 bulan lebih lepas balik dari cuti raya kemarin. sekarang den dan batch 2012 sedang dalam blok 12, blok yang dikatakan killer blok untuk student2 ukrida ni. jumlah kelulusan tak sampai 50% pun. hurmm
memang cuak pada awal2 nya bila dengar macam tu dari senior2..

tapi, Alhamdulillah, bila dah masuk blok 12 ni, quite ok lagi la, a little bit rasa cuak tu memang ada sebab subjek semuanya baru2, patologi anatomi, farmakologi, mikrobiologi, ilmu kesehatan anak, dan sekitarnyalah, hee, so far so good sebab mungkin tak masuk praktikum lagi, so rasa masa pun masih banyak lagi. kan, sampai boleh update lagi ni untuk kes takde air ni.. hehe

Alhamdulillah, sementara tu, nak wish birhday untuk tok mon yang kat kampung, Selamat Hari Lahir Tok Mon, semoga sentiasa dalam barakah Allah. doakan cucunda berjaya menjadi seorang dokter muslih yang sentiasa membawa value2 Islam dalam kehidupan.. insya Allah Amin..

so, aktiviti yang telah dijalankan sepanjang di sini.. :

1. Hari raya AidilAdha di Malaysia Hall
2. Jalan2 bandung dengan Aisar
3. Program di Taman mini, Bogor, Depok,
4. Makan bersama Exco Johor di restoran Nasi Padang
5. Makan bersama KJ, Menteri Belia Sukan
6. Makan bersama Dato Fadhilah, Menteri Kerja Raya
7. Wow 2013
8. Umce 2013
9. Futsal ukrida open

Salam Jumaat buat semua, selamat ber Kahfi.. semoga sentiasa dalam keadaan positif.

Sedikit perkongsian.. : antara doa untuk kuat ingatan : surah Al-Isra, ayat 70 ( 17:70)

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan

letakkan tangan di atas kepala dan bacalah doa ini.. insya Allah semoga dipermudahkan untuk kita ingat akan ilmu Allah Taala..

salam mujahadah.. Assalamualaikum..

Monday, September 9, 2013

Indonesia season 4

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. atas nikmat Allah. Islam, Iman, dan segala-gala yang telah dicukupkan Allah pada kita atas dunia yang sementara ini.. :)

orait.. agak disebabkan masa yang agak padat.. den sempat nak update sikit2 mengenai life di Indon buat masa ini lah.. hee.. so, jom recap.. Bismillah..

1. Alhamdulillah selesai sem 2 ukrida (first year medic) - bulan 7
2. trip to manipal..
3. puasa dan beraya di rumah dan sedara mara
4. konvoi ex Stk..
5. jalan-jalan melaka bandaraya bersejarah
6. Pergi jemputan kahwin saserian.. ( Naif dan Ifwat )
7. tengok2 barang kat Johor Premium Outlet (JPO)
8. Jalan2 Legoland (120 per entry)
9. Program Motivasi form 4 (route of reality) - smk zon r1 wangsa maju
10. pergi jemputan akak Aman kahwin.
11. mandi manda di gunung lumut, Kluang
12. santai kat kampung, makan durian sampai demam panas.. hee
13. open house rumah Aizul, trip to taman negara pahang.
14. selamat smpai ke indonesia  untuk 2nd year..
15. selesai (wow) wonderful orientation weekend untuk junior ukrida 2013.

Alhamdulillah.. rasanya inilah serba sedikit pengalaman yang telah den dapat sepanjang sem lepas dan yang latest ini. semoga diberkati Allah semuanya..

ok, kalau kat indonesia ni, Alhamdulillah den pernah cerita dulu, kat sini ada taklim mingguan. so, semenjak dua menjak ni, taklim dah jarang diadakan sebab ramai penggerak dah mula sibuk dengan praktikal years. so, Alhamdulillah, kemarin, den sempat pergi taklim yang latest yang baru je dibuat bila ktrg sampai sini. so, den kongsi sikit pasal isi taklim tu..

1. Kita selalu doa kat Allah, semoga kita sentiasa mendapat kesehatan yang baik. dikuatkan tubuh dan jasad. mendapat yang baik2, cemerlang dalam hidup.. pernah tak kita doa kat Allah, semoga kita mendapat sakit. fail, gagal, down dan lain2...? rasanya semua orang tak buat doa macam tu.. but, kita pernah tak rasa sakit. down, rasa give up, emo, dan lain2.. demam, batuk, denggi, lain2.. ?

kenapa Allah tunaikan benda2 yang kita tak minta pun.. and kadang2 Allah tak tunaikan benda yang kita selalu minta kat Allah.. hurm..

