Friday, February 15, 2013

Oh my Khutbah.. :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk buat pengisian blog ni.. oraite, Alhamdulillah, den dapat solat jumaat kat kluang, johor ni, setelah 5 bulan den solat jumaat di indonesia.. yup, den amat terkesan dengan sistem penyampaian khutbah kat indonesia dan malaysia.

ok antaranya macam ni.. :

1. kalau kat indonesia, yang bestnya khutbah dorg, khatib ( penyampai khutbah ) hampir 80% tak menggunakan teks untuk menyampaikan pengisian ilmu hari jumaat itu. nak dibandingkan dgn malaysia mungkin 80% masjid2 menggunakan teks bila menyampaikan khutbah.

so, bukankah berbeza orang yang menyampaikan khutbah dan orang yang membaca teks khutbah..?

wallahualam, personally den berfikir, kalau mengikut sunnah pun, tak kan secara logik kita fikir, nabi bagi khutbah, adakah nabi membaca teks khutbah atau nabi secara spontan dan ilmiah menyampaikan ilmu pada ummat..??

den bukan marah dengan sistem membaca khutbah skrg, tapi den agak sedih sebab takkan tiada sorang pun yang sedar, bahwa khutbah jumaat ini, functionnya untuk ape.? adakah sekadar suka2 Allah nak kurang kan solat zohor tu smpai jadi 2 rakaat, semata2 untuk kita tidur bawah air cond or kipas masjid, kononnya mendengar khutbah, common, must be a reason, why Allah suruh LELAKI pulak tu untuk dengar khutbah, bukan kaum hawa, atau kedua2nya sekali..

bukankah lagi best kalau kita tgok khatib secara spontan dan ilmiahnya menyampaikan ilmu kepada jemaah pada hari tu, semangat, nada yang turun naek, beremosi, so, peratus orang mendengar akan meningkat dan peratus orang tidur insya Allah akan berkurang.. huu kalau pun ada teks, just note kecil supaya penyampaian khatib tadi tidak terasar jauh dan akhirnya, mesej Islam akan tercapai dan tersampai kepada semua jemaah lelaki yang betol2 mendengar.. 

2. Alhamdulillah, kita masih ada solat jumaat yang rata2 semua lelaki di masjid2 akan penuh solat berjemaah, sangat cantek kalau bab solat berjemaah kalau hari jumaat. tapi, kalau berani, kita buat survey, kita tgok, bila orang nak keluar masjid tu, tanya sorang dua,

"abg, nak tanya, apa yang abg dapat daripada khutbah tadi..??"

den berani jamin, tak ramai yang akan bagi respons yang positif dan dpt jawab dengan baik, sebab apa, sebab tiada pangamatan dalam mendengar khutbah.

Allahu Akbar, sedangkan saidina Ali pernah berpesan dalam bahasa kasarnya, grablah ilmu dengan mencatat. 

yup, kalau kita tgok hari ini, macam2 kemudahan ada, henset, tab, semua tu kalau kita pandai guna untuk Islam, bukankah akan jadi lebih mudah.. gunakan henset, tab, or ape2 medium sekali pun, nak old school, gune buku nota, buku 3 lima (555) tu ke.. sekadar untuk mencatat nota, atau ilmu islam yang kita dapat dalam khutbah jumaat hari itu,

dan disitulah function kaum lelaki.. kenapa lelaki.?

sebab lelaki ini Allah dah takdirkan lelaki itu untuk menjadi pemimpin, disamping memimpin diri, keluarga dan masyarakat. ok, bila seseorang lelaki dtg ke masjid, duduk, dan bersedia mendengar khutbah, mancatat ilmu2 pada hari itu, dia lebih cenderung untuk share islamic knowledge pada isteri, mak ayah, keluarga, kawan2, kat fb, twitter, kat mana2 medium yang lain, dan akhirnya..

bukankah nanti ilmu berkaitan Islam tu akan lebih mudah berkembang..?

tapi realiti hari ini, org tidur time khutbah berlangsung, dan sepatah ilmu pun tak dapat, kita hanya dapat solat sikit, 2 rakaat beb.. huu

3. kalau di indonesia, imam yang bertugas untuk menyampaikan khutbah untuk setiap masjid adalah orang yang berbeza, which means dorang akan gilir2 imam setiap masjid kat situ untuk sampaikan khutbah, dan seriusly, pendapat den sendiri, pengisian dorang sangat mantap dan labih catchy untuk kita mendgar sampai habes, tanpa rasa mengantok pun, kalau nak contoh lain, kita tgok macam mane ustaz Nourman Ali Khan bagi khutbah kat you tube.. sangat2 cantek.. huu

4. Bukan den nak kondem sistem kat malaysia teruk, but, sampai bila nak macam ni.. den tengok setiap kali orang datang masjid, solat jumaat, pasti ramai yang tidur sampai keluar air liur daripada yang betul2 mendengar dan mencatat.. huu,

5. kalau bab doa, den lagi prefer setiap masjid membuat priority dalam membacakan doa, kalau kat malaysia, adatnya imam akan membaca doa dan wirid sikit lepas solat, so, kadang2 kita asyik berdoa untuk kebaikan kita sahaja, Alhamdulillah, negara kita aman dan damai, tapi jangan sampai kita lupakan saudara2 kita kat luar sana tu, berhempas pulas, berjihad mati syahid untuk mempertahankan maruah dan tauhid Islam.
kalau kita tengok, isu2 semasa mengenai jihad islamiah di luar negara, mengikut musim, bila musim palestin, time tu baru nak doa, time tu baru nak kutip derma, time tu baru nak solat hajat, and tup2, diam jek tibe2, and tibe2 timbul balik.. huu..

so, wallahualam, ini just pandangan den la sebagai seorang muslim dan mukmin biasa. den harap orang2 kuat masjid ni boleh ambil tindakan la kot, kalau den nak bersuara pun, den just budak mat rempit biasa jek, memang orang takut nak percaya.. haha, insya Allah, tapi den yakin, Islamic sistem pasti akan ada kembali, insya Allah, semoga sama2 mengambil ibrah..

maaf atas kesalahan typo atau bahasa, den hanya memberi komentar.. huu, semoga kita sama2 berdoa agar kaedah penyampaian ilmu islam kat malaysia ini lebih best dan mantap, sekian, wassalam.. :)




1 comment:

  1. mantap..people will only know the reality and the difference when they face it..good writing bro..keep it up..for the islamic system, insyaAllah we strive for it..=)

    ReplyDelete