Friday, April 13, 2012

Hasbunallah u waniqmal wakil..

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

ALhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan kudrat oleh Allah untuk den untuk terus berjuang memperbaiki diri menjadi hambanya yang bertaqwa,
sedikit sahaja untuk kali ini, pasal tajuk kat atas, Hasbunallahu waniqmal wakil, dalam Quran, ALlah sebutkan 2 kali jek ayat ini secara tepat, ayat yang sangat special untuk hamba2 nya yang berserah diri bulat2 secara total kepada Allah, satunya ketika perang Badar, Subhanallah, tentera Islam sangat la sedikit time tu, nak lawan dengan tentera mushrikin yang ramai, kelengkapan yang lengkap untuk perang, but still, umat Islam yang mempunyai semangat jihad yang tinggi terus menuju medan perang..

Yes, dalam perang ni, Umat Islam menemui kemenangan, apa yang menjadi senjata terulung umat Islam time tu, yeah.. sahabat2 pun tahu, DOA kepada Allah, semua tentera melafazkan HASBUNALLAHU WANIQMAL WAKIL, dan menyerahkan sepenuhnya nasib mereka kepada Allah, sehinggakan tentera mushrikin tidak menyangka2 yang mereka secara tiba2 melawan tentera yang berwarna putih yang merupakan malaikat utusan Allah, SubhanAllah, sangat POWWER senjata bernama doa..

yang kedua semasa nabi Ibrahim berdakwah dengan hanya menggunakan hujjah kepada kaum2 nya yang sembah berhala dan ikut nenek moyang mereka, yes, kata2 yang boleh dipakai untuk masa kini, apabila hujjah dilawan dengan hujjah, akhirnya hujah yang tidak boleh dilawan lagi akan dibalas dengan kekerasan, contohnya seperti kisah Nabi Ibrahim ni, bila nabi Ibrahim memberi hujah yang hanya menggunakan logik akal, walaupun dalam riwayat ketika itu mengatakan Nabi Ibrahim hanya berusia 16 ke 18 tahun, sehingga Raja pun kena ambil perhatian hanya dengan hujah2 yang diberikan oleh Ibrahim..

and then, bila hujjah nabi Ibrahim yang sememangnya benar itu tidak dpt disangkal lagi oleh kaumnya, akhirnya nabi Ibrahim dikepung oleh penduduk dan hendak dibakar, yup, bila hujah tidak dpt dibalas dengan hujah, kekerasan ialah jalan terakhir, apa yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim ketika itu, hanya ungkapan2 kata2 hikmat daripada Allah, HASBUNALLAHU WANIQMALWAKIl, Nabi berserah bulat2 kepada Allah n kemudiannya api pun mendapat perintah Allah dan jadilah ia sejuk ketika nabi Ibrahim dicampak kedalamnya..

SubhanAllah, sangat cantik mereka2 yang hebat, iman yang sangat teguh, ilmu sebagai dinding pemisah antara yang hak dan yang batil, kekuatan doa dan zikir yang tidak putus2 kepada Allah, menjadikan mereka hebat dan sesuailah JANNATUL FIRDAUS menjadi destinasi rehat mereka, ingatlah, syurga hanya tempat untuk org2 yang HEBAT, syurga hanya tempat untuk mereka yang mempunyai akhlak seperti ahli2 syurga..

so now, muhasah diri, den pun terkena sekali, bak kata ustazah Kurshiah, kalau satu hari kita buat satu dosa, dah berapa hari kita hidup atas dunia ini n cuba kira berapa banyak dosa dah kita buat smpai usia kita hari ini,, hurm.. ya ALlah, tp igtlah, Allah tidak jemu mengampunkan dosa hamba2 nya..

insya Allah, unit 6 lagi 10% lagi, still in progress, haha, jadual exam dah dpt, lagi 25 hari lagi lebih kurang, teruskan berjuang, orang yang berjaya ialah mereka yang berdepan dengan masalah dan ujian Allah, dan orang yang gagal ialah mereka yang hanya berlepas tangan dan lari dari masalah, insya ALlah, teruskan istiqamah, mujadahah hati dan seluruhnya kerana ALlah..

semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah tak kira yang dekat mahupun yang jauh, kerana bak kata seseorang, love is not about distance, but love is when you always remember HIM whereever you are.. ok, insya ALlah, nk buat balik unit 6, doakan den n rakan2 yang lain, gambatte.. yosh.. Assalamualaikum..

p/s:

surah Al-Anbia:69-79
surah Al-Imran:173

3 comments:

  1. saigo no saigo made, akiramenaide, gambatte!!! yg pnting, usaha hgga ke pengakhirannya, dan penyerahan diri sepnuhnya kpd Allah SWT..insyaAllah, akan beroleh baraqah..may Allah ease everything..Amin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, insya Allah, mintalah sesuatu daripada Allah dengan sabar dan solat, insya Allah Amin, syukran jiddan buat wan and fiqah serta mereka2 disekeliling yang sntiasa meyaport den dr belakang, Amin fiqah..

    ReplyDelete