Jom Follow...

Friday, November 1, 2013

indonesia season 5

Bismillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. masih bernyawa, dikurniakan nikmat hidup, Islam, Iman dan tak terhingga nikmat Allah itu.. Alhamdulillah syukur..

so, harini 1.11.2013, hari jumaat, cantik tarikh tu, ahaa, mungkin menjadi kenangan balik bila den baca post ni, sebab harini tiba2 pam air kat rumah buat hal. rosak and kami semua terpaksa mencari sumber air yang lain untuk mandi.. aha, contohnya ada yang mandi kat masjid.. dan ada juga yang mandi di rumah member jiran yang berdekatan.. haha, cabaran untuk hari ini..

ok, sedikit update.. Alhamdulillah, selesai kami semua di blok 10 dan 11 yang lalu. sekejap sahaja masa dah hampir 2 bulan lebih lepas balik dari cuti raya kemarin. sekarang den dan batch 2012 sedang dalam blok 12, blok yang dikatakan killer blok untuk student2 ukrida ni. jumlah kelulusan tak sampai 50% pun. hurmm
memang cuak pada awal2 nya bila dengar macam tu dari senior2..

tapi, Alhamdulillah, bila dah masuk blok 12 ni, quite ok lagi la, a little bit rasa cuak tu memang ada sebab subjek semuanya baru2, patologi anatomi, farmakologi, mikrobiologi, ilmu kesehatan anak, dan sekitarnyalah, hee, so far so good sebab mungkin tak masuk praktikum lagi, so rasa masa pun masih banyak lagi. kan, sampai boleh update lagi ni untuk kes takde air ni.. hehe

Alhamdulillah, sementara tu, nak wish birhday untuk tok mon yang kat kampung, Selamat Hari Lahir Tok Mon, semoga sentiasa dalam barakah Allah. doakan cucunda berjaya menjadi seorang dokter muslih yang sentiasa membawa value2 Islam dalam kehidupan.. insya Allah Amin..

so, aktiviti yang telah dijalankan sepanjang di sini.. :

1. Hari raya AidilAdha di Malaysia Hall
2. Jalan2 bandung dengan Aisar
3. Program di Taman mini, Bogor, Depok,
4. Makan bersama Exco Johor di restoran Nasi Padang
5. Makan bersama KJ, Menteri Belia Sukan
6. Makan bersama Dato Fadhilah, Menteri Kerja Raya
7. Wow 2013
8. Umce 2013
9. Futsal ukrida open

Salam Jumaat buat semua, selamat ber Kahfi.. semoga sentiasa dalam keadaan positif.

Sedikit perkongsian.. : antara doa untuk kuat ingatan : surah Al-Isra, ayat 70 ( 17:70)

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan

letakkan tangan di atas kepala dan bacalah doa ini.. insya Allah semoga dipermudahkan untuk kita ingat akan ilmu Allah Taala..

salam mujahadah.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment