Bismillah..
Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada semua..
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih memberi kesempatan untuk hidup di dunia yang penuh barakah ini. Tajuk khutbah jumaat lepas mengenai menghargai umur yang diberi Allah. so, sempena sweet 21 tajuk kat atas tu, den cerita sikit kronologi prank yang den kena tahun ni.
malam 5 jun tu, den dan wan memang dah plan untuk makan berdua jek. macam biasa, wan bawa den ke tempat makan yang den belum pernah try lagi which is kali ni di Kemang, Restoran Payon. so, kami bertolak lepas asar ke Kemang. dalam perjalanan tu, aman mesej den and katanya dia tacing la dengan den sebab tak ajak dia makan sekali malam birthday den. sebab biasanya kami memang akan makan malam ramai-ramai. but malam tu, den makan dengan wan je. so, aman terasa.
sepanjang malam aman terasa sampaikan dia mesej den yang dia nak keluar rumah. but waktu tu den just ignore la dulu sebab den nak setelkan kat rumah la. so,den dan wan pun jalan-jalan lepas makan di Payon, jalan di Kemang village, Lippo Mall kat jakarta selatan kalau tak silap den.
then, bila balik-balik, den tengok barang-barang atas meja study aman dah tiada. and pintu gerobok (almari) aman dah berkunci. so, agak menguji emosi and mental la time tu. haha, sepanjang den keluar dengan wan, memang den pujuk and rayu aman supaya tak keluar rumah, and bila balik-balik tengok barang semua dah takde, agak down la jugak. haha.
tiba-tiba, poe (azhan) datang and katanya nak ambil barang lebihan kat bilik aman. so, den just diam jelah. aman ada kat luar rumah time tu and dia kata dia nak bincang dengan den kat loteng tingkat 3 rumah ktrg. so, den pun naiklah atas tingkat tiga and agak speachless la bila tengok aman dengan muka sedih dia. hu, so den pun try la pujuk and pujuk aman.. and suddenly..
bergemalah "Allah selamatkan kamu.." haha, ramai-ramai kawan den dengan bawak kek coklat campur, keluar kat loteng tu. and den pun tengok aman dah gelak-gelak dah. cisdale, terkena lagi tahun ni. haha..
so, lepas tu ktrg pun ramai-ramai makan kek, wan and aman bagi hadiah special. tq so much korg. and hadiah kek dan prank pun sangat-sangat den hargai. tq korg semua, budak2 kopro siap datang walaupun jauh rumah dorg. huu, tq jugak kat kak mis dan abg Adib sebab bagi hadiah jugak kat den. dah besar pun dapat hadiah. haha., Alhamdulillah.. :)
Special hadiah berupa doa daripada family di rumah, alhamdulillah, terima kasih mak abah, mak tok, adik-beradik dan ahli keluarga den yang buat kenduri kat rumah, Amin atas doa, insya Allah.
macam tulah cerita nya serba sedikit untuk birthday den tahun ni. tq semua.
ok.. erm, den just nak kata, minta maaf sebanyak-banyaknya kepada family, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat semuanya, sebab den tau diri ini telah terlalu banyak membuat salah kepada anda-anda semua. maaf sangat-sangat sebab den kadang-kadang lupa, lalai, sampaikan mengabaikan mereka-mereka yang sentiasa menyayangi dan menyokong den sampai kini.
insya Allah, syukur pada Allah atas nikmat umur ini, kata seorang ulama apabila ditanya, kenapa kita masih diberi hidup hari ini, jawapannya, aku harini masih mempunyai banyak dosa dan Allah masih memberikan aku kesempatan untuk bertaubat.
itulah serba sedikit mengenai sweet 21 ni, insya Allah den cuma mengharapkan hadiah doa daripada semua, semoga diri ini sentiasa dalam barakah Allah, dan supaya kita semuanya dapat bertemu di jannah firdaus Allah.. insya Allah amin.. :)
Assalamualaikum W.B.T :)
ReplyDeleteNice prank! Congrats prank master! Haha :) Sweet 21 Mad~
tengok siapa masternye.. haha
ReplyDeleteMemang ! Kamu tu kira selamatlah.. Kalau tak dah jd cekodok panas dikerjakan.
Delete