Jom Follow...

Tuesday, December 4, 2012

Indonesia season 1


Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kebesaran Dia, den dapat nak update sikit2 pasal life kat Indonesia ni and Alhamdulillah jugak sebab dapat baca update blog Kopiah kunen ni..

1. Rumah Banglo

Lupe pulak dah penah cerita ke belum, tapi yang den nak citer dulu ni, mungkin rumah banglo ktrg duduk ni kot, haha, hasil pencarian Wan and Aman, so, Alhamdulillah, den dengan lagi 9 orang kawan2 kat sini tinggal dalam rumah yang selesa, dengan suasana kejiranan yang selesa, masjid dekat, 75 langkah jek dari rumah, tempat makan banyak, kedai runcit pun depan rumah, transport senang dapat, Ukrida pun dekat, 5 minit jalan kaki dah sampai, senior2 pun ramah tamah and selalu masak untuk ktrg, hee, and overall, Alhamdulillah, dapat rumah yang besar ni. Tapi harga sewa tahunan pun erm.. lumayan sih.. haha, so, dalam bulan-bulan awal ni, ktrg bersepuluh agak “pokai” sebab sorang kena bayar dalam rm2ribu sorg untuk sewa 2 tahun terus.huhu, tapi tak pe, insya Allah, lepas2 ni dah dapat back up.. so, yang tinggal kat rumah ni, den, wan, aman, apai, sulaiman, radhi, asyraf (scoot), marzuki, Aiman (ktt) and sayuti. Btw, rumah ni tak delah macam banglo sangat, tapi boleh la muat 10 orang besar dia..

2. Kuliah

Orait, Alhamdulillah dah hampir 3 bulan kat jakarta ni, kuliah ktrg baru jek start pasal medik and biologi. So, sepanjang 3 bulan awal ni, ktrg kena belajar dulu pasa etika and prilaku sehat untuk menjadi seorang doktor yang baik. Which is good untuk ktrg semua, walaupun ramai jek yang dah agak bosan dengan lecture sivik awal2 ni, tapi sebenarnya, memang bagus pun kelas2 etika macam ni, so, doktor2 or apa2 profesion pun bukan hanya sekadara bekerja untuk duit semata-mata, but semua kerja kalau dalam Islam, mestilah Ikhlas kerana Allah. So, Alhamdulillah, dah masuk medik session, doakan ktrg semua terus kuat untuk lagi 27 block. Skrg blok 3, Biology.
3. Putar-putar
Ok, kalau kat Indonesia, jalan-jalan or bersiar-siar tu berputar-putar. Setakat ni, paling jauh selepas Bandung yang den dah sampai ialah Bogor. And around2 jakarta ni, tak de lah banyak sangat, ancol, taman mini indah, and kalau kat sini, baju murah2 ada kat Tanah Abang and buku2 Islamic murah ada kat Kwitang. And seriously, harga baju and buku kat tempat2 ni, memang sangat2 murah, sampai 3 4 kali ganda lagi murah, so, jom datang sini.. he..

4. Liburan
Insya Allah, den and the gang akan balik Malaysia tanggal 5 february 2013, dah booking tiket dah pun, sebab time tu cuti sem sebulan and tiket pun tgh murah time sekarang ni. Makanya, kami tak melepaskan peluang la untuk beli terus tiket. Insya Allah, jom gathering balik kat Malaysia k.

5. Islamic
Alhamdulillah, kat Indonesia ni, setiap minggu ada taklim and ada usrah. Walaupun senior2 ni busy dengan kuliah dorg masing2, but insya Allah mesti ada masa untuk pengisian rohani untuk ktrg yang muda2 ni. So, perkongsian kali ini berkaitan dengan sesuatu yang sangat penting, sangat selalu disebut and sangat susah untuk dilaksanakan. Ikhlas. Hadith pertama dalam Soheh Imam Nawawi, berkaitan niat, and sekaligus berkaitan Ikhlas. Ikhlas tu apa.? Ada banyak pengertian ikhlas but yang paling menusuk kalbu den ialah, Ikhlas ialah kamu menginginkan Allah dengan menaati Allah dan meninggalkan apa yang tidak berkaitan dengan Allah.

So, dalam erti kata lain, dalam hati ini, semua benda yang kita buat, pastinya kembali dan berniat semata-mata kerana Allah. Amat payah sebab sorang sahabat den berkongsi jugak bahawa memang lahiriah manusia itu suka akan perhatian. So, kita buat something untuk perhatian Allah atau perhatian mana2 pihak.? Kita judge diri kita masing2, and for sure, diri den ni masih sangat2 kerdil untuk menjaga hati.

Orait, itu saja kot untuk setakat ni, baru episod 1, insya Allah akan disambung akan datang, and satu lagi, Alhamdulillah, den baru belajar2 nak masak sebab kat rumah ni, semua orang chef2 belaka. Haha. So, yang den dah pernah masak ea, erm, nasi goreng, sup tulang, and jemput2, tu jelah kot. Haha, insya Allah nasi lemak menyusul lepas ni, tunggu cili kering sampai dari Malaysia.. hehe..

Ok, salam mujahadah untuk semua, last word, Jangan takut kepada Allah, tetapi Cintailah Allah, itulah keikhlasan yang sebenarnya sesuatu ibadah seorang hamba kepada Tuhannya. 

4 comments:

  1. Assalamualaikum
    Mad! Meletop. Hehe.. Nice story mad, walaupun xfaham2 lagi tentang block study tu. Haha..
    Cuma nak tanya, apa beza taklim dan usrah? hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam abg nash.. haha.. nanti balik ktrg story panjang lagi. hee.. taklim ni macam ceramah umum, kalau usrah dalam group specifik.. :)

    ReplyDelete
  3. Hehe. Ok Mad, Kita story morry nanti. Ohh. Ok, noted. :)

    ReplyDelete
  4. Salam mad...
    baru jumpa blog ko..
    BTW, seronok mendengar berita dari sana.

    ReplyDelete