2. ok, ada seorang budak 5 tahun, dengan ayah dia, lalu kat sebuah kedai kereta. and then si anak tanya kepada si bapa..:

abah.. abah sayang adik tak..?? 
mestilah abah sayang adik.. kenapa adik tanya macam tu..??
ok, kalau abah sayang adik, adik nak kereta kat kedai tu.. sambil menunjuk ke arah kereta BMW
eh, adik tak sesuai lagi bawak kereta tu.. nanti abah belikan yang lagi ok untuk adik k..

and then si ayah membelikan kereta kontrol BMW untuk anaknya..

3. kadang-kadang bila kita minta sesuatu pada Allah, Allah tahu mana yang sesuai and mana yang tak sesuai untuk kita. sebab tu, kadang2 Allah tak bagi sesuatu yang kita minta tapi Allah gantika dengan yang lebih baik.. bukannya bermaksud Allah tak akan makbulkan hajat kita.. so, macam analogi kat no 2 tu, Allah la yang paling tahu keadaan dan kesuaian kita untuk mendapat sesuatu benda yang kita hajati..

4. bila kita berdoa, kalau dimakbulkan terus, boleh jadi benda yang kita dapat tu membawa kebaikan atau sebaliknya.. macam contoh no 2 tadi, kalau si ayah terus membelikan kereta BMW tu pada anak dia, so, si anak mestinya happy sebab dapat benda yang dia minta, tapi boleh jadi si anak tu akan kemalangan sebab sangat2 tak sesuai untuk bawak kereta BMW tu..

5. tetapi, kalau Allah tunda doa kita and Allah tunaikan di akhirat kelak, insya Allah benda gantian yang Allah bagi itu tak memberi keburukan pun pada kita. plus, kita akan bersyukur pada Allah sebab Allah tunda permintaan kita tu sampai ke akhirat..

so, insya Allah, pointnya kat sini ialah, dont stop doa for Allah, la tahzan innallaha maana.. because we have nothing.. kita tak akan dapat hidup pun tanpa pinjaman daripada Allah. Allah yang bagi segala yang kita perlukan.. so, keep in mind that Allah will give the BEST for me and others..

sama2lah kita berdoa supaya saudara2 kita di luar sentiasa dalam perlindungan Allah, semoga kemenangan mutlak akan dimenangi oleh umaat Islam.. insya Allah.. Pray for Rabia.. and all muslims.. :)

itu sahaja, epy belated hari raya.. maaf zahir batin.. maaf atas segalanya. den juga manusia yang tak lari daripada melakukan kesilapan. minta ampun banyak2 kalau ada tersalah, termakan.. tersegalanya.. huu.

Doakan kami semua untuk terus berjuang.. salam mujahadah..  Assalamualaikum.. :)




Thursday, June 27, 2013

sekilas sebelum ramadhan

Bismilillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak pernah putus-putus kepada hamba-hambaNya.. 

1. insya Allah tahun ini pertama kalinya akan merasa menyambut ramadhan di negara jiran, indonesia. khabar angin mengatakan sambutan ramadhan kat sini sangat meriah, so, insya Allah, sangat-sangat menanti kehadiran ramadhan tahun ini. 

2. Alhamdulillah hari ini hujan kat jakarta, walaupun sekejap, tapi sejuk la sikit bumi jakarta lepas kes jerebu kemarin. Alhamdulillah, rasanya jakarta ni tak lah seteruk jerebu di malaysia, tapi jerebu kat sini sebab pencemaran-pencemaran lain. huu.. sedih bila tengok.. Alhamdulillah, kat area kluang tu, tak lah seteruk tempat lain, macam muar contohnya, Alhamdulillah, rasanya johor pun dah turun hujan, so, insya Allah efek jerebu tu semoga cepat la hilang.. semoga family, ahli keluarga den dan warga malaysia semuanya sihat-sihat belaka hendaknya.. 

3. insya Allah minggu ini minggu yang agak hebat, 5 hari berjuang dengan exam, dari isnin lepas sampai jumaat nanti. Alhamdulillah di blok 8 sekarang, semoga lulus dengan jayanya untuk blok respirasi ni dengan semua malaysian ukrida 2012 lainnya. Last blok, blok 9, adalah blok yang di nanti-nanti, haha, sebab tiket balik malaysia pun dah dibeli, so, insya Allah, boleh countdown balik start sekarang.. hee.. smeoga jadual tak berubah-berubah la ye.. insya Allah..

4. sedar tak sedar, dah hampir setahun den dan kawan-kawan berada di sini. Alhamdulillah, pastinya setiap daripada kami ada hikmah sendiri yang dapat ditafsir oleh hati. 

5. Bagi den, sesiapa yang dah tengok video pasal BBC yang den post kat fb minggu lepas tu, yes, itulah memang kenyataan kehidupan warga indonesia. Menangisnya lelaki dari london tu, bukan sebab tak tahan hidup kat indonesia, tapi sedih tak terkata, melihat adanya orang yang sangat-sangat kuat, membuat kerja yang sangat-sangat berat, mengutip sampah setiap hari, lebih 100 buah rumah sehari, dengan upah tak sampai 100 ringgit malaysia sebulan, plus, menanggung family, anak seorang dan isteri. Seorang islam, yang menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim yang beriman pada Allah, hebat.. 

6. so, sangat-sangat rugi, bila kita dah berada di sesuatu tempat lain, tapi tak mengambil pengajaran dan hikmah bila kita berada di tempat tu. Allah tempatkan kita di indonesia misalnya, bukannya nak menunjukkan kita ni tak pandai sebab gagal exam a-level yang lepas, tapi untuk mengubah persepsi bahawa kejayaan yang Allah bagi pada seseorang sangat-sangat subjektif, bukannya sekadar melihat gred daripada sehelai kertas result. sesungguhnya perancangan Allah itu pastinya yang Terbaik. 

7. contohnya, seseorang yang dahulunya mungkin cepat terasa down, stress, lemah, monyok muka, cepat putus asa, tapi bila berada di tempat orang susah seperti indonesia, melihat mereka yang hari-hari bergelumang dengan sampah contohnya, mengutip tanpa selipar, sarung tangan lagi la.. tapi still dapt bergurau senda, sentiasa senyum, sihat walafiat dapat menjaga keluarga mereka dengan rezeki yang mencukupi. hu, takkan tidak terdetik rasa bersyukur pada hati bahwa kita masih diberikan nikmat yang sangat-sangat banyak dan lebih oleh Allah.

8. Kalau kita selalu mempersoalkan tentang kehidupan kita, rasanya kita seharusnya tanya la balik, siapa kita untuk mempersoalkan ke mana arah tuju kita kalau bukan semuanya di bawah kekuasaan Allah. tersenyum bila teringat satu pepatah ni, "manusia ni selalu berangan-angan, imaginasi, nak itu, nak ini, tapi hakikatnya, sesaat ke hadapannya pun, manusia itu tak tahu apa yang akan jadi kepadanya." 

9. insya Allah, bukan den nak kata salah untuk berangan-angan, silakan, cuma, den sedih bila melihat orang yang selalu melihat dirinya teruk dengan sebab yang sangat-sangat kecil. Bahkan rezeki dan nikmat yang Allah bagi, tak terkira banyaknya.. 

10. so, bebel dah panjang, secara ringkasnya, manusia ni, seteruk mana pun dia, segagal mana pun dia, Allah pasti dah tetapkan rezeki untuk dia. so, manusia pastinya mempunyai rezeki sebab Allah tak pernah kejam terhadap hamba-hambanya. ujian, cabaran, musibah, nikmat harus dilihat daripada sudut yang positif, insya Allah, bila jatuh, kita sedar kita lemah, bila naik, kita sedar Allah nak uji apa kita buat bila kita dapat nikmat yang berbagai-bagai ni.. syukur.. or not..?

11. so, den dah start dah dengar lagu-lagu raya. haha, begins with the end of mind. Bulan ramadhan akan tiba. lagu raya tu just sebagai simbolik den berjaya ditarbiyah di bulan ramadhan tahun ini, insya Allah.. mahukan sedikit tambahan dan istiqamah seperti ramadhan-ramadhan yang lalu. 

