Assalamualaikum
dan salam sejahtera.. WAJIB baca dan hayati hadith ini. :
“Dari Ibnu Umar radhiallahu
‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz - yakni
sendirian - dengan kelebihan dua puluh
tujuh derajat.” – Muttafaq
‘alaih
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Ada seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata: “Ya Rasulullah, saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang
dapat membimbing saya untuk pergi ke masjid,” lalu ia meminta kepada Rasulullah
s.a.w. supaya diberi kelonggaran untuk bersembahyang di rumahnya saja, kemudian
beliau s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu berlalu, lalu
beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: “Adakah engkau mendengar azan shalat?” Orang itu menjawab: “Ya,
mendengar.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya
itu.” Maksudnya: Datanglah untuk
mengikuti jamaah, kalau menghendaki banyak fadhilat. –
Riwayat Muslim
Jom kita muhabasah bersama..
1. Adakah kita seorang yang
buta, tuli dan bisu..??
Jika tidak, Alhamdulillah kerana kita diberikan nikmat mata, telinga
dan mulut.
Tetapi adakah kita menggunakan semua nikmat itu sebaiknya..??
Adakah kita ke surau apabila azan berkumandang..??
2. Adakah kita melihat surau
di sekitar kita, mendengar azan..??
Jika kita melihat surau, mendengar azan.. maka, adakah kita solat
berjemaah dan memeriahkan surau itu..??
Adakah kita hanya melihat surau dari pandangan jauh sahaja tanpa terlintas
untuk solat berjemaah di sana ?
3. Adakah kita telah memberi
sumbangan pada surau itu..??
Kalaupun kita telah memberi sumbangan berbentuk wang, ketahuilah
sumbangan terbesar dan termulia ialah memeriahkan surau di sekitar kita.
4. Adakah kita mengenali
warga2 di sekitar tempat tinggal kita..??
Salah satu cara untuk mengenali dan beramah mesra sesama jiran ialah
bersama-sama mengunjungi surau dan masjid di sekitar kita.
5. Adakah kita malu dan segan
untuk ke surau..??
Kita akan lebih malu di akhirat nanti kalau Allah bertanya :
“Kenapa tidak berjemaah di surau walhal engkau tidak buta, tidak pekak,
bisu dan tempat tinggalmu juga amat dekat dengan surau itu.??” Apa nak jawab
nanti..? ada cadangan..??
6. Adakah kita sayangkan
agama kita iaitu Islam..??
kalau sayang, kenapa tidak
mahu memeriahkan surau kita yang indah itu..??.. JOM KE SURAU.. J
No comments:
Post a Comment