Wednesday, April 3, 2013

exam2.

Bismillah..

Assalamualaikum and selamat pagi semua.. oraite, Alhamdulillah, masih bernapas lagi kita pagi ni yek, walaupun suara den agak serak2 basah skrg ni, haha, insya Allah semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat jasad dan iman.. Amin

oraite, simple post untuk kali ni, saja nak cerita2 pengalaman masuk  ke alam real untuk medical student, Alhamdulillah, dah masuk blok 5 ni, and this is the first blok yg real punya untuk medical topic, sebelum ni just etika, biologi and etc, but blok 5, anatomi, fisiologi, histologi, biochem, serentak terus sebulan jek.. haa, so, for the beginner macam den ni, memang agak terkejut tapi tak pe, insya Allah kami semua positif dan boleh.. hee

so, minggu ni dah masuk minggu exam, stret 5 hari exam, praktikum, skill lab, pleno, dan integrasi 2, so, petang ni last ujian praktikum untuk biochem, so, sempat la update pagi ni, hee, so, dalam minggu2 exam ni, sempat baca kisah2 sahabat nabi, and dapat semangat yang power bila baca kisah sahabat yang the first ni.

 insya Allah perkongsian pagi ni, pasal seorang hamba Allah yang sangat2 hebat dalam buku yang den mempunyai mission untuk habeskan buat masa ni, kisah 60 orang sahabat2 nabi, the first sahabat ialah Musy'ab bin Umair dengan gelaran, duta Islam yang pertama..

Hebatnya Musy'ab ni, sebab apa, dah lah kaya, handsome, pandai, menjadi pujaan orang ramai, and bila dia masuk Islam, dia sanggup tinggalkan ibu dan kekayaan dia demi Allah dan Rasulullah. Nabi memilih dia menjadi duta Islam pertama ke Madinah untuk ajar orang2 Madinah pasal Islam. and yes, pilihan nabi pastinya tak salah, masa datang madinah, ada 12 orang je orang Islam and the next year dah menjadi seramai 70 orang Islam atas dakwah Musy'ab ini.

Kerana Musy'ab lah, nabi dapat berhijrah ke Madinah dan berlaku peristiwa Hijrah tu, kalau bukan kerana Musy'ab yang menjadi duta time tu, agak2nya dapat ke Nabi berhijrah dan diterima Islam tu kalau nabi hijrah juga..?, so, jasa dan pengorbanan Musy'ab sangat2 besar kepada Islam sebab bila nabi hijrah, penduduk madinah dah sedia untuk terima nabi time tu.

Hebatnya musy'ab ni, lagi2 bila tiba kewafatan dia time perang Uhud, bila tentera panah muslim di serang musuh, keadaan tentere Islam genting dan musuh berpeluang  nak serang nabi time tu. time ni lah Musy'ab bangkit dan melaungkan Allahu Akbar dan terus halang daripada nabi diserang. sebelum tu, nabi tanya, siapa nak pegang bendera Islam time perang, and Musy'ab ke depan dan rela memegang panji Islam. and for sure, bila perang, musuh mesti target orang yang bawak panji sebab bila bendera atau panji jatuh je, so, pihak tu dikira kalah.

so, time perang, tangan kanan Musy'ab di potong musuh, and dia still pegang panji dengan tangan kiri dia. then, tangan kiri Musy'ab pulak dipotong musuh, and dia tetap pegang panji dengan bahu dan siku dia, and lastly, Musy'ab ditusuk tombak di dada dan syahidlah dia di medan perang Uhud. SubhanaAllah, hebatnya dia bermati-matian berjihad semata-mata untuk selamatkan nabi time tu.

so, nilah serba sikit pasal Musy'ab, moral of the story, kita pun ialah duta Islam pada hari ni,walaupun kita tak sehebat Musy'ab dan sahabat2 yang lain, tapi kita tetap ummat yang mengikut ajaran Nabi dan sahabat2nya, so, sama2lah kita pastikan kat mana pun kita ada,, apa yang kita buat, semua melambangkan akhlak dan peribadi Nabi kita s.a.w. sebab takde peribadi dan akhlak terunggul melainkan akhlak nabi.

insya Allah, itu sahaja untuk this time, doakan kami untuk next exam, salam Mujahadah untuk semua, Assalamualaikum.. :)




2 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T

    Good luck exam dan button like utk sharing story tu. :) Nice shared mad!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam warahmatullah abg nash.. gud luck group leader.. hee. Insya Allah selamat sharing.. hee.

    ReplyDelete