Jom Follow...

Saturday, January 5, 2013

Sakit di Indonesia

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk masih bernafas pada hari ini walaupun sejak 2 hari ini, den menerima ujian kecil daripada Allah. yup, berkatian dengan tajuk post den kali ini, den menerima ujian kesakitan daripada Allah.

ok, inilah pengalaman den 2 hari lepas. Alhamdulillah, hari khamis lepas. 4.1.2013, den dan beberapa sahabat pun berbuka puasa di kedai makan Bak Mee Tg Duren, Indonesia. so, Alhamdulillah, kami pun ramai2 makan dengan enaknya. den macam biasa, layan nasi goreng tomyam plus ABC time tu. so, Alhamdulillah, lepas tu, den hirup habis tomyam wan and sulaiman. haha, punya la melahap time tu.

lepas tu lagi, den dengan yang lain2 layan ais krim pula kat kedai Ais krim. hee. selesai tu, kami pun balik rumah, menyambut kak mis yang baru tiba daripada malaysia. kak mis bagi ole2 berupa coklat. den memang hantu coklat. so, den makan la coklat Hershey yang berasal dari abu dhabi tu pun dengan agak banyak juga la. haha. Alhamdulillah..

lepas tu lagi, kami pun lepak2 sambil minum2 air jus sejuk and makan kacang di  Lawson, Kopro. so, nak dijadikan cerita, sepanjang magrib tu, Alhamdulillah den makan and minum jela. so, bila nak balik dari Lawson tu, perut den start memulas yang amat sangat. tersangat sakit time tu, plus kami berjalan kaki pulak tu balik dari Lawson ke rumah, tak de lah jauh sangat dengan rumah pun, tapi sebab sakit kan, so, terus terasa sakit.

Innalillah, mungkin ujian daripada Allah, perut den terus sakit, sepanjang malam, makanan tu pun tak nak keluar atas mahupun bawah, so dia maintain sakit dalam perut den. esoknya dah la ada PBL ( Problem Based Learning ) pkul 7.30 pagi. haha, so, den yang tidur sekejap2 sebab sakit, subuh di surau and menggagahkan jugak untuk pergi PBL jam 7.30 pagi tu. and den dah plan, den nak present paling awal, and den terus keluar and pergi ke Rumah Sakit Siloam.

Alhamdulillah, tq ibu Rina sebab sangat memahami den. den pun present first sekali dalam group and keluar ke Siloam. berbekalkan duit 20 ribu rp jek, den naik bajai dan terus ke Siloam. Sampai Siloam, den memang tak bawak duit sebab setiap student ada kad insurans kalau sakit di Siloam tu. tapi, Allah nak uji lagi sekali, kad tu tak boleh guna sebab tak aktif. den pertama kali guna kad insurans tu, and tiba2 tak aktif. so, den pun bertahan la sakit lagi buat seketika, den mesej wan untuk datang siloam, and bawak duit sekali untuk den pinjam dulu.

Alhamdulillah, wan sampai and den pun dapatlah berjumpa doktor umum. sakit perut den tu mungkin sebab banyak sangat acid dalam perut. so, bila dah sampai kaunter nak bayar, tiba2 harga ubat and harga upah dokter tu  agak mahal sampaikan wan pun tak cukup duit untuk bayar cash. so, kami pun contact Aman and Alhamdulillah, Aman sampai and bayar yang selebihnya.

Alhamdulillah, pergi Siloam jam 8.30 pagi, pkul 12 tghari baru semua selesai. so, perut den masih lagi sakit time tu tapi still gagahkan untuk balik and berehat kat rumah. tak nak stay hospital. haha. then, sampai di rumah and rest la di rumah aje. Alhamdulillah, makan ubat, makan bubur sikit, and ada muntah2 sikit malam tadi, and Alhamdulillah, pagi tadi, sakit den dah mulai surut but still ada rasa sakit2 sikit lagi sampai sekarang.

Alhamdulillah, inilah pengalaman pertama den sakit yang agak teruk Indonesia ini. den bersyukur sangat2 sebab adanya sahabat2 yang sentiasa menolong den setiap masa, senior2 pun ada datang melawat gak, seriusly terharu malam tadi, kak mis bagi pisang, wan and aman belikan bubur sup wantan, abg hanif, abg farid and abg azwan melawat, and kata2 semangat daripada Abg Azwam kat den :

Alhamdulillah, ingatlah sesungguhnya sakit itu sebagai kifarah (penghapus) bagi dosa-dosa kita. 

Terima ksaih banyak2 buat orang2 rumah den, wan, aman and apai terutamanya yang jaga den, teman pergi siloam sama2, belikan makanan semua, selimutkan, ambilkan air and ubat, papah den time jalan.. huhu, tacing tiba2. huu..

so, Alhamdulillah, akhir kata, jagalah kesihatan kita sama2, bersyukurlah kita yang masih dalam keadaan sihat kerana nikmat kesihatan tu Allah boleh ambil bila2 masa jek. and, kalau kita ditimpa dengan sebarang kesakitan, yakinlah bahwa itu bukan bala untuk kita, walhal itulah salah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kita yang lampau, supaya nanti insya Allah kita sampai ke dunia akhirat, kita dah tiada dosa dah.. hee.

Sekadar renungan untuk pengalaman den ini, doakan semoga den cepat sembuh sepenuhnya.. insya Allah Amin.. :)

3 comments:

  1. mesti mkn x ingat kakak ni.. sbb tu sakit.. heheheh

    ReplyDelete
  2. Always aware and care to people who cares to you.
    In shaa Allah, later Allah would add His Care and Love inside you.

    ReplyDelete
  3. kakak.. tulah, mungkin kot, kat sini banyak makan kot. dah gemuk sikit dah ni.. ahahha..

    Aisar, insya Allah be, always appreciate that, especially my family and my friends. semoga Allah merahmati korang semua.. :)

    ReplyDelete