Thursday, June 27, 2013

sekilas sebelum ramadhan

Bismilillah..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak pernah putus-putus kepada hamba-hambaNya.. 

1. insya Allah tahun ini pertama kalinya akan merasa menyambut ramadhan di negara jiran, indonesia. khabar angin mengatakan sambutan ramadhan kat sini sangat meriah, so, insya Allah, sangat-sangat menanti kehadiran ramadhan tahun ini. 

2. Alhamdulillah hari ini hujan kat jakarta, walaupun sekejap, tapi sejuk la sikit bumi jakarta lepas kes jerebu kemarin. Alhamdulillah, rasanya jakarta ni tak lah seteruk jerebu di malaysia, tapi jerebu kat sini sebab pencemaran-pencemaran lain. huu.. sedih bila tengok.. Alhamdulillah, kat area kluang tu, tak lah seteruk tempat lain, macam muar contohnya, Alhamdulillah, rasanya johor pun dah turun hujan, so, insya Allah efek jerebu tu semoga cepat la hilang.. semoga family, ahli keluarga den dan warga malaysia semuanya sihat-sihat belaka hendaknya.. 

3. insya Allah minggu ini minggu yang agak hebat, 5 hari berjuang dengan exam, dari isnin lepas sampai jumaat nanti. Alhamdulillah di blok 8 sekarang, semoga lulus dengan jayanya untuk blok respirasi ni dengan semua malaysian ukrida 2012 lainnya. Last blok, blok 9, adalah blok yang di nanti-nanti, haha, sebab tiket balik malaysia pun dah dibeli, so, insya Allah, boleh countdown balik start sekarang.. hee.. smeoga jadual tak berubah-berubah la ye.. insya Allah..

4. sedar tak sedar, dah hampir setahun den dan kawan-kawan berada di sini. Alhamdulillah, pastinya setiap daripada kami ada hikmah sendiri yang dapat ditafsir oleh hati. 

5. Bagi den, sesiapa yang dah tengok video pasal BBC yang den post kat fb minggu lepas tu, yes, itulah memang kenyataan kehidupan warga indonesia. Menangisnya lelaki dari london tu, bukan sebab tak tahan hidup kat indonesia, tapi sedih tak terkata, melihat adanya orang yang sangat-sangat kuat, membuat kerja yang sangat-sangat berat, mengutip sampah setiap hari, lebih 100 buah rumah sehari, dengan upah tak sampai 100 ringgit malaysia sebulan, plus, menanggung family, anak seorang dan isteri. Seorang islam, yang menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim yang beriman pada Allah, hebat.. 

6. so, sangat-sangat rugi, bila kita dah berada di sesuatu tempat lain, tapi tak mengambil pengajaran dan hikmah bila kita berada di tempat tu. Allah tempatkan kita di indonesia misalnya, bukannya nak menunjukkan kita ni tak pandai sebab gagal exam a-level yang lepas, tapi untuk mengubah persepsi bahawa kejayaan yang Allah bagi pada seseorang sangat-sangat subjektif, bukannya sekadar melihat gred daripada sehelai kertas result. sesungguhnya perancangan Allah itu pastinya yang Terbaik. 

7. contohnya, seseorang yang dahulunya mungkin cepat terasa down, stress, lemah, monyok muka, cepat putus asa, tapi bila berada di tempat orang susah seperti indonesia, melihat mereka yang hari-hari bergelumang dengan sampah contohnya, mengutip tanpa selipar, sarung tangan lagi la.. tapi still dapt bergurau senda, sentiasa senyum, sihat walafiat dapat menjaga keluarga mereka dengan rezeki yang mencukupi. hu, takkan tidak terdetik rasa bersyukur pada hati bahwa kita masih diberikan nikmat yang sangat-sangat banyak dan lebih oleh Allah.

8. Kalau kita selalu mempersoalkan tentang kehidupan kita, rasanya kita seharusnya tanya la balik, siapa kita untuk mempersoalkan ke mana arah tuju kita kalau bukan semuanya di bawah kekuasaan Allah. tersenyum bila teringat satu pepatah ni, "manusia ni selalu berangan-angan, imaginasi, nak itu, nak ini, tapi hakikatnya, sesaat ke hadapannya pun, manusia itu tak tahu apa yang akan jadi kepadanya." 

9. insya Allah, bukan den nak kata salah untuk berangan-angan, silakan, cuma, den sedih bila melihat orang yang selalu melihat dirinya teruk dengan sebab yang sangat-sangat kecil. Bahkan rezeki dan nikmat yang Allah bagi, tak terkira banyaknya.. 

10. so, bebel dah panjang, secara ringkasnya, manusia ni, seteruk mana pun dia, segagal mana pun dia, Allah pasti dah tetapkan rezeki untuk dia. so, manusia pastinya mempunyai rezeki sebab Allah tak pernah kejam terhadap hamba-hambanya. ujian, cabaran, musibah, nikmat harus dilihat daripada sudut yang positif, insya Allah, bila jatuh, kita sedar kita lemah, bila naik, kita sedar Allah nak uji apa kita buat bila kita dapat nikmat yang berbagai-bagai ni.. syukur.. or not..?

11. so, den dah start dah dengar lagu-lagu raya. haha, begins with the end of mind. Bulan ramadhan akan tiba. lagu raya tu just sebagai simbolik den berjaya ditarbiyah di bulan ramadhan tahun ini, insya Allah.. mahukan sedikit tambahan dan istiqamah seperti ramadhan-ramadhan yang lalu. 

12. sama-sama kita mendoakan mujahidin-mujahidin di negara Islam yang masih ditimpa nikmat jihad fisabilillah oleh Allah, semoga tentera mujahidin berjaya memperoleh kemenangan. insya Allah bertubi-tubi doa akan menjadi senjata yang hebat bagi umat Islam. semoga kita sampai kepada ramadhan dan menyambutnya dengan mendekatkan diri kepada Allah, and lepas tu, keep on sampai next ramadhan.. k. insya Allah. 

salam mujadahah.. 26.6.2013. 11.39pm. indonesia.. :)



1 comment:

  1. xpernah merasa puasa kat indo? oit, hbs taun lepas simggu tu ape nye? huhu

    ReplyDelete