12. sama-sama kita mendoakan mujahidin-mujahidin di negara Islam yang masih ditimpa nikmat jihad fisabilillah oleh Allah, semoga tentera mujahidin berjaya memperoleh kemenangan. insya Allah bertubi-tubi doa akan menjadi senjata yang hebat bagi umat Islam. semoga kita sampai kepada ramadhan dan menyambutnya dengan mendekatkan diri kepada Allah, and lepas tu, keep on sampai next ramadhan.. k. insya Allah. 

salam mujadahah.. 26.6.2013. 11.39pm. indonesia.. :)



Tuesday, June 11, 2013

sweet 21

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada semua..

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih memberi kesempatan untuk hidup di dunia yang penuh barakah ini. Tajuk khutbah jumaat lepas mengenai menghargai umur yang diberi Allah. so, sempena sweet 21 tajuk kat atas tu, den cerita sikit kronologi prank yang den kena tahun ni.

malam 5 jun tu, den dan wan memang dah plan untuk makan berdua jek. macam biasa, wan bawa den ke tempat makan yang den belum pernah try lagi which is kali ni di Kemang, Restoran Payon. so, kami bertolak lepas asar ke Kemang. dalam perjalanan tu, aman mesej den and katanya dia tacing la dengan den sebab tak ajak dia makan sekali malam birthday den. sebab biasanya kami memang akan makan malam ramai-ramai. but malam tu, den makan dengan wan je. so, aman terasa.

sepanjang malam aman terasa sampaikan dia mesej den yang dia nak keluar rumah. but waktu tu den just  ignore la dulu sebab den nak setelkan kat rumah la. so,den dan wan pun jalan-jalan lepas makan di Payon, jalan di Kemang village, Lippo Mall kat jakarta selatan kalau tak silap den.

then, bila balik-balik, den tengok barang-barang atas meja study aman dah tiada. and pintu gerobok (almari) aman dah berkunci. so, agak menguji emosi and mental la time tu. haha, sepanjang den keluar dengan wan, memang den pujuk and rayu aman supaya tak keluar rumah, and bila balik-balik tengok barang semua dah takde, agak down la jugak. haha.

tiba-tiba, poe (azhan) datang and katanya nak ambil barang lebihan kat bilik aman. so, den just diam jelah. aman ada kat luar rumah time tu and dia kata dia nak bincang dengan den kat loteng tingkat 3 rumah ktrg. so, den pun naiklah atas tingkat tiga and agak speachless la bila tengok aman dengan muka sedih dia. hu, so den pun try la pujuk and pujuk aman.. and suddenly..

bergemalah "Allah selamatkan kamu.." haha, ramai-ramai kawan den dengan bawak kek coklat campur, keluar kat loteng tu. and den pun tengok aman dah gelak-gelak dah. cisdale, terkena lagi tahun ni. haha..

so, lepas tu ktrg pun ramai-ramai makan kek, wan and aman bagi hadiah special. tq so much korg. and hadiah kek dan prank pun sangat-sangat den hargai. tq korg semua, budak2 kopro siap datang walaupun jauh rumah dorg. huu, tq jugak kat kak mis dan abg Adib sebab bagi hadiah jugak kat den. dah besar pun dapat hadiah. haha., Alhamdulillah.. :)

Special hadiah berupa doa daripada family di rumah, alhamdulillah, terima kasih mak abah, mak tok, adik-beradik dan ahli keluarga den yang buat kenduri kat rumah, Amin atas doa, insya Allah.

macam tulah cerita nya serba sedikit untuk birthday den tahun ni. tq semua.

ok.. erm, den just nak kata, minta maaf sebanyak-banyaknya kepada family, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat semuanya, sebab den tau diri ini telah terlalu banyak membuat salah kepada anda-anda semua. maaf sangat-sangat sebab den kadang-kadang lupa, lalai, sampaikan mengabaikan mereka-mereka yang sentiasa menyayangi dan menyokong den sampai kini.

insya Allah, syukur pada Allah atas nikmat umur ini, kata seorang ulama apabila ditanya, kenapa kita masih diberi hidup hari ini, jawapannya, aku harini masih mempunyai banyak dosa dan Allah masih memberikan aku kesempatan untuk bertaubat. 

itulah serba sedikit mengenai sweet 21 ni, insya Allah den cuma mengharapkan hadiah doa daripada semua, semoga diri ini sentiasa dalam barakah Allah, dan supaya kita semuanya dapat bertemu di jannah firdaus Allah.. insya Allah amin.. :)