Thursday, December 13, 2012

21 kata

      Assalamualaikum. kat bawah ni just nak share2, kata hikmah untuk perjuangan.. and untuk promosi Voice for Palestine di jakarta, Indonesia pada hari ahad ni.. semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Allah.. 
   
      Kata-kata kita hanyalah patung yang tidak bernyawa, apabila kita telah mati kerananya, maka pada ketika itu ia akan mula hidup. (Sayyid Qutb)

Berikan aku 10 orang pemuda, maka aku akan goncangkan dunia.(Soekarno)

To learn but not to do is not to learn. (Stephen Covey)

Sesungguhnya kebatilan itu tidak akan tersebar luas melainkan kerana kelemahan dan kelalaian pemuda-pemuda Islam itu sendiri dan penyisihan mereka dari medan jihad dan pengorbanan. (Fathi Yakan)

Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai. ( Syed Qutub)

Be the change that you wish to see in the world (Mahatma Gandhi)

Janganlah umat Islam bermimpi untuk mengalahkan yahudi sehingga bilangan mereka yang solat subuh berjemaah di masjid menyamai  bilangan yang datang untuk solat jumaat. (Pendeta Yahudi)

Kewajipan lebih banyak daripada waktu. (Imam Hassan al-Banna)

Kita boleh menghitung usia yang kita telah gunakan, tapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang tinggal (hamka)

Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu. (S.Abu bakar)

Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan. (S.Umar)

Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.(s.Ali)

Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa sebab tumitnya sudah keras.Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit saja terus sakit dan berdarah. Demikian jugalah hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa (TGNA)

Wahai hamba-Ku! Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyian-Ku. Bukan untuk meramai-ramaikan kamu. Bukan untuk meminta pertolongan kamu bagi melakukan sesuatu yang tidak mampu Aku lakukannya sendiri. Bukan untuk meraih apa-apa keuntungan atau menolak kemudaratan. Aku menciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah dan banyak berzikir kepada-Ku, dan bertasbih kepada-Ku pagi dan petang (Hadis Qudsi)

Wahai hamba-hamba Ku, sempatkanlah beribadah kepada Ku , nanti Aku penuhi hatimu dengan kekayaan serta kecukupan dan tanganmu dengan rezeki. Janganlah menjauhkan diri dari Ku, nanti aku penuhi hatimu dengan kemiskinan dan tanganmu akan syarat dengan kesibukan. (HR. Tirmidzi)

Wahai anak manusia, setiap kali engkau meminta kepada-Ku dan mengharap dari-Ku, maka Aku akan ampunkan bagimu apa yang telah lalu dan Aku tidak peduli betapapun besar dan banyaknya dosamu. Wahai anak manusia, seandainya dosa-dosamu mencapai setinggi langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak manusia, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa setumpuk dosa sebesar bumi, kemudian engkau berjumpa dengan-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka Aku akan memberikan ampunan sebesar bumi itu pula." ( Hadits Riwayat Tirmidzi)

Wahai orang yang lemah semangat! Sesungguhnya di atas jalan ini Nuh menjadi tua, Zakaria digergaji, Muhammad pula diseksa, dan anda pula inginkan Islam datang dengan mudah di bawah kakimu? (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)

 Larilah dari perkara yang menjejaskan keikhlasanmu sebagaimana engkau lari dari ular dan kala (Badi'uzzaman Said Nursi)

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah (Hasan Al-Banna)

Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan (Syed Qutb)

Antara tanda berpalingnya Allah daripada menolong hambaNya ialah bahawa Dia menjadikan kesibukan dalam perkara yang tiada berfaedah baginya (Hasan al-Basri)

2 comments: