Assalamulaikum. Alhamdulillah kerana kita masih sihat dan dapat bernafas pada hari ini, sori wan, curik ayat hang dalam fb sat.. jom lihat ayat daripada Hassan al-Banna kat bawah ni sejenak..
Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
-Imam Hassan Al Banna -
sangat cantik kata-kata hassan al-Banna ni, so, kalau enggak mengerti lagi, ni ada satu contoh lagi supaya lebih jelas..insya Allah..
satu petang, ada perbualan 2 orang lelaki..
laki A : eh, aku nak main bola la, tapi aku tak reti la der..
laki b : la, kalau nak main bola, turun la padang..
laki A : tapi aku takut la der, nanti org gelakkan aku, takpe la, aku study dulu macam mana nak main bola, then aku turun la.. hee
laki b : erm, kalau gitu, sampai bila2 la ko tak pndai main bola der.. huu
dapat..?? hee, kalau kita dah ada niat nak buat keje dakwah, but, kita tak turun padang, macam mana kita nak tau skill apa yang kita ada.. right.? walaupun kita selalu cakap, well, aku rasa ilmu agama aku tak cukup lagi la bro. macam mana aku nak ajak orang lain..?, and yes, jawapannya, belum try dah mengalah, adakah itu sifat seorang pendakwah, insya Allah, bila kita ajak orang buat baik, secara tidak langsung, kita dapat skill baru, kita akan dakwah pada diri kita sekali,
insya Allah kita akan terkesan dengan apa yang kita cakap. walaupun kita takut, agak2 orang akan cakap apa nanti kalau aku tiba2 cakap benda2 baik ni. pernah bermain difikiran sebelum ni.? yes, den pernah dulu, sampailah akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya ditemui dalam surah Al-Imran ayat 103-104.
Surah Ali’ Imran, Ayat 103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.
Surah Ali’ Imran, Ayat 104
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ok, daripada kata-kata hassan Al-Banna tadi, and for sure daripada kalam Allah sendiri menerusi Al-Quran, kita hamba Allah disuruh untuk mengikat tali persaudaraan (ukhuwah), maksudnya saling mengingati, saling memaafkan, buang dengki, jaga batas pergaulan, and Allah tegaskan kalau nak berjaya kita disuruh berbuat amar makruf dan menolak kemungkaran.
Common, walaupun usaha yang kita rasa kecil and result pun macam kecil, tapi ingatlah yang Allah sekali-kali tidak melihat pada hasil, tetapi pada usaha kebaikan yang kita lakukan, so, teruskan dakwah yang kita lakukan even terhadap hati dan diri sendiri, istiqamah pada ibadah, niatkan hanya semata-mata kerana Allah, insya Allah, jannah menantimu..
Persoalan pada diri den terutamanya.. hang nak masuk syurga tak bro..?? for sure den and semua akan kata nak.. and then, adakah hang sudah mempunyai akhlak seperti ahli-shli syurga.. ?? and apa yang ahli-ahli syurga seperti nabi-nabi dan para sahabat lakukan untuk dapat syurga Allah..?? sama-sama bermuhasabah dan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan jannah Allah k mad..
insya Allah Amin.. :)
nice sharing:-)
ReplyDelete