Saturday, September 29, 2012

Benih

Bismillah.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana masih diberi nikmat Islam, Iman, dan kesihatan yang baik daripada allah...

Post kali ini, lebih menceritakan pasal hikmah2 yang tersirat, yang Allah bagi kat den, personally, and kalau ada kat korang2 jugak, Alhamdulillah.. sama2 lah mencari hikmah Allah, insya Allah mudah mendapat ketenangan.. 

Hari ini dah 2 minggu 2 hari ktrg kat indonesia. and Alhamdulillah, semalam dah selesai ujian block 1 modul 1, macam mana ujian tu, erm, insya Allah result isnin ni, moga2 dapat skor mantap.. Amin.. hee. so, dari segi kesihatan, buang2 air tu memang biasa, diarre tu Alhamdulillah, tak kena lagi, tapi kawan2 sini, ramai yang dah kena, harap2nya tak kenalah. haha

So, minggu lepas, den agak diam jek, sorang-sorang, jalan-jalan pun agak suram, tiba-tiba blur and lost macam tu lah, and minggu lepas jugak la ktrg ada fiqh solat, the first ceramah den kat indonesia. and WOW, very awesome kot abg tu, lupa la name brader tu, dah habis study dokter la, and boleh bagi talk pasal fiqh solat, beserta nas2 Quran, hadith, isu2 semasa. perh. superb, dapat ilmu doktor and ilmu agama serentak. Alhamdulillah.. and saat itu, subhanaAllah, rasa lain bila dapat membetolkan salah2 den dalam solat, takbir, angkat tangan, and semuanya lengkap, kalau nak modul, hard copy jek ada skrg ni.. sori sgt2.. insya Allah akan diusahakan.. huu.. sangat2 best bila dapat solat dengan lebih sempurna..

Alhamdulillah, mood jadi baik semula, and di situlah mulanya satu - persatu hikmah Allah tunjuk kat den. :

1. Money... Bila den pikir2 balik, benda utama yang den takutkan ialah, den takut kalau duit den habis. macam mana nak makan.. macam mana nak jalan2.. macam mana nak savings.. macam mana and macam mana, kalau tiada duit, susah la nanti hidup.. aish. huu.. and yeah, sangatlah rugi mereka2 yang menghambakan diri dengan wang, apabila diberi, dia senang hati, apabila tiada, dia gelisah. Alhamdulillah, duit bukan segala-galanya bro.. memang menjadi keperluan duit tu, kalau tiada duit, macam mana nak makan..?? nak buat semua benda dengan duit.. but, jangan menghambakan diri dengan harta sebab Allah yang bagi harta tu, bukan kita, so, pandai-pandai menguruskan wang, tak boros, and berpada-pada dalam berbelanja.. 

2. Second, our life.. bila kita kat negara orang, kita akan lebih appreciate negara kita. kita akan lebih bersyukur kalau kita ada kat Malaysia sekarang ni. and bestnya kalau dapat tidur and tinggal dengan family.. huu, persoalan.. time kita ada kat rumah dulu, agak-agak berapa kali kita bersyukur hidup kat Malaysia, berapa banyak kita kondem negara kita..?? sana sini tak kena, jem la, kereta banyak la, makan mahal la, nyamuk banyak, penyakit banyak la, orang Malaysia tak maju la, and berapa banyak kita hargai parent kita kat rumah tu.. erm.. soalan muhasabah la buat den.. huu...

3. The main point.. ISLAM.. Bila kita di universiti yang Islam ialah minoriti, itulah tujuan utama Allah hantar kita kat sini.. bagi den, senang je, Allah hantar den kat sini, Allah nak suruh den praktikkan Islam sebaik yang mungkin lagi2 dengan pelajar2 kristen yang mereka juga telah mengenal Allah.. and agak down jugalah awal2 tu, haha, ada yang den dah tersentuh2 awek2 kat sini, skill lab lagi, tak sempat nak tarik, terus kena sambar tangan.. haha. tapi dah minggu ketiga, Alhamdulillah, dorang dah semakin faham dengan budak2 Malaysia punya style salam, angkat tangan rapatkan, and cakap, sori, "saya enggak bisa salam, bukan muhrim".. hehe.. kalau den punye style.. "sori ya, "enggak bisa salam, tanganku ni bisa disentuh isteriku aja.. haha.. terus budak2 pompoan tu gelak sekuat-kuat hati dorang.. and memang itulah perangai dorang kat sini.. haha.. bukan salam je, insya Allah kesemua hidup pasal Islam wajib kita tahankan and mision den, pastikan lambang salib sebesar2 alam kat dewan ukrida tu, bertukar jadi lambang bulan sabit and bintang.. moga2 menjadi kenyataan.. besar cita2 tu.. Amin.. 

4. Ukhuwah.. yes, itu paling best kat sini, den and the geng hari2 mendoakan sahabat ktrg sorang ni, Adibah, semoga sembuh dari sakit. Adibah dah hampir 2 minggu masuk hospital, keluar and masuk balik, sampaikan terpaksa tersidai tepi jalan, tunggu taxi punya pasal, subhanAllah, hebat ujian buat sahabat sorang ni, pastu satu hari ini, ktrg ramai2 pergi tgok dia kat Siloam Hospital kat jakarta. Alhamdulillah, malam tadi baru selesai majlis perpisahan dengan Adibah, kat Malaysia Hall, suprise untuk Dibah, planner, wan, carik makanan, aman, den and kak Miza. haha, thanks a lot to all Malaysian student batch 2012, ukhuwah sangat2 mantap kat sini, sebab ukhuwah inilah den terus kuat hidup kat sini.. insya Allah, Adibah balik Malaysia hari ini, untuk terus berubat di Malaysia, semoga Adibah terus kuat, cepat sembuh and doakan ktrg juga terus sukses kat sini.. Amin..

5. Solat jumaat. haa., solat jumaat kat sini, seriusly mantap kot, kalau kat Malaysia, khatib baca text, tapi khatib kat sini, spontan, tapi isi tersusun, ringkas, padat, and up to date.. Alhamdulillah, memang den kalau dengar khutbah kat sini, eager la nak dengar, and khatib pula yang muda2, semangat and lantang je bg khutbah. kat area ktrg ni, Alhamdulillah banyak masjid and semua masjid penuh, sangat2 best, walaupun kecil, tapi kemudahan mic sume lengkap.. stylo2.. hee..

6. den lupa sikit2 tapi last ni, lebih kepada kata-kata ustaz redha kepada ktrg dulu, 

"kalau kita membawa benih , jangan biarkan benih itu layu di hanyut ombak.. pastikan benih itu membesar sehingga akhirnya menjadi sebuah pulau untuk diduduki semua orang.." 

Yes, kalau kat sini, pengisian rohani sangat diperlukan, sebab sangat mudah untuk jauh daripada Allah, and insya Allah, den juga akan memulakan satu misi baru untuk kebaikan ktrg bersama. insya Allah. semoga dipermudahkan Allah, 

sori for ummi yasirah, kalau dah baca sampai sini, agak panjang ummi.. sori.. haha.. 

Akhir kalam, semoga kita semua, umat Islam, sentiasa kuat pada landasan Islam, praktikkan Islam di mana sahaja kita berada, secara keseluruhan, perbetolkan diri dari masa ke masa, muhasabah diri, betolkan niat kerana Allah, mujahadah melawan nafsu, ikut panduan utama iaitu Al-Quran dan hadith, sama-sama membantu membina ukhuwah Islamiah, yakin pada Allah, pastinya ada hikmah yang Allah bagi pada kita, berdoa selalu pada Nya, selalu bersikap positif, senyum selalu, maafkanlah orang lain kerana mereka dan kita juga manusia yang tidak sempurna, istiqamah dalam ibadah kepada Allah, ikhlaskan hati, bersihkan hati, 
and jika mahu menjadi ahli syurga Allah, bersifatlah dengan sifat ahli syuga di dunia ini.. insya Allah, syuga menanti kita.. 

semua pesanan ini terutamanya untuk diri den ini, dah lama tak bermuhasabah diri, ya Allah, semoga hati terus kuat pada jalan Allah, semoga ummat Muhammad sentiasa dalam barakah Allah.. 

sekian, salam ukhuwah.. bittaufiq wannajah.. Assalamualaikum.. :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum :)
    Nice post Mad, nanti boleh shared ttg fiqh solat tu. :)
    Apa2 pun terus tabah di negara jiran, selagi ada peluang gunakan sebaiknya :)

    ReplyDelete
  2. wah..besar dan sgt mntp misi kau mad..insyaAllah moga Allah bntu kalian..aku setuju sgt yg psl point num 2 tu,,huhu..syukran ye atas perkongsian yg mntop ni.. :)
    >>haha, xpe, post kali ni aku baca smpi habis. :P

    ReplyDelete